Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for July, 2008

KBM Belia II

Posted by ainolazhar on July 25, 2008

5-6 July 2008

 

 

5.30pagi. Stesen Minyak Esso Ampang.  Itulah tempat pertemuan yang dijanjikan bagi mengambil seorang peserta KBM Belia II.  KBM Belia ini adalah antara aktiviti yg kami jalankan bagi menyantuni para belia dan beliawanis agar mengerti akan hakikat kehidupan ini. Ada 4 versi KBM ini – untuk remaja IPT,untuk pelajar sekolah menengah rendah, KBM aktivis dan KBM Belia.

 

Setibanya aku di tempat yang dijanjikan, sebuah kereta Wira sedia menunggu. Aku yang belum mengenali peserta ini, hanya menjangkakan. Berhenti bersebelahan dengan Wira, aku menurunkan cermin pintu. “ Safinas ya ….” Tanya ku selepas memberi salam. Beliau yang ditemani isteri keluar pintu dan menuju ke arah aku.

 

“ Ke Sungkai ya?” ingin mendapatkan kepastian.

 

“ Ya” jawab ku rengkas. Macam driver teksi lak.

 

Setelah mengucapkan selemat tinggal pada isterinya dan mengambil beg,  Safinas memasuki kereta ku.

 

“ Beg letak dalam seat. Bonet dah ada isi”

 

Setelah bersalaman, aku menekan pedal minyak MyViku untuk meneruskan perjalanan.

 

“ Kita ke Yayasan Ad Deen, nak ambik seorang lagi” kata ku memulakan perbualan.

 

Kami menysuri dingin pagi menuju ke Tambun.

 

Setelah 5 minit memandu, dalam kesamaran pagi kami akhirnya sampai di Yayasan Ad Deen – tepat 5,45pg.

 

Aku menekan hon kereta, dan kelihatan seorang anak muda menghampiri pintu besar masuk.

 

“ Setelah memberi salam, anak muda tersebut bertanya “ kita pergi sekarang?”

 

“Ya” jawab ku rengkas. Kita solat subuh di pertengahan jalan. Aku tahu kegusaran anak muda tersebut.

 

Setelah mengambil beg, anak muda tersebut terus menaiki MyVi ku. Muslim namanya. Hafiz Quran 30 juzuk selepas tingkatan 3. Akan menyambung ijazah syariah pada 23hb July ini di Aceh.

 

 

Kami berhenti solat subuh di Masjid Tambun. Alhamdulillah masjid yang terletak dalam 2 minit perjalanan dari Yayasan Ad Deen. Sempat solat sunnat subuh sebelum bersama-sama solat berjemaah. Alhamdulillah.

 

Kami pun meneruskan perjalanan menuju Perlok Recreational Centre yang merupakan lokasi KBM Belia II kali ini. Perjalanan di jangka mengambil masa selama 1.30 jam dari Ipoh, kurang lebih.

 

Muslim – duduk di belakang lebih banyak mendiamkan diri.

 

Safinas – umur dalam 35 tahun.  Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pengorbanannya untuk KBM agak besar jugak. Atas kerelaan dan kesedaran diri untuk berubah.

 

“ Biasanya hari minggu ni, saya kutip buah sawit.”

 

“ Ada berapa ekar” Tanya ku

 

‘Sendiri punya ada dlam 10 ekar, kongsi dengan abang ada 60 ekar”.

 

“Kalu tak kutip hari minggu ni, bila lagi nak kutip? Tanya ku lagi.

 

“ Hari Selasa ini saya ambik cutilah”

 

Itulah pengorbanan seorang insan yang merasai keperluan untuk merubah hidupnya kepada yang lebih baik. [ ku lihat sepanjang program KBM, beliau jelas memberi tumpuan dan terkesan dalam aktiviti yang dijalankan]

 

Safinas ni orang kuat seorang taukeh Melayu yang punya 1000 ekar ladang kelapa sawit dan beberapa perniagaan yang lain. Offis di Megoplex. Jadi banyaklah cerita business yang kami bualkan di sepanjang perjalanan kami. Exchange and compare notes. Interesting.

 

Alhamd 7.30 pagi kami tiba di lokasi program. Tidak terasa masa berlalu. Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan taaruf dan kisah2 hidup yang amat bermakna. InsyaAllah akan dicoretkan satu hari nanti jika masa dan keadaan mengizinkan.

 

KBM Belia 2 kali ini disertaikan lebih 60 orang peserta dari pelbagai latarbelakang. Sebuah syarikat perladangan menghantar 20 org pekerjanya.  Mungkin atas rasa kepuasan dari KBM Belia 1, di mana syarikat ini telah juga menghantar seramai 20 orang dari pekerjanya.

 

 

 

Advertisements

Posted in Dakwah & Tazkirah | Leave a Comment »

Kafilah KBM

Posted by ainolazhar on July 25, 2008

 

 

19-20 July.

 

Kali ini aku menyertai KBM IPT pula. Setelah nama aku disebut dalam wajah net meminta supaya hadir, aku melapangkan masa untuk bersama dengan Kafilah KBM yang setiap minggu menyantuni masyarakat – pelajar sekolah, remaja, pelajar IPT dan golongan belia.

 

Kali ini KBM IPT di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.

 

Selepas subuh, jam 7 pagi aku memulakan perjalanan seorang diri memandu menuju ke KPM Seri Iskandar. Jangkanya taklimat fasi akan di adakan tepat jam 8 pagi dan program akan dimulakan jam 8.30 pagi.

 

Janji awalnya aku akan bersama dengan Pak Harith, tapi last minute arrangement  Pak Harith menumpang kereta Pak Chu pulak. Apa pun kerana aku berjanji untuk membantu, perjalanan tetap diteruskan dengan bertemankan radio Ikim.fm. Ummi ke sekolah. Ganti cuti sempena sekolah digunakan untuk program kebudayaan sekolah.

 

Aku memasuki pintu besar KPM ini sekitar jam 7.45pg. Tersergam indah bangunannya bak sebuah Universiti di dalam satu kawasan baru. Tidak ada banyak bangunan di sekitar kolej ini.

 

Kerana agak awal jugak sampai, parking masih banyak yang kosong. Sementara menunggu Kafilah KBM yg lain tiba aku hanya duduk dalam kereta membelek2 buku Tauhid yang sememangnya sedia ada dalam kereta. Malam tadi baru habis usrah guna buku tersebut.

 

Setelah hampir 20 minit menunggu akhirnya Kafilah KBM mula muncul. The Chief – Pak Ngah Zain, gigih dan hampir full time dengan program KBM. Beliau menaiki  bersama dengan Pak Teh – seorang lagi orang kuat KBM Perak. Aku memang tabik spring pada mereka dan yang lain-lain. Setiap hujung minggu nampaknya never missed full with program. Bukan senang. Mereka pun ada anak-anak dan sanak saudara, mak dan mak mertua yang perlu disantuni. Tapi mereka sungguh gigih. Aku sendiri pun tak sanggup nak ikut jejak langkah mereka. Dengar ceritanya, bulan puasa pun ada KBM. Permintaan sekolah dan IPT dah terpaksa di tolak. Manpower yang tidak mencukupi.

 

Termasuk dalam Kafilah KBM ni ada Pak Long dan Ummi Nita. Tulang belakang dan think tank of KBM Perak. Pak Din dan Puan Shima – cooled , tapi contribusinya amat besar. Sentiasa membawa gerombolan keluarganya bersama. Katanya anak lelakinya suka menonton aksi MAM 2.

 

Next – Abang BOB. Orang bujang. Aksi dalam MAM 2 – memang mantap. Sukar di cari ganti. Ada kelebihannya sendiri. Apa pun di doakan semuga beliau dipertemukan jodoh. Amin….

 

Itulah Kafilah KBM yang terbina sepanjang 2-3 thn yang lepas. Semuanya dari Manjung.

 

Kudos pada mereka semua. Bila  agaknya akan wujudnya Kafilah KBM 2 di Ipoh pulak?.

 

 

 

Posted in Dakwah & Tazkirah | Leave a Comment »

27/06/2008 Pejabat Kastam

Posted by ainolazhar on July 9, 2008

(sambil menunggu clearance barang yg di impot )

 

 

Dua hari lepas terima surat dari Jabatan Kastam untuk clearance barangan yang di impot dari U.K.

 

The total quantity ordered was 5 units of hyrdrophone. This is for USM underwater research project. The manufacture spilt the shipment into 3 consignment. I don’t really understand why. This is the first time dealing whereby for the same merchant, it was split into 3 separate consignment.

 

The first consignment was released by custom without any hassle. What I need to do was just to collect it from Gunung Rapat. Chop, sign and I got my goods.

 

The second shipment, which I am waiting now in the post office was not released by the custom. A 10% import tax need to be paid. Some documents and declaration need to be done. Luckily it was for the USM usage, a government agency, therefore the import tax was waived. But I still need to pay RM50,00 for the importation documents and processing fees.

 

The issue : why a different treatment for the same product through the same post office. The supplier in UK use Royal Mail, so it need to go through Pos Malaysia. One was direct released, the other one need to undergo some documentation process before it can be released?.

 

By right, they should have the same standard procedure and coding for processing. Ni almost 30 minutes waiting. While waiting ni, keluarkan note book. Sekurang-kurangnya tidak membazir masa.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

25/06/2008 – KLIA Airport

Posted by ainolazhar on July 9, 2008

 

2.45 Reached KLIA to fetch Kak Long, yang balik seminggu, to release tension and stress after almost 10 months clinical practice kat hospital di Makasar. Sebeluym ke KLIA, hantar air penawar ke rumah Pak Dak. Qayyum – dah hampir 3 minggu demam.

 

The flight delayed – 15 minutes. Jangkanya should landed by 2.55. Biasalah tu. Aku dimaklumkan Pak Uda pun nak bertolak ke Jeddah dalam pukul 3. Terus hubungi Pak Dak, nak dapatkan kepastian. Agak terlewat, Pak Uda dah dlm boarding hall already. Ngapalah tak bagi tahu awal. Boleh gak aku datang awal sikit. Apa nak buat tak ada rezeki namanya.

While waiting – ku baca Reader Digest sebagai teman menghabiskan masa. Tiada siapa yang  ikut sekali –sebab tengah minggu. Semua orang ada tugasan masing2. Umi – sekolah, Iman – kolej, Hazim – sedang bercuti di Sarawak.

 

Entering the arrival hall,  I heard the public announcement was made in Arabic. Rupa-rupanya ramai tok Arab datang ‘ziarah kabir’ ke Malaysia. Tourist, with potential downstream business activities.

 

Lalat2 hotel – berkeliaran dimuka keluar arrival hall.Pakaian kemas. Offering ‘funduk’ hotel, transportation dsbnya. Sepanjang pemerhatian selama hampir 1 jam – tiada yg melekat. Masing-masing sudah ada arrangement sendiri agaknya. Tapi kalu melekat tentunya besar labanya, kalu tidak tak kan lalat-lalat ni sanggup duduk seharian di sini, mencari makan. Itulah kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.

 

Arrival Hall ni penuh dengan muka2 ceria – pertemuan insan2 yang mungkin telah lama berpisah. Melepaskan rindu. Itulah hakikat kehidupan manusia. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Hatta hidup kita di dunia ini juga akan berakhir dengan perpisahan. Dan akan memulakan dengan pertemuan yang baru – iaitu hari penghisapan. Doaku moga Allah mempermudahkan soal jawab di yaumul qiamah nanti.

 

Setelah hampir 45minit melihat dan memerhatikan gelagat insan2 yang keluar dari bangunan, akhirnya K long dan Kinah kelihatan mengusung beg besar masing2. Macam nak balik  sebulan lamanya.

 

Kak Long belum solat dan belum makan. Tentu lapar.

 

Setelah bersalaman dengan adik Kinah, kami meneruskan langkah menuju ke parking bay.

 

Di jejantas sungai buluh kami berhenti. K Long solat. Lepas tu terus menuju restoran satay samuri. Tanpa di lupa bekalan untuk Iman dan Umi di rumah. Hazim mungkin sudah kenyang dengan angin Sarawak.

 

Perjalanan diteruskan……

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »