Salam,
Sudah sekian lama blog ni tak update. Bukan apa terlalu banyak surprises yang terjadi akhir-akhir ini menyebabkan mood menulis hilang. Bukan mood menulis tiada, kadang-kadang mood kerja pun mengurang. Kejutan2 begini membuatkan banyak insan2 yang terjejas.
SURPRISE TERKINI ( 9 Feb 2009 )
Sedang kami bermesyuarat di pej JIM, salah seorang sahabat menerima sms : YB Roslan Sharom meninggal kemalangan.
Semua tergaman, macam tak percaya. YB Roslan memang agak rapat dengan kami. Kesemua anaknya di hantar ke sokolah hidayah. Umurnya muda lagi ( 50 tahun ). Aku mengenali YB walaupun tidak rapat, tapi beberapa kali ada interaksi dengannya. YB dan isterinya sama-sama aktif di UKM dulu dengan Mak Lang. Mungkin masa tu ikut ABIM.
Di sebelah paginya, salah seorang ahli mesyuarat ( seorang pensyarah di UTP ) memaklumkan bahawa seorang student di UTP meninggal. Sebab tak dimaklumkan.
Itulah dunia. Hanya sementara. Ambillah ianya sebagai tazkirah dan peringatan buat kita semua.
Petangnya kami menghabiskan mesyuarat lebih awal dari jadual. Terus kami ke masjid di Changkat Larang. Solat Asr dan Jenazah. Lautan manusia membanjiri masjid dan tanah perkuburan. Ramai yang hadir. Sungguh ramai manusia yang hadir dalam jangka masa yang singkat. Aku pun tak pasti kalu aku mati nanti seramai tu manusia yang hadir.
Ramai VVIP yang hadir. MB Pakatan Rakyat pun turut hadir hingga jenazah sempurna di kebumikan. Senyum dan tenang shj. Sempat salam dan berpelukan dengan YB Salahuddin Ketua Pemuda PAS yang membeli rumah ku di Taman Melewar beberapa tahun lalu.
Semuga roh mu dicucuri rahmat oleh Allah hendaknya.
Sampai rumah hampir waktu isya’.
SURPRISE KE 2
Jatuhnya kerajaan PR Perak ke tangan lanun Bee End. Ini yang paling tragis sekali. Nak komen, aku bukan ahli politik. Tapi ini sungguh mendukacitakan , apatah lagi melibatkan pihak istana. Sejarahnya pihak istana, tidak pernah membela nasib rakyat. Bacalah sejarah dari penjajahan British lagi.
Hampir setiap hari, aku akan membaca analisa dan berita dari internet. Surat khabar dan TV – tidak professional dan bersifat ‘mala fide’ dalam menyampaikan berita. Memperbodohkan minda rakyat. Aku telah lama tidak membacanya.
Dalam banyak2 analisa itu satu kata-kata yang masih segar dalam ingatan;
Chinese proverb said : It takes 3 generations to destroy an enterprise, but Najib makes it 2 genarations. His father build Umno, Najib is destroying it”
Wish to see Umno berkubur dalam PRU13. Sama-sama kita mengajar mereka yang takbur dan bongkak ni.
SURPRISE 3
Dalam masa yang sama, Opah pengsan di Hospital semasa aku menghantarnya bersama Amirah untuk xray. Aku panic. Terus call Umi minta Umi datang segara. Call Pak Long, Pak Ngah dan Mak Lang. Alhamdulillah semua hadir agak cepat jugak.So with them around, settlelah sikit. Let we face it togather if anything happen.
Opah terus dimasukkan ICU. Lemah jantung.
Itulah kehendak Allah. Baru last month, buat ecg b4 operation mata. Semuanya Okey.
Opah mula complain penat dan letih dah lama. Cuma minggu lepas agak ketara. Aku dah cadangakan untuk bawa ke pantai puteri, tapi nampaknya Umi tak berapa setuju. Gi GP dulu, makan ubat dan tengok perubahannya. Lagipun Opah tak pernah complain chest pain. So far Dr kata jantungnya ok.
Opah berada di ICU selama 1 hari dan di wad biasa selama 5 hari. Masa ICU Dr buat electrical shock tapi dengutan jantung Opah tak kembali normal. So drip ubat continuously. Akhirnya after almost 12hrs baru ada perubahan pada denyutan jantung Opah. From 140 beats per minute to below 100 beats.
Masa masuk ICU semua anak2 Opah ada dan balik. Dah jadi macam bukan ICU, nurse complain, ramai sangat visitor. Opah tak leh rehat.
Esoknya lepas subuh kami bertiga- Umi dan Iman gi hospital. Masih di ICU. Denyutan jantung dah turun. Below 100. Kami pun tak lama. Nak bagi Opah rehat. Bila Opah dah tidur kami keluar gi cari breakfast.
Mungkin dalam pukul 11pagi Opah dipindahkan ke wad biasa. Maka bermulahlah aliran pelawat yang non stop, sampai nurse complain opah tak dapat rehat.
Lepas 5 hari Opah dibenarkan pulang. Dr Pakar kata, the problem is with her tyroid which affect her heart beat. Opah rehat selama 2 hari dirumah sebelum balik ke Chepor. Jumaat ni bawa Opah follow up check dengan Dr Pakar jantung yang sampoi.
Umi pulak diserang demam selsema dan batuk. Mungkin keletihan sepanjang minggu ini. Masih belum pulih sepenuhnya. Kena rest banyak nak recover.
Hope no more surprises after this.
11/2/2009