Rintis Kehidupan

- dalam mencari keredhaan Ilahi -

11. Bahtera Perkahwinan – Antara pengharapan dan realiti

Posted by ainolazhar on November 9, 2008

 

 

Bila kita ingin mendirikan perkahwinan sudah tentulah masing-masing diri lelaki mahupun perempuan punya expectation dan pengharapan tersendiri. Sudah tentunya ada ‘mental picture’ how my family will ‘look like’. Off course semuanya mendambakan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Realitinya tak semudah itu.- Sedangkan lidah lagi tergigit , Inikan pula rumahtangga. Pantai mana yang tak dipukul ombak. Bila kapal di pukul ombak, maka atas kebijaksanaan nakhoda kapallah mengemudi kapal agar tak karam dan selamat sampai ke destinasi.

 

Antara unsur-unsur penting dalam menentukan kebahagian rumah tangga ini adalah – expectation & reality.

 

Bila kita melangkah ke alam dunia rumahtangga, ianya adalah dunia nyata, bukan dunia lamunan dan khayalan seperti semasa fasa bercinta bagi yang bercinta. Masa bercinta semua nya indah. Bila dah bersama : reality akan mencengkam. Perut tak akan kenyang dengan lafas-lafas cinta sahaja. Tepatlah apa yang dilafazkan oleh Nash : “Dunia tak seindah yang kita sangkakan”

 

 

Teman mempunyai seorang teman yang rumah tangganya hanya mampu bertahan kurang setahun. Teman di maklumkan adalah antaranya kerana expectation isteri kepada suami terlalu tinggi. Akhawat ini mahukan seorang suami antaranya : yang bangun tahajjud setiap malam. Apabila ianya tidak berlaku seperti yang diharapkan, akhawat ini merasakan seolah-olah dirinya tertipu. ( arranged marriage ). Lepas balik Malaysia teman pun tak tahu apa yang berlaku kepada kedua insan tersebut. Mungkin ada sebab-sebab lain lagi, tapi ini adalah antara sebab utama yang dimaklumkan kepada teman. 

 

Biasanya kalau keluarga ibu bapanya sebuah keluarga yang harmoni sudah tentu anak-anaknya akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai model rumah tangga yg ingin di bina. Begitulah sebaliknya. Anak-anak yang bermasalah moral dan pelajarannya selalunya lahir dari keluarga yang juga bermasalah. Puncanya bermula di sini.

 

Realitinya tidak semudah itu. Apa pun ianya banyak bergantung kepada diri kita sendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.  Kalu kita mahukan isteri kita menyediakan segala-galanya dari hujung rambut sampai kaki dan rumah sentiasa kemas dan bersih, kita perlulah dari awal lagi mencari bakal isteri yang tidak bekerjaya. Macam Pak Ngah. He has set from the beginning what he wanted from his wife.

 

Zaman telah berubah. Kebanyakan wanita hari ini bekerjaya. Tak seperti orang-orang dahulu dimana peranan mencari nafkah hanya pada sang suami shj. Jadi sudah tentulah sang isteri boleh menguruskan rumah tangga dan kehendak suami sepenuhnya. Sekarang mungkin kena banyak makan di luar atau beli lauk shj sebagai hidangan malam. Kalu isteri bertugas tidak mengikut norma 8-5, maka sudah tentu keadaan akan banyak berbeza.

 

Adalah sesuatu yang sukar layanan sepenuhnya jika isteri kita bekerjaya. Banyak tolak ansur dan sikap faham memahami perlu ada. Apatah lagi orang perempuan ni komited dengan kerja dan kadang-kadang membawa balik kerja pejabat di rumah. Apa pun suami perlu sifat memahami dan bertolak ansur. Realitinya lelaki ini ada egonya. Itulah sifat lelaki. Jadi how to strike the balance?

 

Bila sudah ada anak, tentunya layanan kepada suami akan terpaksa dibahagikan. Ini satu bab lagi yang akan teman ceritakan di kesempatan lain.

 

Bersambung…………………

 

 

 

2 Responses to “11. Bahtera Perkahwinan – Antara pengharapan dan realiti”

  1. ida said

    Assalamualaikum pak ndak…

    Kalu kita mahukan isteri kita menyediakan segala-galanya dari hujung rambut sampai kaki dan rumah sentiasa kemas dan bersih, kita perlulah dari awal lagi mencari bakal isteri yang tidak bekerjaya.
    (amik dr entri pak ndak kat atas nie)

    This is the biggest prob yg kami hadapi sekarang..kadang2 rasa nak nangis..

  2. P Dak said

    Salam Ida,

    T kasih kerana sudi mengunjungi penulisan PDak yang lama-lama. Dah hampir lupa P Dak, Elok gak baca semula dlm penyediaan kuliah P Dak.

    Ok,P Dak rasa begini:

    1. Mungkin Firdaus tak puas lagi rasa hidup sebagai seorang suami, Ida dah sambung belajar dan jumpa di hujung minggu je. Ini memberi kesan dan tekanan kepada beliau.
    2. Tentunya sebelum sambung belajar Ida dah bincang dan dapat persetujuan dari suami. Ini penting. Keredhaaan suami perlu diutamakan.
    3. Kalu perkara 2 diatas tidak berlaku, kena bincang balik. Apakah expectation suami kita pada diri kita?
    4. Sikap saling faham memahami penting. Ia bukan mudah nak dibina, tetapi perlu berusaha ke arah itu. Kedua-duanya perlu berusaha. It takes two to tango.
    5.Kita perlu merendah diri. Ask our spouse: what he wants? List down. Sebagai isteri yang taat kita cuba dan akan cuba dan cuba untuk fulfill kemahuannya as long as reasonable. Mana yang tak reasonable mohon tangguh dan bincang dulu.
    6. Akui kelemahan masing-masing dan cuba perbaiki bit by bit. After all we are not perfect.
    7.Sometimes it is good to cry. To release tension and express ourselve, but not everytime.
    8. Least not last : our spouse is the best partner in life God has destined to us.So carilah kunci-kunci yang akan membuka pintu-pintu kebahagian hidup suami isteri.

    Moga bermanafaat. Kalu rasa tak puas lagi kena bincang secara lisan. Pls do come to my teratak when ever you and firdaus free.

    Wasalam
    P Dak
    Ampang Ipoh
    8am.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>