[ aku tahu ramai yang suka cerita bab cinta dan kahwin ni, maka aku detailkan sikit perjalanan perkahwinan kami. moga ada manafaatnya buat kalian. Hari ni aku tengok stat pengunjung blog ni dah menjangkau 1000 lebih, mungkin dari orang yang sama, apa pun ia tetap memberi semangat bagi diri ini untuk terus mengetuk kekunci komputer riba ini, bila ada masa terluang. ]
Setelah aku mengerjakan solat istiharah meminta petunjuk dari llahi aku menyerahkan urusan selanjutnya kepada Allah swt.
“Ya Allah, jika perkahwinan aku ini baik bagi diri ku dan agama ku, maka permudahkanlah dan jika sebaliknya maka gagalkanlah” Itulah doa kudus dan ikhlas dari hati ku. Mengharapkan sepenuhnya kepada ketentuan Illahi.
Aku menyerahkaan terus kepada urusan Allah swt. Aku cukup bertawakal dan berserah sahaja kepada Allah. Masa depan, hanya Allah shj yg maha mengetahui. Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang akan menentukannya.
Bakal isteriku menyatakan kalu nak kahwin kena di Malaysia. Aku tidak kisah. Menurut khabarnya bapa mertuaku hampir terjatuh dari motosikalnya apabila mengetahui hajatnya. Apa pun mengikut abang longnya tunggulah adiknya balik bagi mendapat penjelasan lanjut.
Aku memang wajib balik ke Malaysia bagi menghadiri proses reorientasi pelajar oleh BTN. Setiap pelajar tahun 1, wajib balik. Tiket MARA sponsor. Kalu guna duit sendiri manalah ada duit. Aku ni kan kuat mengembara. Pantang ada cuti dan hujung minggu.
Bagi meredakan keadaan aku, bang dak dan kak lang beserta bang lang telah bertolak ke Ipoh, bertemu dengan bakal mertua ku. Ya bakal isteriku ini Ipoh mali. Wau. Orang Cina suka Ipoh mali. Waktu itu tiada highway. Perjalanan dari KL ke Ipoh mengambil masa selama hampir 6 jam. Demi satu cita-cita kami tetap tabah mengharungi jalan lama menuju ke Ipoh.
Memandangkan anak-anak buah aku dalam kelaparan, maka kami singgah makan tengah hari di restoran Simpang Pulai. La ni restaurant tu dah tutup dan bertukar menjadi kedai runcit. Mungkin sebab high way dah ada, jalan lama kurang digunakan.
Setibanya di Ipoh, rumah bakal mertua aku ini rumah teres dua tingkat medium cost. Kami disambut oleh adik beradik bakal isteriku dan bapa saudaranya. Teruk gak aku kena grill oleh abang2 nya. Aku tak kisah. Berpeluh gak lah. Imagine masa tu umur baru 20 tahun ++. Masih mentah. Aku tabahkan hati dan terus menjawab dengan confident sekali. Segala ilmu yang dipelajari masa usrah terus ku gunakan. Kalu jodoh ku kuat tak ke mana.
Dipendekkan cerita, tarikh akad pun ditentukan. Yang masih aku ingat 13 hari selepas aku habis menghadiri reorientasi BTN. 21st Agust 1983.
“Aku terima nikahnya Fauziah bt Mohd Ali dengan mas kahwin RM105.00 tunai” lafas ku lancar. Tanpa gagap dan confident. Berkat.
“Sah?” tanya tuan kadhi.
“Sah” jawab ke dua-dua saksi. Saksi2 ni sporting pulak. Kalu tak sporting pun tak apa. Aku dah jawab dengan jelas dan confident. Inilah hasil terbiyah yang aku perolehi dari UK.
Tangan di tadah, doa dipohon, lafaz taklik pun dibacakan. Selesailah majlis akad nikah ku dengan lancar dan mudah sekali. Itulah doa dan harapan ku.
Aku ditemani sekali lagi oleh Bang Dak, Kak Lang dan keluarga. Rasanya dalam 2 buah kereta sahaja. Simple ceremony. That’s great.
Sah, aku menjadi seorang suami. Berakhirlah zaman bujangku. Bertambahlah tanggungjawab ku. Maka bermulah cinta dan taaruf ku dengan isteri ku. Dari awal lagi sebagai suami, kita perlu punyai ‘mental preparedness” bahawa aku adalah nakhota kapal layar ini. Segala-galanya bergantung kepada aku sebagai kemudinya dan isteriku sebagai pembantu nakhoda.
Memahami hati seorang perempuan bukanlah semudah yang ku sangkakan. Banyak adjustment and realignment yang perlu buat. Mencari titik-titik persamaan dan noktah-noktah kesesuaian. Benarlah hadis nabi : Wanita itu di ciptakan dari rusuk tulang lelaki” kalu terlalu kuat ia akan patah kalu lembut ia akan bengkok. Di sinilah memerlukan kesabaran dan ketabahan. Awalnya telah ku katakan bahawa : ego seseorang lelaki akan mengatakan ia mampu handle any type of women. Aku pun begitu yakin sebelum kahwin lagi, will be able to handle. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan.
Advantagenya bila dok luar negeri, no third party intervention. Apa pun kami kena tempuh dan rempuh sendiri. Keputusan kena buat sendiri. Risiko kena tanggung sendiri. Semuanya sendiri. Keluarga jauh.
Mengenali pasangan kita akan memerlukan masa. Ada pasangan mungkin cepat dan ada orang mungkin mengambil masa yang lama. Apapun hidup berumah tangga ni perlu toleransi dan pengorbanan. Bila seorang cakap, seorang lagi kena dengar. Kalu dua-dua cakap, sapa nak dengar. Then again sekufu play an important factor here. Level of thinking must be relatively same level, so that a two way communication can take place. If not monolog. Sebagai suami aku juga mengiktiraf tahap intelektual pasangan kita. Kadang-kadang ada sudut2 yang kita sebagai lelaki tak nampak. Orang pompuan ni kadang2 instusi nya bagus.
Yes, communication play a very important role in holding the marriage. Cultivate a lot of communication among the family members. Jangan pendam rasa dan perasaan.
Satu perkara yang penting adalah mengiktiraf kekuatan dan kelemahan pasangan kita. We are not perfect. Nobody is perfect either. We need to complement each other. Kalu nak ikut kelemahan memang banyak, asuhlah kekuatan yang ada pada pasangan kita dan perbaiki kelemahan. Ini adalah salah satu proses yang amat penting dalam mencari keserasian dalam berumah tangga.
Banyak lagi petua-petua yang penting yang ingin ku bicarakan, insyAllah selepas habis tajuk memoir hidup ku, akan aku tulis petua dan rahsia keharmornian rukun damai rumah tangga melalui pemerhatian dan pengalaman yang ku lalui selama 25 tahun melayari bahtera perkahwinan ini.
Dua minggu selepas kami berkahwin, isteriku terpaksa balik ke UK dulu bagi menyelesaikan kursus yang diambilnya. Isteriku ingin bertukar kursus dari QS kepada town planning.
Aku tidak balik sekali sebab perlu menyelesaikan beberapa urusan dengan MARA. Aku hanya menghantar isteriku ke Subang Airport. Masa tu KLIA tak ada lagi.
Aku kembali semula ke UK, selepas 2 minggu kemudian. Buat permulaannya kami menyewa serumah dengan bro Azam. Kami di atas, Bro Azam di tingkat bawah. Bro Azam dah final year. Itu memang menjadi lumrah bagi pelajar2 di UK, yang berkeluarga undergraduate kongsi rumah.
Alhamdulillah isteriku berjaya menukar kursus dan aku meneruskan pengajian dalam Stage IIA – Profesional Course ACCA – Accountancy. Kedua-dua kami meneruskan pengajian di Birmingham City University.
to be continued….