19.06.2008
Hari ni, ku telan clyretene setelah clrynese yang ditelan semalam belum menampakkan hasilnya. Aku diserang demam selsema. Lama jugak dah tak demam ini. Bagus lak demam ni, tazkirah dan kifarah dari Allah. Tandanya Allah masih menyayangiku.
Iman pun demam selsema gak. Dah 3 hari rasanya. Tunggu Umi pulak. Umi bila kena demam selsema memang teruk. Harapnya Umi demam lepas PTK. Kesian gak.
Paginya begitu semangat nak ke office, dan lepas tu nak ke Safire di Seri Iskandar pulak.
Alhmd all the paper work dapat diselesaikan : satu quotation utk customer baru yang telah ku janjikan akan fax quotation pada pagi ini. Dan satu lagi PO untuk projek deionesed water filter ke DSK Technology. Alhamd selesai the basic thing yang nak di buat. Rancangan nak ke Safire di tangguhkan dulu. Esoklah gamaknya
Setelah berada lebih kurang 2 jam di ofis, kepala mulai pening. Hidung tersumbat. Flamenya pekat. Rasanya elok balik rumah, berehat. Itu saja ubatnya.
Terima SMS dari K Long – minta doa utk oral exam pead, – ku balas : semuga dipermudahkan Allah segala urusan – amin. Katanya examiner yang K Long dapat killer. Biasalah. Semua examiner killer. Tapi yang ini real killer.
Sebelum merebahkan badan, sempat talipon elextrolux – tanya perkembangan stove cooker yang pecah seribu. Biasalah katanya akan call balik bila dapat maklumat. InysaAllah petang ini akan aku susuli lagi. Dah hampir 5 hari masak pakai stove besar di bawah. Sempat call Mr Jeff, tanya pasal quotation yang di faxkan pagi tadi. Moga Allah mempermudahkan rezeki ku. Quotation dalam RM8,000.00 to supply hose. I want a long term business with him.
Clarytene ni memang power. Rasa ngantuk dan khayal lepas makan. Lidah jadi tawar. Macam baru baik demam. Tapi hairannya selera makan masih ada , alhmd.
Sedang nyenak tidur, dikejutkan bunyi deringan hp ku. Terpapar di skrin : Ummi calling. Umi Tanya pasal webpage kem kesihatan utk Asma’. UPU semua reject. Sekarang memang susah nak dapat tempat belajar di IPTA. Ramai orang with good result. Tak macam dulu. Ya dunia dah berubah. Aku doakan semuga anak sulung Pak Ngah dapat menyambung pelajarannya. Sekarang ni nak sambung pun kena pilih course. Nanti habis belajar, tak ada kerja satu hal pulak. Tapi nak pilih sangat2 pun susah, tempat tak ada pulak. Itulah dilemanya.
Ada kawan Iman, dah habis dip dlm engineering, ambik course dip farmasi. Apa boleh buat, kerja tak ada. Dah buang ‘masa’ selama 3 thn. Itulah kehidupan…
Sat lagi azan zuhur, nak gi solat jemaah di surau Ampang pulak. 1.20pm. till jari2 ini mengetuk kekunci lap top ini…..
Hujan turun lepas solat zuhur, membasahi bumi ini……