Pls download fully the youtube and listen to Opick b4 reading. Only then you can apreciate.
RAPUH
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duga, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidup ku
Meskiku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkan bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada Ku harap hanya
Diri Mu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada MU
-OPICK-
Tajuk ini aku rasakan paling sukar untuk di tulis. Ini adalah kerana:
i. harapan daripada K Long, Ajim dan Iman yang expecting something different
ii. aku tidak pernah bercinta apatalah lagi di lamun cinta. So penulisan ini banyak daripada pemerhatian and pengalaman orang lain.
[ apa yang aku maksudkan di sini adalah cinta sesama insan ] Cinta ku lahir selepas melafaskan ijab kabul. Cinta yang disulami perasaan tanggungjawab. Apatah lagi selepas setahun aku berkahwin, aku dikurniakan anak sulong. Bertambah besarlah lagi rasa cinta dan rasa tanggungjawab. Mungkin inilah tabiat hidup ku, memang mengambil sesuatu dengan serius sejak dari kecil lagi.
Apa pun aku bukannya malaikat. Aku adalah manusia. Ya manusia biasa. Tiada apa kelebihan. Adam memerlukan hawa dan begitulah sebaliknya. Sebab itu tuhan menciptakan hawa untuk adam. Cinta adalah naluri biasa manusia. Sukar di gambarkan maksud dan erti cinta sebenarnya. Apa pun manusia yang sedang di lamun cinta bak kata P Ramlee – mandi tak basah, tidur tak lena. Sentiasa mendambakan sang kekasihnya. Perasaan ini kalu tidak di kawal amat merbahaya. Maka lahirlah kata-kata punah : lautan api pun sanggup aku tempuhi. Ada orang boleh menderita sehingga sanggup bunuh diri akibat dari kegagalan dalam bercinta ( lautan api akan terbakar badannya ). Oleh itu jangan bermain dengan cinta, mishandling akan merana hidup.
Cinta ini adalah mainan emosi. Sukar di kawal. Bukan mainan minda.
Sekolah Rendah – Cinta Monyet.
Masa darjah enam, satu hari aku menerima kad hari raya. [Cerita ini Umi pun tak tahu lagi ]. Dalam kad hari tersebut terdapat bait-bait kekasih. Aku baca pengirimnya. O, salah seorang pelajar perempuan di darjah 6B. Aku darjah 6A. Aku kata pada diri sendiri : apolah kekasih2 ni, baru darjah 6. jauh lagi perjalanan hidup ni. Hidup den bukanlah sonang. Lalu den koyakkan aje kad raya tersebut dan campak jauh-jauh.
Esok pagi tu, terserempak dengan budak pompuan tadi. Pucat muko dio, Kesian gak : cinta tak berbalas. Lopeh tu dio tak berani lagi nak hantar2 kad.
Sekolah Menengah
Ini masa yang paling vulnerable, terutamanya bila berada di tingkatan 5, sekolah co ed pulak. Alhamduillah aku mampu bertahan. Pegangan pada agama, solat, dan puasa sunat menghindarkan diri daripada coupling yg berluas-luasa berlaku di mrsm. Walaupun aku tahu ada ‘beberapa’ ( perasan pulak – macam ramai ) girls kat sekolah tu yang tunjuk minat, tapi aku tetap cooled and keep macho.
Masa mrsm ada banyak couple ( ini batch aku ajelah ) yg established. Ada 5-6 couple. Tapi setahu aku none, I repeat none of them ended in marriage. Lepas tingkatan 5 semua membawa haluan masing-masing. Roomate aku masa form 5, coupling bagaikan rak gila. Hampir setiap petang makwe nya hantarkan extra food – burgerlah, goreng mee lah. Yang konyangnya adalah aku. Lepas SPM the girls went to UK and the boy went to Australia. The girl married with Sarawakian dan the boy married with Sabahan. So cinta masa sekolah ni, hanya mainan jiwa sahaja. Emosion not rational. Menganggu jiwa dan pelajaran aje.
Apa pun yang lebih selamat adalah jangan bercinta sebelum ada ikatan. Pilihan teman hidup kita kita serahkan kepada Allah swt. Kita perlu yakin dengan firman Allah : lelaki beriman untuk wanita beriman, lelaki soleh untuk wanita solehah. Pilihan Allahlah yang paling selamat. Mungkin ada yang melihat perkara ini macam kuno dan out dated. But yet over time, it has proven.
Perkahwinan sebenarnya adalah satu perjudian. Kita memperjudikan masa depan kita dengan seseorang yang belum tentu baik budinya. Oleh itu penyerahan total pada Allah amat penting. Kalu kita mengenali bakal teman kita, sejauh mana belum pasti jaminannya. Manusia boleh beraksi dan berlakon. Itu biasa terutamanya masa fasa bercinta. Masa bercinta semuanya cantik, mulus dan mengasyikkan. Lepas tamat fasa ‘khayalan’ ini – reality emerged. Selama-lamanya perut tak kan kenyang dengan ‘khayalan cinta ini’.
Naluri lelaki yang akan memilih wanita yang cantik, ada rupa. Lelaki mudah tertarik dengan wanita cantik fizikally. Sebab tu iklan selalu memperagakan wanita cantik sebagai daya tarikan mereka. Dengan tarikan tersebut akan berlakulah proses selanjutnya. Cantik – bukan shj pada rupa paras tapi pada bentuk dan saiz badan. Mano ado orang fall in love dengan orang oversize ( dalam kato lain : gomok )
Cantik itu adalah relative. Hari ini cantik, esok lusa belum tentu lagi. Sebab tu bila bertemu yang lebih cantik akan ditinggalkan yang less cantik. Itulah hidup dan itulah manusia. Khulasahnya : jika hubungan didirikan atas asas iman dan islam – insyAllah semakin hari semakin sayang dan cantik. Dasar ini amat penting bagi menjamin kebahagian masa depan.
Bila aku dah bersedia nak berkahwin, aku memaklumkan pada naqib aku. Maka naqib aku pun mencarilah akhawat yg dirasakan sesuai dengan diriku. Pertemuan di atur. Aku bertemu bakal isteriku bersama dengan naqibku. Menyelidiki latarbelakangnya serba sedikit memberi gambaran kesesuaian dirinya dng diriku. Lepas pertemuan aku solat istiharaah dan menyerahkan keputusan kepada Allah. Allah yang maha mengetahui masa depan. Maka ya Allah buatlah keputusan yang terbaik buat diriku.
Sebelum pemilihan dibuat aku punyai criteria sendiri. Iklas aku katakan aku tidak mahu bakal isteriku dari keluarga berada ( kaya ). Ini adalah kerana aku datang dari kampong, sederhana, jadi aku mahu bakal isteriku dari taraf yang sama. Sekufu ini penting. Sekufu ada dua level : sekufu dari kedudukan duniawi, dan sekufu dari sudut kemampuan berfikir – dalam ertikata lain – educational background. Ini penting sebagai penyambung zuriat dan teman berbincang dan berbicara.
Lagak orang kaya lain. Ada caranya tersendiri. Walaupuan ada agama, tapi biasanya kekayaan dan kesenangan hidup tetap membayangi dirinya.
Satu perkara penting adalah : suami perlu mempunyai pegangan agama yang kuat. Suami sebagai ketua akan membimbing isteri dan keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah. Suami seharusnya mengejutkan isteri dan anak2 utnuk mengerjakan solat subuh dan bukan sebaliknya. Adalah sesuatu yang malang sekiranya yang sebaliknya berlaku. Dimanalah maruah si suami.
Aku kahwin di umur 20tahun. Normal di Malaysia itu sesuatu yg abnormal. Apatah lagi kahwin masa masih belajar. Macamana nak belajar, nak jaga anak lagi dsbnya. Aku tidak memikirkan sangat hal-hal sedemikian yang menjadi kerunsingan keluarga di Malaysia. Aku yakin akan mampu dan dapat mengatasi masalah yang bakal timbul. Lagipun tinggal di luar negeri, apa pun kita yang kena selesaikan. Mana ada keluarga terdekat yang akan bantu. Berkahwin perlu kekuatan jiwa dan mental. Bukan senang nak adjust dengan partner kita. Need time and alignment dalam banyak perkara. Dulu bujang, boleh buat apa kita ‘suka’, sekarang bila dah kahwin kena ambik kira partner kita.
Kahwin muda di Malaysia ni, sukar diterima keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kalu belum ada sumber pendapatan. Lagipun study di Malaysia over sikit. Too many subject and too long hours. So bersabarlah dan habiskanlah belajar tu ye.[ ingatlah kata-kata azimat ini : keinginan godang, kemampuan kocik].
So masa aku kahwin dan belajar tak adalah masalah sangat. Macam biasa aje. Malah kadang-kadang lebih semangat lagi untuk menghabiskan pengajian.
Anak-anak ku sekelian:
Dalam masa 2-3 tahun lagi kalian bakal mendirikan rumah tangga. Kalian bakal memilih pasangan hidup masing-masing. Aku pun tidak mengharapkan kalian duduk membujang selama-lamanya. Berkeluarga adalah normal and natural process in life. Ambilalah panduan di atas sebagai azimat sebelum kalian memilih teman hidup kalian.
Apa kah pesanan Rasulullah dlm hal memilih jodoh ini : Pilihlah atas dasar 4 perkara:
- agama
- keturunan
- sekufu
- cantik.
Cantik tu yang ke empat, tapi spt yg dinyatakan dalam hadith tersebut beruntunglah kalu teman kita ‘cantik’ dan mempunyai pegangan agama yang kuat.
Ini adalah kerana dalam melayari kapal perkahwinan ini, badai, ribut dan taufan akan memukul kapal kita. Penyelesaiannya : kena kembali kepada deen. Ianya akan menjadi jalan penyelamat dalam menyelesaikan mana-mana krisis kehidupan. Yakinilah.
Oklah boy and girls. I think I better stop here. If I continue writing, nanti you all boring pulak. Macam nak lecture. Any comments and input very much welcomed.






