Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for December, 2008

Ajim & Cuti Semeter

Posted by ainolazhar on December 21, 2008

21.Dec.2008

 

 

Pagi 11pagi. Aku sedang mengikuti satu perbincangan.HP aku dalam silent mode. Sesekali aku melihat paparan skrin hpku bagi melihat kalu ada-ada sms atau missed call yang masuk.

 

 

Ajim: Salam.. ajim da odw ke uia ni… br lps g0peng

 

Ajim yang baru habis bercuti sempat bersalaman paginya sebelum aku menuju ke perjumpaan pagi tu. Sempat membereskan segala ‘bayaran’ gaji sebelum aku bertolak.

 

Selamat. Keep in contact. Miss u as my good worker.take care.

 

Selama cuti kali ni Ajim sempat menghabiskan masa cutinya membantu aku menguruskan bit and pieces of my job. Alhamd, banyak juga yang dapat dibereskan.

 

Mula dengan projek pendawaian khemah di Medan Gopeng – almost one week. Then menjadi pembantu tourist guide di Sarawak. Lepas tu membantu dalam mengemaskan pejabat sebelum berpindah ke pejabat baru. Membantu mengangkat barang dan memandu lori bawa barang2 pindah ke pejabat baru.

 

Lepas tu bantu membungkus wired hose yang nak di export ke Singapore – 1 hari suntuk.

 

Lastly membantu mengecat pintu grill di kedua aras. Kerja agak cermat dan bersih. Tak tahulah mana dia dapat skill ni. We spent a lot of time together hence enhanced the bonding. Tak seperti cuti-cuti yg lalu, Ajim banyak menghabiskan masanya ‘mengua’ di atas katil. Kali ni, almost every morning must wake him up to have breakfast together b4 heading to work.

 

Sempat juga kami ke Hospital Taiping menghantar barang bersama-sama dan lepas tu kami perkena Kuewtow Taiping.

 

Ajim: Hu Hu nanti da grad xleh keje ng ayah da…cherish each time I spent dis h0liday:)

 

Yeh, cari pengalaman tempat lain, then we team up to form manufacturing company.

 

Dalam masa spending together ni banyak juga yang sempat kami bincangkan. Aku amat menggalakkannya supaya be independent, enterprising dan tidak bergantung pada orang lain. Cerita pengasas computer ACER yang ditontonya juga memberi input yang agak mendalam dalam dirinya. We must start something from now for the coming gen. Kalu kita tak mulakan, bila lagi dan siapa yang akan memulakannya. InsyaAllah I will be there to t guide and give all the necessary support to make it a success.

 

Mencari pengalaman ini penting dalam rangka membina network and connection. But not too long. If not you will be comfortable dan tak nak move out. By the time you want to start something, it may be too late already. Semakin umur meningkat, semangat ada tapi kudrat dah berkurangan, penyakit pun mula mendatang.

 

Ajim: InsyaAllah… dats d plan.. amin

 

Amin. Take care

 

Beberapa jam kemudian:

 

Ajim: Dah spai.Alhmd.

 

Aku : Alhamd. Kami baru balik dari kenduri

 

Hari ni mengahadiri kenduri anak sulung Dr Fadil. Tugasku dari 2-3pm – menjadi penyambut tetamu.

 

 

"part time tourist guide"

"part time tourist guide"

Posted in Uncategorized | 6 Comments »

13. KEMBALI KE TANAH AIR

Posted by ainolazhar on December 12, 2008

( Aku sambung balik Memoir Kehidupan setelah sekian lama terberhenti. Ini pun curi2 masa. Esok nak ke KBM Belia, bertolak lepas subuh. Ahad ada perjumpaan lagi. Itulah kehidupan )

 

August 1987 – Kami mendarat di lapangan terbang subang. Masa tu KLIA tak ada lagi. Bapa dan mak mertuku telah menunggu di airport bersama dengan B Dak. Kawtsar dah boleh berjalan, Hazim baru boleh merangkak. Aku kendong guna kangaroo beg.

 

Kami tiba dalam pukul lapan malam. Sebelum bertolak ke Ipoh, kami makan malam di rumah B Dak d Kg Baru. Lepas makan malam kami bertolak balik ke Ipoh. Pak Cik Hassan bawa van abg ain. Sesat gak di KL. Tiba di Ipoh dalam 3 pagi. Masa tu mana ada highway. Ikut jalan lama.

 

Aku hanya bercuti selama 2 minggu sahaja sebelum memulakan kerjaya ku. Mana boleh cuti lama-lama. Tak kan nak makan free pulak kat rumah mak mertua ku. Lepas dua minggu aku pun kontak kawan2 kalu ada kerja2 di kl. Alhamduillah, ada kerja kosong yang sedia menanti kepulangan ku di Pustaka Salam. Pengurusnya Nik Rashidi nak berhenti sebab nak sambung studi ke USA pulak.

 

Aku menaiki bus ke Pudu raya. Di Pudu aku di jemput oleh staff Johari. Lepas tu gi rumah johari di keramat dan bertemu dengan Pak Abu. Pak Abu baru balik dari mengerjakan haji. Masih batuk2 dan tak boleh nak keluar suara. Untuk sementara waktu aku menumpang di rumah bang dak  di kg  baru. Kawan2 mencari rumah untuk di sewa. Aku yg tak berapa biasa dengan suasana di Malaysia menyerahkan saja kepada mereka untuk mencari rumah yang sesuai untuk kami anak beranak.

 

Akhirnya rumah ditemui. Aku balik ke Ipoh dan membawa keluarga ku untuk memulakan kehidupan di bandaraya KL. Rumah kami sewa di kg cangkat Gombak. Rumah ni berkongsi dinding dengan budak2 bujang. Mereka membuka hi fi dengan kuat dari pagi sampai malam, akhirnya hujung bulan aku pun pindah ke sebuah rumah bersebelahan dengan rumah amin. Tu pun tak lama. Rumah ni dikelilingi dengan pokok2 buah2an ( dalam kebun )dan agak kurang selamat meninggalkan isteriku dan anak2 semasa aku pergi bekerja.

 

Beberapa bulan selepas itu kami pindah lagi ke taman ibu kota. Rumah teres dan agak lebih selesa. Cuma atapnya bocor dan bila hujan Hazim dan Kawstar akan berlari membawa bekas menadah air hujan. Lagi satu rumah ni airnya selalu tersumbat. Lama gak kami menyewa di sini, sehinggalah Iman lahir.

 

Jiran kami, Hasan seorang Indian convert. Dah kahwin dengan pompuan melayu. Dia suka melayan budak-budak ni. Hasan kerja sebagai mekanik, buka bengkel sendiri.

 

 

Masa itu Umi dah sambung dip ed di UM. Aku masih bekerja di Pustaka Salam lagi. Lepas tu kami pindah ke Danau Kota sebab tuan rumah nak bagi adik iparnya duduk pulak. Rumah di Danau kota ni kecik, jadi barang-barang kami simpan dalam kotak aje. Masa di Danau Kota, Hazim kena operation kat telinga dia. Aku tunggu di Hospital selama seminggu. Tutup liang telinga nya yang menanah. Aku ingatkan operationnya kejap aje, rupa-rupanya lame – dekat 4 jam.

 

Zatul Iman lahir di penghujung Umi habis dip ed. Ha,  tambah lagi seorang ahli keluarga kami. Iman ni kuat menangis sejak kecik lagi, Kata orang kampung kena sawan tangis. Teruk gak belanya masa kecik2 ni. Iman lahir di Klinik Arqam di taman  ( lupa pulak nama ) Biasanya dia akan mula menangis bila nak masuk waktu magrib. Jenuh jugak aku baca ayat qursi. Cuma tak azan je lagi. Malamnya umi sakit nak bersalin aku bawak2 Kawtsar dan Hazim naik kereta Datsun 120Y bersama-sama menunggu di dalam klinik.

 

Lepas Iman lahir, kami ambik pembantu rumah. Wan Cu – mak saudara umi. Akhirnya wan cu bertemu jodohnya dengan orang KL dan menetap di KL.

 

 

Duduk danau kota pun tak lama, less than six months. Then we moved to Keramat. Masa di Danau Kota, Hazim dan Kawstar dah mula sekolah rendah di al Amin Gombak.

 

Masa duduk di Keramat, belakang sekolah al Amin, Hazim dan Kawtsar gi sekolah jalan kaki aje. Iman duduk di nursery al Amin. Kami sewa di keramat sehinggalah hazim darjah empat.

 

Lepas tu Alhamdulillah ada rezeki, aku membeli rumah di Taman Melewar. Kawtsar, Hazim dan Iman pun pindah sekolah di AlAmin Gombak pulak.  Iman menjadi penghuni setia sekolah al Amin Gombak. Dari jam 7 pg hinggalah 7 mlm berada di sekolah. Kesian gak. Nak hantar nuseri dia tak mahu.  Letih nampaknya bila balik sekolah terus tidur. Tak sempat lagi naik atas. Ada cerita menarik Iman tidur kat bawah ni. Tak apalah tak yah ceritalah.

 

Hazim dan Kawtsar masa kecik2 suka gang up dan  buli Iman. Kadang2 Hazim flying kick adik dia. Tapi sekarang ni bila besor tak berani dah.

 

Posted in Memoir Hidup Ku | 5 Comments »

Tanah Runtuh, Qurban dan Jaulah Ke Sarawak

Posted by ainolazhar on December 10, 2008

Asm,

 

Dah lama  tak update blog ku ini. Mencari masa yang sesuai untuk datangnya mood menulis bukanlah mudah. Tambahan pula akhir tahun banyak yang perlu diselesaikan. Banyak pula peristiwa yang berlaku. Ini pun sempat menaip di bilik pejabat yang bakal ku tinggalkan. Aku dalam proses pindah ofis. Moga perpindahan yang tidak akan pindah lagi. Alhamdulillah Allah mempermurahkan rezeki beli bangunan sendiri jv dengan Ummi. TK umi kerana memberi kerjasama dan mengerti hidupku sebagai seorang usahawan.

 

Ni tengah tunggu kontraktor membuka aircon utk dipindahkan ke bangunan baru. Baru beli aje. Bangunan dah lama. Apa pun alhamdulillah.

 

Runtuhan Tanah B Antarabangsa.

 

Inilah akibat kerakusan manusia meneroka bukit yang menjadi pasak bumi. Akibatnya manusia kena tanggung sendiri. 4 maut, 3K orang terpaksa di pindahkan. Kawasan ini walaupun bertaraf international diistiharkan tidak selamat. Hujan terus turun. Diberitakan juga beberapa kawasan disekitar Lembah Kelang – Cheras mula mengalami kesan yang sama – keretakan rumah dan runtuhan tanah. Tuhan telah memberi amaran 12 tahun lalu melalui runtuhnya Highland Tower. Tapi manusia mudah lupa. Itulah manusia. Pembangunan terus berlalu dan berlaku tanpa batas dan kawalan.

 

Ramai juga kenalan yang menetap di bukat international ini – Akhi Zaid Q ( President JIM ), Azmi Khair ( sama-sama belajar di UK dulu ), Zahir Hassan ( senior di MRSM ), Sharom ( MD Pernec ), Hamidah ( sepupu teman ) dan lain-lain yang tidak sempat di tulis namanya di sini. Moga mereka semua selamat dan bersabar atas musibah yang menimpa.

Qurban

Alhamdulilah Qurban tahun ni aku buat di Indonesia ( melalalui K Long ) dan di Mindanoa. Aku merasakan mereka lebih memerlukan dari penduduk di Malaysia yang mati kerana kekenyangan, bukan mati kerana kebuluran spt di negara2 lain.

 

Aku spt biasa membantu penyelenggaraan kurban di surau. 6 ekor lembu selamat dikurbankan dan diagihkan bagi penduduk sekitar kg seri ampang ini. Yang sedihnya manusia tetap manusia. Walaupun tidak berebut daging tapi ciri-ciri tamak masih menguasai manusia. Bayangkan seperiuk besar sup tulang baru shj siap dimasak, iqamah pun dilaungkan. Aku terus naik ke surau untuk solat zuhur berjemaah. Selesai solat zuhur, takbir dan doa aku & ahli jemaah turun untuk merasa sup tulang. Apa yang tinggal ? Dalam sekelip masa – kuah sup hanya tinggal dalam 3-5 ” shj. Daging dan tulang – less than 10 ketul. MasyaAllah tengah kami solat jemaah boleh habis sup satu periuk besar. Siapa yang makan/ambil? Aku pun tak tahu dan tak pasti. Nasib baik cef ada tinggalkan dalam 2 bekas untuk ahli qariah yang solat zuhur.

 

Balik rumah, aku rebus tulang lembu yang aku dapat masa kurban tadi.

 

Hari raya kurban tahun ni sibuk dengan urusan menghantar mak lang ke hospital pantai putri. Operation. Kisah detailnya rujuk blog Iman.

 

 

Jaulah ke Sarawak.

 

Alhamdulllah kami bertiga sempat berjaulah selama 4hari 3 malam berjaulah di bumi kenyalang Sarawak.Ini kali ke dua aku ke Sarawak. Sepanjang kami di sana, Dedek kawan Ajim yang banyak membantu ( dlm kata lain – tourist guide )

 

Tibanya di lapangan terbang kucing, kami disambut oleh Dedek sekeluarga. Mak, Ayah dan abang dedek menjemput kami. Kami dbawa ke restaurant janggut untuk menikmati jamuan pagi – rojak special. Oleh kerana kami tidak familiar dengan hotel2 di Sarawak, maka mak Dedek bookan utk kami. Hotel yang dipunyai oleh orang Islam dan baru 4 bulan beroperasi. Hotel ini di kawasan orang Islam, dekat dengan masjid dan kawasan makan orang Islam. Dormani Hotel.

 

Dari segi pegangan agama Islam ummat di sini agak kurang jika dibandingkan dengan Semenanjung. Masih kurang yang bertudung. Masjid pun kurang dipenuhi dengan kuliah dan pengajaran.

 

Hotel tempat aku menetap berhampiran dengan masjid negeri yang lama. Jadi sempatlah aku mengerjakan solat berjemaah di masjid ini. Dari pemerhatian yang dibuat banyak lagi kerja-kerja dakwah yang perlu dilakukan disini.

 

Sempat juga kami merasa laksa sarawak, ayam penyet ( dah jadi favorite hazim pulak ). Sempat melawat Water Front, Cultural Village, Muzium Islam, Muzium Sarawak  dan tempat pemeliharaan bebas orang utan. Selebihnya kami berehat di hotel nonton CNN tentang pengeboman di Mumbai.

 

Semasa membeli belah di India Street, bertemu dengan seorang mamak muslim yang berkahwin dengan orang Melanau. Pak Cik ni menceritakan kisah pahit maungnya memulakan perniagaan fabriknya. Pak Cik ini lebih bersemangat menceritakan kisahnya apabila mengetahui aku kerja berniaga. Tergenang air matanya menceritakan saat2 susah hidupnya. Kain yang dijualnya memang murah berbanding dengan di Water Front. Sayang kami menemui kedai P Cik ni di hari akhir kami berada di Sarawak. Apapun sempat aku membeli kain songket untuk dibuat samping dengan harga RM110.00. Mana nak dapat yoep.

 

 

Pada hari ke 4 di bumi Sarawak, kami sekali lagi dihantar oleh Dedek sekeluarga ke Airport. Baik sungguh keluarga Dedek ni. Siap bagi hadiah pada Umi. Nasib baik kami dah belikan kain pelikat dan batik untuk Mak dan Ayah Dedek. Untuk Dedek aku titipkan sedikit sumbangan sebagai unofficial tourist guide. Minyak kereta  Dedek dah aku isikan.

 

Lain-lain kisah di Srwak boleh di gambarkan melalui foto-foto yang bakal di uploadkan.

Posted in Kehidupan | 3 Comments »