Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Kembali

Posted by ainolazhar on August 15, 2011

Asm . Bismillah

Hari ni 15 Ramadhan, bersamaan 15 hb Ogos. Dah setengah bulan ramadhan kita lalui. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Rasanya baru macam semalam ramadhan bermula. Masa yang terbaik untuk kita menilai sejauh mana kita telah memanafaatkan ramadhan ini untuk mempertingkatkan hubungan kita dengan Allah swt. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan terbaik buta kita semua untuk mensucikan diri dan roh kita. Ingat, bila kita kembali kepada Allah, apa yang kembali ? Ya , yang kembali adalah roh kita. Roh kita yang akan menghadap Allah. Roh inilah yang akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan sepanjang hidup yg sementara di muka bumi ini menuju kehidupan yang abadan.

Cukup untuk mukaddimah.

The last time this blog updated was in Jan 2011. Too long. Nak kata sibuk, memang semua orang sibuk. Istiqamah dalam apa yang kita lakukan bukanlah satu perkara yang mudah. Kalu tiadanya ‘passion’ dan ‘patient’ sudah tentu sukar untuk kita istiqamah. Ini satu muhasabah buat diri teman.

Sepanjang 7 bulan berlalu, banyak peristiwa telah menjadi hari ini dlm sejarah: Sekadar ingatan:

– perkahwinan Kak Long – anak sulong teman, telah selamat dilangsungkan pada bulan Febuari yang lalu. T kasih pada semua. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Kadang-kadang dipukul ribut ombak, kadang2 dilautan yang tenang, kadang2 di tengah dan kadang2 di tepian pantai – itulah ibaratnya hidup dlm rumah tangga. But we are here to support both of you. All the best.

-Anak kedua teman – alhamdh telah mula berkerjaya. Not easy cari duit sendiri. What more working with the Chinese company. They push you to the limit, until the limit became norms. Itulah kehidupan.

– Kebangkitan rakyat di Mesir – sehingga jatuhnya Mubaraq yang telah memerintah sekelian lama. ALhamdullah anak teman – selamat kembali di Malaysia pada masa tersebut. Kebangkitan rakyat terus merebak ke negara-negara Arab yang lain – Syria, Yemen, dll. Sehingga kini belum ada penghujungnya. For me : this dictators have been too long and take thing for granted. Macam tak ada orang lain yang boleh memerintah.

– Amerika dengan hutangnya berjumlah USD14trillion is going to bankrupcy. Itulah kuasa Allah. America the so call world police, terpaksa meningkatkan jumlah hutang demi utk menjelaskan all bills due. Kalu nak ulas memang panjang. The biggest budget spending is on military. Cost military di Afganistan, Iraq dan serata dunia – terlalu tinggi. Kesannya? Kemelesatan ekonomi ini akan menyebabkan ekonomi dunia juag akan lembab dan melesat. Di Malaysia telah dirasai – less govt contract available.

– bersambung

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sepanjang 1431 Hijriah

Posted by ainolazhar on December 9, 2010

Asm,

Bismillah. Sedar tak sedar kita telah memasuki tahun baru 1432H, Well if not because of the maal hijrah holiday, probably many of us would not  realised that we are entering the new Hijrah year. We are used to gregorian calender, and all our activities, holidays etc are in a way being determined by the gregorian calender. Our end year mean Dec 2010, not end of Zulhijjah.

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.  Teman  tidak akan menulisnya satu persatu, tapi cukuplah dengan gambar2 yg disertakan peristiwa2 “menarik” dipenghujung 1431 Hijriah

SHAMIR ARABIA

Memenuhi jemputan seorang sahabat yng membuka kedai makanan arab di Syeksen 18. See the plate - big one

See the small plate licin. Guess what happened?.. Itulah namanya rezeki

BORA OMBAK AMPANG – Perkahwinan Amirul Helmi.

Inilah salah satu peristiwa penting menutupi tirai 1431H. Teman bergerak dari Ipoh menuju destinasi Bora Ombak Ampang sekitar 7.45pg. Berhenti minum pagi di R&R Bertam – beehun keras, umi bfast mee keras. Kata Umi – mungkin lebihan semalam. Ini pun satu hal. Penjaja makanan nak untung lebih. Kualiti tidak dijaga. They just take for granted, travellers are hungry, therefore they will consume  whatever yang dihidangkan. Apa pun because bfast is important, and I need to fill my stomach before consuming my daily medication, telan jugak la.

We went straight to UIA to fetch Hazim. As usual have to wait for a while outside his ‘UIA Condo’. Ummi said : delipidated. Next : Bora Ompak- Ampang. After 2 rounds following the map direction as per invitation card, we still cant find the exact location. After getting help form B Dak finally we reached the destination around 11.30am. Well the parking are is quite spacious and we parked our car about 75 feet from the entrance.

Well, the majlis went as planned I supposed. To cut the story short around 1.30pm Hazim went back to the car to keep the camera and my phone ring:

Hazim : “Ayh ada bad news”

Teman : What?

Hazim : Cermin belakang kereta kita kena pecah.

terkezut

Dipendekkan cerita, kami terpaksa bergerak balik ke Ipoh sebab takut hujan lebat di pertengahan jalan. Hand bag umi, plus gelang plus hp and some money was stolen. Cermin berderai dlam kereta kami biarkan sehingga keesokkan harinya. On the way back to Ipoh, we wonder in silence….. Mungkin kafarah dan peringatan dari Allah buat kami, bahawa apa pun yg kita ada akan lenyap dlam sekelip mata dan semuanya adalah kepunyaan Illahi hatta nyawa kita sendiri. Inalillah. Apa pun lesson learned. Dont leave valuable thing in your car.

Tak disangka, dlm majlis kahwin, kawasan lapang dan terang  boleh terjadi. Patutlah masa gerak dari Ipoh tadi teman rasa kurang sedap hati, tapi memandangkan ianya satu tanggungjawab kami teruskan perjalanan kami.

Tiba di Ipoh dalam pukul 4.30ptg. Malamnya teman sembang dengan rakan2 di surau – rupa-rupanya banyak kes sebegini berlaku terutamanya di KL. Lebih kurang 2 bulan lalu – kereta Hj Rahmat dipecah bonetnya semasa menghadiri majlis perkahwinan anak sedaranya di KL jugak. Last 2 days rumah jiran Hj Tazardin di geledah orang. Mereka suami isteri menziarahi anak2 mereka di KL. Cerita-cerita macamni hari2 dapat dibaca dalm harian metro.

KORBAN

Survei lembu2 utk Ibadah Qurban SSMJ Ampang Ipoh. Ladang ternak di Guar.

the youngest peserta ternak lembu -65 years old. Counting our deposit.

bukan senang nak tumbangkan lembu Guar ni. Qurban di Surau SSMJ

EMAN LEFT TO EGYPT

selamat merantau dibumi anbiya'. moga beroleh ilmu dan hikmah kehidupan

MELAKA

menarik - Masjid Terapung Melaka

till then -11pm.

Posted in Kehidupan | 4 Comments »

Memahami hati orang tua.

Posted by ainolazhar on November 28, 2010

Asm,

Ngapa nak tulis tajuk ni pukul 10.30 mlm ni?  Tiba2 hati ni sayu mengenangkan banyak hal dalam meniti hari tua. I think this is my second posting on the same issue. Sebenarnya teman belumlah tua lagi, cuma banyak berkawan dengan orang tua2, di surau teman-teman jemaah kebanyakkan nya dah pencen dan menjangkView postau usia 60an dan 70an. Bukan apa teman baru je habis chat dengan P Dak. Bukan mudah nak menjaga orang tua2 ni, apatah lagi kalu ianya dah masuk umur nyanyok.

For a short break, pls watch, I mean pls watch this video clip till the end. Ponek den upload.

 

One more vidoe clip. Kegigihan dan kesabaran seorang ayah..

Tapi yg sedihnya kalu anak2 dah berjaya, ibu bapa mereka dduduk di rumah orang2 tua.

 

Moga kelian dapat mesej yang tersirat dalam vidoe klip d atas

Menjaga orang tua ni pahalanya banyak dan berkat kalu kita mampu menjaga dan membela orang tua kita hingga akhir hayat mereka. Sebab tu teman selalu peringat pada anak2 teman, kalu dah berkerja nanti, pls dont forget to contribute to your ummi, bukan kami perlukannya, tapi kome semua yg perlukannya. Berkat hidup.

Bila usia semakin meningkat, pada pembacaan teman berlaku perubahan dalam physicolog diri seseorang antaranya:

-> mereka akan menjadi lebih sensitif dan mudah terkesan dengan anak-anak

Anak2 pula pada masa yang sama tidak memahami perubahan ini, ini memang menjadi masalah. Sebab itu memang menjadi lumrah orang2 tua ni kalu larat tak suka menetap dirumah anak2 mereka. Seingat teman, arwah bapak teman hanya datang rumah kakak teman waktu pagi naik bus dari Gedok ke Seremban, lepas tu sebelah petang akan ambik bus last sekali balik ke Gedok semula. Fikir teman masa tu, ngapolah bapak ni tak tidur je di Seremban.

‘Jie, cuti sekolah ni tak g rumah anak ke kat KL” tanya teman pada Hj Hanapiah seusai solat magrib di surau teman.

” tak, Mak Cik ada di KL ikut anak dia” jawab hj H.

“Ai, ngapa hj tak ikut sekali’

“malas lah aku, susah nak sembahyang, saya subuh suka solat di surau atau masjid. Macam mana pun rumah kita,still the best”

‘habis tu, bila Mak Cik balik?”

‘Tanyolah dia ”

“Eik, marah nampak” sambung teman.

That’s the realiti. Apo2 pun rumah kita still the best. Famous quote from Umi : asalkan dema tak ganggu kita di hari tua,alhamd.

So, anak2 ni dan anak2 buah kena sensitif pada ayah, ibu, umi, pak dan mak sedara. Kalu nak kahwin tu, kenalah ambik pot sikit, talipon bagi tahu. Jgn tahu melalui face book je. Atau inform melalui fb atau sms je. Kena ada hormat sikit pada orang tua2 ni, baru orang tua2 ni hormat kita. Apa2 maklumat penting konolah dimaklumkan well b4 hand, so that tak ada yang terkezut pada hari tersebut. Apa pun make it simple, not too much protocals and procedures. Again keep it simple so that everybody feel at home.

So, till next posting, keep it simple……

teman- ipoh 11pm.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Bersambung

Posted by ainolazhar on November 26, 2010

Asm,

Bismillah.

Jumaat petg lepas asr.

La ni sedang tunggu phone call drp K Long, part time supir.ALhmd dah 3 hari K Long bawak kereta ke Hosp, dengan di temani oleh Ummi dan diekori oleh teman dari belakang. InysAllah after 3 weeks she should be familiar with the trafics and road to hosp. Itulah kehidupan. Bila berkerjaya, ada basic skill yg perlu dimiliki   bagi memudahkan perjalanan. Buat masa cuti sekolah trafic agak lengang banyak. so eloklah for the first timer.

Jemaah haji pun dah mula balik M’sia. Pengerusi Surau teman dan jiran sebelah rumah pun dah balik daripada menunaikan fardhu haji. Terlalu cepat masa berlalu. 40-45 days seperti semalam je. Itulah tanda-tanda akhir zaman. Moga mereka di kurniakan haji mabrur. Amin

Sekarang ni masa cuti sekolah dan cuti pelajar U. Teman pun ikut sama cuti dari weekend class.  Lega rasanya. You really appreciate what weekend is all about. Bolehlah teman menghadiri jemputan yg belbagai ni. Banyak jemputan kenduri kahwin, bertunang, akikah dan sebagainya. Dengar-dengarnya anak2 buah teman pun ada yang akan berkahwin. Apapun nasihat teman, memandangkan almost every weekend full with walimah, eloklah inform pak sedara tu awal2 sikit, bukan apa, kita nak kena adjust dengan jemputan lain-lain yg ada. Tak lah boleh dengan mudahnya nak ‘overwrite’ jemputan yg diterima dengan lebih awal.

dah sampai  sms…… ayh boleh ambik?..

to be continued.

5.30ptg

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

It has been too long…..

Posted by ainolazhar on November 16, 2010

Assalamualaikum.

It has been too long this blog is not updated.  Maaf pada anda yg sering berkunjung di sini. Nak bukak blog balik pun teman dah lupa. Komputer teman pun dah jadi arwah. La ni pakai komputer iman yg lama. They said the old Acer is much better than the new one. The new gen always kaput.

Dalam masa dua bulan ni, dari bulan ramadhan hinggalah esok nak raya qurban banyak peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan teman dan keluarga.

21/22 Sept – Iman berlepas ke Mansurah meneruskan pengajiannya. Alhamdulillah hopefully dah settle down by now dan sentiasa ingat pesanan penganjur. It is totally different, masa teman belajar luar negeri dulu. Mana ada sms, ke fb ke skpye ke nak berhubung. Perhubungan hanya melalui surat yang mengambil masa 15 hari baru nak sampai. Abang teman meningga pun teman ketahui only after 15 days. Just imagine that. Now, by the time I reached home from KLIA, Iman dah sms dan dah dapat cakap melalui hp. With skype we managed to video conference lagi.  That’s how technology has changed our life and communication.

Bermulah fasa baru dalam kehidupan. Hidup bersendirian ini kena pandai jaga dan bawak diri. Apapun kena fokus. Always remember what is our mission being there.  Jangan terikut2 dengan pelbagai gelagat manusia dan kawan2.These will make us matured in life. That’s the reality of life. Berkawan kena pandai. Sebab tu teman selalu sebut dalam pergaulan ni ada kawan, teman, sahabat , jiran …. so we have to adjust our relation and distance accordingly.

Apapun manafaatkanlah sebaik2nya berada di bumi anbiyaa ni. Dont forget to learn as much as possible including arabic languange

14 Nov – At last teman managed to complete my 3rd sem.  1 more sem to go. The last subject really make me busy. 5 course works to be submitted.  Anyway the lecturer is always right. As student teman kena ikut je la. The subject – Org Development. Tadi baru siap group work term paper.

15 Nov – Received SMS from Hazim ; ALhamdulilah :.;:.  call him, biasalah tak beragkat. Rupanya dah habis final exam as undergraduate student kat UIA. Lepas ni akan memasuk gerbang pekerjaan dan pelbagai2 gerbang….

Kak Long pun dah habis 2nd dept. La ni masuk 3rd dept – pead. Tagging time – 11pm-12pm. dah settle down nampaknya.

Umi macam biasa – sibuk dengan Bainunnya. Sejak bulan ramadhan hinggalah hari ni – banyak diner, makan tengahari, makan malam, majlis korban…..meraikan pengarah baru, meraikan guru nak pencen, meraikan ……

…..bersambung.

16hb Nov 2010

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Hari-hari yang berlalu II

Posted by ainolazhar on July 17, 2010


UNEDITED VERSION

Bismillah,

Selamat bertemu kembali setelah hampir sebulan blog ini tidak diisi.

Alhamdulillah minggu ni ada break dari menghadiri kuliah yang telah bermula minggu lepas. Lepas ni full weekend – almaklum nak mengelakkan dari kuliah semasa bulan Ramadhan. Bulan ramadhan lebih baik di isi dengan amal2 khususiah setelah kita penat selama 11 bulan mencari dan mengejar dunia sementara yang tak habis-habis ini. Biarlah bulan ramadhan yang menghampiri kurang dari sebulan ini dipenuhi bagi mendekatkan diri dengan Allah swt dan membersihkan segala ‘kotoran’ dan kealpaan selama 11 bulan yang lalu. Ya tak dinafikan kerja itu ibadah, tapi kerja dan kerjaya kita selalu dinodai dan dikotori dengan maksiat tanpa kita sedari. Maaf kata – kalu yg wanita tu selalu mengumpat dan yang lelaki tu selalu mengurat. Mengumpat tu dosa nya besar, mengurat pun sama. Buka dan bacalah hadis2 nabi mengenainya. Dari Ibadah kerja dan jadi dosa. Kan rugi tu namanya.

Pepatah melayu baru ada mengatakan : orang pompuan ni kalu jumpa tak mengumpat tak sah. Ada je ceritanya pasal orang. Apalah salahnya kalu tak cerita pasal tepi kain orang. Ceritalah hal-hal lain yang masih banyak boleh disembang dan dibualkan.

Apalah salahnya bila jumpa tu tanya : “ How’s your iman today?” “Dah berapa hari puasa bulan rejab yang lalu”. Huh, nampak skema sikit. Tapi apalah salahnya tanya iman sesama kita.

Bukanlah nak kata teman ni baik, tapi alhmd, opis teman tak ada wanita – jadi selamatlah dari dua dosa ni. So sama-samalah kita jauhi pengakit hati ni – mengumpat dan mengorat. Kesian gak dengar cerita-cerita pasal mengorat di ofis dan tempat kerja ini. Mengorat ni bukan orang lelaki bujang atau pompuan bujang je – yang dah kahwin pun sama. Ini lah yang mengebabkan rosak perandanya rumah tangga dan institusi kekeluargaan yang di bina. Lelaki yang dah kawin kunonnya nak tambah tayar.

Mak ai, sebenar teman bukan nak cerita pasal mengumpat dan mengurat, tak de pun dalam minda teman ini. Alih2 bila ketuk je keyboard tetiba je keluar idea ni.

PASSION AND SUSTAINABLE.

Setelah bercuti dari mentelaah buku2 kuliah, sem 3 bermula minggu lepas. Subjek : Strategik Planning. Pensyarahnya Dr Normala. Phd graduate dari USM dalam bidang HR.

On the first day of lecture, she said : “I am not going to teach you. Ramai lecturer di sini.”
Slybus pun tak ada, scheme of work pun tak ada. Baguzz. Yang best lagi exam pun tak ada.

“All of you need to present your Research Proposal – 30%, Case study – 30%, Company Studies – 30% and class participation 10% – that how the mark is going to be distributed”.

Biasalah, belajar di M’sia ni first day lagi dah cerita how are you going to be marked. The British tradition continues. Apa pun sedar tak sedar dah setahun teman belajar. Begitu cepat masa berlalu.

“You must have passion for the area that you choose for your research” – Dr N member nasihat dan pandangan. “ And it must be sustainable until you finish your research, jangan tengah jalan tukar  area dan tajuk”.

I like  this 2 words : Passion and sustainable.

Teman pun tanyalah pada Doc ni :” So Doc, how to ensure that the topic or research area that we choose is going to be sustainable and we have passion for it?”

So the lecture continues…….

Bagi teman, apa sahaja yang ingin kita lakukan dan buat, we have to have passion for it. Masalahnya dalam kamus bahasa Melayu – teman rasa tiada perkataan yang tepat boleh digantikan dengan passion ni. Sebab tu orang Melayu ini ( maaf kata – teman pun orang Melayu. Melayu asli lagi tu – maksudnya teman bukan orang jawa, bukan orang mendeling atau banjar ) jarang yang ada passion atas apa yang dilakukan. Sebab tu hanya peribahasa orang Melayu yang ada  peribahasa : Hangat2 tahi ayam. Di terjemah dalam bahasa Inggeris : hot-hot chicken dung.( rosak bahasa Inggeris ni )

Kalu kita tengok orang Melayu buka kedai jahit ( ramai yang buka dan ramai yang ada pengalaman hantar baju pada kedai orang Melayu ) – Ada je masalahnya. Salah gunting, salah jahit, hilang kain yang dihantar,- unending list of complains. Akhirnya kedainya tutup. We have no choice – baju Melayu raya pun orang Cina yang jahit. Why????. Bangsa kita kurang passion. Sesetengah tu suka lompat2 bukak business. Sat jual goring pisang, sat jual taufufa……

Kalu ada passion, maka business kita akan sustainable. Kita akan develop skills and expertise dalam bidang yang kita pilih. Business ni kita kena bina over a period of time. Not an overnite punya venture.

SINGAPORE.

Teman baru balik dari melihat peluang-peluang niaga di Singapore. Melihat keadaan orang Melayu disana.  Mereka terpinggir. Mereka tersisih. Tanah-tanah dilokasi strategik kepunyaan mereka terpaksa di jual atas nama pembangunan.

Sedih, sehingga ada masjid diruntuh dan dibina mall yang besar2 di atasnya. Masjid2 yang ada dikelilingi oleh bangunan yang mencakar langit atau rumah2 banglow yang besar kepunyaan orang bukan melayu. Masjid is just a building tanpa tempat parkirnya. Kalu hari jumaat – mana mahu di parkir keretanya?. Silap parkir kena saman lagi. Samannya mahal – S$70.00.

Istana johor di Singapore diconvert kpd muzium – malay history muzium. Begitu juga tanah tempat lahirnya Tan Sri Samad Ismail.

Kebanyakkan orang Melayu terpaksa tinggal di flat. Mana mampu utk membeli rumah yang harganya mencecah jutaan ringgit.  Singapore is only for the rich people.

Malaysia yang ada tanah milik KTM – at a very strategic location akhirnya akur pada desakan Singapore. Dah dilepaskan tanah tersebut pada Singapore. What’s the deal? We don’t know. It is up to you to speculate. Begitu mudah kita menggadaikannya.

Nanti kalu ada kesempatan teman upload gambar yang sempat teman ambik semasa 3 days di sana.

CERAMAH PLKN – Expectation and reality.

Teman memulakan jelajah ceramah motivasi PLKN di PLKN Teluk Rubiah.

Iman ikut serta sebagai supir dan pembantu teknik.

Memandangkan kami sampai awal dari masa, kami singgah di warung sebelah PLKN Teluk Rubiah.

‘Nampak scary je “ kata iman.

Biasalah warung tomyam. Orang Kelantan.

Iman order kew tiou kungfuw, teman order mee tom yam.

Ada 3 orang pelangan lain sedang menunggu pesanan mereka.

Warungnya menarik dari segi lampu2 hiasan. So kita expect makanan pun sedap macam hiasannya. Dipendekkan cerita – makanan sampai, kami pun makan. Nak kata sodap sangat pun tak , bolehlah makan. So kita expect better tapi realitnya ……

That’s explain kenapa pelanggan tak ramai. The food is mediocre, tak le rasa teringin nak datang kembali. I always said – if you want to cook, belajar le sikit. I wonder how long it can sustain.

Teman dah prepare hampir 40 slide. I need at least 2 hours to fully complete the tajuk : Remaja dan Kecemelangan Hidup – that’s my expectation.

Bila di brief oleh ustaz ‘ Anta ada until 10.30 the max, sebab 10.30 para pelatih minum malam’. We suppose to start by 9.00. But dung dang dung dang – around 9.20 baru mula. So mana mampu nak habiskan semua yang telah teman sediakan.

So does in life : what we expect tak semuanya akan berlaku dalam realitynya. Contoh : sebelum kahwin kita expect bakal isteri kita with certain expectation. Bila dah kahwin, realitynya mungkin berbeza. That why kita kena be realistic. Jangan letakkan expectation yang terlalu tinggi, kerana kalu jatuh, patah dan retaknya lebih lagi.  Letakkan expectation kita pada skala sederhana.

Contoh : Kalu bakal isteri kita bekerja, kita tak boleh expect sama macam mak kita yang tak bekerja. Teman tengok , mak mertua teman, masa hidup arwah ayah mertua teman – layanannya memang first class. Nasi mesti baru masak dan panas dihidangkan pada suaminya. Minuman petang disediakan dsbnya. Mak metua teman full time house wife. Isteri teman kerja, tadi teman tak bolehlah expect sama dengan mak mertua teman. Begitulah seterusnya…. Dan adanya….. as long as we are happy. Hidup ni pun bukan lama. Bak kata Prof M Kamil dalam blognya : Hidup yang sementara tapi singnifikan. Ya singnifikan kerana hidup ini akan menentukan hidup kita yang kekal abadi nanti

TOBAT.

Semasa keluar dari kereta, teman terdengar ‘lagu ini’ di pasang oleh jiran di depan rumah teman. Lagu yang di pasang dari keretanya – maklumlah anak muda suka repair kereta di hujung minggu. Teman pun mintak Iman carikan.

Bait2nya menarik sekali, walaupun muziknya agak rock. Sesuai untuk anak2 muda. Untuk itu eloklah teman perturunkan disini, untuk renungan dan tatapan bersama. Apatalah lagi sebagai persediaan bulan ramadhan yang mendatang. Marilah kita sentiasa bertobat kepada Allah swt. Amin


Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Email From Eldest Bro :What is your Peace of Mind??

Posted by ainolazhar on June 22, 2010

Bismillah,

Recently I got an email from my eldest brother, so I would like to share with you all. The best part as commented by Hazim and my responsed to my brother is the last part. Lately my brother quite frequently sent advice etc. Maklumlah orang pencen, have  a lot of time.

Enjoy reading.

Let not your hearts be troubled !

PEACE OF MIND


If you were to ask your neighbor,
“What would give you peace of mind?” he might tell you,
“A vacation in
Bermuda!” or
“An extra hundred grand would give me peace!”, or
“A new Ferrari would make me content!”

But going to places – and getting stuff – is usually

a temporary solution ...


Peace of mind rarely comes from getting more stuff.
Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff!

Peace
of mind starts with being grateful for what

we have right now.

GRATITUDE is POWER

When we are thankful for what we have – for the friends we have, and for the things we’ve got,

we attract more good people and good things!

People who always complain about what they DON’T HAVE, stay stuck.

Complainers attract more things to complain about!

It is a law of life. It’s hard to explain, but you can observe it around you.

We get more of what we dwell upon.

That’s why all the spiritual masters have taught

the same lesson:

“Start by being thankful. Be happy with what you have now, and more will come your way.”

It’s a practical advice:

Every time you say a silent “thank you” become more peaceful

HEAVEN is when you have:
AMERICAN salary,
ENGLISH car,
CHINESE food, and
INDONESIAN wife.

HELL is when you have:
AMERICAN wife,
ENGLISH food,
CHINESE car, and
INDONESIAN salary.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Mood menulis II

Posted by ainolazhar on June 18, 2010

Bismillah.

Di tatkala mood menulis belum pulih sepenuhnya, teman kuatkan jugak jari jemari ini menyetuk lap top sementara menghampiri waktu asr. Kali ini kami ( teman dan Umi ) bercadang nak solat asar di masjid muhibudeen – masjid yg berhampiran dengan hospital r.p bainun – dulunya hospital besar ipoh-. Lepas solat nak ambik k long dan terus ke rumah opah. K Long just sms pagi tadi ( semalam on call ) suruh ambik pukul 5ptg. Kami nak bawak k long terus ke rumah opah, sebab kami bercadang nak ke bagan serai – kenduri kahwin adik pc husni. Kami dijangka tiba di rumah dlm pukul 11-12 mlam.  Esok lepas subuh ( sabtu -19/6/2101  – akan ke KL ). Nak ambik Hazim dulu lepas tu ambik Iman kat UKM Bangi. Moga di permudahkan perjalananan kami. Amin.

La ini tengah cuti semester break. Mula balik kuliah 10/7 ni. Sama macam student2 U yang lain. Sedar tak sedar dan setahun ( 2 sem ) teman jadi student part time. Lagi dua sem, lepas tu dah kena mula buat research proposal dsbnya. Weekend amat berharga dan bermakna. Kalu dah mula kuliah, weekend kira habislah. Inilah dalam bahasa ekonomi disebut sebagai opportunity cost. Diterjemahkan ke dalam bahasa melayu – kos melepas. Tak tahu apa yg di’lepaskan’.

Alhamdulillah, rabu lepas 16/6, teman sempat jadi supir kpd Dr Ir Selamat – peserta misi LL4G Kapal Mavi Marmara – menuju masjid Tapah. Pengkisahan penaklukan tentera2 zionis ke atas kapal MM bermula selepas solat maghrib dan berakhir sekitar jam 10 mlm selepas sesi soal jawab. Kami bertolak dari Ipoh jam 6.20ptg merintis lebuhraya, utara selatan – hujan turun rengai2 dan sekali sekala lebat.

Yang menariknya teman nak cerita di sini adalah tentang soal jawab dari ahli  jemaah masjid. Rata-rata mereka ni berumur 45 tahun ke atas. Maka bangkitlah seorang hamba Allah – umur dlm lingkungan 59 tahun. Rasanya dah pencen.

Soalannya berbunyi/bermaksud lebih kurang begini : “Mengapa misi ini tidak dirancang dengan teliti, jika berlaku serangan dari tentera Israel, maka seharusnya persiapan awal telah dibuat dengan memohon bantuan/memaklumkan kepada tentera dari USA dan tentera2 British ( agak teman p.cik ini bekas askar) untuk mengawal kapal bantuan ini” Dua tiga kali gak dia ulang tentera Amerika dan tentera British ni.

Apa pandangan pembaca sekelian????. Logik tak soalan ni? Daif ke ilmu pak cik ni??. Atau ini soalan provokasi???

Alhamdulillah Dr Ir Selamat menjawab dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Dalam perjalanan pulang,  Pak Megat yang turut serta bersama kami mengulas : ” soalan macam tu, budak darjah enam pun boleh jawab”.

Pembaca sekelian tentunya lebih tua, lebih berumur dan lebih pengalaman dari budak darjah enam, rasanya sudah tahu jawapannya.

Rupanya masih ramai rakyat negaraku belum kenal sapa america, sapa british….

Bagi teman, jika negara Mesir yg rakyatnya dan pemimpinya Islam membuka pintu rafah – satu2nya jalan darat memasuki  Gaza, maka tak perlulah kita susah-susah guna laut. Apatah lagi mengharap orang bukan Islam membantu. Apalah agaknya jawapan Husni Mubarak nanti di depan Rabbul Jalil.

Kami tiba di Ipoh sekitar jam 11.30 mlm. Perjalanan dari Ipoh-Tapah-Ipoh dirasakan begitu singkat sekali kerana sudah tentu banyak isu yang dibual dan dibincangkan. Bukan senang nak travel bertiga macam ni.

Sejurus turun dari kereta Pak Selamat berpesan : “Belajar rajin-rajin”. Bunyi macam pesanan ayah pada seorang anak yang masih belajar. Macam murid sekolah pulak. Yang pastinya bukan murid darjah 6 lagi.

sekadar tu dulu, nak siap2 g masjid muhibudeen solat asr.insyAllah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Mood Menulis

Posted by ainolazhar on June 15, 2010

Bismillah,a

Blog ini dah sekian lama – hampir sebulan tidak di update. Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku. Maaf pada pengunjung setia tiada penulisan baru yg dapat teman kemukakan. Sebenarnya mood menulis amat berkurangan/menurun semenjak dua menjak ni. Apa kan daya kita semua manusia ada turun dan naiknya.

La ni teman semester break. Patutnya idea mencurah2 nak menulis, tapi mood padam atas banyak perkara yang berlaku. Peristiwa penahanan 48 jam rakan2 yg menyertai LL4Gaza – terus memukul mood untuk menulis. Tambahan dengan stress kerja HO kita, membantutkan juga idea penulisan. Teman cuma coretkan sikit2 dlm facebook teman sebagai catatan sejarah kehidupan.

2 minggu lepas teman dijemput bercoloteh pada pelatih2 PKLN – ada 3 tempat. Teman cerita pasal Cinta dan Remaja. Seronok gak bertemu dengan wira dan wirawati PLKN ni. Akhirnya ramai gak yang teresak2. Teman buat ala KBM. Mudah2an kesedaran melekat dihati mereka. Amin. Sesungguhnya remaja hari ini adalah bakal pemimpin dan mengisi kekosongan masyarakat di masa akan datang. Baik akhlaknya maka baik dan sejahteralah negara. Nanti kalu ada masa kelapangan dan mood baik teman cerita panjang lagi bab remaja dan cinta.

Cuti sekolah banyak kenduri kahwin. Setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang bertindan 2-3 kenduri sehari. Bila banyak jemputan kenduri kahwin ni teman teringat cerita dogengan melayu klasik : Lebai Malang. Nak tahu ceritanya carilah dalam buku-buku bahasa melayu lama, mungkin dlm internet pun ada.

Kenapa teman ingat cerita lebai malang ni?. Mesti ada sebabnya….

La ni banyak kenduri kahwin dibuat dlm dewan shj. Tuan rumah mudah, habis masa sewa dewan, maka habislah kenduri. Kendaranya kurang. Rumah bersih dan tak bersepah. Makanan disediakan oleh catering. Mudah. Biasanya by 2.45 caterer dah mula kemas. Al Maklumlah dewan mungkin akan digunakan utk majlis selanjutnya.

Orng dulu2 kenduri buat di rumah. Kendaranya lama dan panjang masa kemasnya. Macam baru pindah rumah.

nanti sambung. nak g solat asar kat surau……….

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

Lagi – Berbakti kepada ibu bapa kita

Posted by ainolazhar on May 13, 2010

Salam,

Minggu ni teman saratkan blog teman berkenaan tajuk ibu bapa ini, bukan apa, semakin dewasa seseorang tu semakin lupa akan asal usulnya dan apatah lagi lupa pada kedua ibu mereka. Kalu mereka tak lupa, tentunya rumah bahagia orang tua tak kan dipenuhi dengan penghuni warga emas yang menunggu masanya shj. Kesian melihat keadaan mereka.

sekadar hiasan

sekadar hiasan - tiada kene mengena dengan penulisan ini

Mereka bukan tak punya anak. Tapi mana anak2 mereka.????????

Tepatlah peribahasa Karam Walia ” Seorang ibu bisa menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu mereka” Renung-renungkanlah.

Di bawah ini teman sisipkan satu kisah benar untuk tatapan semua di pagi Jumaat yg mulia ini.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabatpengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa
minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, “BERILAH SAYA
SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU”. Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati
masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,”Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru.” Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah
yg sama “Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir”. Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se”alim” sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana “AKHLAK”nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A’lam.
Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab… Bahagia dunia akhirat…

Untuk pengunjung blog ini teman hadiahkan you tube ini, hayatilah bait2nya……….

‘Tuhan yg Esa, Ampuni dosa ibu, tempatkan mereka diantara kekasih kekasih mu.

O ibu kau kasih sejati. Ku taburkan doa,

Untuk mu ibu, Ampunilah dosaku

Sejak ku dilahirkan hingga akhir hayat ku.

Jumaat 14/05/2010

Seri Ampang

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.