Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for November, 2008

What do you see in the star?

Posted by ainolazhar on November 19, 2008

[To cheer up our days, pls think the lesson learned  from the short story bellow. Received email frm DrFMH]

 

Sherlock Holmes and Watson

 are camping in the desert;

they set up their tent and fall asleep.

 

 Some hours later, Sherlock Holmes

wakes his friend, “Watson,

 look up at the sky and tell me

what you see.”

 

 

 Watson replies,

“Me see millions of stars.”

 

“What does that tell you?”

 asks Sherlock Holmes.

 STOP HERE : PLS GIVE YOUR ANSWER BEFORE CONTINUE READING 

. Watson ponders for a minute.

“Astronomically speaking,

 it tells me that there are millions

 of galaxies and potentially

billions of planets.

 

 Astrologically, it tells me that

Saturn is in Leo.

 

 Time wise, it appears to be

 approximately a quarter past three.

 

 Theologically, it’s evident

the Lord is all  powerful and we are

 small and insignificant.

 

 Meteorologically, it seems we will

 have a beautiful day tomorrow.

 What does it tell you,?”

 

Sherlock Holmes is silent for a

moment, then speaks.

 “Watson, you idiot,

someone has stolen our tent.”

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

12. Tahun 2 & 3

Posted by ainolazhar on November 15, 2008

 

[ Udah 2 entry aku hanya copy drp posting yg aku terima, malam ni lepas menghadiri ceramah Dr Ridzuan Tee aku meneruskan Memoir Kehidupan Ku. Di lain masa insyaAllah akan ku ceritakan isi kandungan ceramah Dr Riduan Tee ni. Menarik untuk di fikir dan diambil tindakan kita semua ]

 

Dudley Hospital Birmingham.  17th Jan 1985, anak sulung ku lahir. Perempuan. Isteri ku hanya berehat selama 2 minggu shj, sebelum meneruskan pengajianya semula. Mengandung anak pompuan memang agak sukar bagi isteri ku. Tak boleh bau, mudah muntah. Bilik kami sentiasa ada baldi untuk isteri ku muntah. Bau bawang goreng dan masak2 pun tak boleh. Akhirnya aku mengambil alih tugas memasak ni. [ agaknya inilah permulaan karier aku masak di rumah hingga la ni he he]

 

Anak kami beri nama Kawtsar – mudah dan ringkas. Selepas berumur 6 bulan kami hantar balik ke Malaysia. Umi menghantarnya balik ke Malaysia dengan arofloat ( Russia Airline – yang paling murah ). Dipelihara oleh Opahnya. Kami hanya mampu bertahan selama 3 bulan shj. Rindu pada anak kecil ini membuatkan Umi balik ke Malaysia sekali lagi untuk mengambil balik Kawtsar. Walaupun umurnya sudah meningkat 9 bulan, anak kecil ini sudah kenal orang. Buat permulaanya dia tak recognize kami sebagai ayah dan umi nya. Menangis sepanjang perjalanan balik. Alhamdulillah kami membuat keputusan yang tepat. Semasa kami menghadiri kuliah, Kawtsar di jaga oleh Mak Cik Yan yang menemani suaminya. Mereka menyewa di tingkat satu manakala kami menyewa di tingkat bawah.

 

Masa petang sementara tunggu Umi balik kuliah,
jumpa umi kat poli

jumpa umi kat poli

aku selalu bawa Kawtsar dlm push chair jalan2 menuju ke Poly. Biasanya aku balik awal dari kuliah. Tak ada course work dsbnya.  Kursus aku hanya bergantung pada final exam aje. Kawtsar ni kalu dapat jalan petang senang sikit tidur malam. Kalu tak bawa bersiar-siar petang dia akan mengamuk dan susah nak tidur malam.

Lagi pun Kawtsar ni tidur on time. By 9pm must sleep tak kiralah apa berlaku disekeliling. Tiduq nak selesa pulak tu. Kadang-kadang berselisih jalan jumpa Umi tengah jalan balik.

 

sebelum balik umah sempat posting

sebelum balik umah sempat posting

 

Antara ketika yang masih aku ingat adalah masa Umi nak habiskan thesis akhir tahunnya. Masa tu mana ada computer, pakai type writer. Aku kena tolong type sementara Umi tulis. Memandangakan last day, kami buat kat bilik aje. Kawtsar nak kacau, maka aku bagi dia main cornflake. Habis satu bilik di taburnya cornflake. Tak apalah asalkan dapat kami siapkan thesis. Nak suruh dia naik atas dengan mak cik yan, dia tak mahu sebab dia tahu kami ada di rumah. Masa itu umi tengah mengandung anak ke 2 kami. Kira kuat jugak semangat Umi ni. Maklumlah darah sumateranya tetap mengalir hingga kini. Kira tabik spring gaklah.

 

 

Tahun 2 aku menyambung pengajian di City of London Polytechnic. Aku berulang dari Birmingham ke London. Kuliah hanya 3-4 hari seminggu. Jarak Birmingham to London dalam 200+km. Aku menaiki coach berulang alik ke London. Di London aku menumpang di rumah salah seorang junior mrsm seremban. Dia menyewa bilik di salah sebuah madrasah Pakistan di London.

 

Masuk tahun 3 – Umi dah habis degree maka kami pindah ke London pula. Masa tahun 3, anak kami yang ke dua dilahirkan. Diberi nama Ahmad Hazim. Lahir di Dudley Road Hospital, Birmingham. Lahir masa summer akhir pengajian Umi.

 

Di London kami menyewa rumah bersama dengan Akh Zaharudin. Ex Mrsm Seremban. Masa tu Umi menjadi house wife sepenuh masa sementara menunggu aku di tahun akhir. Kos hidup di London tinggi. Kami amat berjimat apabila berbelanja. Pak Cik Zaharudin masa tu belum ada anak lagi. Pantang pintu kami bukak aje Kawtsar akan menuju ke bilik pak cik zaha. Hazim masih bayi lagi.

 

Di London, aku gi kuliah naik tube. Memandangkan kampus kami berselerakan, jadi dari satu kuliah ke satu kuliah kena naik tube. Mahal gak harga naik tube ni. Kami barely survive dok kat London ni. Sebab tu bila habis ke exam, kami cepat-cepat balik Malaysia. Lagipun kami kena jimat simpan duit nak beli tiket kapalterbang untuk Hazim dan Kawtsar. Di UK kami dapat cupon susu. Negara berkebajikan. Cupon susu ni boleh di tukar kepada cash. Memandangkan kami tak berapa minum susu sangat, cupon ni kami tukar kepada cash dan simpan untuk beli tiket kapalterbang. Jadi tak perlulah kami minta duit dari parents kat Malaysia pulak.

 

Masa di London aku jadi Secretary General FOSIS., sebuah gabongan Islamic society. Macam2 jenis orang aku jumpa dalam FOSIS ni, macam kat UIA lebih kuranglah.

 

3 minggu lepas final exam, kami terus balik ke Malaysia. Tak tunggu result dah. Aku confident akan lulus. Duduk lama di London lagi banyak kos yang kena tanggung.

 

 

 

 

ajim masa kecik

ajim masa kecik

Posted in Memoir Hidup Ku | 5 Comments »

Paradoxes of our time

Posted by ainolazhar on November 12, 2008

 Received from a friend- worth ponderingparadox-of-time011

 

Today we have bigger houses

but smaller families.

More conveniences, but less time.

 

We have more degrees,
but less common sense.

More knowledge, but less judgment

 

We have more experts, but more problems.

More medicine, but less wellness

 

We spend too recklessly;

Laugh too little,

Drive too fast,

Get too angry too quickly,

Stay up too late,

Read too little,

Watch TV too much,

And pray too seldom!

 

We’ve multiplied our possessions,
but reduced our values.

 

We talk too much, love too little,
and lie too often.

 

We’ve learned how to make a living,
but not a life.

We’ve added years to life, not life to years

 

We have taller buildings,
but shorter tempers;

Wider freeways, but narrower viewpoints.

 

We spend more, but have less.

We buy more, but enjoy it less.

 

We’ve been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet our neighbors.

 

We’ve conquered outer space,

But not inner space.

 

We’ve split the atom,

But not our prejudice.

We write more, learn less; plan more, but accomplish less.

     We’ve learned to rush, but not to wait.

        We have higher incomes, but lower morals.

 

We build more computers
to hold more information,
to produce more copies,

But have less communications.

 

We are long on quantity,

But short on quality.

 

These are the times of
fast foods and slow digestion;

Tall men and short characters

 

More leisure and less fun;

   More kinds of foods, but less nutrition.

     Two incomes, but more divorces.

       Fancier houses, but broken homes

 

Life is a chain of moments of enjoyment,
not only about survival.

Use your crystal goblets. Don’t save your best perfume, use it every time you feel you want it

 

Remove from your vocabulary phrases like
“one of these days“ and “someday”.

Write that letter you’ve thought about writing.

 

Tell your family and friends how much you love them.

Don’t delay anything that adds laughter and joy to your life.

 

Every day, every hour, and every minute is special.

You don’t know if it will be your last.

 

If you’re too busy to take the time to send this message to someone you love and you tell yourself you will send it “one of these days”,

Believe me,

“one of these days”,

You won’t be here to send it!

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Warkah Sayu – Ayah Tua

Posted by ainolazhar on November 10, 2008

 

Hari ini ku menerima email dari yahoogroups yg aku sertai. Aku rasa elok ku paparkan di blog ku ini sebagai peringatan buat kalian semua. Color font penulisan original adalah biru, selain biru adalah penulisan lain. Aku memang memilih penulisan2  utk di muatkan ke dalam blog ini. Moga-moga kalian mendapat manafaat dan pengajaran dari kisah di bawah ini. Tanpa sebarang editing.

[ gambar-gambar yang dimuatkan tiada kena mengena dengan penulisan ini. hanya imiginasi bloger shj ]

 

 

WARKAH  SAYU “   AYAH TUA    ‘’

       Surat Ini ditulis oleh seorang bapa yang menamakan dirinya sebagai “ Ayah Tua” saja bagi menyatakan perasaannya yang selama ini terpendam jauh di sudut hatinya.Menurut beliau,bukanlah tujuannya untuk memohon simpati dari sesiapa atau merayu kepada anak-anaknya yang pada masa ini sudah hidup aman bahagia di samping keluarga masing-masing… .. Beliau merasa sangat bersyukur keran telah memberikannya kesempatan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa bagi membesarkan anak-anaknya dengan cukup sempurna sehingga masing-masing boleh berdikari dan dapat hidup sebagai manusia sejati.Tujuan beliau menulis surat ini menurutnya hanya sekadar memenuhi masa terluang yang banyak terdapat di tempat beliau berada sekarang. Mari kita ikuti luahan rasa beliau sepenuhnya…..

 

 

  Anak-anakku,

    

Ayah Tua Sebagai Nelayan
Ayah Tua Sebagai Nelayan

 

Ayah sudah tua sekarang. Kesihatan ayah tidak lagi menentu. Adakalanya ayah merasa tidak berselera hendak makan,pening kepala atau seram sejuk seluruh tubuh..Tenaga yang ada pada ayah sudah terlalu merosot sehingga kadang-kadang ayah hanya mampu menarik kain selimut saja untuk menutup tubuh ayah yang kering ini dengan tulang serangka yang kelihatan. Ayah bersyukur berada disini kerana beberapa sebab

 

Pertama ayah merasa amat di hargai kerana ayah dilayan sebagai manusia yang mempunyai perasaan seperti orang lain. Bukan saja makanan dan pakaian ayah diambil tahu dengan cukup sempurna,malah mereka juga selalu bertanya sama ada ayah sudah mandi atau pun belum.Mereka cukup mengambil berat jika ayah mendapat sakit walaupun sedikit.Kedua, di tempat ini ayah tidak pernah merasa kesunyian lagi. Ramai orang yang siap sedia berkongsi pengalaman dan mengenang kembali nostalgia yang pernah kami masing-masing lalui ketika muda-muda dulu. Sambil menonton TV,kami sering berbual mesra dengan hilai ketawa yang berpanjangan. Ayah bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati kamu berdua menghantarkan ayah ke sini.

 

 

Tindakan kamu membuat keputusan begini sungguh ayah kagumi dan tidak pernah terlintas langsung dalam pemikiran ayah sebelum ini. Ayah harap dengan tindakan kamu ini memudah dan menyenangkan kehidupan kamu berdua untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dengan cucu-cucu ayah yang disayangi. warga-emasKamu berdua tidak perlu lagi mengambil tahu hal ayah disini kerana apa yang ayah kehendaki semuanya sudah disediakan dengan lengkap. Gunakanlah wang yang kamu dapati hasil titik peluh kamu sendiri itu untuk membiayai isteri dan anak-anak kamu supaya mereka dapat  hidup sempurna sebagaimana yang pernah ayah lakukan terhadap kamu berdua. Ayah merasa cukup senang bila mengetahui kamu berdua sudah mempunyai rumah sendiri, berpendapatan tetap dan sudah pun mempunyai isteri setia disamping kamu berserta anak-anak ( Yakni cucu ayah ) yang sedang membesar setiap hari.

    

Anak-anakku,

    Ayah menulis surat ini bukan tujuan untuk mengungkitkan kembali apa yang telah ayah lakukan terhadap kamu berdua semasa kecil dulu. Ayah anggap itu semua adalah tanggungjawab ayah sebagi seorang bapa terhadap anak-anaknya. Biarlah ayah mengenangkan kembali detik-detik susah payah ayah menyara hidup kamu berdua bekerja sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada lautan.

 

 

 

pantai2Pada masa itu kebanyakkan masa ayah habiskan di tengah-tengah lautan luas dengan panas terik di waktu siang dan sejuk menggigil di waktu malam. Ayah tidak hiraukan itu semua kerana ayah sentiasa memikirkan kamu berdua dan ibumu yang sentiasa menunggu kepulangan ayah membawa hasil tangkapan.Adakalany a ayah pulang dengan riang gembira kerana memperolehi hasil yang agak lumayan,tetapi biasanya ayah hanya pualng dengan hampa sehingga kadang-kadang tangan kosong saja. Ayah merasa sungguh gembira bila Berjaya menghantar kamu berdua ke sekolah. Ayah berazam di dalam hati akan terus berusaha membiayai persekolahan kamu sehingga kamu berdua mendapat kejayaan cermerlang. Alhamdul illah nampaknya usaha jerih payah ayah itu tidak sia-sia kerana walaupun ada kalanya ayah terpaksa berhutang,namun kamu berdua akhirnya berjaya juga menghabiskan persekolahan walaupun tidak setinggi mana.

 

 

 Ayah dan ibumu kadang-kadang terpaksa memerah otak untuk mendapatkan wang apabila kamu berdua memerlukannya untuk membeli buku-buku atau pun membayar yuran sekolah. Ada kalanya kami terpaksa berhutang dengan jiran-jiran atau mengambil wang pendahuluan dari peraih dengan janji-janji bahawa hutang itu akan dipotong apabila ayah berjaya membawa pulang ikan dari laut nanti.Walaupun sering kali hasil tangkapan ayah tidak berjaya melunaskan hutang tersebut, namun ayah tidak pernah gelabah atau merasa kesal. Sebaliknya ayah merasa cukup terhibur apabila melihat kamu berdua pulang dari sekolah.Ibumu siap sedia dengan hidangan yang termampu dan kita berempat sentiasa menghadapi makanan penuh rasa gembira dengan hilai ketawa yang tidak berhenti. Itulah kebahagiaan ayah. Itulah kesenangan ayah dan itulah juga harapan ayah. Ayah merasa kebahagiaan sudah dapat dicapai apabila anak-anak ayah dapat menikmati hidup dengan sempurna dan dapat pula merasa sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain walaupun tidak cukup sempurna.

 

 rumah-usangKamu berdua tentu tidak pernah tahu bahawa setiap malam apabila masuk tidur,kami selalu menghabiskan sebahagian malam dengan berbincang dari mana kami hendak mendapatkan wang bukan saja untuk keperluan makanan,pakaian, atau lain-lain perbelanjaan rumah,malah kami juga tidak pernah lupa membincangkan keperluan persekolahan kamu. Pernah beberapa malam kami tidak tidur walaupun sedetik kerana mengalami jalan buntu dari mana hendak mendapatkan wang.Ibumu tidak ada walau seurat ‘’ janggut udang’’ sekali pun barang kemas untuk digadai dan ayah pula tidak berani lagi hendak mengorek lubang baru berhutang kerana banyak lubang lama masih belum ditimbus lagi !

 

    Esoknya ayah turun ke laut dengan harapan tinggi menggunung semoga Allah memberikan rezeki yang mencukupi bagi menghadapi kebuntuan yang sering kali melanda kehidupan kita. Ada kalanya ayah berjaya , tetapi seringkali pula ayah pulang dengan hampa. Sejak kamu berdua bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, ayah dan ibumu merasa  sungguh bersyukur kepada Allah. Walaupun kamu tidak pernah  menghulurkan wang walau sedikit pun kepada kami,tetapi ayah tidak pernah merasa kesal  dan meminta.

 

 Ayah tidak mengharapkan itu semua kerana ayah percaya tugas ayah sebagai bapa telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Apa lagi kebahagiaan seorang ayah dan ibu selain daripada melihat anak-anak mereka berjaya ? Kamu berdua kemudiannya selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing dan sejak itu ayah dan ibumu sentiasa berdoa kepada Allah agar rumahtangga kamu berdua akan mendapat kebahagiaan sejati.Apabila ibumu meninggal dunia tidak lama selepas itu ayah merasa dunia ini gelap gelita kerana orang yang selama ini menjadi teman setia ayah yang sedia bersusah payah bersama ayah telah pergi dulu meninggalkan ayah terkapai-kapai seorang diri.  Ayah merasa orang yang menjadi “ Belahan Hati” ayah telah hilang lenyap secara tiba-tiba. Ayah meras terlalu kesunyian dan menganggap tidak guna lagi ayah hidup dalam keadaan begini.Walaubagaima na pun hati ayah terhibur juga apabila mengenangkan bahawa ayah masih lagi mempunyai dua orang anak lelaki yang kini sudah pun mempunyai keluarga sendiri.

 

Ayah tidak pernah mengharapkan budi ayah itu dibalas dan ayah tidak bergantung harap kepada kamu berdua untuk menanggung ayah pula kerana itu semua bukan tujuan setiap ibubapa yang membesarkan anak-anak mereka. Sungguhpun ayah tinggal seorang diri saja tanpa ibumu di rumah kita yang nampaknya semakin using,namun ayah tidak pernah merasa bimbang. Apabila kamu berdua jarang-jarang sekali pualng kerumah melihat ayah yang keseorangan ini,ayah tetap berpendapat bahawa kamu berdua mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak ada masa terluang untuk mengunjungi ayah. Oleh itu apabila ayah mendapat sakit,sekali sekala ayah hanya menanggungnya sendiri secara susah payah.

 

 

warag-emas-3Ternyata sejak ibumu sudah tiada, kesihatan ayah semakin merosot sekali dan tidak berdaya lagi untuk ayah turun ke laut seperti biasa. Oleh itu,ada kalanya ayah mengambil keputusan berpuasa saja apabila mendapati tidak ada lagi barang-barang yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan. Ayah tidak pernah menceritakan ini semua kepada kamu kerana ayah tidak  mahu kamu berdua bersusah hati dan menjadi satu bebanan pula. Apabila pada suatu hari kira-kira 3 bulan yang lalu tiba-tiba Lan ( anak sulung ) pulang ke rumah ayah dengan sebuah kereta,ayah merasa cukup gembira kerana sudah hampir satu tahun kamu berdua tidak pulang melihat ayah. Lan dengan ringkas menyuruh ayah siap berkemas dengan apa-apa yang perlu kerana katanya ayah akan dibawa berpindah ke tempat lain.

 

 

Hati ayah melonjak kegembiraan kerana percaya ayah akan dibawa tinggal bersama dengan cucu-cucu ayah yang disayangi. Tapi apakah yang sebenarnya berlaku ? Ayah dibawa ke suatu tempat yang pada pintu gerbangwargamasyang bertulis “ RUMAH KENANGAN WARGA EMAS” . Walaupun ayah tidak pernah menduga perkara begini akan berlaku pada diri ayah, namun akhirnya ayah percaya sepenuhnya pada takdir Allah. Mungkin nasib ayah sudah tersurat bahawa ayah akan menghabiskan penghujung hayat ayah di rumah ini jauh dari anak cucu yang dikasihi.

 

 Anak-anakku Lan dan Li ,

     Ayah berterima kasih banyak-banyak kerana kamu berdua telah mengambil keputusan menghantar ayah ke rumah ini. Dengan tindakan begini ayah percaya tentu masaalah kamu berdua akan dapat diselesaikan dengan baik.Kamu tidak perlu lagi mengambil tahu urusan ayah dan ianya tidak lagi menjadi beban yang kamu tanggung. Ayah doakan supaya kamu dapat memelihara anak-anak kamu dengan baik dan berharap mereka pula nanti tidak akan berbuat begini kepada kamu. Ayah akhiri surat ini dengan kata-kata yang pernah ayah dengar dari seorang kawan :-

 

     “ SEORANG IBU ATAU AYAH AKAN MENJAGA 10 ORANG ANAKNYA DENGAN SEMPURNA : TETAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU AKAN DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KEPADA SEORANG AYAH ATAU IBUNYA …………..” .

 

 

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

ANACDOTES: Pesanan Teman

Posted by ainolazhar on November 9, 2008

7 bulan lalu 

 

Aku dalam perjalanan balik ke rumah selepas selesai solat subuh berjemaah di surau. Seperti biasa ada sahaja perkara yang sempat dibualkan. Aku hanya dengan Ust K shj.

 

Aku    : Uts, apa khabar?

Ust K  : Baik.

              Sheikh baru-baru ni ada budak lelaki datang nak minang anak ana yang  sulung.

Aku     : Abih, ust terima tak.?

Ust K  : Terima, budak tu kerja …. Bla bla… ( sambil menceritakan serba sedikit latar

             belakang bakal menantunya.

Aku     : Budak lelaki tu orang mana Ust?

Ust K   : Orang Taiping.

Aku     : Apa ust cakap pada budak lelaki tu lagi

Ust K   : Nak kahwin dengan anak ku boleh tapi dengan satu syarat.

Aku      : Apa syaratnya ustaz.

Ust K   : Hang kalu dah kawin dengan anak aku, bila hang dah tak suka kat dia, hang  

               jangan  tampak, pukul dia. Hang pulangkan balik kat aku baik-baik macam bila  

                hang  ambik dia dari aku. Aku selama kahwin dengan mak dia,  aku tak  

                pernah pukul mak yang mengandungkannya. Jentik pun tak pernah, apa lagi pukul.                              

               Tegas Ust K lagi.

Aku        : Huh mantap nasihat ust K ni.

 

Inilah juga nasihat ku kepada semua anak2 ku yang bakal mendirikan rumah tangga.

 

Beberapa bulan kemudian.

 

Ust K   : Sheikh, semalam budak lelaki dengan pak dan maknya datang meminang anak ana.

Aku      : Berapa lama tunangnya ust?

Ust K    : Ana tak mahu depa bertunang. Ana suruh mari sebulan lagi, terus akad nikah. Ana ni ust, budak lelaki    tu dok bawak anak ana balik dari KL. Nanti apa orang kg ni cakap pulak.

Aku      : Abih, pak dan mak budak tu setuju ke ust?

Ust K   : Depa terperanjat. Lepas makan terus balik dan tak buat apa2 keputusan.

Aku      : Laa..

Ust K    : Ana cakap baik2 pada budak lelaki tu, kita akad dulu, hujung tahun baru kenduri.

 

( Alhamdulillah Ust K ni faham keadaan masyarakat dan jiwa anak2 muda. Eloklah disatukan terus )

 

Dua Minggu Lepas.

 

Aku menjadi penyambut tetamu bagi majlis kenduri anak Ust K yang telah selamat di ijab kabulkan beberapa bulan yang lepas. Aku siap dengan baju melayu satu suit dan bersamping.

 

Itulah mudah kalu semua orang faham.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

11. Bahtera Perkahwinan – Antara pengharapan dan realiti

Posted by ainolazhar on November 9, 2008

 

 

Bila kita ingin mendirikan perkahwinan sudah tentulah masing-masing diri lelaki mahupun perempuan punya expectation dan pengharapan tersendiri. Sudah tentunya ada ‘mental picture’ how my family will ‘look like’. Off course semuanya mendambakan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Realitinya tak semudah itu.- Sedangkan lidah lagi tergigit , Inikan pula rumahtangga. Pantai mana yang tak dipukul ombak. Bila kapal di pukul ombak, maka atas kebijaksanaan nakhoda kapallah mengemudi kapal agar tak karam dan selamat sampai ke destinasi.

 

Antara unsur-unsur penting dalam menentukan kebahagian rumah tangga ini adalah – expectation & reality.

 

Bila kita melangkah ke alam dunia rumahtangga, ianya adalah dunia nyata, bukan dunia lamunan dan khayalan seperti semasa fasa bercinta bagi yang bercinta. Masa bercinta semua nya indah. Bila dah bersama : reality akan mencengkam. Perut tak akan kenyang dengan lafas-lafas cinta sahaja. Tepatlah apa yang dilafazkan oleh Nash : “Dunia tak seindah yang kita sangkakan”

 

 

Teman mempunyai seorang teman yang rumah tangganya hanya mampu bertahan kurang setahun. Teman di maklumkan adalah antaranya kerana expectation isteri kepada suami terlalu tinggi. Akhawat ini mahukan seorang suami antaranya : yang bangun tahajjud setiap malam. Apabila ianya tidak berlaku seperti yang diharapkan, akhawat ini merasakan seolah-olah dirinya tertipu. ( arranged marriage ). Lepas balik Malaysia teman pun tak tahu apa yang berlaku kepada kedua insan tersebut. Mungkin ada sebab-sebab lain lagi, tapi ini adalah antara sebab utama yang dimaklumkan kepada teman. 

 

Biasanya kalau keluarga ibu bapanya sebuah keluarga yang harmoni sudah tentu anak-anaknya akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai model rumah tangga yg ingin di bina. Begitulah sebaliknya. Anak-anak yang bermasalah moral dan pelajarannya selalunya lahir dari keluarga yang juga bermasalah. Puncanya bermula di sini.

 

Realitinya tidak semudah itu. Apa pun ianya banyak bergantung kepada diri kita sendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.  Kalu kita mahukan isteri kita menyediakan segala-galanya dari hujung rambut sampai kaki dan rumah sentiasa kemas dan bersih, kita perlulah dari awal lagi mencari bakal isteri yang tidak bekerjaya. Macam Pak Ngah. He has set from the beginning what he wanted from his wife.

 

Zaman telah berubah. Kebanyakan wanita hari ini bekerjaya. Tak seperti orang-orang dahulu dimana peranan mencari nafkah hanya pada sang suami shj. Jadi sudah tentulah sang isteri boleh menguruskan rumah tangga dan kehendak suami sepenuhnya. Sekarang mungkin kena banyak makan di luar atau beli lauk shj sebagai hidangan malam. Kalu isteri bertugas tidak mengikut norma 8-5, maka sudah tentu keadaan akan banyak berbeza.

 

Adalah sesuatu yang sukar layanan sepenuhnya jika isteri kita bekerjaya. Banyak tolak ansur dan sikap faham memahami perlu ada. Apatah lagi orang perempuan ni komited dengan kerja dan kadang-kadang membawa balik kerja pejabat di rumah. Apa pun suami perlu sifat memahami dan bertolak ansur. Realitinya lelaki ini ada egonya. Itulah sifat lelaki. Jadi how to strike the balance?

 

Bila sudah ada anak, tentunya layanan kepada suami akan terpaksa dibahagikan. Ini satu bab lagi yang akan teman ceritakan di kesempatan lain.

 

Bersambung…………………

 

 

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 2 Comments »

10. KAHWIN

Posted by ainolazhar on November 2, 2008

[ aku tahu ramai yang suka cerita bab cinta dan kahwin ni, maka aku detailkan sikit perjalanan perkahwinan kami. moga ada manafaatnya buat kalian. Hari ni aku tengok stat pengunjung blog ni dah menjangkau 1000 lebih, mungkin dari orang yang sama, apa pun ia tetap memberi semangat bagi diri ini untuk terus mengetuk kekunci komputer riba ini, bila ada masa terluang. ]

doas1Setelah aku mengerjakan solat istiharah meminta petunjuk dari llahi aku menyerahkan urusan selanjutnya kepada Allah swt.

 

“Ya Allah, jika perkahwinan aku ini baik bagi diri ku dan agama ku, maka permudahkanlah dan jika sebaliknya maka gagalkanlah”  Itulah doa kudus dan ikhlas dari hati ku. Mengharapkan sepenuhnya kepada ketentuan Illahi.

 

Aku menyerahkaan terus kepada urusan Allah swt. Aku cukup bertawakal dan berserah sahaja kepada Allah. Masa depan, hanya Allah shj yg maha mengetahui. Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang akan menentukannya.

 

 

Bakal isteriku menyatakan kalu nak kahwin kena di Malaysia. Aku tidak kisah. Menurut khabarnya bapa mertuaku hampir terjatuh dari motosikalnya apabila mengetahui  hajatnya. Apa pun mengikut abang longnya tunggulah adiknya balik bagi mendapat penjelasan lanjut.

 

Aku memang wajib balik ke Malaysia bagi menghadiri proses reorientasi pelajar oleh BTN. Setiap pelajar tahun 1, wajib balik. Tiket MARA sponsor. Kalu guna duit sendiri manalah ada duit. Aku ni kan kuat mengembara. Pantang ada cuti dan hujung minggu.

 

Bagi meredakan keadaan aku, bang dak dan kak lang beserta bang lang telah bertolak ke Ipoh, bertemu dengan bakal mertua ku. Ya bakal isteriku ini Ipoh mali. Wau. Orang Cina suka Ipoh mali. Waktu itu tiada highway. Perjalanan dari KL ke Ipoh mengambil masa selama hampir 6 jam. Demi satu cita-cita kami tetap tabah mengharungi jalan lama menuju ke Ipoh.

 

Memandangkan anak-anak buah aku dalam kelaparan, maka kami singgah makan tengah hari di restoran Simpang Pulai. La ni restaurant tu dah tutup dan bertukar menjadi kedai runcit. Mungkin sebab high way dah ada, jalan lama kurang digunakan.

 

Setibanya di Ipoh, rumah bakal mertua aku ini rumah teres dua tingkat medium cost. Kami disambut oleh adik beradik bakal isteriku dan bapa saudaranya. Teruk gak aku kena grill oleh abang2 nya. Aku tak kisah. Berpeluh gak lah. Imagine masa tu umur baru 20 tahun ++. Masih mentah. Aku tabahkan hati dan terus menjawab dengan confident sekali. Segala ilmu yang dipelajari masa usrah terus ku gunakan. Kalu jodoh ku kuat tak ke mana.

 

Dipendekkan cerita, tarikh akad pun ditentukan. Yang masih aku ingat 13 hari selepas aku habis menghadiri reorientasi BTN. 21st Agust 1983.

 

 

“Aku terima nikahnya Fauziah bt Mohd Ali dengan mas kahwin RM105.00 tunai” lafas ku lancar. Tanpa gagap dan confident. Berkat.

 

“Sah?” tanya tuan kadhi.

 

“Sah” jawab ke dua-dua saksi. Saksi2 ni sporting pulak. Kalu tak sporting pun tak apa. Aku dah jawab dengan jelas dan confident. Inilah hasil terbiyah yang aku perolehi dari UK.

 

Tangan di tadah, doa dipohon, lafaz taklik pun dibacakan. Selesailah majlis akad nikah ku dengan lancar dan mudah sekali. Itulah doa dan harapan ku.

 

Aku ditemani sekali lagi oleh Bang Dak, Kak Lang dan keluarga. Rasanya dalam 2 buah kereta sahaja. Simple ceremony. That’s great.

 

Sah, aku menjadi seorang suami. Berakhirlah zaman bujangku. Bertambahlah tanggungjawab ku. Maka bermulah cinta dan taaruf ku dengan isteri ku. Dari awal lagi sebagai suami, kita perlu punyai ‘mental preparedness” bahawa aku adalah nakhota kapal layar ini. Segala-galanya bergantung kepada aku sebagai kemudinya dan isteriku sebagai pembantu nakhoda.

 

Memahami hati seorang perempuan bukanlah semudah yang ku sangkakan. Banyak adjustment and realignment yang perlu buat. Mencari titik-titik persamaan dan noktah-noktah kesesuaian. Benarlah hadis nabi : Wanita itu di ciptakan dari rusuk tulang lelaki” kalu terlalu kuat ia akan patah kalu lembut ia akan bengkok. Di sinilah memerlukan kesabaran dan ketabahan. Awalnya telah ku katakan bahawa : ego seseorang lelaki akan mengatakan ia mampu handle any type of women. Aku pun begitu yakin sebelum kahwin lagi, will be able to handle. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan.

 

 

Advantagenya bila dok luar negeri, no third party intervention. Apa pun kami kena tempuh dan rempuh sendiri. Keputusan kena buat sendiri. Risiko kena tanggung sendiri. Semuanya sendiri. Keluarga jauh.

 

Mengenali pasangan kita akan memerlukan masa. Ada pasangan mungkin cepat dan ada orang mungkin mengambil masa yang lama. Apapun hidup berumah tangga ni perlu toleransi dan pengorbanan. Bila seorang cakap, seorang lagi kena dengar. Kalu dua-dua cakap, sapa nak dengar. Then again sekufu play an important factor here. Level of thinking must be relatively same level, so that a two way communication can take place. If not monolog. Sebagai suami aku juga mengiktiraf tahap intelektual pasangan kita. Kadang-kadang ada sudut2 yang kita sebagai lelaki tak nampak. Orang pompuan ni kadang2 instusi nya bagus.

 

Yes, communication play a very important role in holding the marriage.  Cultivate a lot of communication among the family members. Jangan pendam rasa dan perasaan.

 

Satu perkara yang penting adalah mengiktiraf kekuatan dan kelemahan pasangan kita. We are not perfect. Nobody is perfect either. We need to complement each other. Kalu nak ikut kelemahan memang banyak, asuhlah kekuatan yang ada pada pasangan kita dan perbaiki kelemahan. Ini adalah salah satu proses yang amat penting dalam mencari keserasian dalam berumah tangga.

 

Banyak lagi petua-petua yang penting yang ingin ku bicarakan, insyAllah selepas habis tajuk memoir hidup ku, akan aku tulis petua dan rahsia keharmornian rukun damai rumah tangga melalui pemerhatian dan pengalaman yang ku lalui selama 25 tahun melayari bahtera perkahwinan ini.

 

 

Dua minggu selepas kami berkahwin, isteriku terpaksa balik ke UK dulu bagi menyelesaikan kursus yang diambilnya. Isteriku ingin bertukar kursus dari QS kepada town planning.

 

Aku tidak balik sekali sebab perlu menyelesaikan beberapa urusan dengan MARA. Aku hanya menghantar isteriku ke Subang Airport. Masa tu KLIA tak ada lagi.

 

Aku kembali semula ke UK, selepas 2 minggu kemudian. Buat permulaannya kami menyewa serumah dengan bro Azam. Kami di atas, Bro Azam di tingkat bawah. Bro Azam dah final year. Itu memang menjadi lumrah bagi pelajar2 di UK, yang berkeluarga undergraduate kongsi rumah.

 

Alhamdulillah isteriku berjaya menukar kursus dan aku meneruskan pengajian dalam Stage IIA – Profesional Course ACCA – Accountancy. Kedua-dua kami meneruskan pengajian di Birmingham City University.

 

 

to be continued….

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 10 Comments »

WFE 4080

Posted by ainolazhar on November 1, 2008

 

21 Oktober 2008 Selasa.

 

Aku dalam minit2 terakhir pengajian bahasa Arab. HP ku berbunyi. Terpapar nama Iman 2. Eventhough my hp in silence mode, I always look at the screen.

 

“ Ayah kat mana? tanya Iman

 

“ Dlm kelas bahasa Arab” jawab teman ringkas

 

“Kereta rosak”

 

“Kat mana” tanya teman

 

“Jln Kuala Kangsar, dekat AK Restaurant”  jawab Iman

 

‘Tunggu, nanti ayah dtg” jawab teman ringkas

 

Seusai kelas, aku bergegas ke jalan KK. Iman ada exam 12tgh. Jam sekarang 10.30.

 

Dalam perjalanan teman menalipon lagi. Iman menyerahkan kepada seorang Pak Cik yg datang membantu.

 

“Air dah kering bang. Abang nak saya tarik ke?.”

 

Sah, tow truck man.

 

“Tunggu saya datang.On the way”.

 

Setibanya di AK Restaurant, brother tow truck sedang mengisikan air dalam water cooler. Setelah bersalaman dengannya, aku pun melihat kereta WFE4080.

Air mengalir ke bawah. Bocor.

 

“Tak pa,saya ada foreman Hj Khalid kat bawah sana, sambil menuding ke arah kanan jalan. Dekat je”  Alhamdulillah dekat dengan bengkel ahli qariah surau ku. Senang berurusan.

 

“Abg talipon lah dia.” Pinta tow truck man tersebut.

 

Teman pun terus mendail Hj Khalid foreman kereta yang satu kariah.

 

“Saya kat bank, sat lagi sy datang” ujur Hj Khalid.

 

Sementara menunggu kehadiran Hj Khalid, aku mengajak tow truck man minum.

 

“Jom kita minum dulu. Kedai mamak sebelah je.”

 

Iman dan rakan2nya dah selamat bertolak dengan kereta lain.

 

Setelah memesan dua gelas tea o ais.Teman pun memulakan perbualan dengan tow truck man.

 

Dia menghulurkan kad businessnya : Mohd Nasir. Aku mengambilnya dan menyimpan dalam dompet ku. Manalah tahu lain kali mungkin aku memerlukan khidmatnya.

 

“Dah lama ke bawa tow truck” tanya ku.

 

“Dah 15thn bang.”

 

“Sendiri punya tow truck ke?” tanya ku lagi.

 

“Bayar bulan2 dengan towkey. Bila hantar kereta , akan tolak kos bulanan”.

 

“Banyak ke dapat kereta rosak.” Aku bertanya lagi.

 

“Adalah lah bang. Biasanya paling kurang sebuah sehari”.

 

Belum sempat Hj Khalid datang, hp Nasir berbunyi.

 

“ Kat mana?, okey aku datang” jawab Nasir.

 

“Bang, sy kena pergi dulu. Ada kereta kawan nak mintak tarik. Rosak. Nanti kalu abang perlu tarik kereta, call saya” pesan Nasir.

 

“Ok, no problem”. Jawab ku

 

Nasir terus meninggalkan teh o ais yang baru setengah di minumnya. Itulah rezekinya buat hari ini.

 

Nampaknya En Nasir ni dalam golongan yang agak baik jugak orangnya. Biasanya pandangan orang ramai pada mat2 tow truck ini, asalkan rosak nak tarik aje. Kalu ia ikhlas ingin membantu tentunya banyak pahala yang bakal diperolehi, tapi kalu ia mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa manusia maka Tuhan sahaja yang tahu balasannya. Terfikir di benak ku : ada juga orang yang mencari rezeki di atas “musibah” orang lain.

 

Teman terus menghabiskan baki teh o ais aku sambil menunggu kehadiran foreman hj Khalid.

 

Posted in Kehidupan | 2 Comments »