Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for May, 2008

Mastan Ghani

Posted by ainolazhar on May 25, 2008

 

Mastan Ghani, itulah destinasi terakhir kami seusai perjumpaan dengan aktivis JIM Hilir Perak. Restoran Mastan Ghani – yang punya 3 cawangan di sekitar Bandar Teluk Intan. Menu istemewanya : Mee Rebus. Mastan Ghani adalah a must place yang akan kami singgah setiap kali bertandang ke Teluk Intan.

 

Selain daripada Menara Condong yang unik ,Mastan Ghani juga menjadi tanda mercu bandar Teluk Intan bagi yang mengetahui.

 

“Abang ana setiap kali balik ke Teluk Intan dari KL akan singgah di Mastan Ghani “ kata Cikgu Rasyid.

 

Begitu juga dengan Akh Aziz Wok, never miss Mastan Ghani whenever been in Teluk Intan.

 

Begitulah hebatnya Mastan Ghani ini. Punya sejarah dan nostalgianya yang tersendiri. Dari segi jualannya ana rasa congak2 kasar 1 kedai RM2000 per day, 3 shops = 6K perday. As mamak shop  bukak 365 days a year. Satu bulan sales = RM180K. Wow….Imagine kalu estimate ana ni lari 50% = still got RM90K per month.

 

Mereka semua seramai 7 orang memesan mee rebus, Cuma aku sorang shj yang  memesan roti canai.Perut udah penuh.Baru tengahari tadi menjamu nasi ayam bersama ketiga-tiga sahabat yang sama-sama berjaulah ke Teluk Intan.

 

Di Mastan Ghani ini kami meneruskan perbualan.Mengeratkan ukhwah. Dalam jam 6.00 petang kami memohon diri untuk bertolak ke Ipoh. Di luar restoran sejak tadi lagi aku memerhatikan seorang anak muda melayu menjual roti kaya yang disusun kemas di dalam vannya. Sebelum menaiki kereta kami menuju kea rah anak melayu tersebut. Semuanya buatan sendiri –seri kaya, roti buku, roti panjang dan roti kelapa. Kena beratur nak beli. Sempat ana bekalkan kepada ke3 sahabat roti kaya untuk di bawa balik sebagai ole-ole makan malam untuk keluarga.Kata akh Yahanis : kalu buat ( jual ) di Ipoh ni tentu laku.

 

Kami berempat meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Kereta di pandu kemas oleh Akh Aziz Wok yang tak berhenti-henti bercerita. Mungkin untuk hilangkan mengantuk. Macam-macam cerita dan topic yang kami bincangkan.Jaulah sebegini adalah cara yang paling praktikal bagi meningkatkan ukwah dan merapatkan jurang-jurang peribadi yang ada.Kita akan lebih memahami sejarah hidup seseorang akh kita.Ini akan membantu kita memahami peribadi tingkah laku sahabat kita.Then we know how to position ourselves vis a vis a person.We can not threat everybody the same.

 

Masa perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan di rasakan begitu sekejap sekali. Lagipun ana yang duduk di belakang Camry ini memang selesa.

 

Jaulah kami berhenti di Kg Kepayang untuk menunaikan solat magrib sebelum meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Sungguh berbaloi walaupun sehari suntuk dipenuhi dengan program.

 

Posted in Dakwah & Tazkirah, Kehidupan, Uncategorized | Leave a Comment »

Lawatan Ke K K

Posted by ainolazhar on May 22, 2008

 

Ana sempat bersama mengikuti rombongan lawatan YDP ke daerah bagi menyemarakkan kempen mengumpul dana Selamatkan Bangunan Pejabat JIM.InsyaAllah akan bersama ke daerah lain juga.

 

Alhamdulillah JIM KK akan penuhkan kouto RM5,000 yang diperuntukan untuk KK.Di samping itu mereka berjanji akan membuat kutipan bulanan bagi menampung RM1200 – jumlah minima yang diperlukan. Di kesempatan ini ana ingin memaklumkan bahawa surat jemputan mengertai skim RM5K per famili telah, sedang dan akan dihantar kepada ahli-ahli JIM dalam masa terdekat ini.

 

Amanat YDP.

 

Antara amanat yang disampaikan YDP Negeri kepada barisan AJK JIM K K yang masih tersemat di hati ku adalah :

 

“ Perkara titik bengik tu, kita bereskanlah sesama kita, InsyaAllah peluk-peluk selesailah……..

 

Satu petua yang sungguh baik bagi menghilangkan ‘gap’ dan barier sesama kita. Hatta bagi meningkatkan kasih sayan sesama  suami isteri menurut Dato’ Fadilah Kamsah, pelukan suami/isteri sebelum keluar bekerja akan meningkatkan produktiviti hari tersebut.Hormon ketenangan akan lahir pada pasangan tersebut.Kalu tak caya, kenalah buat.

 

Sudah tentulah apabila kita berpelukan atas rasa ukhwah, maka kita akan bertemu secara fizikal. Tak kan peluk secara maya pulak kot. Sering berpelukan bermakna sering juga kita bertemu, bila sering bertemu maka kita akan lebih rapat, lebih mesra dan lebih akrab.

 

Kekuatan sesebuah jemaah itu antara lain adalah atas dasar kekuatan ukhwah sesama ahlinya. Ukuwah – sesuatu yang perlu sama-sama kita bina, kita pupuk dan kita usahakan. Ianya tidak akan datang dengan sendirinya. Atas usaha inilah Allah akan mempertautkan hati-hati kita.

 

Dalam kesibukan kerja harian kita, kita masih boleh berhubung dengan sahabat-sahabat kita. Kita boleh sms, email, talipon dsbnya. Pokoknya mahu atau tidak.Buat atau tidak.Kalu tulis email pun tak perlu panjang2 dan menjela-jela, kerana orang pun tak akan baca.Sibuk.

 

Satu lagi petua bagi menyemarakan ukhuwah ini adalah memberi hadiah kepada sahabat2 kita.Apatalah lagi bila kita outstation.Pemberian hadiah ini adalah sesuatu yang digalakan oleh Rasululluh. The value of the gift is secondary, but the thought for our sahabah is top most important. JZKK kepada YDP Negeri atas butang baju melayu Sabah sekembalinya beliau dari Sabah tempuh hari.

 

Sudah tentulah setelah selesai majlis resmi di pejabat JIM KK, kami meneruskan sesi ‘supper dan teh tarik’ di Restoran Mak Bidah.Not bad. Pukul 11.00 mlm masih ada roti canai panas.Sesi teh tarik pun, satu sesi yang boleh memupuk ukhwah sesama kita. Jadi kalu korum usrah tak cukup, jangan cancel, usrah masih boleh diteruskan di D Naina. Kalu usrah di D Naina, tak cukup kurom jugak boleh jemput yang lain.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kelas Harfiah Al Quran

Posted by ainolazhar on May 22, 2008

13 Mei 2008.

 

“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan…….”. ayat 26, surah Al Baqarah.

 

Sebelum mengakhiri kelas bahasa al Quran Harfiah hari ini, Ust Adam seperti biasa membacakan kembali ayat al Quran yang di pelajari dengan sedikit ulasan dan renungan.

 

Menyentuh tentang segan ni, tentunya kita sebagai manusia ‘segan’ bertemu dengan Allah. Kenapa? Kerana bila Allah bertanya di yaumul qiamah nanti:

 

“adakah kamu baca al Quran”

 

“ adakah kamu faham apa yang kamu baca”

 

“ adakah kamu amalkan apa yang kamu faham”

 

Kita tunduk terdiam.

 

‘Saya tak faham ya Allah apa yg saya baca’

 

“ Apa yang kamu buat kat dunia selama 63 -75 tahun kamu hidup di dunia? tanya malaikat yang mengoal kita.

 

Itulah secoret tazkirah Ust Adam bila menyentuh ayat ini.

 

Persoalan-persoalan yang ditanyakan oleh Ust Adam, benar-benar membuat aku tersentak.Apatah lagi persoalan terakhir. Apa yang kita buat kat dunia ini selama 63 -70 tahun kita hidup. Kalu tidak faham, kenapa kita tak berusaha untuk belajar bahasa Al Quran.


Mampukah kita menjawab nanti : ya Allah, Aku sibuk…. Aku tiada masa ….aku……. dengan seribu alasan……

 

Aku sendiri pun sedang berusaha menghadiri kelas pengajian bahasa Al Quran ini seminggu sekali.Dulu 2 tahun yang lepas aku menghadiri kelas bahasa Al Quran ini 2 kali seminggu sebelah malam. Setelah sampai juzuk 7, maka kelas kami diberhentikan kerana ust nak mula kelas baru. Permintaan terlalu tinggi.

 

Setahun aku dan isteri cuba belajar sendiri dirumah. Tapi kesannya kurang. Akhirnya setelah puas meminta/merayu Ust Adam membenarkan aku mengikuti kelas barunya di Masjid Sultan Yusof. Alhamdulillah sudah 3 bulan aku mengikuti kelas ini.

 

Kali ini aku mengikuti kelas di sebelah pagi.8.30 pg hingga 10 pg. Kesemua 30 orang pelajar adalah terdiri dari pensioner kecuali aku seorang.Alhamdulillah Allah memberi kelapangan pada ku, kerana aku bekerja sendiri.Bebas menyusun masa.Kelas ni kurang tension sikit, sebab orang2 pension ni rajin menjawab soalan-soalan ust Adam dan jumlah penuntutnya ramai. Dulu hanya 8-10 orang shj dalam kelas.

 

Bukan mudah untuk menguasai bahasa Al Quran ini,  apatah lagi kita hidup dalam suasana bukan berbahasakan Arab.Niat ku jelas: belajar bahasa Arab demi untuk memahami ayat-ayat Allah, bukan untuk berkomunikasi, bukan untuk menulis dalam bahasa Arab. Kalu mampu bonus. The basic intention is to understand al Quran. Alhamdulilah teknik harfiah ini boleh mencapai niat aku ini.Nun di sudut hati ini, jika dimurahkan rezeki satu hari nanti aku masih menyimpan niat untuk menetap 2-5 tahun di Madinah mempelajari bahasa Al Quran ini.Muga-muga niat ini dimakmulkan Illahi – Amin.

 

Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, kelapangan dan semuga aku terus istiqamah mempelajari ayat-ayat mu ya Allah.

 

 

 

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Surah Al Kawtsar

Posted by ainolazhar on May 12, 2008

( Buat anakanda ku : Kawtsar. Ayh petik artikel ini dalam satu email yang dihantar kepada ayah, dengan sedikit penambahan )

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

 

 

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada

susu dan lebih wangi daripada kasturi.Hakikat sebenarnya Allah yang tahu,

kerana kita tidak akan dapat membayangkan dengan pancaindera di dunia ini

akan keadaaan di akhirat.

 

 

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 

 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya’ allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat..

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

 

 

 

Sebab itu anakanda sulung kami namakan dengan :Kawtsar.Moga berbahagia dengan nama ini.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

teh tarik………………..

Posted by ainolazhar on May 10, 2008

Seusai mesyuarat malam itu, kami pun terus ke  surau untuk mengerjakan solat  isyak berjemaah. Lepas solat isyak, Dr F mengajak aku ke sesi teh tarik.

 

Jam baru menunjukkan pukul 10.30mlm. Awal lagi.

 

“Ok, kita ke warung Jamal”. Itulah warung yang paling hampir.Aku memberi persetujuan. Hanya kami berdua.Yang lain sudah tiada.Balik rumah la kot.

 

Warung Jamal itulah nama yang diberikan kerana ianya dipunyai oleh keluarga penyanyi tersohor Malaysia : Jamal Abddillah. Warung ini diusahakan oleh adiknya Hamka. Satu ketika dulu aku agak rapat jugak dengan Hamka ini. Tapi oleh kerana ‘metg’ dengannya hanya lepas warung ditutup – 12 mlm ke atas, maka aku mengurangi interaksi aku dengan Hamka. Hubungan kami adalah atas dasar business. To supply ‘bantalan’ ( railway sleeper ) kepada KTM. Hamka punya kontak dengan Pak Kiyai di Indon.Aku punya contact dengan KTM. Panjang ceritanya. Hamka spend almost rm30K, but alas no rezeki.

 

Sesampainya kami di warung Jamal, gelap.Tutup. Kami secara spontan menuju ke warung sebelah.Warung yang telah beberapa kali bertukar ownernya. Business di sini menjunam selepas perpindahan pelajar2 PIT ke kampus tetap mereka di green town. Dulu warung-warung di sini subur atas sumbangan pelajar2 PIT.

 

Sekarang bangunan tersebut di sewakan kpd Carsem yang menempatkan pekerja wanita Indonesianya di sini. Ini pun satu cerita. Asalnya mahu disewakan kepada pelajar2 PMC. Tapi oleh kerana tawarannya lebih rendah dari Carsem, maka ianya ditolak oleh pihak koperasi kinta berhad. Itulah yang dilaporkan dan dimaklumkan. Apa sudah jadi?

 

Jauhnya melencung.

 

Berbalik kepada Dr F,

 

Dr F, hanya ku kenali 10 tahun yang lepas selepas aku berhijrah ke Ipoh ini. Unik personalitinya. Bersih dan kemas orangnya.Kemas dan pengemas. Kalu ke pasar pun mesti tug in baju. Main bola pun sempat sisir rambut. Kalu anak2 buah datang rumah, kasut di luar di susun rapi. Ianya bukan boleh di buat-buat. Natural.

 

Satu ketika dulu, Dr F menalipon aku, meminta menjemputnya di rumah sebab nak gi ke bengkel ambik keretanya yang diperbaiki.Spontan aku memberhentikan kereta di bawah sepohon pokok, apalagi mengemas dan membuang pasir-pasir, abuk2 dan kertas2 yang berselerak di dalam kereta. Apabila sudah pasti keadaan dlm kereta aku, presentable at least pd persepsi ku, barulah aku meneruskan perjalanan ke rumah beliau. Itulah kesannya. Menghormati kawan dan moga ia berasa selesa menaiki kereta ku yg telah berusia.

 

Pandangannya agak tajam dan kadang-kadang pedas.Blunt.As a trained engineer and professor in manufacturing engineering, the thinking process beliau banyak dipengaruhi oleh latar belakang akademiknya. Idea brilliant dari beliau apabila mencadangkan di buat simulasi menguruskan hari perkahwinan salah seorang anak sahabat kami.Tak pernah terfikir oleh orang kampung yang sudah bertahun-tahun bergotong royong majlis perkahwinan.

 

Setelah memilih meja yang sesuai kami pun duduk. Aku order apple juice and air kosong setelah juice belimbing yang menjadi favorite tiada.As expected.

 

“Hai banyak minum” tanyanya

 

“ Dahaga , siang tadi puasa” jawab ku ringkas.

 

Banyak perkara yang kami sembangkan.Antaranya kemasukan anak perempuan sulungnya ke IPT. Bagi ku jelas.Kalu dapat offer U, terus sambar, jangan buat matrik. Inilah pengalaman ku setelah alhamd kekiga2 anak kami melanjutkan pelajaran ke IPT.

 

“Based on my expreinced eloklah gi terus ke UTP tu ” Matrik ini kalu tak get good result, nanti kena lelong. Apa pun kalu dapat masuk UIA, lagi baik. At least boleh meneruskan basic Islamic study” nasihat ku.

 

Dari isu anak2 ,kami berbincang isu kawan2, isu2 semasa dan macam-macam isu.Compare notes.

 

Dipendekkan cerita, dan aku sedar Dr F ni tak suka melarut2 sampai lewat malam.Sebab tu aku setuju teh tarik session tadi. About 11.30 kami pun menamatkan sesi teh tarik kami. Walaupun detail isu tak leh lagi kongsi di sini. Kalu ada yang berminat : ok jom sesi teh tarik………

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

hari hari berlalu… terlalu singkatnya masa

Posted by ainolazhar on May 10, 2008

10.05.2008

 

“Ngapa ayah tak update blog ayah” itulah antara perbualan ku dengan Kak Long.

 

Well, banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas. Ada banyak perkara yang ingin ku tuliskan, tapi sekali lagi masa menjadi kekangngan lagi. Alhmd di pagi sabtu ni mencuri sedikit masa memetik key board ini. Actually writing is good because it makes your brain works esp bila umur mula meningkat.

 

Antara peristiwa/perkara yang aku ingin catatkan adalah :

 

  1. Taufan Nargis yang melanda Negara Myanmar. Amaran dan peringatan dari Allah atas kezaliman manusia atas manusia, Myanmar yang di dalamnya terdapat kaum muslim rohingya. Bagaimana keadaan mereka saudara seakiqah kita?Semuganya menimpulkan keinsafan pada kita semua.Kita berdoa semuga Allah tidak menurunkan balanya seperti yang berlaku di Mynmar. Bayangkatn 100,000 org terkorban.Itu angka tak resmi.Yang resminya mungkin lebih tinggi.
  2. Kekurangan makanan dunia- tanda-tanda hampirnya hari kiamat.Kenaikan harga barangan asas – beras yang naik sehingga 45-70% adalah tamparan ekonomi kepada penduduk Malaysia. Bagaimana agaknya mereka yang berpendapatan kecil yang menjadikan beras sebagai makanan asas mereka?
  3. Pengalaman menjadi fasi di program KBM Belia. Rencam dan ragamnya manusia ini sungguh berbagai.Semuga Allah memberi hidayah kepada mereka.Amin. Sungguh syahdu doa Pak Ngah.

InsyaAllah akan diperincikan jika masa mengizinkan.

 

Sepanjang minggu lepas hantar ummi ke SYS Batu Gajah – TESL Examination.Pagi-pagi lagi lepas subuh hantar umi.T hari lepas solat zuhur ambik umi balik.

Pagi lepas hantar umi,lepas tu hantar Ikah ke Farmasi Ikhwan Ini pun satu satu cerita menarik mengenai dialog antara Ikah dan ownernya. Ada masa akan didetailkan.

Petangnya nak balik kg sat.Mungkin tak hadir mesy KBM yg hanya dimaklumkan pagi ini.Esok Ahad tak sempat nak balik sebab dah penuh dng program hingga malam.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Seminggu Berlalu

Posted by ainolazhar on May 3, 2008

Minggu 21-27 April 2008 

Minggu ini adalah merupakan minggu yang agak sibuk. Hampir kesemua malam dipenuhi dengan sesi perbincangan, usrah dan menghadiri forum MAGMA.


Isnin 21 April 2008
Ikah memulakan praktikal selama 2 minggu di FI. Semuga berjaya menjadi ahli Farmasi satu hari nanti. Pagi-pagi lagi aku telah menghantarnya.5 minutes drive from home.


Usrah seperti biasa.Hanya 4 orang shj hadir.Yang lain bertugas diluar kawasan, tiada maklumat, ada mesyuarat.Begitulah yang dimaklumkan. 

Khamis 24 April 2008 –
Selepas majlis bacaan Yasin di surau , aku berjumpa dengan  Dr K, berbincang banyak perkara dan update beberapa isu mengenai TA.

Jumaat 25 April 2008
Setelah Iman habis paper exam  pukul 5 ptg, kami bertolak balik ke rumah Opah di Chemor.Hazim, Iman dan Ikah ikut balik.Hazim nak berjumpa Opah sebab esoknya  Sabtu Hazim akan balik semula ke UIA – sambung short sem. Moga dipermudahkan Allah.

Lepas solat isya’ kembali semula kerumah. Hantar budak2 3 org tu dan kami ( ayh dan umi ) terus ke Intim – menghadiri Forum MAGMA. Magma – merupakan platform Chinese Convert.Program tamat dalam pukul 11.30mlm. Terus balik kerana besoknya sebelum subuh akan bertolak ke Kem Tok Sakah – program KBM. 

Sabtu 26 April 2008
Sebelum azan subuh berkemundang, setelah selesai solat witir – aku memacu kereta ku menuju ke masjid jln dairi. Janji akan membawa bersama 2 orang perserta belia ke KBM di teluk  senangin. Ada teman. Sekurang-kurangnya ada ubat menghilangkan mengantuk.

Program KBM ini berakhir  hari Ahadnya 27 April 2008. Arrive home dalam pukul 5 ptg.Badan memang letih. Alhamdulillah setengah drp perjalanan di pandu oleh Akh K hingga ke manjung. Akh K ini baik orangnya, mudah dan tak banyak berkira. Boleh gak lelap sekejap dalam kereta. After dropping him kat rummahnya di Sri Manjung terus pandu ditemani oleh seorang peserta KBM.

Sempat melelapkan mata sekejap.

Lepas magrib Pak Long sampai hantar Ikah. 9.30mlm kami meneruskan mesyuarat TA pulak hingga 11.30mlm.

Isnin 28 April 2008
10.00 pg – habiskan paper work di Ofis
12.00 tgh – menuju ke SUK – appointment dng PA YB Z. Setting appointment for AJK JIM
12.30 –  Ke Politeknik Sultan Azlan Shah-testing sample.
5.00 sampai ofis – amik kereta di Sek Ampang. Umi gi kursus examiner for oral MUET di Lumut.

After magrib – hadir kuliah di surau A
Lepas isyak – ada sikit masa update blog ini. 

Semalam – telah berlalu pergi, tak mungkin kembali lagi
Hari ini – itu sahaja peluang yang ada
Esok – belum tentu mentari pagi bersinar

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Umur

Posted by ainolazhar on May 3, 2008

Dari segi biologinya umur manusia di kira bila dilahirkan. Biasanya manusia akan mengira umurnya bertambah dari hari ke hari. Sebaliknya sebenarnya stok umur kita semakin berkurangan dari hari kehari. Kalu kita ini ditakdirkan hidup selama 40 tahun, bermakna setelah kita hidup contohnya selama 25 tahun, umur kita sebenarnya berbaki 15 tahun.

 

Tapi hakikatnya kita tak tahu berapa stok umur kita yang di’sediakan’ oleh Allah swt, makanya itu kita selalu mengira akan pertambahan umur, bukannya pengurangan umur dari stok umur kita yang ada.

 

Allah tidak menyatakan had umur kita, tapi Allah menghantar tanda-tanda bahawa stok umur kita telah mula berkurangan. Tanda-tanda ini adalah sebagai ‘warning’ kepada manusia bahawa baki stok umur kita telah berkurangan.Maka hendaklah kita mengambil peringatan darinya. Antara tanda-tanda tersebut adalah :

 

          rambut mula beruban

          rambut mula gugur

          ingatan semakin kurang/lemah

          badan selalu sakit-sakit

          kulit semakin kendur

 

Itulah antara tanda-tanda bilogi bahawa stok umur kita semakin berkurangan. Ambilah iktibar sebelum ianya terlambat.

 

Hari semalam hanya merupakan sejarah hidup, esok belum tentu datang, saat ini sahaja yang ada untuk mengumpul amal bagi kebahagian hidup yang lebih kekal abadi.Benarlah seperti yang dikatakan oleh hujjatul Islam, Imam Ghazali: Manusia ini hanya punya 3 nafas, satu nafas yang telah dihembuskan, satu nafas yang sedang di’hirup’ dan satu nafas lagi yang belum tentu dihirup.

 

Ironiknya : manusia mudah terpana dengan hidup yang sementara ini.Manusia begitu merancang dengan teliti sekali akan perjalanan hidupnya di dunia ini, tapi alpa/tidak merancang langsung untuk hidup yang lebih kekal abadi.Sebenarnya kita perlu merencana dan melaksana bagi mencapai hasilnya.Begitu juga dengan hidup kita di  akhirat nanti. Perancangan dan perlaksanaannya perlu berlaku di dunia ini. Mungkin hasilnya tidak kelihatan di dunia ini, sebab itu ramai manusia tidak merancang dan berbuat sesuatu bagi kehidupan yang kekal abadi.

 

Hakikatnya bila ajal sampai, saat itu kebenarannya.Tetapi segala-galanya sudah terlambat.Sesalan tiada maknanya lagi. Ajal datang tanpa lewat atau cepat sesaat pun. Ianya telah ditetapkan oleh Allah diluh mahfuz lagi. Pergunakanlah masa yang ada. Janganlah kita terus leka dan dibuai dengan kehebatan dunia ini. Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1.        Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2.        Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa   
            bencana.
3.        Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4.        Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Ipoh Vs KL

Posted by ainolazhar on May 3, 2008

“How Ipoh” – itulah soalan yang selalu diajukan oleh teman-teman lama ku yang masih menetap di KL.

 

‘Nice place for retirement. Sini sembahyang jumaat boleh pakai kain” – my standard response.

 

It’s explain everthing. Selama aku bermustautin di KL, jarang sekali aku memakai kain pelekat untuk solat jumaat. Biasanya sembahyang dengan pakaian pejabat sahaja.

 

Di Ipoh, boleh balik rumah, mandi sunat Jumaat dan menukar pakaian untuk ke masjid. Di KL almost impossible.Lunch almost everyday at home, unless ada business appointment.

 

Ipoh – tiada jamm. Tiada alasan untuk lambat appointment. Life is slow in Ipoh. Ipoh is 10 years behind KL in everything. Masa kami berpindah ke Ipoh, masa tu sewa rumah masih murah.Banglow house cost only rm350-rm450 per month rental.So does the property value in Ipoh.If you intend to invest in property, you have to wait more time before you can reap the profit.

 

Business:

Yeah , a little bit slow.Less opportunity, BUT less competition as compared to KL. If you get your niche right, insyAllah can survive. Asalkan hard working and focus. Nak kaya mungkin sukar dan lambat as compared to doing business in KL, but Alhamdulillah so far kerja berterusan.Tak nafikan jugak ramai usahawan di Ipoh ni dah menjadi jutawan.

 

Apa pun Alhamdulillah life is more tranquil and serene in Ipoh. Once or twice a month, I will be travelling to KL day return for some business dealing.KL has changed a lot. Mind you, boleh sesat di buatnya.

 

My advice : those who has the opportunity to come back and work in Ipoh, don’t think twice. After all life is too short to be wasted.

 

Dari Ali r.a yang bermaksud:

Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
*  Memberi maaf pada waktu marah.
*  Suka memberi pada waktu susah.
*  Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
*  Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang
 yang diharapkan sesuatu darinya.

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

20.4.2008 Perginya Hj R

Posted by ainolazhar on May 3, 2008

 

Innalillahi wainailaihi rajiun…..

 

Bunyi laungan di corong speaker surau memecah keheningan pagi subuh. Aku hentikan wirid maksuratku lalu bergegas ke pintu rumah.Membuka pintu – untuk mendengar pengumuman selanjutnya.

 

“ Adalah dengan sedihnya dimaklumkan, bahawa Hj R… telah kembali kerahmatullah.Jenazah beliau akan dikebumikan di kampong isteri beliau…..”

 

Begitulah adatnya di kg kami, apabila ada berita kematian, akan dimaklumkan melalui corong suara surau.

 

Tersentak aku dibuatnya. Hj R adalah antara ahli kariah kg yang rajin ke surau, terutamanya waktu maghrib dan isyak.Beliau biasanya akan duduk di surau antara waktu magrib dan isyak.  Hj R menetap selang  2 rumah daripada rumah ku.

 

Hj R ni unik orangnya. Avid reader of Harakah.Rajin menghadiri cermah-ceramah PAS. Kritikan dan pandangannya agak pedas, sukar menerima pandangan dan hujah ahli kariah yang lain. Beliau hanya solat di sudut hujung sebelah kiri saff dan tetap berada ditempat tersebut. Seolah-olah tempat tersebut telah dikhaskan kepadanya bersama kipas duduk yang menghala ke arahnya.

 

Tapi kalibat Hj R telah lama tidak kelihatan di surau sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Setelah mendirikan rumah tangga buat kali keduanya enam bulan lepas, beliau telah berpindah ke kg isteri barunya. Aku dimaklumkan selang beberapa bulan beliau berkahwin, beliau telah menceraikan isteri pertama beliau.Sedih juga mendengar akhirnya hayat beliau. Beliau pergi menemui Illahi akibat serangan jantung pada umur beliau 74 tahun.

 

Semuga Allah mencucuri rahmatNya atas roh beliau.

 

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »