Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for June, 2008

Deman Selsema,

Posted by ainolazhar on June 19, 2008

 19.06.2008

 

Hari ni, ku telan clyretene setelah clrynese yang ditelan  semalam belum menampakkan hasilnya. Aku diserang demam selsema.  Lama jugak dah tak demam ini. Bagus lak demam ni, tazkirah  dan kifarah dari Allah. Tandanya Allah masih menyayangiku.

 

Iman pun demam selsema gak. Dah 3 hari rasanya. Tunggu Umi pulak. Umi bila kena demam selsema memang teruk. Harapnya Umi demam lepas PTK. Kesian gak.

Paginya begitu semangat nak ke office, dan lepas tu nak ke Safire di Seri Iskandar pulak.

Alhmd all the paper work dapat diselesaikan : satu quotation utk customer baru yang telah ku janjikan akan fax quotation pada pagi ini. Dan satu lagi PO untuk projek deionesed water filter ke DSK Technology. Alhamd selesai the basic thing yang nak di buat. Rancangan nak ke Safire di tangguhkan dulu. Esoklah gamaknya

 

Setelah berada lebih kurang 2 jam di ofis, kepala mulai pening. Hidung tersumbat. Flamenya pekat. Rasanya elok balik rumah, berehat. Itu saja ubatnya.

 

Terima SMS dari K Long – minta doa utk oral exam pead, – ku balas : semuga dipermudahkan Allah segala urusan – amin. Katanya examiner yang K Long dapat killer. Biasalah. Semua examiner killer. Tapi yang ini real killer.

 

 

Sebelum merebahkan badan, sempat talipon elextrolux – tanya perkembangan stove cooker yang pecah seribu. Biasalah katanya akan call balik bila dapat maklumat. InysaAllah petang ini akan aku susuli lagi. Dah hampir 5 hari masak pakai stove besar di bawah. Sempat call Mr Jeff, tanya pasal quotation yang di faxkan pagi tadi. Moga Allah mempermudahkan rezeki ku. Quotation dalam RM8,000.00 to supply hose. I want a long term business with him.

 

Clarytene ni memang power. Rasa ngantuk dan khayal lepas makan. Lidah jadi tawar. Macam baru baik demam.  Tapi hairannya selera makan masih ada , alhmd.

 

Sedang nyenak tidur, dikejutkan bunyi deringan hp ku. Terpapar di skrin : Ummi calling. Umi Tanya pasal webpage kem kesihatan utk Asma’. UPU semua reject. Sekarang memang susah nak dapat tempat belajar di IPTA. Ramai orang with good result. Tak macam dulu. Ya dunia dah berubah. Aku doakan semuga anak sulung Pak Ngah dapat menyambung pelajarannya. Sekarang ni nak sambung pun kena pilih course. Nanti habis belajar, tak ada kerja satu hal pulak. Tapi nak pilih sangat2 pun susah, tempat tak ada pulak. Itulah dilemanya.

 

Ada kawan Iman, dah habis dip dlm engineering, ambik course dip farmasi. Apa boleh buat, kerja tak ada. Dah buang ‘masa’ selama 3 thn.  Itulah kehidupan…

 

Sat lagi azan zuhur, nak gi solat jemaah di surau Ampang pulak. 1.20pm. till jari2 ini mengetuk kekunci lap top ini…..

 

 Hujan turun lepas solat zuhur, membasahi bumi ini……

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Kenaikan Harga Petrol

Posted by ainolazhar on June 18, 2008

 

Di mana-mana isu kenaikan harga petrol ini hebuh diperkatakan. Semalam semasa menunggu masuknya waktu Isyak, di surau Ampang, – ianya terus dibincangkan. Kenapa? Ini adalah kerana ianya melibatkan semua orang. Kesan kenaikkan harga petrol in telah mula di rasai oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Harga barangan telah mulai naik. Apatah lagi kalu yang naik tu harga barangan asas dan keperluan seperti barangan makan. Dulu boleh beli nasi lemak dengan RM1.20 – tapi Isnin lepas beberapa hari selepas kenaikan harga petrol, nasi lemak sebungkus sudah mencecah RM1.50. Barangan basah di pasar telah mula meningkat harganya. Kadang-kadang tidak logik jugak. Mungkin ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga barangan dengan alasan harga petrol naik.

 

Kenapa harga petrol ini perlu dinaikkan? Ramai yg menyatakan ianya kesan langsung global – kenaikan harga petrol dunia. Tapi kan Malaysia negara pengeluar minyak. Sudah tentu Petronas menjual harga minyak menurut harga dunia. Dlm USD lagi. Kita tidak boleh membandingkan harga runcit petrol dengan negara jiran – Thailand dan Singapore – yg tidak mengeluarkan minyak. Persoalannya kemana perginya sumbangan wang petronas kepada kerajaan? Adakah ianya ditadbir dengan amanah dan jujur? Atau ianya untuk sekelompok kumpulan manusia?

 

Rakyat disuruh berjimat. Bagi saya rakyat marhain memang telah lama berjimat. Yang borosnya kerajaan dan mereka yang mempunyai kedudukan dlm masyarakat. Golongan ini tidak punya masalah mendapatkan wang. Penjimatan harus bermula dengan pemimpin negara dahalu.

 

Dianggarkan harga petrol akan naik lagi Ogos ini. Sudah tentulah dengan kenaikan ini akan membebankan rakyat dan akan menimbulkan banyak kesan sampingan dalam sosio budaya masyrakat di tanah air ini.

 

Penyelesaiannya?………………………….

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Cuti Sekolah I – 26hb Mei 2008.

Posted by ainolazhar on June 12, 2008

 

Cuti sekolah bermula.Dua minggu.Tapi yang pasti cikgu-cikgu dan guru-guru tidak bercuti.Banyak kerja yang perlu dibereskan.Umi sudah dua hari memeriksa kertas periksa, lepas ni nak mula tulis esei untuk PTK pulak.Itulah kehidupan seorang guru. Sentiasa sibuk.

 

“Cucu tak balik ke cuti sekolah ni” Tanya ku ringkas kepada Hj Hanapiah seusai kami mengerjakan solat isyak di surau.

 

‘Tak balik, tadi anak datang ambik mak cik, bawak ke kl” jawab Hj Hanapiah.

 

‘Habis, Hj tak ikut ke? Aku meneruskan pertanyaan ingin mendapat maklumat lanjut.

 

“Tak…” jawab Hj Hanapiah.

 

“Habis, macam mana makan hj” Tanya ku lagi.

 

“Hai, sekarang bukan susah nak hidupkan api. Goreng telur ajelah”…. Jawab Hj Hanapiah.

 

Itulah Hj Hanapiah yang ku kenali semenjak aku berpindah ke kg Ampang ni. Sudah 74 tahun beliau hidup di muka bumi ini.Sihat orangnya.Rajin jogging dan berbasikal sewaktu pagi mengelilingi kg ini dan taman-taman sekitarnya. Orangnya ramah dan mudah mesra. Selalu juga buat lawak. Lawak orang tua-tua.Aku cukup selesa bila bersembang bersama beliau.Aku agak rapat jugak dengan beliau berbanding dengan pak2 hj yanglain.

 

‘Ngapa hj tak ikut sekali dengan mak cik”  aku menyambung pertanyaan ku lagi.Macam private investigator pulak. Bukan apa. Cuma nak tahu apasai pak hj ni tak ikut.

 

“Susah, saya nak solat jemaah.Ada aktiviti sendiri” jawab beliau.

 

Ooo…

 

Kita kadang2 sukar memahami mengapa ibu bapa kita tak mahu tinggal lama-lama di rumah kita. They also have their own world and activities to be pursued. Bagi mereka ketenangan adalah bila mereka berada di rumah mereka sendiri, walaupun kita merasakan rumah kita lebih selesa dari rumah kg mereka.

 

Berbalik pada cerita pak hj tadi.Itulah keadaanya bila sudah tua. Ditinggalkan isteri sementara, kerana isteri ‘terpaksa’ ke KL jaga cucu atau di minta oleh anak. Bagi saya, tinggal seseorang di rumah ni, begitu sunyi bila isteri tiada di rumah. Kekosongan. Biarlah kami terus bersama.

 

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments »