Rintis Kehidupan

- dalam mencari keredhaan Ilahi -

ACHUN V PARENTS BUANG KUNCI

Posted by ainolazhar on November 1, 2009

Bismillah,

ACHUN.

 “Tauke umur sudah berapa”?

‘Dekat 70 thn, Enam puluh lebih” jawab seorang lelaki tua Cina bernama Achun.

‘ Sekarang sudah tak kuat, dulu banyak kuat’

“ Anak ada berapa” tanya ku lagi

‘8 orang, semua sudah kahwin. Sekarang tinggal sama pempuan sy saja’ tambah Achun lagi dengan pelat Cina nya yang agak tebal.

Achun seorang lelaki tua Cina yang gigih menyiapkan sedikit renovation yang terpaksa teman lakukan pada dapur rumah teman akibat grillnya dah berkarat dan dah reput. Setelah puas teman mencari tukang rumah Melayu, semua nya ada projek masing-masing, akhirnya seorang ahli qariah surau teman mencadangkan Achun.

Mula-mula jumpa Achun nak buat estimate, dia gelang kepala.

‘Apasai rumah baru siap mahu baiki lagi’ tanya Achun.

‘Apa boleh Chun, lama punya tukang sudah silap bikin’

‘Dulu gua tengok Melayu bikin ini rumah’ tambah Achun.

Malu teman. Ada ke patut level grill sama dengan sink basuh pinggan. Lama-lama berkaratlah grill tu. Tak pasai-pasai melayang duit teman. Grill dah nak jatuh. By touch of hand, it will fall down.

So bagi mereka2 yg nak buat rumah tu, look at the details. Off course with knowledge. Think the practicality and the functionality of the inner construction. By right the contractor should advice you. But that is not always  the case. If you got an extra money, get the advice from the interior designer.

Berbalik kita pada cerita Achun.

Seminggu Achun berulak alik dari Bercham ke rumah teman. Achun datang cukup awal between 7.45-8.15am dah terpacak di depan pintu rumah teman, bagi memulakan kerjanya. Without fail. Achun dibantu oleh seorang anaknya.  Kerja Achun cukup teliti, bersih dan kemas. Sebelum balik lantai dapur dilap dan kayu2 di susun dengan teratur di luar rumah.

Finishing kerja-kerjanya kemas dan teliti. Sukar untuk menari orang macam Achun ni. Kalu nak bandingkan dengan kontraktor  Melayu, tapi itulah hakikatnya. Faham-faham ajelah. Ni tak cerita pasai jambatan gantung roboh di Kampar, yg menyebabkan kematian 3 orang murid. Sapa lah agaknya kontraktornya kalu bukan Melayu.

Mereka ni masih mempunyai mentality ‘pendatang’. Therefore they slock like mad. They have no privalleges and tongkat sakti. They have to strive hard to survive. On the last day, Achun tambah 2 orang lagi pasang tile, just to complete the works on time.

‘Saya tahu lu susah nak masak, dapur tak siap lagi’ kata Achun.

Walaupun nilai kerjanya tak lah besar, around rm2.5k, ( Achun kata ambik kong je )  tapi teman puas hati dengan sikap dan perlaksanaanya. Boleh lah recommend kawan2 kalu dah tak ada orang Melayu yang boleh buat.

PARENTS  BUANG KUNCI

Hari ni dalam kuliah, pensyarah teman menceritakan bagaimana Pengarah Kampus Uitm  Seri Iskandar Perak mengamuk sebab parent buang kunci asrama dalam longkang. Peristiwa ni berlaku 2 semester yang lepas. Pengarah yang round kampus terjumpa kunci2 bilik asrama di dalam longkang berhampiran dengan kawasan asrama pelajar sehari selepas pendaftaran pelajar baru.

Why????

Bilik asrama asalnya untuk 2 orang terpaksa di muatkan seramai 4 orang. Jadi crowded lah bilik-bilik asrama ni.  Pertambahan pelajar adalah atas arahan pihak kerajaan. Ada parents yang tak puas hati mencampakkan kunci bilik asrama dalam longkang.

Siapa?

Tentunya orang Melayu.

Kenapa teman kata orang Melayu, sebab Uitm hanya untuk orang Melayu.

Melayu jenis apa agaknya?

Melayu yang kaya dan berstatus. Kalu parents yg susah dan miskin – tentunya appreciate tempat tinggal yang disediakan oleh pihak Universiti.

So teman punya lecturer pun menutup perbincangan isu ini dengan menyatakan:

 ‘Kalu nak five star hotel punya asrama, pi lah masuk UTP. Bayar sendiri. Ini U kerajaan dan fully subsidized”

 Fikirlah sendiri……

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>