Rintis Kehidupan

- dalam mencari keredhaan Ilahi -

Archive for May 5th, 2009

Masa terus berlalu

Posted by ainolazhar on May 5, 2009

Dah lama gak tak update blog aku ni. Rasanya belum bersarang sangat. Apa pun blog ni masih bernyawa lagi. Hairan blog Kak Long Kawtsar dah tak boleh bukak agak lama jugak. Jangan dibiarkan begitu terlalu lama. Tukar tapak blognya.

Apa pun sepanjang beberapa minggu terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan berlalu. Tak sempat di senaraikan semuanya di sini.

Majlis Tunang dan Kahwinblue

Along – alhmdulillah selamat bertunang. Aku lebih confident mengendalikan majlis kerana ini kali kedua. Semuanya beres dan berjalan dengan baik. Kalu nak detail dan gambar sila rujuk weblog Iqa.

Sebelum majlis bermula, aku sempat update dengan tuan rumah, lattest development perbincangan yang berlaku. Al Maklumlah along dan bakal mertuanya satu sekolah. Hari-hari berjumpa. Tentu telah ada yg dibincangan terus. Di sekolah ini jugaklah bakal mertua along berkenan dengan along dan nak dijodohkan dengan anak sulungnya. Hai macam-macam cara orang dapat jodoh. Apa pun dah jodoh. Benarlah kata pepatah melayu “ Ikan di laut, asam di di darat, bertemu jua di dalam kuali”. Kalu menurut Kalam Sigh Walia pepatah ini mungkin berbunyi “ Paste tomyan di darat, udang di laut, bertemu jua di restaurant sea food”.

Mulanya agak terperanjat gak bila aku diberitahu tarikh kahwinnya pada 21/11. Tapi bersyukur kerana dipercepatkan. Asalnya mungkin tahun 2010. Hai tahun ini sampai 2 kali menerima menantu. Eloklah disegerakan, jangan ditangguhkan. Mudah anak-anak saudara yang kemudian.

Uda – Anak Pak Su pun selamat bertunang. Ha yang ni kahwin tahun depan 2010. Mungkin bulan March.

Lepas tu 6/6/2009 ni anak Pak Su Lan pulak kawin. Berkampung lagilah jawabnya di Taiping.

Malam tadi P Dak KL talipon Siti kahwin 1/1/2010.
Kena booked lah siap-siap tarikh ni.

Tahun depan – pakat-pakat sebuk semua dapat cucu, cicit dsbnyalah.

Latihan Industri A Hazimblue

Hazim masuk minggu kedua menjalankan latihan industry di R & R Tooling and Machining. Hari pertama gi report duty siap dengan jacket UIA. Hari kedua dah tanggal jacket tinggal T shirt colar. Hari ketiga dah pakai T Shirt aje.

Hazim tumpang tuah dedek, budak serawak yang buat LI ditempat yang sama. Sebab dedek bawak kereta. Jadi Hazim jadi driver dia gi LI.

Asalnya susah gak nak dapat tempat utk LI ni. Sebagai ayah terpaksa jugaklah cari kawan-kawan mana yang ada nak tempatkan Hazim yang hampir tak berjaya mendapatkan tempat. Lepas diusahakan alhmd dapat 2 tempat. Satu di Nichicon Bangi, satu di Ipoh. Memandangkan Dedek ada masalah LI di Bangi maka Hazim pun terpaksa berkorban LI di Ipoh bersama Dedek. Setia kawanlah katakan.

Apa pun Hazim akan menghabiskan LI pada awal bulan July nanti. Puaslah gak makan free di rumah. Tapi makan free masa bila ya??. Makan di hujung minggu je. Lunch di kilang, makan malam dengan Dedek, Sipul dan kadang2 dengan Abang Bob.

IMAN – Terus sibuk dng examnya.

Iman tak sempat menghadiri kesemua majlis tunang di atas. Study. Kalu paper susah Iman tumpang studi di hostel bersama dengan geng2nya. Hari ni paper akhir sebelum present project Jumaat ni. Tak leh lah nak teman ayah hantar opah medical check up.

Lepas ni katanya short sem pulak.Lepas tu terus sambung praktikal di Hospital Seberang Jaya, Penang. Jadi orang Utara pulak lepas ni, makan nasik kandar cek.Moga di makbulkan hajat untuk berkhidmat dengan masyarakat. Amin.

Posted in Uncategorized | 7 Comments »