Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for January, 2009

CIKGU (DR) BASRI DALAM KENANGAN

Posted by ainolazhar on January 19, 2009

19/01/2009

 

Semalam sebelum tidur, sempat melihat email. Cik Gu Basri tenat, tolong doakan. Subuh tadi selepas sahur puasa sunat, aku buka email lagi – Cikgu Basri telah meninggal. Innalilillah. Lepas subuh bertalu-talu sms yang masuk – berita kematian Cikgu Basri. Masa aku menulis ini, almarhum belum lagi dikebumikan. Jangkanya 10 pagi di Seremban.

 

Aku mengenali al marhum sejak aku tingkatan 4 lagi di mrsm sban. Hujung-hujung minggu akan aku penuhi menghadiri usrah dan kuliah beliau di rumahnya. Lepas aku ke UK, hubungan dengan beliau putus seketika sehinggalah beliau meneruskan pengajian ijazah pertamanya di UK. Sempat berjumpa masa gathering. Masa armarhum sambung ijazah doctorate aku dah balik. Masa di Malaysia sempat jugak jumpa masa PPN di sban satu ketika dulu.

 

Almarhum seorang murabbi dan pendidik yang cekal dan gigih. Banyak yang lahir dari tarbiyah dan didikan beliau, terutamanya pelajar2 SDAR. Aku jangkakan ramai yang akan hadir di hari pengkebumian beliau hari ini.

 

Almarhum dikesan mendapat lung cancer stage 4, 3 tahun yang lalu. Agak kritikal. Beliau tidak menjalani chemo, tapi menjalani terapi alternative yang beliau kumpulkan dari pengkajian beliau sendiri. Pernah dijemput oleh pihak hospital sebagai penceramah alternative medicine.

 

Akhirnya Allah yang Maha Pengasih telah menjemput almarhum. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh orang2 soleh, syuhada dan anbiyaa. Dunia tarbiyah kehilangan seorang murabbi, gigih, cekal, mudah didekati dan mesra dengan remaja. Al fatihah.

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

KUDOS PADA PENGUNDI KUALA TERENGANU.

Posted by ainolazhar on January 19, 2009

Aku bukan penganalisa politik jauh sekali sebagai ahli politik. Kali ini hati ini terpanggil untuk mengatakan sesuatu mengenai keputusan pr kecil parlimen KT. Sekurang-kurang dapat gak melepaskan geram di blog ini. Aku merasakan pengundi KT telah menghantar satu mesej yang jelas kepada rejim yang memerintah sekarang – rejim BN.( dibaca Bee End ). Dan mesej ini adalah mesej yang sama yang ingin disampaikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

 

Aku sendiri pun tak sempat memberikan masa untuk mengikuti perkembangan pra hari mengundi di KT ini. Tapi yang jelasnya semua jentera kerajaan dikerahkan ke KT bagi memastikan kemenangan calon BN. Inilah yang silapnya, depa ingat kerajaan milik mereka (BN). Hampir semua menteri turun padang, terutamanya dari UMNO. Nak tunjuk hero sebab bulan March ini ada perebutan kuasa dlm UMNO. Najib sejak hari penamaan calon dah berada di KT. Kalu dah menteri berkampung di KT, bila mereka kerja nak servis rakyat??. Tun M kata: automatic govt sebab menteri semua sibuk di KT.

 

Sudah tentunya belanja mengurus PR ini berjuta-juta. Inikan duit tax payer. Aku rasa ratusan juta ditaburkan memancing undi. BN masih dengan pemikiran lapok mereka, undi boleh dibeli. Anggota polis dan keselamatan dianggarkan seramai lebih 1000 orang telah dikerahkan, seolah-olah perang dunia ketiga akan melutus bermula di KT. Kalu belanja makan seorang sehari  RM30, bayangkan berapa ratus ribu dibelanjakan nak tampung mereka. Claim2 yang lain oleh agensi2 yang lain berapa agaknya.

 

Itu baru yang ditaburkan. Yang dijanjikan berapa ratus juta pulak. Najib umumkan bantuan terus sekolah2 jenis kebangsaan Cina – RM50 juta. Inilah bijaknya orang Cina. Bila ada pr kecil – time to bargain. Education for their generation. Orang Melayu dapat kain pelekat dan aiskrim – dah senyap terus. Mana jati diri orang Melayu.

 

Lepas ni pemilihan dalam UMNO pulak. Berapa juta lagi diperlukan.? An open secret already – bila pi perhimpunan UMNO yang ada tahun pemilihan, balik kocek mesti penuh punya. Itu tak masuk hotel, soru ( makan ) dan ada dengar cerita – pompuan sekali. Inilah jenis pemimpin Melayu yang orang kampung dok undi tu.

 

Sebab itu lepas menang, aku dapat jawatan, projek kenalah bagi aku. Nak tebus balik pelaburan. Time to rip my investment. Dah berjuta aku spend. Hancur negara. Habis khazanah negara di rompaknya dan dibahagikan sesama mereka.

 

Surat khabar, berita TV – too much govt propaganda. Sampai meluat nak baca dan dengar. Seolah-olah dalam dunia ni BN saja yang betul, yang lain salah. Isu hudud diputarbelitkan bagi menakutkan pengundi bukan Melayu. Alhamd mereka kalah, Senyap sepi TV dan akhbar. Kalu menang : sudah tentu front page terpapar: Rakyat terus menyokong kami. Dengan sombong dan bongkaknya.

 

Bila kalah ni, tak ada lagi pemimpin Umno yang cakap berdegar2. Bilalah agaknya mereka ni akan insaf. Umno dan Bee End is toooo looong already. Time to pack and go. Orang lain bukan tak boleh memerintah. Dah 51 tahun memerentah ; apa hukum Allah yang telah mereka laksanakan????.

 

Last election PAS kalah dengan 600 plus undi. Kali ini menang 2,361 undi. Satu jumlah peningkatan yang mendadak dan jelas sokongan rakyat pada PAS. Pengundi KT telah menukar sejarah tanah air. Kebiasaanya bila pr kecil, bn yang akan menang, tapi kali ini pengundi KT telah merubah sejarah negara. Najib kata kekalahan bn tidak merupah lanskap politik negara. Ya mungkin betul. Tapi faktanya : ianya telah merubah sejarah tanahair ini. Kudos pada pengundi KT atas keberanian anda semua. Anda tidak mudah dijual beli…. dengan wang ringgit, janji-jani manis bee end. But I still don’t understand 31000 voters yang masih mengundi bee end tu. Bila agaknya nak sedar.

 

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

PEMBEDAHAN CATARAX OPAH

Posted by ainolazhar on January 14, 2009

Opah dah lama complain penglihatannya kabur dan tak boleh nampak dengan jelas. Awalnya kami sangka cermin mata dah kurang power, tapi setelah ditukar dengan cermin mata baru pun masih kabur.

 

Sebelum membawa Opah ke klinik mata pakar, aku membuat survey, cadangnya nak hantar ke klinik pakar mata melayu. Aku pun bertanyakan Hj Farid, ahli kariah surauku yang merupakan Optometris Kanan di GH Ipoh.

 

“Tak ada  sheikh, yang adanya Dr Ummi yang bertugas di GH Ipoh” jawab Hj Farid.

 

Kalu hantar Opah ke hospital Ipoh alamat berbulan-bulanlah jawabnya menunggu. Silap hari makan tahun lamanya.

 

Cadangnya cuti sekolah akhir tahun 2008 yang lamanya melebihi sebulan lebih akan diperuntukkan membawa Opah ke Klinik Pakar. Apa kan daya, cuti sekolah yang lepas penuh dengan aktiviti luar kawalan. Jadi akhirnya Opah only managed to see the pakar mata on the final week of the holidays.

 

Sempat aku pada satu hari ronda2 di kawasan  Fair Park yang terkenal dengan banyak pakar2 perubatan. Ada dua pakar mata : Pakar Mata Chew dan Pakar Mata Bala. Memang sah tak ada pakar mata orang Melayu. Apa dah jadi agaknya. Sudah 50 tahun merdeka, mana orang Melayu????. Susah nak jawab. Aku pun orang melayu jugak. Ngapa dulu aku tak ambik medic? Jawapannya mudah: masa tu sapa nak ambik medic kena buat matrik di mrsm sban. Aku dah jemu duduk asrama. 5 tahun yoep. Aku ingin merantau. Mungkin masa tu jiwa muda. Kurang matang fikirannya. Tiada sapa pulak yang nak membimbing.

 

Aku pun mengambil no talipon yang tertera di papan iklan klinik tersebut. Aku menalipon pakar mata Chew, jawabnya hanya di buka pada hari tertentu sahaja. Something wrong – bisik hati kecil ku. Mesti ada yang tak berapa kena.

 

Akhirnya setelah berbincang dengan Ummi, kami bersetuju buat appointment dengan Pakar Mata Lee, tempat Ikah mendapat rawatan dulu. Dipendekkan cerita setelah mendapat rawatan kali pertama, confirm Opah ada catarax dan kena operate. Asalnya nak mintak awal, tapi dah penuh.Akhirnya dapat hari Jumaat last day of the school holiday. Umi ada mesyuarat di sekolah. Biasalah tu bila nak bukak sekolah. Akhirnya aku, Iman dan Amirah yang menemani Opah sehingga bilik bedah. Lepas tu kami balik dulu sebab – hari Jumaat. Nak solat Jumaat dan mengikut jadualnya operation akan habis dalam pukul 4.30 ptg. Ramai jugak yang que nak operate mata.

 

Lepas solat Jumaat, aku dan Ummi bergegas semula ke Klinik Lee. Pak Long dah tunggu. Aku ingat dah siap operate, rupanya belum mula lagi. Dijangkakan dalam 5.45 baru siap.

 

Finally dalam 6 ptg baru siap operate. Bawak Opah balik rumah dan tinggal di rumah selama satu minggu untuk follow up dengan Dr Mata. Nasib baik Amirah cuti tunggu result SPM. Mudahlah sikit membantu Opah. Lagipun Umi  dah mula sekolah dan Iman dah masuk kolej balik. Mak Teh, no choice, terpaksa ambik cuti tahunan.

 

Breakfast hari-hari nasi goreng. Mudah je. Goreng2 yang lain sebagai tambahan je dan kurang laku.

 

Seminggu Opah berehat dirumah. Alhamd setelah bawa follow up dengan Dr mata, nampaknya semuanya Ok dan tak ada masalah. Akhir nya Opah dibenarkan balik di Chemor pada Sabtu yang lepas dengan berkaca mata hitam yang perlu dipakai selama sebulan.

 

 

 

Posted in Uncategorized | 6 Comments »

Manusia oh manusia

Posted by ainolazhar on January 7, 2009

5/01/2009

Seusai urusan aku di Maybank Main Ipoh, aku terus melangkah menuju ke parkir. Azan zuhur baru kedengaran. Aku percepatkan langkah. Aku terus masuk kereta dan spt biasa terus menguncinya dari dalam. Ini memang menjadi amalan keselamatan aku sejak dulu lagi.

 

Aku mula menghidupkan enjin kereta. Kelihatan di sisi kiri cermin kereta ku seorang insan menaiki motor bersama dengan anak kecil membonceng mengetuk cermin kereta ku. Fikirku untuk bertanyakan jalan. Anak kecil ini dalam lingkungan 7-8 tahun lebih kurang umurnya.

 

Aku menurunkan sedikit cermin keretaku.

 

“ Bang, tolonglah. Anak saya ni sakit asma. Saya kena berhenti kerja, kilang tutup. Tak tahulah berapa kos kliniknya” dengan nada suara kesedihan dan ku lihat hampir berlinang air matanya.

 

Aku tergaman.

 

‘Saya ada jam” sambil menghulurkan jamnya bersama dengan resitnya.

 

RM75 – aku sempat melihat resit jamnya.

 

“Tak ada orang nak beli” sambungnya lagi.

 

“Saya tak perlu jam. Saya dah ada jam” jawab ku sambil membuka dompet dan mengeluarkan 2 keping note RM10. “ Cuba pergi ke masjid negeri. Di situ ramai orang, mungkin ada yang nak beli jam” cadang aku.

 

Aku menghulurkan note tersebut dengan ikhlas dan dengan harapan di bawa anak kecilnya ke klinik.

 

Dia mengambil note tersebut dan beredar dengan lajunya. Mungkin menuju ke klinik agaknya.

 

PENGAJARANNYA

Anda yang membaca coretan ini seharusnya  bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Tentunya anda tidak pernah mengalami keadaaan seperti di atas. Mungkin ceritanya’ penunggang motosikal  bersama anaknya ini benar atau tidak tetap ada pengajarannya. Apa pun aku ikhlas untuk membantunya.

 

Biasalah malamnya aku menceritakan sketsa pendek ini kepada isteri ku.

 

Esoknya aku ke KL, balik dari KL – isteriku menceritakan kisah rakan di sekolahnya. Salah satu ceritanya : pengalaman suami cik gu di datangi oleh seorang penunggang motosikal bersama anak kecil membonceng, menceritakan anaknya sakit asma,tiada duit, ada jam dengan resit untuk di jual. I think must be the same guy. Lokasinya : petrol station di Meru. Same modus operandi.

 

Jawabku “ sanggup dia bawa anaknya dan menipu orang ramai bagi mendapatkan wang cara mudah. Takut2 satu hari nanti anaknya akan mengikut jejak langkah bapaknya.”

 

Itulah  manusia.

 

 

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

What a day

Posted by ainolazhar on January 7, 2009

Terlalu cepat masa berlalu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Terlalu sibuk aku di akhir  tahun Hijrah dan permulaan tahun hijrah ini.

 

Belum sempat aku menulis tentang pembedahan mata Opah, keganasan tentera Yahudi menjadi berita dan tangungjawab utama umat ini. InsyaAllah akan cuba aku ulas dalam kesempatan yang ada ini.

 

Hari Ini – 7/01/2009

Masa – 4.30 ptg

( Catatan di dalam kereta )

Hujan terus membasahi bumi

Aku terperosok keseorangan dlm kereta

Dalam perjalanan pulang dari P Pinang

Hiway Bukit Gantang

Complete stop

       Mungkin accident di depan

       Mungkin tanah runtuh

       Mungkin……..

       Apa lagi kemungkinannya?

 

Sudah hampir setengah jam begini

BMW 7 series ( harga mencecah RM1juta) yang memotong dengan lajunya tadi berada di sisi kanan ku

Terperosok juga

Berapa lama lagi ya?

Hanya kertas coretan ini menjadi teman

Engin kereta ku padamkan

Ikim.fm terus memutarkan lagu Palestin

Janji Allah akan berlaku – Bumi Anbiya’ akan di bebaskan

 

Jam 5.15 – sms Umi masih metg di sekolah

Hujan mula berhenti

Sudah masuk 45 minit kami berhenti

Orang ramai semakin resah,

Ramai mula keluar

Ingin mengetahui apa di hadapan

Teringat aku demo di hiway jalan kebun – zaman reformasi

Kereta mula bergerak perlahan, berhenti lama, bergerak balik

Aku meninggalkan BMW 7 series d belakang

 

Terima sms

“sms from london : Dear all PLEASEEEE ACT IMMEDIATELY!! Starbuck & McDonalds in the UK are going to give all their profits to Israelis until next Saturday.Spread the news.BOYCOTT Starbucks & McDonalds worldwide!! ALLAH AKBAR..tq salam.

 

Alhdmd aku memang  dah lama tak ke McD – bertahun rasanya. Starbuck lagi tak pernah.

 

Stop again

Complete stop

Memang mencabar kesabaran ku

Jam 6.ptg – alhmd aku dah jama’ solat asar

6.15 – home call. Umi dah sampai rumah

Lapornya Kg Kinta banjir

 

6.30 aku masih di hiway

Kereta mula bergerak consistent

Lori bawa bahan kimia terbakar rupanya

Kesesakan yang amat sangat

7.25 – Azan magrib di depan JJ

7.35 – tiba di rumah.

 

What a day.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »