Chiprobay
Posted by ainolazhar on June 13, 2009
caption]
Jumaat (12.06.2009) Lunch hour. After solat Jumaat.
Menu : Ikan masak singgang tumis, goreng udang bersalut.sayur kobis.
Alhamduillah inilah kali pertama dalam masa hampir 12 hari Ummi makan bertambah. Sebelum ni umi hanya makan buah, nasi bubur dan roti sahaja. Ya ummi demam teruk. Lain dari yang biasa. Biasanya umi deman hanya 3-4 hari. Lepas tu kebahlah. Ni hampir 12 haru baru kebah. Mulanya hari Isnin yang lepas.
Isnin (01.06.2009) Umi mula rasa demam selepas menziarahi mak lang yang baru baik demam. So teman agakkan demam biasa – jadi seperti biasa gi Farmasi Ikhwan – beli ubat demam dan batuk. Neuforen.
Selasa (02.06.2009) Umi masih meneruskan dengan ubat farmasi. Not much changes. Malam umi tak leh tidur lena. Dua tiga kali gak bangun. Akhirnya umi tidur kat ruang tamu rumah. Umi sesak nafas. Hazim pun bangkit. Sembang dengan Umi pukul 3pagi. Lepas tu Iman pun join in sekali. Sempat makan mee adabi goreng.
Orang sakit, orang lain yang kenyang makan
[/
Rabu ( 03.06.2009) Teman ke KL. Tak boleh nak batalkan sebab dah janji lama dengan kawan. Ada pameran SMEDEC.
3pm dapat sms drp umi : Salam, Umi dah panas balik. I am trying not to sleep, nanti malam x tido. Kalu esok tak hilang demam mngkn pi klinik ambk antibiotic pulak.
4.43pm dapat sms dari Iman pulak : Salam ayah blek pkl bp?
Ngapa. Tak pernah lak teman di tanya balik pukul berapa bila outstation. Ni mesti serius ni. SMS iman masuk bertalu2:
Iman: Umi x kebah lagi.Mkin panas.Umi nk tgu ayah t0k p klinik.eman nk bwk tapi umi xmau.
Teman : pujuklah umi.
Iman : Dah puj0k.tp umi kate its 0k.umi tguu ayah,tp dot wory umi kate.dia bleh tahanTeman: makanlah ubat dulu
Iman : Dah mkn ubt dh.2 y umi s0h tgu dl5.30pm: Iman : Salam.ayah kat ne?Ai ni dah lain macam punya sms bunyinya. Teman sedang memandu di hiway terus menalipon Iman. Berdebar gak hati ini. Teman mintak Iman terus bawa umi ke klinik. Ini dah kes teruk.
6.30ptg teman sampai di rumah. Alhmad Umi baru balik dari klinik. Demam panas 39++ C. Dr dah bagi antibiotic.
Malamnya umi tak leh tidur lagi.
Khamis (04.06.2009 ) – Still on the medication.Demam mula kebah. Tapi selera makan udah hilang. Makan bubur aje. Buah dan sedikit roti. Perut mula meragam.Macam orang mengandung. Abdominal pain. Nausea. Pening masih berterusan. Sesak nafas. Malam tak leh tidur malam.
Jumaat (05.06.2009 ) Pagi lagi teman dah bawak umi jumpa Dr Tarizah/Murshid. Dr Tarizah bercuti. Dr Murshid cek. Temp 38C. Paru-paru sempit.Umi tak ada lelah sebelum ni.Bawak semua ubat2 dari klinik sebelum ni.Umi ambik Nebulizer dan Dr bagi ubat sesak nafas ( lelah ) Neulin.
Alhmd baru lega nafas.
12tgh – sedang baring di ruang tamu , dapat call dari Pak Su Idin. On d way to Ipoh. Nak singgah solat jumaat. Maka teman dan iman pun masaklah dengan tunggus lumusnye. Alhamd lepas solat Jumaat bolehlah makan dengan Pak Su Idin sekeluarga. Pukul 3 ptg mak su nor dan family sampai. Ptgnya mereka ke Taiping. Sepupu kawin. Kami tak ikut. Umi masih demam lagi.
Sabtu dan Ahad – Umi masih not much improvement. Selera makan pun tak ada, perut sakit dan mula muntah2.Kepala pening. Ahad tu sempat gak balik kg sat, hantar barang pada Mak Su Nor. Ptnya call kak long tapi umi buat macam suara orang sihat je. Tak nak bagi kak long risau pulak. Semua jemputan kenduri kahwin – put aside.
Isnin 8.06.2009 – last day makan ubat antibiotic. Deman dah kebah, tapi abdominal pain, headache dan lost of taste still there. Malamnya pening kepala. Something wrong ni. If by tomorrow tak baik gak, kenalah bawak ke Pantai pulak. Umi pun tak larat, baring je atas katil. Habis surat kabar di bacanya.
3 malam berturut turut teman solat hajat. Mohan di beri kesihatan pada isteri teman ni.
Then teman mintak Iman cek advest effect antibiotic dan ubat ashma umi. Chiprobay dan Neulin : Kesan sampingannya panjang: Antara lain: Neusea, abdominal pain, rashes, headeach, perversion of taste dll….Teman jumpa pharmacist. Dia kata Chiprobay ni untuk orang ICU. Dah tu pulak 500mg
Alahai – apo pulak Dr bagi yang ni. Terus teman carikan air kelapa untuk hilangkan kesan Chiprobay ni. It takes 2 days, b4 kesannya benar2 hilang. Itu pun umi takut nak makan lagi sebab takut muntah.
Rabu – balik dari ambik iman training dari stadium, keluar dari kereta :umi muntah teruk. Memang teruk habis. Habis buah anggur dan roti keluar. Nasi memang dah lama umi tak makan.Chiprobay dan neulin pun mungkin keluar sekali.
Khamis – alhmad getting better. Walaupun most of the time baring atas katil.
Jumaat – spt di atas.
Pengajarannya:
Alhmd ada hikmah disebalik kejadian diatas. Kesihatan adalah anugerah Allah yang amat berguna. Alhmd jugaklah umi sakit masa cuti sekolah. Jadi boleh rehat dan recover sepenuhnya.
2. Kesan sampingan ubat ni boleh menyebabkan sakit yang tak di undang. Jadi elok gaklah mintak 2nd opinion sebelum consume. Esp antibiotik.
So be carefull with Ciprobay. Mungkin lepas ni tak makan dah Ciprobay ni. Ciprobay oh Ciprobay.
umi said
Terima kasih eden nak ucapkan pada ayah kerana jaga eden dengan cukup baik. hanya Allah yang membalasnya. Masa sakit tu rasa sangat nikmat kesihatan kalau allah tarik tak guna apa pun. Tengok makanan jadi sedih teringat zaman mengandungkan Kawtsar dan Iman yang tertuk x leh makan selama 4 bulan.
ZIAA said
adoi,kak long kite berdua kene la plak…mana la kami tau waktu tu kami menyebabkan ummi tak lalu mkn…padan la waktu eman lahir, ummi sgt kurus berbeza dgn sekarang…hehehe…
ayah,bukan neuforen tapi neurofen…hehehe…apa yg eman perasan ummi akan pi klinik sbb demam bila ayah pi KL…penah satu insiden,tak tau ayah ingat lagi atau tak…ummi demam teruk pastu makcik piah and makcik lah yg bawak pi klinik cos ayah tak der…waktu tu eman mana tau bwk keter,waktu eman darjah 4 kot…hehehe…tp sekarang alhamdulillah,eman bleh bwk ummi pi klinik dengan cepat…yahuuu…hehehe…
luv both of u, ummi ayah!!!
ainolazhar said
ZIAA
Thanks for the correct spelling of neurofen. Dari tak leh baca, sekarang dah pandai mengeja pulak. he he
ZIAA said
tu perli la tu….tau la eman lambat membacer!!!