5-6 July 2008
5.30pagi. Stesen Minyak Esso Ampang. Itulah tempat pertemuan yang dijanjikan bagi mengambil seorang peserta KBM Belia II. KBM Belia ini adalah antara aktiviti yg kami jalankan bagi menyantuni para belia dan beliawanis agar mengerti akan hakikat kehidupan ini. Ada 4 versi KBM ini – untuk remaja IPT,untuk pelajar sekolah menengah rendah, KBM aktivis dan KBM Belia.
Setibanya aku di tempat yang dijanjikan, sebuah kereta Wira sedia menunggu. Aku yang belum mengenali peserta ini, hanya menjangkakan. Berhenti bersebelahan dengan Wira, aku menurunkan cermin pintu. “ Safinas ya ….” Tanya ku selepas memberi salam. Beliau yang ditemani isteri keluar pintu dan menuju ke arah aku.
“ Ke Sungkai ya?” ingin mendapatkan kepastian.
“ Ya” jawab ku rengkas. Macam driver teksi lak.
Setelah mengucapkan selemat tinggal pada isterinya dan mengambil beg, Safinas memasuki kereta ku.
“ Beg letak dalam seat. Bonet dah ada isi”
Setelah bersalaman, aku menekan pedal minyak MyViku untuk meneruskan perjalanan.
“ Kita ke Yayasan Ad Deen, nak ambik seorang lagi” kata ku memulakan perbualan.
Kami menysuri dingin pagi menuju ke Tambun.
Setelah 5 minit memandu, dalam kesamaran pagi kami akhirnya sampai di Yayasan Ad Deen – tepat 5,45pg.
Aku menekan hon kereta, dan kelihatan seorang anak muda menghampiri pintu besar masuk.
“ Setelah memberi salam, anak muda tersebut bertanya “ kita pergi sekarang?”
“Ya” jawab ku rengkas. Kita solat subuh di pertengahan jalan. Aku tahu kegusaran anak muda tersebut.
Setelah mengambil beg, anak muda tersebut terus menaiki MyVi ku. Muslim namanya. Hafiz Quran 30 juzuk selepas tingkatan 3. Akan menyambung ijazah syariah pada 23hb July ini di Aceh.
Kami berhenti solat subuh di Masjid Tambun. Alhamdulillah masjid yang terletak dalam 2 minit perjalanan dari Yayasan Ad Deen. Sempat solat sunnat subuh sebelum bersama-sama solat berjemaah. Alhamdulillah.
Kami pun meneruskan perjalanan menuju Perlok Recreational Centre yang merupakan lokasi KBM Belia II kali ini. Perjalanan di jangka mengambil masa selama 1.30 jam dari Ipoh, kurang lebih.
Muslim – duduk di belakang lebih banyak mendiamkan diri.
Safinas – umur dalam 35 tahun. Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pengorbanannya untuk KBM agak besar jugak. Atas kerelaan dan kesedaran diri untuk berubah.
“ Biasanya hari minggu ni, saya kutip buah sawit.”
“ Ada berapa ekar” Tanya ku
‘Sendiri punya ada dlam 10 ekar, kongsi dengan abang ada 60 ekar”.
“Kalu tak kutip hari minggu ni, bila lagi nak kutip? Tanya ku lagi.
“ Hari Selasa ini saya ambik cutilah”
Itulah pengorbanan seorang insan yang merasai keperluan untuk merubah hidupnya kepada yang lebih baik. [ ku lihat sepanjang program KBM, beliau jelas memberi tumpuan dan terkesan dalam aktiviti yang dijalankan]
Safinas ni orang kuat seorang taukeh Melayu yang punya 1000 ekar ladang kelapa sawit dan beberapa perniagaan yang lain. Offis di Megoplex. Jadi banyaklah cerita business yang kami bualkan di sepanjang perjalanan kami. Exchange and compare notes. Interesting.
Alhamd 7.30 pagi kami tiba di lokasi program. Tidak terasa masa berlalu. Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan taaruf dan kisah2 hidup yang amat bermakna. InsyaAllah akan dicoretkan satu hari nanti jika masa dan keadaan mengizinkan.
KBM Belia 2 kali ini disertaikan lebih 60 orang peserta dari pelbagai latarbelakang. Sebuah syarikat perladangan menghantar 20 org pekerjanya. Mungkin atas rasa kepuasan dari KBM Belia 1, di mana syarikat ini telah juga menghantar seramai 20 orang dari pekerjanya.