Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for October, 2008

9. CINTA, KAHWIN & BELAJAR

Posted by ainolazhar on October 25, 2008

 Pls download fully the youtube and listen to Opick b4 reading. Only then you can apreciate.

 

 

 

RAPUH

 

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang

Suka dan duga, tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan

 

Seribu mimpi  berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Diantara lelahnya jiwa

Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepada Mu

Yang terindah dalam hidup ku

 

Meskiku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepada Mu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah pada Mu

 

Maafkan bila hati

Tak sempurna mencintai Mu

Dalam dada Ku harap hanya

Diri Mu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir pada MU

 

-OPICK-

 

Tajuk ini aku rasakan paling sukar untuk di tulis. Ini adalah kerana:

i.                    harapan daripada K Long, Ajim dan Iman yang expecting something different

ii.                  aku tidak pernah bercinta apatalah lagi di lamun cinta. So penulisan ini banyak daripada pemerhatian and pengalaman orang lain.

 

[ apa yang aku maksudkan di sini adalah cinta sesama insan ] Cinta ku lahir selepas melafaskan ijab kabul. Cinta yang disulami perasaan tanggungjawab. Apatah lagi selepas setahun aku berkahwin, aku dikurniakan anak sulong. Bertambah besarlah lagi rasa cinta dan rasa tanggungjawab. Mungkin inilah tabiat hidup ku, memang mengambil sesuatu dengan serius sejak dari kecil lagi.

 

Apa pun aku bukannya malaikat. Aku adalah manusia. Ya manusia biasa. Tiada apa kelebihan. Adam memerlukan hawa dan begitulah sebaliknya. Sebab itu tuhan menciptakan hawa untuk adam. Cinta adalah naluri biasa manusia. Sukar di gambarkan maksud dan erti cinta sebenarnya. Apa pun manusia yang sedang di lamun cinta bak kata P Ramlee – mandi tak basah, tidur tak lena. Sentiasa mendambakan sang kekasihnya. Perasaan ini kalu tidak di kawal amat merbahaya. Maka lahirlah kata-kata punah : lautan api pun sanggup aku tempuhi. Ada orang boleh menderita sehingga sanggup bunuh diri akibat dari kegagalan dalam bercinta ( lautan api akan terbakar badannya ). Oleh itu jangan bermain dengan cinta, mishandling akan merana hidup.

 

Cinta ini adalah mainan emosi. Sukar di kawal. Bukan mainan minda.

 

Sekolah Rendah – Cinta Monyet.

 

Masa darjah enam, satu hari aku menerima kad hari raya. [Cerita ini Umi pun tak tahu lagi ]. Dalam kad hari tersebut terdapat bait-bait kekasih. Aku baca pengirimnya. O, salah seorang pelajar perempuan di darjah 6B. Aku darjah 6A. Aku kata pada diri sendiri : apolah kekasih2 ni, baru darjah 6. jauh lagi perjalanan hidup ni. Hidup den bukanlah sonang. Lalu den koyakkan aje kad raya tersebut dan campak jauh-jauh.

 

Esok pagi tu, terserempak dengan budak pompuan tadi. Pucat muko dio, Kesian gak : cinta tak berbalas. Lopeh tu dio tak berani lagi nak hantar2 kad.

 

Sekolah Menengah

 

Ini masa yang paling vulnerable, terutamanya bila berada di tingkatan 5, sekolah co ed pulak. Alhamduillah aku mampu bertahan. Pegangan pada agama, solat, dan puasa sunat menghindarkan diri daripada coupling yg berluas-luasa berlaku di mrsm. Walaupun aku tahu ada ‘beberapa’ ( perasan pulak – macam ramai ) girls kat sekolah tu yang tunjuk minat, tapi aku tetap cooled and keep macho.

 

Masa mrsm ada banyak couple ( ini batch aku ajelah ) yg established.  Ada 5-6 couple. Tapi setahu aku none, I repeat none of them ended in marriage. Lepas tingkatan 5 semua membawa haluan masing-masing. Roomate aku masa form 5, coupling bagaikan rak gila. Hampir setiap petang makwe nya hantarkan extra food – burgerlah, goreng mee lah. Yang konyangnya adalah aku. Lepas SPM the girls went to UK and the boy went to Australia. The girl married with Sarawakian dan the boy married with Sabahan. So cinta masa sekolah ni, hanya mainan jiwa sahaja. Emosion not rational.  Menganggu jiwa dan pelajaran aje.

 

Apa pun yang lebih selamat adalah jangan bercinta sebelum ada ikatan. Pilihan teman hidup kita kita serahkan kepada Allah swt. Kita perlu yakin dengan firman Allah : lelaki beriman untuk wanita beriman, lelaki soleh untuk wanita solehah. Pilihan Allahlah yang paling selamat. Mungkin ada yang melihat perkara ini macam kuno dan out dated. But yet over time, it has proven.

 

Perkahwinan sebenarnya adalah satu perjudian. Kita memperjudikan masa depan kita dengan seseorang yang belum tentu baik budinya. Oleh itu penyerahan total pada Allah amat penting. Kalu kita mengenali bakal teman kita, sejauh mana belum pasti jaminannya. Manusia boleh beraksi dan berlakon. Itu biasa terutamanya masa fasa bercinta. Masa bercinta semuanya cantik, mulus dan mengasyikkan. Lepas tamat fasa ‘khayalan’ ini – reality emerged. Selama-lamanya perut tak kan kenyang dengan ‘khayalan cinta ini’.

 

Naluri lelaki yang akan memilih wanita yang cantik, ada rupa. Lelaki mudah tertarik dengan wanita cantik fizikally. Sebab tu iklan selalu memperagakan wanita cantik sebagai daya tarikan mereka. Dengan tarikan tersebut akan berlakulah proses selanjutnya. Cantik – bukan shj pada rupa paras tapi pada bentuk dan saiz badan. Mano ado orang fall in love dengan orang oversize ( dalam kato lain : gomok )

 

Cantik itu adalah relative. Hari ini cantik, esok lusa belum tentu lagi. Sebab tu bila bertemu yang lebih cantik akan ditinggalkan yang less cantik. Itulah hidup dan itulah manusia. Khulasahnya : jika hubungan didirikan atas asas iman dan islam – insyAllah semakin hari semakin sayang dan cantik. Dasar ini amat penting bagi menjamin kebahagian masa depan.

 

Bila aku dah bersedia nak berkahwin, aku memaklumkan pada naqib aku. Maka naqib aku pun mencarilah akhawat yg dirasakan sesuai dengan diriku. Pertemuan di atur. Aku bertemu bakal isteriku bersama dengan naqibku. Menyelidiki latarbelakangnya serba sedikit memberi gambaran kesesuaian dirinya dng diriku. Lepas pertemuan aku solat istiharaah dan menyerahkan keputusan kepada Allah. Allah yang maha mengetahui masa depan. Maka ya Allah buatlah keputusan yang terbaik buat diriku.

 

Sebelum pemilihan dibuat aku punyai criteria sendiri. Iklas aku katakan aku tidak mahu bakal isteriku dari keluarga berada ( kaya ). Ini adalah kerana aku datang dari kampong, sederhana, jadi aku mahu bakal isteriku dari taraf yang sama. Sekufu ini penting. Sekufu ada dua level : sekufu dari kedudukan duniawi, dan sekufu dari sudut kemampuan berfikir – dalam ertikata lain – educational background. Ini penting sebagai penyambung zuriat dan teman berbincang dan berbicara.

 

Lagak orang kaya lain. Ada caranya tersendiri. Walaupuan ada agama, tapi biasanya kekayaan dan kesenangan hidup tetap membayangi dirinya.

 

 

Satu perkara penting adalah : suami perlu mempunyai pegangan agama yang kuat. Suami sebagai ketua akan membimbing isteri dan keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah. Suami seharusnya mengejutkan isteri dan anak2 utnuk mengerjakan solat subuh dan bukan sebaliknya. Adalah sesuatu yang malang sekiranya yang sebaliknya berlaku. Dimanalah maruah si suami.

 

Aku kahwin di umur 20tahun. Normal di Malaysia itu sesuatu yg abnormal. Apatah lagi kahwin masa masih belajar. Macamana nak belajar, nak jaga anak lagi dsbnya. Aku tidak memikirkan sangat hal-hal sedemikian yang menjadi kerunsingan keluarga di Malaysia. Aku yakin akan mampu dan dapat mengatasi masalah yang bakal timbul. Lagipun tinggal di luar negeri, apa pun kita yang kena selesaikan. Mana ada keluarga terdekat yang akan bantu. Berkahwin perlu kekuatan jiwa dan mental. Bukan senang nak adjust dengan partner kita. Need time and alignment dalam banyak perkara. Dulu bujang, boleh buat apa kita ‘suka’, sekarang bila dah kahwin kena ambik kira partner kita.

 

Kahwin muda di Malaysia ni, sukar diterima keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kalu belum ada sumber pendapatan. Lagipun study di Malaysia over sikit. Too many subject and too long hours. So bersabarlah dan habiskanlah belajar tu ye.[ ingatlah kata-kata azimat ini : keinginan godang, kemampuan kocik].

 

So masa aku kahwin  dan belajar tak adalah masalah sangat. Macam biasa aje. Malah kadang-kadang lebih semangat lagi untuk menghabiskan pengajian.

 

Anak-anak ku sekelian:

 

Dalam masa 2-3 tahun lagi kalian bakal mendirikan rumah tangga. Kalian bakal memilih pasangan hidup masing-masing. Aku pun tidak mengharapkan kalian duduk membujang selama-lamanya. Berkeluarga adalah normal and natural process in life. Ambilalah panduan di atas sebagai azimat sebelum kalian memilih teman hidup kalian.

 

Apa kah pesanan Rasulullah dlm hal memilih jodoh ini : Pilihlah atas dasar 4 perkara:

 

  1. agama
  2. keturunan
  3. sekufu
  4. cantik.

 

Cantik tu yang ke empat, tapi spt yg dinyatakan dalam hadith tersebut beruntunglah kalu teman kita ‘cantik’ dan mempunyai pegangan agama yang kuat.

 

Ini adalah kerana dalam melayari kapal perkahwinan ini, badai, ribut dan taufan akan memukul kapal kita. Penyelesaiannya : kena kembali kepada deen. Ianya akan menjadi jalan penyelamat dalam menyelesaikan mana-mana krisis kehidupan. Yakinilah.

 

Oklah boy and girls. I think I better stop here. If I continue writing, nanti you all boring pulak. Macam nak lecture. Any comments and input very much welcomed.

 

 

Next episod : Hari Perkahwinan Ku….

Posted in Memoir Hidup Ku | 16 Comments »

Chap 8 : Tahun 1

Posted by ainolazhar on October 24, 2008

 

 

Aku pun meneruskan pengajian Foundation in Accountancy di Birmingham Polytechnic. Sekarang ni dah dinaik taraf sebagai Birminghim city University.

– Di sinilah aku meneruskan pengajian. Bangunan yg tinggi ni baru di bina. Bangunan sebelah kiri ni , kampus akulah masa tu ……

 

– side view of academic building. masa summer – mat/minah salleh suka berjemur di sini –

 

 

Pelajar Malaysia lelaki hanya aku dan seorang pelajar persendirian Tionghua. Namanya dah lupa, tapi ok jugaklah. Dialah yang menjadi kawan pengajian ku.

 

Masa tu, kongsi rumah dengan Zul ( QS ), Majid ( buat Math ) dan aku. Kami sewa rumah town council. Rumah ni sejuk. Masing-masing dengan course masing-masing yang berbeza. So kami jumpa masa makan malam shj. Makan malam kami kongsi. Masak sorang2.

 

Masa setahun dihabiskan begitu cepat sekali. Tidak banyak ingatan semasa setahun ni. Gi Poly naik bus atau jalan kaki. Bergantung pada masa yang ada dan kerajinan badan. Basikal yg beli dulu simpan.

 

 

Di Birmingham muslim komuniti dah ramai. Masjid pun ada. Jadi kami solat Jumaat join komuniti Pakistan. Ayam dan daging memang mudah di dapati. China town pun ada. Boleh beli2 barang2 makanan Malaysia. Masa tu jimat. Barang mahal. Maggie 0.50pence. kali 6 dah RM3 sebungkus. Bila beli barang kami suka convert duit Malaysia berapa. Serai hanya yang kering shj. Itupun dapat bau pun jadilah. Ikan bilis dan ikan masin adalah barangan berharga. Guna sikit2 bila nak masak.

 

Arab komuniti tidak tinggal di kawasan yang aku duduki. Mereka tinggal di kawasan yang lebih porch sikit.  Kami duduk di kawasan Pakistan. Orang Pakistan ni solat subuh dan asarnya lambat. Bila keluar dari masjid – dah terang benderang. Macam tak confident samada subuh ada atau tidak. Lepas tu kami decide solat subuh jamaah di rumah budak-budak bujang yang besar sikit. Aku pun bujang gak masa tu. Tengak rancang2 nak kahwin bila habis tahun satu ni.

 

 Kawasan yang aku tinggal namanya Aston. Dekat dengan stadium Aston Villa. Rumah aku ke Aston Villa – taklah jauh sangat, walking distance. Aku tak minat bola, kalu minat bola dah lama aku masuk stadium Aston Villa ni. Aku cuma joking keliling stadium aje. Masa tu tak ada kamera, jadi tak ada lah kenangan yang sempat dirakamkan. Rugi gak rasanya.   

 

Lepas habis tahun satu ni, compulsory balik Malaysia, kena reorientasi dengan BTN. Jadi masa summer holiday selama 3 bulan, kami pun balik. Tiket disediakan oleh pihak Mara. Kami semua kena reorientasi dengan BTN selama satu minggu di Sek Men Teknik Cheras. Jumpa balik kawan-kawan yang sama buat A Level dulu. Masing-masing denga perangai dan style tersendiri. Banyak cerita pasal reorientasi ni. Rasanya tak bolah nak tulis kat sini. Need to tell verbally. When the time is right and suitable, after meal kat rumah boleh cerita.

 

About 13 days after reorientasi, aku pun berkahwin. Bab kahwin dan cinta ni akan di rakamkan next episode. Tengah dok fikir apa nak tulis.

 

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 3 Comments »

Bayan Lepas – Senai – Bayan Lepas

Posted by ainolazhar on October 22, 2008

aku duduk bersebelahan wing kapal terbang ini. sempat merakam

[ aku menulis blog ini di restoran deli n Meal cyber café. Senai International Airport kemudian berpindah ke Marry Brown pulak]

 

Monday : 20th Oct 2008. Sementera menunggu apoinment  dengan potential sales agent dari Singapore, aku membuka lap top. Appoinment yang seharusnya berlaku pada 2.30 ptg terpaksa di tangguhkan ke 4.30 ptg, kereta En Nasir rosak katanya. Aku akan mengambil flight balik ke Bayan Lepas Airport 20.15. Kehadiran aku ke Senai Airport adalah buat pertama kali dan semata-mata untuk bertemu dengan En Nasir. That’s business. Need a lot of sacrifize. Nothing is easy.

 

When I switch on the computer and scanning for free network, I got 3 signal. One of them belong to this deli and meal. But the line is not stable. Bak kata Iman : always tergedik-gedik.

 

I started my journey from home at 8.30am after having beehoon goreng for my bfast. I expected to arrive Bayan Lepas airport around 10,30am. Opick tetap setia menamani ku. Aku pandu dengan tenang. My flight to Senai 12.05pm. Should have ample time. The journey was smooth and as planned. Only when reaching Penang bridge, the jammed started. Road construction. It seemed that they are adding another lane to the existing road. Alhamdulillah I managed to reach the airport 10.35am. The airport was much bigger compared to Ipoh. I went straight to the check in counter. The que was already there.  I thought I was in Taiwan or Hong Kong. Only 5 Malay passengers. The rest was Chinese. Mostly family trip, not business, – judging from their attire and mixed.

 

This is the first time I travelled with Air Asia. It was punctual. The plane leave the airport tarmac on time and reached Senai Airport one hour latter.

 

The flight hampir penuh. Aku duduk  bersebelahan dengan wing kapal. Sebelah aku kosong.  Next chair was taken by a Chinese man. Bawa surat khabar mandarin, baca, letak dan tidur. Aku membuka buka : Pemuda yang dirindui Surga. Buku yang dihadiahkan kepada Hazim oleh K Long. Membaca 2 chapter, menutup dan mengikut jejak langkah Cina sebelah – melelapkan mata.

 

Setibanya di Senai, perut lapar. Mencari kedai makan melayu. Deli Café – pesan nasi goreng pattaya dan 500ml mineral water. Wau – mineral water rm3.50 and nasi goreng 6.50. The rice almost tasteless. Chef nya kena gi attend kursus memasak ni. Makan sekadar alas perut shjlah jawabnya.

 

Duduk dalam airport ni sejuk. Dah dua kali gi tandas. Dah hafal jln ke tandas. Tandas di Senai airport ada klas. Interior design macam 5 class hotel. Patutlah aku nak ke tandas je.

   – Senai airport – departure hall –

 

 

Since internet access available maka mudahlah aku melaksanakan tugas-tugas yang perlu dibereskan.

 

En Nasir arrived around 4.15pm. Have a discussion. Details no need to be revealed. By 6.30 I check in again going back to Bayan Lepas. Solat jamak magrib and isyak in the waiting hall. By 8.05 off again to Bayan Lepas.

 

Landed one hour latter. It was raining. Take my MyVi, stop at Juru for a quick dinner – bee hoon soup. Drive alone again with obedience Opick – arrived home 11.45pm.

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

7. A Level

Posted by ainolazhar on October 21, 2008

Deeside College – sekarang. Dah banyak berubah

 

 

Jan 1981, seramai lebih kurang 25 orng pelajar tajaan MARA mendarat di Lapangan Terbang Heathrow., London. Dari MRSM Sban ada 3org lelaki dan 2 org pelajar  pompuan. Dari jumlah ini sekitar 15 orang adalah pelajar2 Accountancy dan bakinya kursus engineering.

 

Kami ditempatkan di dua buah college berasingan bagi kursus A Level. Accountancy di Kelsterton College of Technology , Connah’s Quay, Wales dan bakinya di Wrexham. Wrexham ini memang dah bergenerasi menerima pelajar, manakala KCT ni kami generasi ketiga dan terakhir.

 

[ now college ni dah tukar nama pada Deeside College :http://www.deeside.ac.uk/newdc/home-home.php dah jauh berbeza masa zaman kami dulu.]

 

Sesampainya di  airport setelah lebih kurang 14jam penerbangan – direct flight, kami menunggu untuk mendapatkan kelulusan imigresen kami. Pegawai MARA menunggu di belakang kaunter imegresen bagi memudahkan urusan kemasukkan kami.

 

Kawan baik aku Ithnin yang lebih mudah dikenali sebagai Sonin, di tahan agak lama oleh pegawai imegresen. Seteleh selesai kami pun bertanya ;

 

“Ngapa lama sangat Nin “?

 

Dio tanyo den, naik poi mano “ jawab sonin dalam bahasa nogori. Pure negris. Pokat cakap dio hingga kini. La ni dah bergelar Dr Isnin.

 

“New South Wales” jawab Sonin

 

“You must landed at a wrong airport” jawab Imegresen officer tersebut.

 

Sebenarnya kami nak gi Wales bukan New South Wales. NSW di Australia. Lepas tu pegawai MARA datang bantu menyelesaikan masalah imegresen kami. Bila pegawai imegresen tanya nak ke mana dsbnya, kami hanya tunjuk pada pegawai Mara tersebut. Maka mudahlah urusan entry kami.

 

 

Sebelum ke Wales kami ditempatkan di Bed & Breakfast di London. Di bawa tour menaiki bus around London dan membeli belah.  Tapi ini semua guna duit sendiri. Masa tu end of winter, masih sejuk lagi ( dingin bangat – guna kata-kata K Long ) jadi aku membeli baju sejuk panjang dan long john. Kedua-duanya aku guna until I finished my degree course.

 

Setelah dua hari berada di London, kami  pun di hantar menaiki Coach ke Wales. Dia orang tak panggil bus. Tak tahu apo sobab panggil coach pulak.

 

Setiba di Wales kami di sambut oleh senior di High Street. Rumah sewa telah disediakan. Lepas letak barang di rumah sewa, kami dijemput untuk makan malam dan berkenalan dengan para senior. Masa tu dua biji rumah senior aje. Kami ditempatkan di tiga buah rumah berasingan. Alhamdulillah tak ada foster parents. Kalu ada susah gak nak melayan kerenah mat salleh ni.

 

Rumah yang kami sewa ni dekat dengan pekan kecil, Sotton.  Ada small supermarket. Paling penting supermarket tu ada jual beras. Biasalah budak Melayu , apa-apa hal mesti cari beras dulu. Masalahnya tuan rumah ni agak strick dan kedekut. Dia suka catu elektrik. Kami sewa inclusive of electric. Biasalah budak Melayu suka mandi dan bila masak tu banyak guna elektrik.

 

Zainal kawan kami cukup hot dengan landlord rumah. Bila kami keluar habis kerusi meja kawan tu kena toreh.

 

Kami sewa rumah selama 6 bulan sahaja sebelum berpindah ke rumah senior. Mereka dah habis A level dan nak masuk U pulak. Rumah ni besar sikit. Rumah ni guna slot machine bayar elektrik. Kadang2 kesian gak, elektrik habis bila mandi. Maklumlah hot wat consumed more power. Menjeritlah kawan tu dalam bilik ayor.

 

Untuk pergi kolej kami naik basikal. Basikal kami beli pos, lepas tu pasang sendiri. Kadang-kadang bila sejuk kami naik bus. Sonin naik dulu sebab dia boleh pronounce tempat dlm bahasa Welsh dengan baik. Kalu Sonin lepas, yang lain tu tunjuk dia ajelah; Same like him.

 

Untuk mendapat bekalan ayam dan daging halal, aku dan Sonin selalu ke Liverpool beli ayam dan daging halal. Simpan dlm freezer yang senior beli. 

 

Aku dan Sonin cukup rajin berjalan. Hampir setiap hujung minggu kami round. Kami akan cari senior mrsm kami – Liverpool, Sheffield, Birmigham, Manchester, Loughborough. Cardiff, Swansea dan London adalah tempat2 yang kami lawati. Kalu ada perhimpunan pelajar2 Islam kami akan turut. Kalu ke FOSIS tu kami akan tumpang brother2 dari Liverpool.

 

Sembahyang jumaat kami buat atas stage di dewan college. Tak ramai, cuma 9 orng shj. Sonin akan baca kutbah dan jadi imam. Tempat kami tak ada komuniti Pakistan atau Arab. Jadi tak adalah masjid.

 

Bilo senior masuk U, kami pun pindah ke rumah senior ni. Kami kongsi masak  dan makan sama-sama waktu dinner shj. Ada 2 pair setiap hari. Satu pair masak dan satu pair lagi membasuh.  Biasanya aku masak ikan maceral, bungkus dalam aluminum foil, bubuhlah segala macam spices yang ada. Biasanya aku beli ikan maceral fresh dari pasar tani setiap hari rabu – giliran aku masak.  Biasanya menu sama bagi setiap pair.

 

Lunch biasanya di kolej. Kami tak makan. Untuk tahan lapar kami biasanya makan coklat dan chip aje. On the way back home, biasanya singgah di Chinese take away “ fish and chip”. Memang sodap. Panas2. Biasanya habis di makan b4 reaching home.

 

Pasal study tu kena adjust banyak perkara. Kami dari aliran bahasa Melayu, di ajar dlm bahasa Inggeris. Kami ambil 3 subjek shj masa A Level ni : Math , Account and Economics. Semua mata pelajaran baru kecuali Math. Memang kami tak ada asas and basic dalam subjek account dan ekonomi. Nevertheless  all of us managed to get placement in U after finishing A Level. Interestingly study kat overseas, very practical. Subject pun taklah sebanyak kalu study local.

 

Masa paling seronok sekali adalah apabila telah tamat A level. Menunggu result nak masuk U. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Ada yang balik Malaysia, ada yang melawat Eropah, ada yang menetap d rumah abang/kakak dsbnya. Aku dan beberapa teman, berpindah ke Wrexham. Memandangkan tiada junior yang datang, maka rumah kami serahkan balik pada landlord. Pindah ke Wrexham, kongsi ramai2 – murah sikit sewa. Lepas tu sebahagian besar masa kami habiskan di Summer Training Camp. STC. Rasanya masa tu Summer Gathering di Birmingham. STC ni lama. Biasanya 1 bulan setengah. Cuti keseluruhan selama 3 bulan. Seronok gak attend STC, selain dari kuliah2 agama, makan pun best,  dapat jumpa ramai kenalan baru. Senior2 dari course dan tempat2 lain all over UK.

 

 Masa tu bulan  puasa. Masa puasanya panjang. Buka 9mlm, sahur habis dalam 2 pagi. Biasanya kami tak tidur lepas tarawikh. Lepas subuh balun tidur sampai 12 tgh. Kadang-kadang sementara menunggu buka puasa dalam 8mlm, kami bermain bola di padang. Hari cerah macam pukul 5 ptg kat Malaysia. Sayangnya masa tu tak ada pulak ambik gambar kenangan.

 

Kami beraya di Wrexham. Ala kadar aje. Masak rendang main balun je. Apa pun seronok. Tak pulak teringat org di Malaysia. Lepas solat hari raya, makan-makan, lepas tu ada yang tidur, ada yang gi shopping. Apa nak buat, bukan ada sanak saudara nak ziarah pulak.

 

End of summer 1982, aku mendapat tawaran masuk Birmingham Poly, buat course Foundation in Accountancy. Sekarang ni Birminghim Poly dah tukar nama Birmingham City University. Bila dapat result masing-masing pun mula berpindah ke tempat baru. Berterabur semuanya. Ithin ke New Castle, Mahadir  Cardif, Azmi Khair ikut aku ke Birminghim, tapi dia buat Architecture, Zul ke Swansea, Izir ke Huddersfield, Badar ke Shefield. Yang lain-lain tu senyap2 je tah kemana perginya. Tamatlah ukhwah kami di sini shj. Lepas tu mana2 yg hadir gathering, adalah berjumpa balik kawan2 lama.

 

See u: next chap : 1st year U.

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 2 Comments »

6. Sekolah Menengah

Posted by ainolazhar on October 18, 2008

6. SEKOLAH MENENGAH

 

Semasa ujian penilaian di darjah lima ( sekarang telah ditukar kepada UPSR ), aku telah mendapat 3A, 2B. Yang 2B tu standardlah – budak kampung – Bahasa Inggeris dan Sains. Bahasa Inggeris adalah antara mata pelajaran yang paling aku tak suka sehinggalah sekolah menengah.

 

Sejak awal lagi, abang ngah memang strick dalam mendidik kami adik beradik. Waktu cuti disediakan jadual waktu untuk masa belajar, bermain dan berehat. Siap dengan jam loceng dan kerusi /meja sekolah. Kami ambik kerusi meja sekolah yang dah rosak dan repair semula. Buku latihan memang banyak disediakan. Cumanya dalam bahasa Inggeris tiada tutornya. Susahlah sikit.

 

Di penghujung darjah enam aku ditawarkan memasuki sekolah asrama penuh.Aku menerima  2 tawaran. Satu Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan satu lagi MRSM Sban. Aku menerima tawaran MRSM Sban setelah lulus ujian IQ dan lulus proses temuduga. Waktu itu aku baru darjah enam. Inilah salah satu temuduga yang aku lalui dalam hidup ini. Yang keduanya semasa tingkatan lima – temuduga pemilihan nak ke luar negara dan satu lagi temuduga memohon jawatan pensyarah di itm.

 

Yang lain tu aku yang jadi panel penemuduga. Banyak gak, terutama semasa bekerja di sekolah al Amin – menemuduga guru dan kaki tangan sekolah.

 

Berbalik kepada proses temuduga nak masuk mrsm, ada rehearsal yang dikelolakan oleh arwah abng ngah. Beria-ia benar dia mengajar proses dan etika temuduga. Semasa tu arwah bekerja sebagai pengawai telekom. Rehearsal ni banyak membantu dalam memberi keyakinan diri dan penampilan diri semasa menghadiri temuduga sebenarnya. Masa tu umur baru 12 tahun. Menghadiri temuduga dengan pakaian uniform sekolah – seluar pendek. Pakai tai warna merah. Rasanya temuduga ni arwah apak yang hantar ke Seremban. Naik kereta Moris Minor- Sekarang kereta jenis moris minor ni dah termasuk kereta antic. Harga pun mungkin lebih mahal dari dulu.

 

Alhamdulillah masa hayat penting ( 13 -17 tahun ) aku membesar di asrama. Balik kampung hanya musim cuti sekolah sahaja. Jadi dari segi makan dan minum memang bereslah. Aku mendapat biasiswa sebanyak RM45.00 sebulan. RM30 ditolak untuk duit dobi dan duit asrama. Bakinya RM15 adalah  pocket money. Memandangkan aku tidak boros, duit sebanyak itu cukup untuk aku membeli alat tulis dan keperluan belajar. Sesekali makan gak di restotan Fatimah di bandar seremban – yang sodap tu nasi goreng. Restoran Fatimah ni dekat dengan bas stand Seramban yang lamo. Tak pasti lak ado ko tak maso ni lagi.

 

Aku dihantar oleh ayah dan nenek ke sekolah asrama. Selepas proses pendaftaran dan memasuki bilik asrama, aku terus ditinggalkan keseorangan di sekolah yang begitu asing bagi ku. Very straight forward dan tiada belaian sebelum berpisah.

 

Tiada kawan yang sama sekolah di asrama ni. Mula-mula tu sedih dan ngangis jugak dalam bilik air. Lama-lama jadi seronok duduk asrama. Aku meneruskan hidup di maktab ini selama lima tahun. Masuk tahun ke lima , aku dah jemu duduk asrama. Must get out. Sebab tu tak mahu buat matrik. Sebab masa tu matrik di buat di sekolah yang sama.

 

Yang menariknya sepanjang hayat aku di MRSM, ayah hanya datang sekali shj menjenguk aku. Itu pun sebab ayah ada mesyuarat di Sban.Mak Cik suruh ayah dtg visit. Sat aje. Mak Cik bekalkan pulut kuning.  Rasanya masa tu aku di tingkatan 3.  Bila cuti sekolah, aku balik sendiri naik bus public. Tiada sesiapa yang menjemput ku macam kawan2 yang lain. Aku tak kisah.

 

Mulo-mulo tu susah gak nak adjust hidup di asrama ni. Semua ado time. Bukan boleh buat suko2 jo. Kalu tak miss pulak suroo. Kito datang dari kampung kenalah humble. Budak2 lain tu ramai datang dari bandar dan keluarga berado gak Nampak gayonyo. Apo pun den tak terikut dengan budak-budak lain punyo style. Kito sodar sapo diri kito. Den pun ada prinsip hidup sendiri. Kalu ikut perangai budak-budak yang kayo ni ruyop kito.

 

Tentang pelajaran pula, budak2 kelas den ni memang pandai-pandai belako. Ramai yang dapek 5A masa peperiksaan penilaian. Takut den di buek ee. Apa pun dengan disiplin asrama yang aku ikuti, finally managed to adjust my study and my life in mrsm. Mata pelajaran yang paling aku tak minat adalah bahasa Inggeris. Susah. Maklumlah datang dari kampung. Setiap kali nak masuk kelas bahasa Inggeris ni memang stress, teacher yang mengajar adalah berbangsa Tionghua dan India. Budak2 yg lain terror pulak tu bahasa inggeris.

 

Cerita hidup di asrama ni macam-macam. Boleh tulis sebuah buku. Lain kali akan tambah kisah-kisah menarik hidup asrama, insyAllah. Lebih detail sikit.

 

Aku tidaklah termasuk dalam golongan pelajar yang nakal dan bermasalah. Aku mendekatkan diri ku dengan surau dan aktiviti agama di sekolah. Alhamdulilalh mulai tingkatan empat aku telah mula mengikuti usrah. Masa tingkatan 4 aku dilantik menjadi ahli komitee disiplin. Macam pengawas gaklah. Lantikan terus oleh pentadbir sekolah.

 

Masa ting 5, aku dilantik menjadi pengerusi komitee makanan asrama. Selalu gak aku buat inspection dalam dapor. Sampai kakak2 dapur tu tapik la bila aku masuk dapor. Setiap hari ahli komitee makanan akan buat laporan tentang tahap kesedapan makanan dalam buku laporan yang disediakan. Lepas tu laporan ini akan diserahkan kepada warden asrama.

 

 

 

[ INTERLUDE – Loceng rumah berbunyi . Ada orang bagi Salam]

 

 

Dalam keadaan memakai towel mandi aku bergegas keluar. Pak Hj Hanapiah rupanya. Nak hantar tong racun yang dipinjamnya 2 hari sebelum syawal. Rumahnya banyak nyamok. Jadi bila cucu-cucu nak balik raya, kena racun nyamuk2 ni. Oops mak cik hajjah pun ada. ‘Tunggu sat, nak pi pakai baju. “

 

Rupanya mereka datang jalan raya. Siap bawak buah tangan. Kelamai. Makanan tradisi orang gopeng. Membalas lemang yang aku hantar 2 hari sebelum raya. Lemang buatan sendiri bersama dengan kawan-kawan di kilang kami.

 

“Cikgu tak ada ke “ tanya mak hajjah.

 

“Tak ada, ada metg “ jawab ku. Umi ada metg MUET di Heritage- bermalam.

 

“Tak pa, duduklah dulu. Sambil aku mempelawa mereka duduk di kerusi di varandah rumah kami. Sini santai sikit. Kalu masuk dalam rumah , nak kena spin clean. Almaklum….

 

Aku pun masuk ke rumah minta Iman menyediakan air minuman.

 

Kami pun sembang lama gak – 45 minit sambil minum air jus yang Iman buat. 

 

Biasalah orang tua ni suka cerita pasal anak-anak mereka. Apa yang menariknya : anak Pak Hj Hanapiah ni, jugak belajar di MRSM Sban. Mereka hantar dengan menaiki keretapi  dari Ipoh ke Seremban masa pendaftaran rasanya dalam tahun 1980. Elok lak cerita pasal Mrsm ni sobab tongah tulis pasai sekolah menengah den.  Anak2 pak hj ni berjaya semuanya. 2 study luar negeri. 3 local u.

 

Kocik yo dunio ini. Tapi aku tak kenal anak mereka. Rasanya masa tu aku ting 5, baru anaknya masuk tingkatan satu. Lagi pun anak Hj ni perempuan. Lagi tak kenal. Tingkatan 5, study year. No more main-main. ]

 

 

  INTERLUDE END

 

 

Alhamdulillah sebelum keputusan SPM keluar, aku di tawarkan melanjutkan pelajaran ke UK. Memang ini yang aku idamkan dan rancangkan. Aku tak mahu ke Australia – dari senior2 katanya belajar susah. Aku tak mahu ke USA – jauh dan bebas. Jadi aku rancang betul2 agar ditawarkan ke UK. Buat accountancy.  Sebenarnya aku tak berapa tahu pasal accountancy. Sebab masa tu MARA hanya tawarkan kursus accountancy shj kalu nak ke UK. Niat yang kuat nak ke UK, kursus menjadi secondary. Masa tingkatan 4 dan 5, science stream. Lagi pun no body advise anything. Aku terpaksa membuat keputusan sendiri. Apa pun aku bersyukur. Itulah dunia pendidikan kita.

 

Bila aku di tawarkan ke UK, reaksi adik beradik dan ayah macam biasa shj. Hanya gembira sebab lepas tanggungjawab mereka. Aku nekad aku tidak mahu menyusahkan mereka. Aku akan bina keluargaku sendiri semasa di UK. Yeh… selepas habis tahun pertama, aku pun berkahwin………Yeh.

 

 

Cuti tunggu result SPM tak lama. Banyak di habiskan untuk hadir orientasi nak gi UK. Jadi tak adalah masa terbuang. Cuma bila ada masa sikit2 lapang tu aku ke ke KL, rumah mak cik azizah. Ikut attend ceramah, kuliah dan muktamar Abim.

 

 

 

Sambung : Bab 7 : A level

 

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 2 Comments »

Opick Yang Setia

Posted by ainolazhar on October 16, 2008

OPICK YG SETIA

 

Dua hari aku ke KL, Selasa dan Khamis. Opick tetap setia menemani aku. Bait-baitnya sungguh menusuk kalbu. Tambahan bila driving sorang2 banyak yang difikirkan, direnung dan dirumuskan. Aku akan memasukan bait-bait Opick dalam penulisan yang mendatang, apatalah lagi mengenai Cinta. Cinta pada yang Esa.

Cinta abadi dan Cinta Suci.

 

Pertama kali aku mendengar Opick yang dibawa balik oleh K Long, aku tidak berapa mengerti. Iman yang memesannya. Tak tahu di mana tahunya wujudnya Opick. Bila bersendirian mendengar, Opick terserlah. Lain dari yang lain.

 

Bait-bait Opick begitu berbeza sekali. Unik. Meresap kalbu. Apa pun Opick tetap setia menemani ku. Jaulah aku sabtu ini akan ditemani oleh Opic lagi. Tetap setia.

 

Mendengar Opick 6, mengingatkan aku tentang lambaian kaabah. Yang ku rindui. Sedar tak sedar, sudah hampir 15 tahun aku tidak menziarahi rumah Allah ini. Terlalu rindu rasanya. Aku mengharapkan dipermudahkan rezeki untuk menziarahi Mu. Itulah doaku dan munajatku di malam-malam terakhir ramadhan yang lalu.

 

Hari ini dikesibukan tugas, aku sempat menziarahi Omh dan Uda. Aku puasa, jadi tak perlulah mereka menghidang apa-apa untuk ku. Omh kelihatan di makan usia. Sibuk membuat persiapan untuk akikah cucunya. Uda waiting for interview nak gi Jeddah lagi. Dah seronol kerja overseas. Good pay. Moga di permudahkan Allah hendaknya.

 

Arrived home 4.30pm.

 

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

5. Sekolah Rendah

Posted by ainolazhar on October 14, 2008

5. SEKOLAH RENDAH.

 

Aku tidak pernah ke tadika , walaupun waktu itu ada tadika kemas di kampung. Aku hanya mengenal ABC dan 1,2,3 masa darjah satu. Cik Gu Sarah adalah guru yang mengajarku mengenal huruf. Cik Gu Sarah ni garang orangnya. Dia mengajar di sekolah keb Gedok  hinggalah pencen.  Terima kasih pada guru-guru ku yang kebanyakkannya telah menjadi arwah. Moga Allah mencucuri rahmat atas mereka. Terlalu banyak jasa mereka pada ku dan masyarakat setempat. Benarlah kata-kata puitis Osman Awang : Jika hari ini seorang pemimpin dunia naik, dibelakangnya pasti ada seorang guru.

 

 

Sekolah Kebangsaan Gedok, hanya sampai darjah empat shj. Oleh kerana kekurangan penduduk, maka darjah 5 dan 6 kena  pindah ke Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh. Jauh jugaklah. Pagi-pagi lagi pukul 5.30pg dah naik bas sekolah. Akulah antara murid yang awal datang ke sekolah. Kadang-kadang bersama-sama dengan pak cik bukak pintu bilik darjah. Sampai rumah biasanya lewat petang – 2-30 – 3.00 petang. Bergantung pada bas sekolah. Bila balik bas sekolah tak ambik kat sekolah. Kena jalan kaki keluar – dalam 45 minit gak jalan kaki. Selalunya aku akan menumpang kawan2 yang ada basikal. Mat Sae dan Saiful yang selalu aku tumpang. Bila darjah enam aku tumpang Cikgu Mr K Balan, guru bahasa Inggeris ku. Saiful dah bawa adik perempuannya naik basikal. Aku tunggu belakang kereta Mr K Balan, bila dia nak balik. Mr K Balan duduk Tampin, jadi dia akan lalu jalan yang sama tempat aku tunggu bus.

 

 

Bila sekolah jauh, aku bawak bekal gi sekolah. Bungkus nasi dalam daun pisang aje. No Tupperware macam budak2 sekarang. Lepas habis makan, boleh buang terus daun pisang dalam semak luar sekolah. Menu tetap  sama – telur itek – goreng, rebus, mata kerbau, dadar – berpusing sekitar telur itek. Sebab kami bela itek. Itek2 ni rajin bertelur. Bela bebas. Jadi pagi2 kutip telur2 itek di halaman rumah. Alhamdulillah rezeki.

 

Bila waktu rehat, kawan-kawan berlari menuju kantin. Aku membawa bekal bersama Saiful makan di belakang bangunan lama sekolah. Selalunya kami berkongsi bekal. Saiful – bapaknya bekerja di ladang estate. Lama-lama jemu gak makan nasi lauk telur itek. Tapi apa nak buat. Itu yang nenek mampu. Maka membesarlah aku dengan telur itek ni.

 

Guru besar masa tu: Cikgu Kamarudin Sulaiman. Garang orangnya. Dia mengajar tata rakyat. Tulisannya cantik, berangkai. Tandatangannya pun panjang. Habis namanya di tulis. Cik gu Kamarudin ni dah arwah dah.

 

Masa darjah enam aku dilantik jadi ketua murid. Ketua murid pakai tai merah. Masa tu masih pakai seluar pendek lagi. He hee.

 

Maso darjah 5, aku berlakon mewakili sekolah. Cikgu main tangkap muat je. Latihan pun last minute. Kalah pada sekolah bukit rokan. Manolah den tahu berlakon. Bakat memang tak ado langsung dan tak minat. Kalu minat dah banyak filem den keluar dah.

 

Sukan pulak den main bola dan takraw. Bola ni reserve je. Tapi kami jadi johan kawasan kami. Takraw full player. Agaknya sebab tu Ajim boleh main takraw. Di mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi. Nak2 kuah lauk lomak. Masakan tradisi orang negeri 9.

 

Masa akhir tahun di sekolah adalah yang dinantikan. Ada majlis penyampaian hadiah. Ni yang selalu den bolot semua hadiah darjah den. Tapi tak ado mak dan ayah yang tomankan den. Syok sendiri sorang2 dapat hadiah. Biasalah hadiah nya adalah Tupperware. Kawan2 lain adolah mak bapak yang datang. Ini hadiah pelajaran. Kalu hadiah sukan, den tak laratlah. Bagilah pada orang lain pulak. Tak kan kito nak bolot semua pulak. Riyak lak kang.

 

 

 

Enjoy reading.

Bersambung : Chap 6 : Sekolah Menengah

 

 

 

 

 

Posted in Memoir Hidup Ku | Leave a Comment »

4. Hidup d Kampung

Posted by ainolazhar on October 11, 2008

4. HIDUP D KAMPUNG

 

 

Semua orang ada  kampung

Kampung tradisi

Kampung tersusun

Kampung taman

Kampung height

Kampung sri ampang

Apa pun

Kampung Gedok, tetap kg ku

Gedok tetap Gedok

Tak kan menjadi Geduk

 

 

Alhamdulillah attachment pd agama melalui solat banyak memberi kekuatan pada diri ini. Ianya memberi semacam kekuatan dan dorongan dalam meneruskan kehidupan.

 

Malam-malam belajar mengaji dengan Cikgu Suman.Cikgu Suman tinggal di kuaters sekolah gedok. Gi ramai-ramai dengan anak2 jiran. Balik ngaji dah malam, selalu pasang api dengan daun kelapa yang di ikat. Masa tu baca juz amma sahaja. Tak sempat naik quran aku dah pindah ke Seremban.

 

Selalunya aku akan tumpang Cikgu Suman ni gi sembahyang Jumaat. Masa bulan ramadhan aku tumpang naik motor Norton cik gu suman gi solat tarawikh. Masjid jauh. Jalan kaki rasanya tak sampai. Masjid Gedok dalam 4 km dari rumah kami.

 

Masa ni rumah kami belum ada perigi lagi. Kami tumpang perigi yang agak jauh untuk mandi dan sumber air. Perigi ni kami namakan perigi aung. Mungkin tuan punya namanya aung. Untuk minum kami gunakan air dari perigi aung ni. Jauh gak mengangkat air. Bila sampai rumah dah berpeluh badan balik.

 

Untuk mandi pagi, kami akan gunakan perigi sekolah sebab dekat. Pergi dengan kak cik dan kak lang. Perigi sekolah ni bertutup. Kakak akan angkat air dari perigi dan siram badan aku satu baldi. Lepas tu sabun, lepas tu siram lagi satu baldi. Udah siap. Duduk luar perigi tunggu kak cik dan kak lang mandi pulak. Kadang-kadang terlelap. Maklumlah awal pagi lagi – 5.30am. Masa tu subuh masuk dalam 5.25pg.

 

Yang menarik dalam bulan puasa, rumah kami ada jam dan radio. Bila dah masuk waktu buka, aku pun turun ke bawah rumah, ketuk mata cangkul bagi tahu acik buruk bahawa waktu buka dah masuk.

 

Satu perkara penting, aku tidak suka bergaul dengan budak-budak kampong lain. Aku hanya dibenarkan keluar rumah untuk ambik angin petang hanya selepas solat asr. Balik must be b4 maghrib. Ini menjadi disiplin dan amalan ku. Walaupun suasana kampong tahun 70an tidaklah macam sekarang, tapi aku rasa banyak pengaruh kurang baik di kampong aku ini. Mungkin aku tidak menjadi macam aku sekarang kalu aku bergaul dengan budak2 kampong. Yalah mereka ni tidak mementing pelajaran , apatah lagi agama.

 

Walaupun aku hidup sepenuhnya di kampong sehingga umur 12 tahun dan masa cuti sekolah, namun terlalu banyak memori nostalgia kampong. Kalu hari raya menjelang, nenek hanya buat kueh tradisi shj – kueh bahulu, biskut goyang dan tapai. Tapi nenek tak berani nak gaul ragi dengan beras pulut. Tak pernah menjadi tapainya. Kena tunggu Omh balik dulu. Omh yang expert gaul pulut dng ragi. Tapainya menjadi dan manis. Masa nenek masih kuat lagi, kami gotong royong dengan jiran-jiran buat dodol. Buat dodol ini memang lamo dan mengambil masa hampir satu hari. Maklumlah kelapa kena kukor sendiri, perah sendiri nak dapatkan santannya.

 

Masa bakar kueh bahulu guna sabut kelapa. Habis berasap satu rumah. Nyamuk guarantee tak ada punya.

 

Nenek bela ayam. Bila semua adik beradik berkumpul kami selalu sembelih ayam. Ayam kami bela bebas. Ayam kampung. Bila nak sembelih macam ayam ni dah tahu nasibnya. Kami kejar satu kampung. Ada kala ayam menang dan ada kala ayam tewas. Apa pun ayam2 yang menang akan balik jugak ke reban bila malam menjelang. Ayam masak lomak jang. Pokat. Bahagian peha dan hati normally reserve for me. Bila rayo, ayam masak rondang. Pandai gak orang masa tu masak rondang.

 

Memandangkan ibu tiada, biasanya bila nak makan kami akan gotong royong memasak makanan. Sebab tu sampai sekarang aku biasa masak. No problem punya. Bawah banyak dari Chef Wan. Abang2 akan menyiang manakala kakak2 akan memasak. Pada satu hari, ayah bawa balik sayur taugeh untuk di goreng. Taugeh tu ada akar dan perlu dipotong. Arwah ngah din dan omh di tugaskan untuk memotong akar taugeh ni. Biasalah anak muda, sembangnya lebih, taugeh tak habis diproses. Boss naik angin, diambilnya tugeh dan dicampaknya keluar rumah. Terkulat kami. He hee

 

Masa hujan lebat adalah masa yang menyeronokkan. Kami akan mandi hujan dan akan kumpul air hujan. Air ni akan digunakan untuk membasuh lantai papan yang udah kotor. Tapi masa tu taklah demam pulak. Mungkin hujan yg turun bersih tanpa asid agaknya.

 

Masa yang sensasi adalah bila masa kakak dan abang-abang  kahwin. Macam-macam cerito. Untunglah masa tu den dah belajar di luar negeri. Sempat hadir kahwin Omh, Kak Lang dan abg ngah shj. Kalu cerito kang, bukak pokong di dada lak.

 

Sebelum rumah kami ada TV ( Ngah Din yang bolikan ), biasanya B Dak akan tumpang tengok TV di rumah polis di Gedok. Bayar 10 sen. Program favorite masa tu ada dua : 1. Pertandingan Kugiran 2. Tayangan Cerita Melayu. Seingat aku, hanya sekali sahaja B Dak bawak aku menonton TV di balai polis ni. Sebab tu sehingga sekarang aku tak berapa suka nonton tv. Buang masa aje. Lagi satu gusti. Sampailah sekarang, gusti ini ramai favoritenya.

 

Bila rumah  kami ada TV ( hitam putih aje ) aku pun taklah suka sangat nonton tv. Tapi rancangan yang paling aku minat adalah kartun ‘ Pink Panther’. Masih aku ingat skrip writernya “ Hanna Barbara” hingga kini. Lagi masa tu cerita yang paling top : Mission Impossible.

 

Masa Muhammad Ali lawan Joe Bugner – aku masih sekolah rendah. Masa tu darjah limo agaknya. Masa perlawanan live tu satu sekolah tak belajar. Siap pasang TV kat sekolah. Semua pelajar nonton. Semua sokong Muhammad Ali lah. Den tak faham, ngapolah tak belajar masa tu. Apo rationalnya pun den tak tahu hinggalah hari ni. Bukan dapat duit apopun.  Agaknya kalu masa sekarang tak sekolah – Humairah dan Sumayyah mesti seronok punya.

 

Radio kami dah tinggal rangka aje. Yang ada isi dlmnya shj.Tapi clear. Areal sambung dengan dawai sampai atap rumah. Standardlah tu, banyak Mc Gyver. Radio ni penting nak dengar azan magrib tanda buka puasa.

 

13 Mei 1969.

 

Ini adalah salah satu masa yang masih aku ingat. Umur ku baru enam tahun. Waktu peristiwa 13 Mei ini berlaku, kedai2 Cina di bakar – tak tahulah samada Melayu yang bakar atau Cina yang bakar. Lebih kurang pukul 8mlm, kami tak berani bermalam di rumah. Pemuda-pemuda Melayu termasuk Omh dan rakan2nya berkumpul berkawal. Kam bermalam beramai-ramai di rumah jiran sebelah. Memang rasa takut.

 

Penulisan ini belum complete lagi. Akan di tambah

 

Next episode : 5. Sekolah Rendah

 

Enjoy reading 

Posted in Memoir Hidup Ku | Leave a Comment »

3. MAK, APAK & ADIK BERADIK

Posted by ainolazhar on October 11, 2008

3. MAK, APAK & ADIK BERADIK

 

 

di kesuntukan waktu

di keterbatasan masa

aku bertemu ruang

mengimbau kisah silam

di penghujung noktah

satu kepuasan

 

 

Aku dikurniakan dengan 2 orang kakak dan 4 orang abang. Semua kami 7 orang adik beradik.  Kami namakan diri kami Kumpulan Tujuh (K7). Pinggan mangkuk yang kami ada di tanda dengan cat K7 di belakangnya. Bukan apa, orang2 kampung selalu pinjam untuk kenduri kendara. Ini adalah identity kami. Hidup kampung begitulah gotong royong.

 

Sehingga kini – Ngah Din dan Kak Cik telah mendahului kami bertemu dengan Ilahi. Ngah Din di timpa kemalangan dan arwah Kak Cik mengidap kanser payu dara di akhir hayat beliau. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amiiin.

 

Mak.

 

Little ( or zero ) memory of her. Hanya sekeping gambar hitam putih yang ditinggalkan. Kurus orangnya. Mahaya b Mat Jat namanya. Manis rupanya, putih kulitnya. Moga Allah mengampuni ibuku dan moga Allah merahmati rohnya. Ya Allah masukkanlah roh ibuku dikalangan hamba-hamba Mu yang Kau redhai. Ya Allah. Janganlah kau seksa rohnya, sesungguhnya dia adalah hamba Mu Ya Allah. Amin, ya rabbal alamin. [ di kala ini , aku tidak dapat menahan sebak…. Butir2 air mataku akhirnya jatuh juga ………]

 

 Hj Jamil bin Hj Daud @Apak.

 

The big boss. Tak tinggal bersama kami. Berurusan di pintu rumah shj. Kadang-kadang menanggap dirinya sebagai orang luar. Bila kakak nak kawin susah sikit lah. Selalunya kecoh gak. Walaupun aku masa tu masih kecil, tapi dapat membaca drama yang berlaku. Biasalah drama melayu ni kalu tak ada adegan menangis tak sah. Itulah lembut dan sensitively orang Melayu.

 

Apak ini complex orangnya. Not a risk taker dan tak mahu susah2. Adik beradik apak ni 3 orang. Dua masih lagi hidup. Apak yang tua antara adik beradiknya yang hidup masa tu.

 

Honestly ku katakan, hubungan aku dan apak lebih hubungi biologi. I know he is my biological father, therefore I have to respect and treat him like a father. Not more than that. No emotional and kasih sayang bond. Apa nak buat. That’s the truth and the reality. Apak only visit me once the whole 5 years I stayed in mrsm. Imagined that. Anyway may Allah showered His blessing. Amin.

 

Abd Razak bin Jamin @Omh

 

Eldest in the family. Tak tahu macam mana boleh dapat nama Omh ni, melekat hingga sekarang. Biasanya abang yang tu ni orang panggil Bang Long. Lepas SPM Omh dapat kerja kerani di Felda. Ambil STPM private student rasanya 2 kali, dapat tawaran masuk UKM. Hidupnya agak susah gak, sebab menumpang di rumah pak saudara sebelah ayah masa studi di UKM.

 

Masa jadi kerani di Felda, setiap hujung bulan balik kampong. Tengok adik-adik. Bila dapat gaji, rajin belanja kami extra food – macam air botol dan kacang goreng. Air favourite ku masa tu magnolia susu perisa strawberi.

 

Omh dapat tawaran sambung sekolah asrama – di MCKK, tapi tak ada duit, jadi sambung belajar di STAR Gemas shj. Agaknya masa tu berkenalan dengan K Long.

 

Omh graduate dari UKM dan terus berkhidmat dengan FELDA sehingga pencen. Ingat lagi masa hari graduation, kami adik beradik bersama-sama meraikan kejayaan Omh. Lepas majlis kami sama-sama naik teksi gi kedai mamak – makan. Rasanya masa tu Omh dah nikah gantung, sebab K Long ada sekali.

 

 

Zaharudin bin Jamin @ Arwah Ngan Din

 

Banyak berjasa pada famili kami. Lepas SPM, menduduki hampir 5 kali STPM dan dapat masuk U, tapi kerana kekangan kewangan dan Omh masih belajar, hasrat ini pendamkan sahaja. Beliaulah yang telah menampung kami adik beradik di kampung. Sebahagian besar rumah adalah hasil sumbangan beliau. A very responsible brother. Banyak  jasa dan pengorbanannya. Rajin juga arwah ni menyumbang pada diri ku masa aku masih belajar di mrsm lagi.

 

Dengan lulusan STPM, arwah mendapat kerja dengan Telekom. Arwah telah membawa masuk bekerja dengan Telekom bang dak dan isteri beliau. Arwah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang untuk menziarah nenek yang sakit. Itulah ketentuan Illahi. Arwah meninggalkan 3 orang cahaya mata. Al fatihah.

 

 
Perasan tak Omh dan arwah Ngah Din binnya Jamin bukan Jamil. Ini bukan bermakna mereka ni anak angkat. Sebenarnya silap tulis masa dafatrkan nama di pejabat polis. Dulu-dulu itulah keadaannya. Sah mereka kedua ni nasab yang sama. he hee

 

 

Norizan bt Jamil @ Kak Lang

 

Kak Lang belajar di sekolah menengah di kampung sehingga tingkatan 5. Lepas SPM masuk maktab perguruan teknik di Cheras. Masa di sinilah bertemu dengan suaminya sekarang.

 

Not much memory of Kak Lang masa kecik2 dulu di kampung. Lepas lulus maktab kak lang mengajar selama setahun di sekolah menengah di Gemencheh. Lepas mendirikan rumah tangga K Lang berpindah ke Seremban, mengikut  suaminya yang juga merupakan seorang guru.

 

Semasa di Sban, kadang-kadang di hujung minggu masa outing aku ke rumah kak lang. Klang membela Uda semasa Uda di tingkatan 4 – Sek Teknik Seremban. Uda duduk di rumah K Lang selama 2 tahun sebelum memasuki UTM buat land survey. Selain daripada Uda, adik ipar Kak Lang , Azmi namanya turut tinggal di rumah K Lang.

 

Rumah K Lang ni sentiasa di penuhi kaum kerabat.

 

Yang masih ku ingat, bila kak lang nak ambik gaji, dia akan ajak aku teman gi Tampin. Lama gak beratur kat bank bumiputra masa tu. Lepas dapat gaji kak lang akan belanja makan mee sup di kedai cina. Tak tahulah halal nya ke tidak. Yang pasti : sodap.

 

Kak lang kemudian berpindah ke Serawak selama 3 tahun dan selepas tu mengikut suaminya ke Canada menjadi attachée pelajaran di sana selama lebih kurang 3 tahun. Sekarang menetap di Cheras. KL.

 

 

Hasnul bin Jamil @ Bang Dak

 

B Dak ini classic. Lepas LCE ditawarkan menuntut di SM Sedia Raja Rembau. Maka berhijarah B Dak ke Rembau. Ting 4 dan 5. Masa sekolah seorang debator. I think he didn’t do well in SPM. Lepas SPM dapat tawaran mengikuti kursus pertanian di Institut Pertanian Parit. Perak. Pun tak habis. Masa di Parit ni active dalam kerja-kerja dakwah.

 

Lepas tu mengangor lama di kampung. Part time rubber tapper. Bila tiada wang noreh, bila ada wang cuti. Malam-malam keluar rumah balik dini hari. Biliknya di anjung rumah. Dinding dibaluti dengan kertas surat khabar sehingga kuning.

 

Masih ku ingat pada satu ketika semasa aku berada di rumah ayah ( masa cuti sekolah ) di Kuala Kelawang Jelebu, ayah menerima surat drp B Dak – senarai barang-barang yang perlu dibeli dan jumlah wang yang di perlukan.  Ayah membalas surat ini dibelakang kertas surat yang dihantar. Inilah keunikan ayah. Dia balas surat di belakang surat yg dihantar. Lepas tu arwah Ngah Din akan mencakar di belakang surat2 yang dihantar kepada ayah.

 

Lepas lama mengangor arwah Ngah Din mengambil B Dak bekerja di telekom. Menjadi technician sehingga hari ini.

 

B Dak ini yang paling sporting sekali. Dialah yang banyak membantu dan menolong ku dalam kesusahan. Contohnya bila aku nak kahwin, B Dak lah orang yang paling memahami dan membantu dlm proses aku kahwin. TQ brother. Jasamu tetap ku kenang.

 

Norkharizah bt Jamil @ Arwah K Cik.

 

Selepas menamatkan sekolah menengah rendah di Gemencheh, K Cik meneruskan pengajian di Sek Men Tengku Besar Tampin, Sponsored and duduk bersama dengan arwah B Ngah di kuaters Telekom.

 

Masa di tingkatan 3, kalu ada kelas sains rumah tangga, dapatlah aku merasa kueh2 moden yang k cik belajar di sekolah. Berebut jugak dengan Uda.

 

Aku pernah bermalam di quarter ini. Agak besar dan selesa juga. Lepas SPM bekerja sebagai telefonis sehinggalah berkahwin.  Dikurniakan 5 orang anak dan agak strict membela anaknya. Masa hayatnya selalu gak aku menziarahinya di rumahnya di Ampang Selangor.

 

K Cik mengidap penyakit kanser di akhir hayatnya. Setelah menderita selama hampir 2 tahun akhirnya beliau kembali menemui Rabbnya. May Allah blessed her.

 

Zaharin bin Jamil @ Uda

 

Uda adalah abang yang hampir dengan ku. Walaupun beza umur hanya 2 tahun, tapi kami tak berapa rapat sangat. Aku tak sempat sangat bergaul dengan Uda ni. Lepas sekolah rendah hingga tingkatan 5 aku menghabiskan masa di sekolah asrama penuh. Bergaul masa cuti sekolah shj.

 

Masa aku belajar di seremban, udah dah tingkatan 3 di sekolah menengah gemencheh. Kemudian uda meneruskan ting 4nya di Sek Men Teknik Seremban, sebelum meneruskan pengajian di UTM.  Bekerja sekejap dengan UPM, lepas tu sambung master di UK. Sempat gak singgah di rumah kami masa di UK dulu. Uda ini nampak aje serius, macam semua adik beradik kami, tapi lawaknya boleh berkecai perut.

 

Lastly : Aku lah……

 

Nama aku diberikan oleh kakak2 aku. Dalam 7 orang kami, aku dan Omh sahaja yang namanya ada 2. Yang lain satu nama. Tahun 60an nama ni agak moden dan advance jugak. Tapi kadang-kadang orang tersilap, ingatkan Ainol tu pompuan. “ Can I speak to miss Ainol pls” ni selalulah aku terima panggilan talipon. “ Speaking” jawabku dengan suara garau dan macho.

 

“Oh sorry’ ‘

 

It’s ok’ jawab ku menenangkan the caller.  Apa pun nama ni dah ku pakai sehinggalah kini.

 

Hingga kini belum ku ketemu orang yang punya nama sama macam nama ku.lOrang yang seiras dengan muka ku ramai gak yang diketemu. Nama Ainol ni biasanya digandingkan dengan Ainol Adnan, Ainol Jamal – itu yang lelakilah. Yang perempuan – Ainul Mardiah, Ainul Jannah dan ainul2 yang lain.

 

Apa pun mereka semua adalah adik beradik ku, saudara sekandung ku. Air di cincang tak kan putus.

 

…. bersambung Chap 4 lak

 

Posted in Memoir Hidup Ku | Leave a Comment »

Catatan Syawal 1429H

Posted by ainolazhar on October 10, 2008

– steamboat-

 

 

RAMADHAN DAN SYAWAL 1429H

 

Alhamdulillah ramadhan dan syawal 1429H telah sama-sama kita lalui. Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah kita disepanjang bulan yang mulia ini dan mudah-mudahan Allah mempertemukan kita di ramadhan yang akan datang. Nikmatnya bulan ibadah ini sukar diceritakan dan di gambarkan. Mungkin setiap diri mengalami dan merasainya dengan berlainan rasa dan pengalaman.

 

Apapun di syawal ini, puasa enam hendaklah diteruskan sebagai pelengkap puasa ramadhan kita. Muga-muga Allah memberi kekuatan pada kita untuk meneruskan ibadah di bulan ramadahan di bulan2 yang mendatang ini.

 

30 Ramadahan –

Memang telah dijangkakan puasa tahun ini akan genap sebanyak 30hari. Di pagi selasa ini aku terus ke pasar gunung rapat. Membeli daging dan lampung yang aku telah pesan 2 hari yang lepas dengan penjual daging yang memang aku kenali sejak dulu lagi.

 

Sebelum ke pasar singgah di rumah ust Khalid – beli ayam kampong 8 ekor – 4 untuk mak, 2 untuk mak lang dan 2 untuk kami

 

Balik rumah – operasi cuci dan bersih rumah. Semua terlibat.

 

11.30 – balik kampong. Tolong mak masak rendang.

Badan rasa macam demam dan selsema.

 

Buka rumah mak dengan Pak Ngah dan Mak Lang, Pak Lang dan Pak Su Idin sekeluarga.

 

Malam solat isyak di Masjid Chemor dengan Hazim. Lepas solat makan ubat selsema. Terlelap  bilik opah dng Hazim.

 

Hazim bangun 11mlm. Gi Gerbang Malam dengan Pak Su Idin, Amin, Angah, Muhaimin dan Mustakim. Balik 2 pagi.

 

 

I syawal

 

Solat Hari Raya di surau Chepor. Tiada banyak perubahan yang dapat dilihat. Chepor tetap  Chepor. Punya masalah kampong yang standard macam kampung2 melayu yang lain, tapi mungkin tak seteruk kg-kg di Manjoi. Bilakah agaknya bangsa ku akan berubah.

 

Lepas tu gi rumah Pak Ngah. No comment. Biasalah bila hari pertama syawal, orang memang lapar dan kemaruk nak makan. Food must be enough.

 

Lepas tu gi rumah Mak Lang. Makan laksa, nasi impit dan sesi bergambar.

 

Lepas tu balik rmh opah. Pak Long dan anak2 sampai.

 

Petang lepas asr balik kg Ampang. Mak Su Nor tak sampai lagi dari Tanjung Karang.

 

2 syawal – Khamis

 

Gi ziarah Pak Saudara di KK dan sanak saudara di Ketior. Ketior pun macam Chepor gak. Tak banyak yang berubah. Punya masalah kampong yang standard.

 

Lepas zuhur ziarah kawan lama opah di Sayong. Sesat darat cari rumah. Mak Cik Dah – dan Pak Cik Razali. Nak cerita pasal Mak Cik memang  panjang. Apa pun alhmadulilah lewat petang di jamu nasi panas. Memang selera makan sebab tak lunch lagi.

 

Balik Ampang dalam pukul 7 mlm baru sampai rumah.

 

3 syawal – Jumaat

 

Sediakan rumah dan masak sebab jemput ahli keluarga makan malam.

Steamboat

 

Umi, Hazim dan Kak Long gi JJ cari bekas makanan.

 

Mak Su Nor dan Pak Su Idin dan Opah tidur rumah. Sembang sampai malam.

 

4 syawal – Sabtu

 

Gi Taiping – tunang sepupu umi.

 

Balik 7mm baru sampai rumah. Jalan jammed. 3 jam baru sampai Ipoh dari Taiping

 

5 syawal – Ahad

 

Ke Kampar – Pak Long menerima bakal besan. Nak bincang pasal perkahwinan Idah.

 

Lepas tu balik Chemor – ziarah Opah, Mak Lang dan Pak Ngah.

 

6 syawal – isnin

 

Lepas subuh – hantar K Long ke KLIA. Singgah rumah mak su.

 

Flight delay.

 

Arrived Ipoh – 8mlm

 

7 Syawal – Selasa

 

Mula puasa enam. Umi metg MUET di Hotel Heritage. Bermalam.

 

Baru ada masa nak update blog ni sambil menggoreng otak2 utk  buka puasa.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »