16.08.2008
Sabtu malam Ahad.
Alhamduilllah baru balik dari KSPPJ, di USM Trankrian PP. Arrived around 7,45pm. Hantar Iman menyertai kontinjen Perak. Umi ikut sekali – sampai termiss gi sekolah hari ini. Ada pengukuhan pembelajaran. Kali ini KSPPJ di buat mengikut zon dan tak perlu bermalam. Jimat. Apatah lagi dalam keadaan harga minyak dan barangan telah meningkat.
Cadangnya nak gi dengar ceramah ust Hadi di stadium. Tak jadi. Nak tunggu YB Pak Abu bermalam di rumah. Baru terima sms YB tak jadi bermalam pulak. YB sempat bermalam satu hari di rumah semasa menghadiri muktamar PAS 54. Hari ni YB beserta keluarga menuju ke Permatang Pauh – menghadiri penamaan calon. InsyAllah esok akan meninjau muktamar PAS yang julung kalinya di buat di Perak, di negeri tempat lahirnya.
Seminggu berlalu terlalu cepat. Inilah tanda2nya akhir zaman.
Isnin – ke Politeknik S Azlan Shah, Behrang. Hantar barang lab yang dah tertangguh agak lama.
Selasa – Hosp Taiping, USM Transkrian, dan Butterworth. Di Butterworth terima sms dari ustaz Shahrulzaman : Ust Sulam ayah uts Agus telah kembali kerahmatullah 2.45 ptg tadi. Aku pun forwardkan sms ini kepada seramai ikwah yang diingati. Sampai rumah 7mlm. Siap dan pukul 8mlm bertolak bersama dengan Dr RMA dan Dr FMH menuju ke Teluk Intan, menziarahi jenazah Allahyarham yang kami amat kenali anaknya Ust Agus.
MasyaAllah Allahyarham membuka maahad di teluk intan. Sudah tentu ramai anak murid menziarahi nya. Alhamdulillah sempat membaca yasin. Semuga Allah mencucuri rahmatnya dan di golongkan dalam orang2 soleh. Sungguh ramai yang datang menziarah. Anak muridnya mungkin telah mencecah ribuan ramainya. Itulah berkat org alim yang tidak pernah jemu menjurahkan ilmunya. Mungkinkah diri ini mengikuti jejak langkahnya?… menjadi guru menjura ilmu deen kpd ummah yang amat dahagakan ilmu? …. Ilmu merupakan pintu dan lorong2 turunnya taufiq dan hidayah Allah. Ya Allah tambahlah ilmu deen ini kedalam jiwa ini. Amin
Rabu – early in the morning mendapat panggilan drp UEM Bhd. Need to go to KL. 11.00 am depart to KL, metg around 3.00pm. Finish nearly 5.pm. Arrived home – 9pm. Letih gak. Di mamah usia. Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara…
Thursday – cuti setengah hari. Kemas bilik Iman dan bilik lama Hazim. YB Pak Abu nak bertandang dan bermalam. Elok gak dema datang, berkemaslah jugak kedua-dua bilik ini. Mencuci lantai, habuk dan tingkap. Mudah-mudahan penghuni bilik2 ini akan maintain tahap kebersihan ini. Malam nearly 12pm YB Pak Abu dan keluarga sampai untuk menghadiri Muktamar PAS 54.
Tidur around 1pg. Lepas sembang2 dng YB.
Jumaat – bank in Tabung Haji Opah. Kuat opah menabung. Kalah orang kerja. Kalu direzkikan Allah, nak buat Umrah hujung tahun ini. Opah pun nak ikut serta. Doakan…
Sabtu : USM transkrian…. KSPPJ