4 Ramadhan
Rumah Anak Yatim Nurul Huda – Tanah Hitam Chemor
Selepas mengerjakan solat magrib, sementara menunggu masuknya waktu Isyak, aku di kelilingi oleh lebih kurang 8 orng anak2 yatim. Masih bersekolah rendah dan ada seorang yang masih di tadika lagi.
Aku memulakan pertanyaan dengan salah seorang anak yang nampak lebih ceria di kalangan mereka.
‘ Nama siapa?
( Lupa pulak apa nama anak ni )
‘Asal dari mana?”
“Kuala Kangsar” jawabnya ringkas.
“Kenapa duduk sini” tanya ku lagi.
“Mak dah meninggal”
Anak piatu rupanya.
“ Adik beradik berapa orang “
“8 orang”
“Sini tinggal dengan siapa”
“ Ada abang seorang” jawabnya
“Ayah mana” desak ku lagi
“Dah kahwin”
Oops. Ini mengingatkan ku kembali kisah hidup ku. Ada persamaan dengan anak kecil ini. Alhamdulillah nasibnya lebih baik kerana masih ada insan2 berhati mulia yang menjaga mereka. 2 tahun aku tidak ke teratak anak2 yatim ini. Alhamdulillah banyak perubahan. Keadaan fizikalnya bertambah baik. Mereka telah punya bangunan sendiri hasil sumbangan orang ramai. Sudah ada seorang ustas fulltime mendidik mereka. Alhamdulillah. Iftar pun sudah penuh ditaja.
Semasa menyampaikan tazkerah sebelum iftar tadi, aku sempat menceritakan serba sedikit kisah hidup ku agar menjadi teladan bagi mereka. Aku pun pernah senasib dengan mereka. Mereka tidak seharusnya menyalahkan takdir, tapi sebaliknya terus berusaha untuk merubah hidup mereka. Sempat aku berpesan pada mereka agar untuk selamat supaya:
i. jaga agama Islam yang kita anuti ini
ii. jaga solat
iii. belajar sungguh2 demi masa depan mereka
iv. berhati-hati memilih kawan
Bagi anak2 yang masih punya ibu dan ayah aku berpesan pada mereka, agar mentaati, menyantuni dan menghormati mereka selagi mana mereka masih hidup dimuka bumi ini. Antum beruntung kerana itu adalah salah satu nikmat Allah yang besar dalam hidup ini.
‘Pak cik boleh tanya tak” ana kecil itu melihat muka ku
“ Boleh” jawab ku ringkas
“Kenapa …………………………….”
Hujan renyai yang turun sebelum iftar tadi, terus membasahi bumi.
Selepas mengimami solat tarawikh, kami menyampaikan sumbangan makanan dan wang kepada anak2 yatim ini.
10 malam setelah bersalaman kami meninggalkan mereka. Moga mereka semua berada dalam taufiq hidayah Allah hendaknya.
Hujan terus melimpahkan rahmatnya.