Pengail Ikan
Posted by ainolazhar on May 28, 2009
Seusai perjumpaan kami di Teluk Intan, jam menunjukkan pukul 11mlm. Kami di jamu dengan beehoon goreng. Sedap gak bee hoon goreng ni, maklumlah antara makanan favorite teman. Tapi teman makan sikit je, sebab tadi setibanya di bandar TI ni kami dah perkena roti capati 1.5 each di restoran Gulam Rasul. Salah satu destinasi makan yang istemewa selain dari Mastan Ghani. Itulah hebatnya TI ni selain dari menara condongnya.
Perjalanan dari TI ke Ipoh biasanya mengambil masa 1.30jam. Teman yang memandu. Setelah bersalaman dengan sahabat2, kami pun meminta izin meneruskan perjalanan pulang ke Ipoh.
Keluar sahaja dari bandar TI kami melalui sebuah jambatan, kelihatan di atas jambatan 2 orang sedang mengail ikan. Hobi mungkin. Kalu dah hobi ni tak kira pukul berapa. Kalu kaki pancing ni sampai larut pagi pun sanggup sengkang mata. Ada yang sanggup redah hutan belantara, ada yang sanggup merempuh lautan, demi memenuhi gian memancing. Alhamd teman tak lah termasuk dalam golongan ni. Apa pun mereka sanggup menunggu di atas jambatan semata-samata nikmat gigitan ikan pada umpan pancing. Mungkin inilah pendorong utamanya
Kami meneruskan perjalanan lagi. Menghampiri Kg Chikus jalannya agak lurus. Di kedua-dua belah jalan di penuhi sawah padi. Jam 12 malam.
Sambil memandu, kami terus berbual menghilangkan mengantuk. Macam-macam isu yang dibincangkan.
‘Sheikh, nampak tak sebelah jalan ada orang sedang memancing d itepi sawah”.
Aku menoleh ke kanan, dan kelihatan seorang lelaki rasanya sedang memancing di tepi sawah. Bersebelahan dengannya ada sebuah motosikal kapcai.
‘Macam-macam manusia ni’ jawabku ringkas.
Keesokan harinya teman menceritakan kisah malam tadi pada isteri teman.
Biasalah komen umi, ‘Bukan orang kot”
“orang, sebab ada motosikal sekali” jawab teman dengan yakin.
‘Mungkin dia sedang mencari rezeki buat keluargannya” sambung isteri teman lagi.
Ya mungkin. Inilah kehidupan. Sedang orang lain nyenak tidur dan di ulit mimpi, ada hamba Allah sedang bergelumang dengan malam, terpaksa memberanikan diri untuk mencari rezeki membiayai kehidupan keluarga. Kita bagaimana ye?. Bersyukurlah dengan segala kurnia Ilahi pada kita.