Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for March, 2009

Merisik………..

Posted by ainolazhar on March 23, 2009

Hari ni sebelah petang dok di ofis shj. Puasa sunat. Agak keletihan. Semua kerja-kerja yang memerlukan keluar telah dilaksanakan sebelah pagi tadi. Ada beberapa catatan yang ingin dikongsi bersama.

 

19.03.2009

 

Merisik….

 

Dah selesai perkara-perkara asas dan dasar perbincangan, aku menjemput ayah kepada N Hanani (NH) memberikan ucapan penutup sebelum aku membacakan doa selamat.

 

Seperti biasa, Hj Ya Rahim konsisten dlm ucapan penutupnya. Aku masih ingat semasa menjalankan urusan pertunangan N Wahidah, itulah ucapannya. Messejnya sama dan jelas : Jaga pergaulan, bertunang bukan tiket untuk kebebesan pertemuan, jaga batas-batas dan budaya orang Melayu Islam.

 

Mungkin untuk kesemua anaknya messej yang sama akan disampaikan diakhir upacara bertunang atau merisik.

 

Alhamdulillah rundingan berjalan dengan baik dan lancar. Mudah di hari pertunangan nanti. Ianya hari merupakan endorsement kepada perkara-perkara dasar yang telah sama-sama dipersetujui bersama.

 

Apapun tarikh pertunangan telah ditetapkan. Aku mengharapkan dan mendoakan ianya berjalan dengan lancar. Kalu ikutkan, disegerakan majlis akad nikahnya. Bukan apa, itulah yang lebih baik dizaman yang penuh mencabar ini. Lain-lain keperluan dan ‘peraturan pertunangan’ sama seperti anak yang lepas. Ini memudahkan bicara dan keadilan. Satu standard telah ditetapkan.

 

Tahun ini dan tahun depan akan dipenuhi dengan majlis pertunangan dan akad nikahlah nampaknya.

 

Next please……………..

 

 

Advertisements

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Aku terima nikahnya ………………

Posted by ainolazhar on March 23, 2009

Aku terima nikahnya …………….

 

Itulah lafaz yang akhirnya aku sebagai saksi utama, mengesahkannya. Walaupun bakal pengantin nampak nervous sejak mula proses akad nikah dijalankan. Apatah lagi bila naib kadhi bertanya rukun nikah di khalayak ramai. Mungkin tidak bersedia.

 

Apa pun akhirnya setelah disahkan oleh kedua orang saksi, maka sahlah Nurul Wahidah dan Firdaus menjadi suami isteri. Bermula di saat itulah sahlah mereka sebagai suami isteri. Bermulalah bahtera perkahwinan mereka, melalui gelora, taufan dan badai lautan perkahwinan.

 

Untuk gambar2 kenangan bolehlah melawat blog N Atiqah. Tak sempat nak ambik gambar atas kesibukkan memastikan keselesaan rombongan pengantin lelaki. Walaupun dah charge Digital Kamera dan Vidoe Recorder. Apa kan daya.

 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna dan selamat. Hujan di sebelah petangnya bagaikan rahmat untuk semua. Kami selamat sampai Ampang jam 10.30 mlm setelah makan malam di rumah Kak Ani Abg Tan – talipia goreng fresh. Keletihan.

 

Esoknya akan ke KL dengan Hazim.

 

Lepas ni siapa pulak ye.?? Khabarnya dah ada booking appointment hari Khamis ni. Akan diceritakan dalam catatan selanjutnya. Akan bertambalah lagi jejaka di teratak Ya Rahim pasir putih.

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jadi ke Sabtu ni ?????

Posted by ainolazhar on March 12, 2009

Selepas solat isyak, aku mengambil buku HAMAS – karangan seorang editor aljazeerah yang baru aku beli di kedai buku petang tadi. Sambil membelek-belek buku tersebut – biasalah buku baru – HP ku berdering.

Terpapar no : 09……, Eh sapa pulak menalipon dari Pantai Timur ni malam-malam.

Salah nombor kot.

Alakulihal aku menekan hp aku untuk menerima panggilan masuk.

Seperti biasa aku memberi salam. Salam ku di jawab.

Mula-mulanya tak berapa perasan suara yang menalipon.

“ Ni Jamil, dari Pahang”

“ Oh abang Jamil, apa khabar? Tanya ku.

“Baik, ni nak tanya hari sabtu ni jadi ke? Tanya abang Jamil

“Jadi” jawab ku rengkas dan agak terperanjat.

“Pukul berapa akadnya? Dan apa persiapan yang perlu kami bawa” tanya abang Jamil.

“ Tak pa bang, nanti saya call ayah Idah dan saya akan talipon abang balik” jawab ku rengkas.

Aku memang tak tahu pukul berapa akadnya anak buah ku ini. Dan tiada makluman yang disampaikan pada ku. Aku pun tak tahu what is the arrangement. Aku ingatkan everything is settled.

Aku teringat kembali akan antara kata-kata akhir sebelum berpisah dipertemuan kali kedua dengan keluarga abang Jamil ni: Nanti – apa-apa hal kita akan berhubung kembali.

Mungkin tiada komunikasi resmi yang berlaku menyebabkan abg Jamil menalipon aku. Lagipun segala komunikasi resmi mestilah melalui aku sebagai orang tengah dan perantara. Mungkin ‘budak-budak’ tu dok komunikate sesama dema. Tapi itu kira tak resmi. Betullah yang resmi tu kena orang tua-tua uruskan.

Pengajarannya : selagi belum selesai akad, buatlah berbincang, mesyuarat ke.
Apa tindakan dan makluman yang perlu disampaikan. Kalu tidak memang terperanjat beruklah teman.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Buat Ikah dan rakan-rakan

Posted by ainolazhar on March 3, 2009

Perbincangan kali ini merujuk kepada penulisan dalam Blog Ikah : Keinginan Besar Kemampuan Kecil. Agak detail penulisan Ikah, memang bagus dan baik untuk mereka yang ada cita-cita dan keinginan untuk menghabiskan zaman bujangnya membaca dan memperhalusi point2 yang dikupas. Mantap.

Semua noktah dan point2 yang dinyatakan perlu dihalusi dan dipertimbangkan dengan semasak-masaknya sebelum anda menyuarakan hasrat di hati.

Kahwin atau dalam bahasa bakunya mendirikan rumah tangga adalah merupakan naluri dan kehendak manusia normal. Malahan menjadi sunnah nabi. Bukanlah dari kalangan ummat nabi Muhammad mereka yang tetap membujang.

Cuma persoalan yang timbul untuk memenuhi naluri ini:

1. BILA ??? – bilakah masa yang sesuai. Inilah dilemanya. Rasanya sekarang masa yang sesuai, tapi bila selidik ‘kemampuan kita’ rasanya kena tangguh dulu…..

Menentukan masa yang sesuai adalah milik kita, sebab kita yang akan menangung risikonya. Ibu bapa hanya melihat dan memantau dari jauh shj. P Dak pun tak suka too involve selepas perkahwinan. Let them be independent dan merasai susah senang kehidupan ini.

2. SIAPA – siapakah bakal pasangan kita yang sanggup bersama mengaharungi bahtera kehidupan ini. Bak kata kopratasa : hidup tak selalunya tenang

Kadang-kadang ada orang yang bercinta bagaikan rak sebelum kahwin, tapi lepas kahwin – tak boleh bertahan lama. Mungkin jemu dan pasangan mula mencari ‘teman’ baru. Bukan mudah mencari pasangan yang sehinga akhir hayat ingin bersama kita. Bayangkan everyday dan every time we will see the same person for the whole of our life……Something that is not easy if we don’t have the strong bonding. Bonding of love, kasih sayang dan saling faham memahami.

Cantik, handsome tu bukan tak penting, tapi itu bukan segala-galanya. Naluri manusia inginkan yang cantik, tall, dark and handsome. But it doesn’t end there.

To really understand our partner needs time, patient and passion. Lots of adjustment, readjustment, alignment, realignment and consideration need to be done after the marriage. Bukan senang nak suit antara satu sama lain. To agree to disagree. To respect each other opinions. Menerima kelemahan pasangan kita. Ada orang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk memahami pasangan masing-masing. Di sinilah advantagenya kahwin di luar negeri – tiada ‘gangguan’ dari keluarga kedua2 belah pihak. Jadi lebih mudah dan banyak masa boleh diberikan untuk memahami pasangan kita.

Alhamdulillah bulan Ogos ini genaplah 26 tahun perkahwinan kami. Tahun lepas Jubli Perak – awal sikit dari sultan perak. Bukan tak ada gelombang sepanjang 26thn kahwin, tapi Alhamdulillah selamat. Nak tahu petuanya kena sesi steam boat di rumah P Dak lah. Boleh cerita panjang.

Kahwin di usia muda ada advantage dan disadvantgenya. Tapi semuanya bergantung pada kita dan sikap kita. Orang lain tidak boleh menentukannya. Mungkin suasana belajar di luar negara, banyak memudahkan kalu nak kahwin masa study. Kalu di Malaysia ni agak janggal gak nak kahwin masa study.

Apapun P Dak bersyukur sebab kahwin awal. Di usia awal 40an semua dah settle. InsyAllah sebelum ‘pencen’ ( kalu boleh pencen) harapannya semua anak2 P Dak dah kahwin dan selesai. Kadang2 tengok kawan2 yang seangkatan, kesian tengok dia orang – masih dengan anak2 kecik lagi.

Apa yang selalu P Dak sebut – kahwin ni adalah satu perjudian. Ya satu risiko yang kita ambil. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Jadi sebelum membuat pilihan – banyak2kan solat istikharah dan doa. Doa dengan benar2 mengharapkan petunjuk dan bantuan dari Illahi. Agar kita membuat keputusan yang baik dan terbaik buat hidup masa depan kita. Bukan mudah nak cari pasangan yang sanggup kongsi duka, suka, luka, dan seribu onak dalam kehidupan.

Apa pun yang pasti pegangan pada agama itu teramat penting. Inilah yang akan menjamin keselamatan masa depan. Sebab itu hadis nabi tepat menyatakan salah satu ciri pasangan yang di cari adalah kerana agamanya. For me the most important criteria. Once this thing settle – the rest will follow suit. Kita ada tempat rujukan dan tempat fall back in any situation.

Cukuplah untuk kali ini, kalu panjang2 takut macam nasihat dan nanti jemu pulak.

Wasalam.

Posted in Uncategorized | 6 Comments »