CitiTel Hotel P Pinang
Posted by ainolazhar on June 26, 2009
22 June 2009 – Di bilik penanti servis kereta. Sementara menunggu AGF di servis.
21 June 2009:
Selepas makan tengahari, teman buat pengumuman : dapur ini closed/not in operation for 3 days. Only outside food will be served. Bfast will be provided. Why? Sebab kami berempat akan bertolak ke P Pinang. Pulau Mutiara. Menuju ke Cititel Hotel. Hantar Ummi sebab Ummi ada taklimat sekolah kluster selama 3 hari.
Nak cari Cititel ni bukanlah mudah. Jenuh gak lah tawaf dua tiga kali Komtar – salah satu mercu bandar George Town. Setelah menalipon kawan-kawan Umi dan Hazim, akhirnya Iman yang bagi clue – masuk jln Burmah. Walaupun ada peta yg teman print dari internet, tapi tak berapa jelas sangat.
Menyusuri Jln Burmah – Iman pun nampak bangunan Cititel. Walaupun spec retak sebelah, pandangan masih tajam. Setajam lidahnya. Akhirnya kami sampai ke Cititel. Umi cek in, lepa tu kami nak gi jalan-jalan lihat jeti di P P. Jam pukul 6 ptg. Sempat gak posing kat jeti dan plantar feri.


Sempat kami melihat deretan kereta menunggu giliran menaiki feri ke Butterworth. Walaupun jambatan P P ni dah 3 lanes, masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan feri. Mungkin nak lihat laut agaknya atau mungkin jugak menjimatkan.

Merenung jauh nampaknye
6.30 – rush back to Cititel, sebab Umi nak tukar bilik. Asalnya Umi menginap dengan PK sebuah sekolah yang umi tak berapa seronok sangat. Akhirnya setelah berbincang dengan urusetia umi dapat bilik kongsi dengan kerani sekolahnya. Nampak lega dan seronok lah umi. Iman menjadi pengiring setia. Ada yang ingatkan Iman ni cik gu sekolah RCMP.
“ Kolej perubatan pun ada kluster” – tegur seorang guru.
“ tak, ini anak saya “ jelas Umi.
Setelah umi settle dlm bilik barunya, kami pun bertolak balik ke Ipoh. Iman sempat merakamkan sunset dari jambatan PP.
caption id="attachment_424" align="aligncenter" width="300" caption="\'reverse sunset dari Iman"]
[/caption]

Small Island yg terbentuk hasil timbunan pasir akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang. Itulah harga sebuah pembangnan
Singgah di Juru makan malam dan solat jamak magrib isyak. Boleh tahan gak bee hun sop kat R&R ni. From juru to Ipoh – hazim took over the driver seat. Tapi takleh nak tidur, dia ajak sembang lak.
We arraived Ipoh around 10pm. Iman sibuk nak siapkan barang-barang utk ke Lumut – menyertai team volleyball RCMP esoknya. Semuga berjaya. Untuk Umi selamat bertaklimat.
ZIAA said
amboi sempat perli2 plak ek…
klu eman tak ikut, tak jumpa la hotel tu…hehehe…
bersyukurlah dengan adanya eman dalam keter tu…
kawtsar said
hehe..berbisa kata2 ayah utk iman tuh..tp cam btul gak..hihihi..iman jgn marah klong!!!
ainolazhar said
Salam,
Iman dah bermukim di Seberang Jaya. Setahun lak tu. Lepas tu nak sambung kat Bandung bu.
Ada masa ayah akan catatkan perjalanan kami ke S J.
Miss u iman
ayh
ZIAA said
terharu-terharu…huhuhu…