Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for October 16th, 2008

Opick Yang Setia

Posted by ainolazhar on October 16, 2008

OPICK YG SETIA

 

Dua hari aku ke KL, Selasa dan Khamis. Opick tetap setia menemani aku. Bait-baitnya sungguh menusuk kalbu. Tambahan bila driving sorang2 banyak yang difikirkan, direnung dan dirumuskan. Aku akan memasukan bait-bait Opick dalam penulisan yang mendatang, apatalah lagi mengenai Cinta. Cinta pada yang Esa.

Cinta abadi dan Cinta Suci.

 

Pertama kali aku mendengar Opick yang dibawa balik oleh K Long, aku tidak berapa mengerti. Iman yang memesannya. Tak tahu di mana tahunya wujudnya Opick. Bila bersendirian mendengar, Opick terserlah. Lain dari yang lain.

 

Bait-bait Opick begitu berbeza sekali. Unik. Meresap kalbu. Apa pun Opick tetap setia menemani ku. Jaulah aku sabtu ini akan ditemani oleh Opic lagi. Tetap setia.

 

Mendengar Opick 6, mengingatkan aku tentang lambaian kaabah. Yang ku rindui. Sedar tak sedar, sudah hampir 15 tahun aku tidak menziarahi rumah Allah ini. Terlalu rindu rasanya. Aku mengharapkan dipermudahkan rezeki untuk menziarahi Mu. Itulah doaku dan munajatku di malam-malam terakhir ramadhan yang lalu.

 

Hari ini dikesibukan tugas, aku sempat menziarahi Omh dan Uda. Aku puasa, jadi tak perlulah mereka menghidang apa-apa untuk ku. Omh kelihatan di makan usia. Sibuk membuat persiapan untuk akikah cucunya. Uda waiting for interview nak gi Jeddah lagi. Dah seronol kerja overseas. Good pay. Moga di permudahkan Allah hendaknya.

 

Arrived home 4.30pm.

 

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »