Rintis Kehidupan

- dalam mencari keredhaan Ilahi -

Archive for May 21st, 2009

OPAH DAN CUCU-cucunya.

Posted by ainolazhar on May 21, 2009

cucuTajuk ni dah lama aku nak tulis, tapi biasalah dengan kekangan yang ada. Hari ni cari gak masa mengetuk kekunci lap top setia ini.

Tak tahu nak mula mana dulu. Hubungan Opah dan cucu2nya memang merupakan satu hubungan yang istemewa dan berbeza hubungan anak dengan mak atau ayah. Apa taknya biasanya cucu2 ni kelazimannya akan mendapat perhatian, kasih sayang yang lebih dan setengahnya berlebihan daripada Opah dan Atuk. Itu adat. Kalu anak dibela oleh Opah dan Tuknya kadang2 spoilt jugak sebab kasih sayang yang berlebihan ni. Kalu Atuk/Opah bawak cucu gi kenduri, Atuk/Opah akan pastikan cucunya makan. Kalu anak sendiri belum tentu lagi.

Tapi ada jugak Atuk dan Opah yang kurang disenangi oleh cucu2nya. Mungkin Atuk dan Opah nak privasi dalam menghabiskan sisa-sisa umur mereka. Almakumlah bila semua cucu-cucunya berkumpul maka rumah Opah akan menjadi macam kapal karam, tanpa nakhoda. Ini mungkin menyebabkan ketenangan yang biasa diperolehi ‘terganggu’ dengan kembalinya cucu-cucu ke kampung, terutamanya bila ada cuti panjang dan musim perayaan.

Mungkin bagi cucu-cucu pula, balik kampung bersama Opah dan Atuk is the best time in life. Apa taknya, mereka merdeka dari ibu bapa, merdeka dari hidup kota yang ‘berserabut’, merdeka dari segala-galanya. Mungkin bagi kebanyakan kita inilah masa yang paling memorable sekali, seronok dan penuh nostalgia. Lebih menyeronokkan lagi bila ada sepupu sepapat yang balik cuti sekali. Apa taknya masa bercuti di kampung terasa berlalu begitu cepat. Sedar2 je dah nak kena balik rumah masing-masing.

Itulah serba sedikit gambaran umum hubungan Opah dan cucu2nya.

Berbalik kepada Opah ketior, concernnya Opah pada cucu2nya berterusan hinggalah cucunya mendirikan rumah tangga.

Pelajaran cucunya amat diutamakan. Terutamanya selepas SPM, mana cucunya nak gi sambung belajar. Salut gak bila Opah gi hantar Amin sambung belajar ke Kelantan. 2 hari lak tu. Ikutkan umur dan kesihatan memang agak mencabar gak gi Kelantan ni. Apa pun itulah pengorbanan yang dilakukan Opah bagi memastikan kejayaan cucu2nya. Harap-harapnya kehadiran Opah member semangat pada Amin.

Bila cucunya nak bertunang, selalu dipesan, minta lelaki bawak dulu RM1k sebagai hantaran pada hari pertunangan. Acap kali gak dia pesan pada P Dak bila Along dan Idah bertunang dulu. Itulah pandangan yang sentiasa P Dak dihormati. Adalah hikmahnya disebalik pesanan ini

Bila cucu2nya nak exam, ramai yang mula ingat Opah, talipon dan minta Opah doakan. Maklumlah Opah ni selalu solat malam ( hampir setiap malam ). Semua mohon berkat dan restu. Harapnya lepas berjaya dlm peperiksaan dan berjaya dalam karier masing-masing cucu2nya tak lupakan Opah. Sekurang-kurangnya uluklah sekeping dua note RM50 tu bila gaji pertama, buat kenduri kesyukuran di rumah Opah ke dsbnya. Opah bukanlah mengharap sangat benda-benda ni, tapi sebagai penghormatan dan tanda ingat cucu-cucunya pada Opah. Berkat hidup.

Posted in Uncategorized | 5 Comments »