Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Kelas Harfiah Al Quran

Posted by ainolazhar on May 22, 2008

13 Mei 2008.

 

“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan…….”. ayat 26, surah Al Baqarah.

 

Sebelum mengakhiri kelas bahasa al Quran Harfiah hari ini, Ust Adam seperti biasa membacakan kembali ayat al Quran yang di pelajari dengan sedikit ulasan dan renungan.

 

Menyentuh tentang segan ni, tentunya kita sebagai manusia ‘segan’ bertemu dengan Allah. Kenapa? Kerana bila Allah bertanya di yaumul qiamah nanti:

 

“adakah kamu baca al Quran”

 

“ adakah kamu faham apa yang kamu baca”

 

“ adakah kamu amalkan apa yang kamu faham”

 

Kita tunduk terdiam.

 

‘Saya tak faham ya Allah apa yg saya baca’

 

“ Apa yang kamu buat kat dunia selama 63 -75 tahun kamu hidup di dunia? tanya malaikat yang mengoal kita.

 

Itulah secoret tazkirah Ust Adam bila menyentuh ayat ini.

 

Persoalan-persoalan yang ditanyakan oleh Ust Adam, benar-benar membuat aku tersentak.Apatah lagi persoalan terakhir. Apa yang kita buat kat dunia ini selama 63 -70 tahun kita hidup. Kalu tidak faham, kenapa kita tak berusaha untuk belajar bahasa Al Quran.


Mampukah kita menjawab nanti : ya Allah, Aku sibuk…. Aku tiada masa ….aku……. dengan seribu alasan……

 

Aku sendiri pun sedang berusaha menghadiri kelas pengajian bahasa Al Quran ini seminggu sekali.Dulu 2 tahun yang lepas aku menghadiri kelas bahasa Al Quran ini 2 kali seminggu sebelah malam. Setelah sampai juzuk 7, maka kelas kami diberhentikan kerana ust nak mula kelas baru. Permintaan terlalu tinggi.

 

Setahun aku dan isteri cuba belajar sendiri dirumah. Tapi kesannya kurang. Akhirnya setelah puas meminta/merayu Ust Adam membenarkan aku mengikuti kelas barunya di Masjid Sultan Yusof. Alhamdulillah sudah 3 bulan aku mengikuti kelas ini.

 

Kali ini aku mengikuti kelas di sebelah pagi.8.30 pg hingga 10 pg. Kesemua 30 orang pelajar adalah terdiri dari pensioner kecuali aku seorang.Alhamdulillah Allah memberi kelapangan pada ku, kerana aku bekerja sendiri.Bebas menyusun masa.Kelas ni kurang tension sikit, sebab orang2 pension ni rajin menjawab soalan-soalan ust Adam dan jumlah penuntutnya ramai. Dulu hanya 8-10 orang shj dalam kelas.

 

Bukan mudah untuk menguasai bahasa Al Quran ini,  apatah lagi kita hidup dalam suasana bukan berbahasakan Arab.Niat ku jelas: belajar bahasa Arab demi untuk memahami ayat-ayat Allah, bukan untuk berkomunikasi, bukan untuk menulis dalam bahasa Arab. Kalu mampu bonus. The basic intention is to understand al Quran. Alhamdulilah teknik harfiah ini boleh mencapai niat aku ini.Nun di sudut hati ini, jika dimurahkan rezeki satu hari nanti aku masih menyimpan niat untuk menetap 2-5 tahun di Madinah mempelajari bahasa Al Quran ini.Muga-muga niat ini dimakmulkan Illahi – Amin.

 

Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, kelapangan dan semuga aku terus istiqamah mempelajari ayat-ayat mu ya Allah.

 

 

 

Advertisements

4 Responses to “Kelas Harfiah Al Quran”

  1. Dr. Ir. Shamsudin Ab Latif said

    Asslamualaikum wwt.

    Nama saya Shamsudin. Salam perkenalan. Selamat belajar dan terus belajar. InsyaAllah anda akan berjaya.

    Salam

    SHAM

  2. ainolazhar said

    Walaimusalam,

    Selamat menziarah blog keluarga sy. Tuan Dr dlam bidang apa? Pensyarah dlm bidang apa?. Semuga ada manafaatnya.

    Waslam
    Hj Ainol

  3. ummi said

    salam, how come i didnt notice this post? Masa belajar b arab al quran dulu tension gak sbb kena prepare homework ust adam beri. Kita kan cik gu kalau student dtg unprepared mmg rasa geram. Sekarang bila dah tak attend rindu pulak. Somthing is missing in your daily hectic life. Hectic yang kadang2 sengaja dicipta manusia.

  4. iluvquran said

    Sy jg spt tuan…kelas ramai pensioner except for me and one cikgu! Tahniah kpd tuan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: