Perbincangan kali ini merujuk kepada penulisan dalam Blog Ikah : Keinginan Besar Kemampuan Kecil. Agak detail penulisan Ikah, memang bagus dan baik untuk mereka yang ada cita-cita dan keinginan untuk menghabiskan zaman bujangnya membaca dan memperhalusi point2 yang dikupas. Mantap.
Semua noktah dan point2 yang dinyatakan perlu dihalusi dan dipertimbangkan dengan semasak-masaknya sebelum anda menyuarakan hasrat di hati.
Kahwin atau dalam bahasa bakunya mendirikan rumah tangga adalah merupakan naluri dan kehendak manusia normal. Malahan menjadi sunnah nabi. Bukanlah dari kalangan ummat nabi Muhammad mereka yang tetap membujang.
Cuma persoalan yang timbul untuk memenuhi naluri ini:
1. BILA ??? – bilakah masa yang sesuai. Inilah dilemanya. Rasanya sekarang masa yang sesuai, tapi bila selidik ‘kemampuan kita’ rasanya kena tangguh dulu…..
Menentukan masa yang sesuai adalah milik kita, sebab kita yang akan menangung risikonya. Ibu bapa hanya melihat dan memantau dari jauh shj. P Dak pun tak suka too involve selepas perkahwinan. Let them be independent dan merasai susah senang kehidupan ini.
2. SIAPA – siapakah bakal pasangan kita yang sanggup bersama mengaharungi bahtera kehidupan ini. Bak kata kopratasa : hidup tak selalunya tenang
Kadang-kadang ada orang yang bercinta bagaikan rak sebelum kahwin, tapi lepas kahwin – tak boleh bertahan lama. Mungkin jemu dan pasangan mula mencari ‘teman’ baru. Bukan mudah mencari pasangan yang sehinga akhir hayat ingin bersama kita. Bayangkan everyday dan every time we will see the same person for the whole of our life……Something that is not easy if we don’t have the strong bonding. Bonding of love, kasih sayang dan saling faham memahami.
Cantik, handsome tu bukan tak penting, tapi itu bukan segala-galanya. Naluri manusia inginkan yang cantik, tall, dark and handsome. But it doesn’t end there.
To really understand our partner needs time, patient and passion. Lots of adjustment, readjustment, alignment, realignment and consideration need to be done after the marriage. Bukan senang nak suit antara satu sama lain. To agree to disagree. To respect each other opinions. Menerima kelemahan pasangan kita. Ada orang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk memahami pasangan masing-masing. Di sinilah advantagenya kahwin di luar negeri – tiada ‘gangguan’ dari keluarga kedua2 belah pihak. Jadi lebih mudah dan banyak masa boleh diberikan untuk memahami pasangan kita.
Alhamdulillah bulan Ogos ini genaplah 26 tahun perkahwinan kami. Tahun lepas Jubli Perak – awal sikit dari sultan perak. Bukan tak ada gelombang sepanjang 26thn kahwin, tapi Alhamdulillah selamat. Nak tahu petuanya kena sesi steam boat di rumah P Dak lah. Boleh cerita panjang.
Kahwin di usia muda ada advantage dan disadvantgenya. Tapi semuanya bergantung pada kita dan sikap kita. Orang lain tidak boleh menentukannya. Mungkin suasana belajar di luar negara, banyak memudahkan kalu nak kahwin masa study. Kalu di Malaysia ni agak janggal gak nak kahwin masa study.
Apapun P Dak bersyukur sebab kahwin awal. Di usia awal 40an semua dah settle. InsyAllah sebelum ‘pencen’ ( kalu boleh pencen) harapannya semua anak2 P Dak dah kahwin dan selesai. Kadang2 tengok kawan2 yang seangkatan, kesian tengok dia orang – masih dengan anak2 kecik lagi.
Apa yang selalu P Dak sebut – kahwin ni adalah satu perjudian. Ya satu risiko yang kita ambil. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Jadi sebelum membuat pilihan – banyak2kan solat istikharah dan doa. Doa dengan benar2 mengharapkan petunjuk dan bantuan dari Illahi. Agar kita membuat keputusan yang baik dan terbaik buat hidup masa depan kita. Bukan mudah nak cari pasangan yang sanggup kongsi duka, suka, luka, dan seribu onak dalam kehidupan.
Apa pun yang pasti pegangan pada agama itu teramat penting. Inilah yang akan menjamin keselamatan masa depan. Sebab itu hadis nabi tepat menyatakan salah satu ciri pasangan yang di cari adalah kerana agamanya. For me the most important criteria. Once this thing settle – the rest will follow suit. Kita ada tempat rujukan dan tempat fall back in any situation.
Cukuplah untuk kali ini, kalu panjang2 takut macam nasihat dan nanti jemu pulak.
Wasalam.