Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for April, 2009

We will not go down

Posted by ainolazhar on April 17, 2009

We will not go down to nite – Tribute to Gazain

We will not go down – Tribute to Gazain

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

17.04.2009

Posted by ainolazhar on April 17, 2009

birthday2


Hari ini genaplah usia lahirku 46tahun.
– Terlalu cepat rasanya masa berlalu
– Macam semalam shj aku baru hidup
– Semakin dekat aku denganNya
– Semakin jauh dunia fana’ ku tinggalkan
– Redha Mu ku dambakan, ya Allah

Hari juga mertua Dr FMH menemui Penciptanya
– Moga Allah mencucuri rahmatNya
– Putuslah segala nikmat
– Putuslah segala kesenangan dunia
– Hanya amal soleh menemani diri

Hari ini juga genaplah usia blog rintiskehidupan setahun
– Mencatat perjalanan hidup ku
– Warisan generasi mendatang
– Pengunjung setia ku ucapkan ribuan terima kasih
– Kak long, Azim, Iman dan Iqah
– Penyambung kasih, pengikat sayang
– Moga ada manafaatnya
– Menjalani ranjau kehidupan

Hari ini ku terima
– Kad bewarna pink
– 2 kemeja T, ku simpan utk Aidilfitri
– Dari isteri yang setia menemani
– Ikatan kasih bertambah
– Moga berkekalan ke akhirat

Semalam yang telah berlalu
Semalam yang telah ku tinggalkan

Hari esok belum tentu tiba
Hari esok belum tentu datang
Hari esok belum tentu ada

Ampang 17.04.2009

Posted in Uncategorized | 7 Comments »

NOSTALGIA

Posted by ainolazhar on April 15, 2009

Dalam perjalanan balik dari Felda Selancar, singgah sebentar di rumah kelahiran ku. Walaupun sekejap ianya cukup memuaskan dan mengubat kerinduan hati. Sudah lama benar aku tidak menjejak ke rumah ini. Telah usang dan hampir runtuh dan terbarai. Almaklumlah -terbiar. Semua adik beradik ku berhijrah ke bandar mencari laba dan kehidupan. Tinggallah kampung halaman. Fenomena ini hanya bukan berlaku bagi keluarga ku shj, malah turut menjangkit ke rumah jiran-jiran sebelah. Itulah kehidupan. Lives have to move on.

Apapun tempat ini cukup mengimbau kenangan lama. Tempat mengenal dunia dan dunia mengenali ku. Cukup bermakna. Satu hari nanti akan ku bawa juga warith dan zuriat ku kembali ke sini bagi mengingatkan mereka bahawa satu ketika dulu aku pernah bermain dan membesar di sini.

Sempat aku merakamkan beberapa keping foto, sebelum kami bertolak ke Hospital KL.

di sini pernah menjadi 'padang bola' ku

di sini pernah menjadi 'padang bola' ku

di halaman ini aku mengenali bumi, pasir, tanah, cacing

di halaman ini aku mengenali bumi, pasir, tanah, cacing

r6

tempat aku mandi

tempat aku mandi

di teratak ni aku pernah berteduh

di teratak ni aku pernah berteduh

NOSTALGIA

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

Jaulah Felda Selancar 3.

Posted by ainolazhar on April 10, 2009

 

Walaupun jaulah ke FS 3 ni dah hampir 3 minggu berlalu, namum aku tetap ingin mengabadikan kenangan dalam blog ni.

 

Jaulah Felda Selancar 3 mengambil masa hampir 2 hari. Banyak pengalaman menarik dapat dikumpulkan. Mungkin ini kali pertama dan terakhir ke Felda Selancar 3. Ikutkan hati memang tak nak pergi. Maklumlah jauh. Tapi atas rasa tanggungjawab dan kasih pada saudara mara, maka kami kuatkan juga hati dan semangat ke Selancar. Doa perjalanan dibacakan, mudah-mudahan dilancarkan perjalanan oleh Allah swt.

 

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 10pagi. Hari itu cuti sekolah, jadi bolehlah ummi ikut sekali. Hari cerah dan kami merancang untuk singgah sebentar di Keramat untuk solat Jumaat, makan tengahari dan berehat.

 

Lepas solat dan makan tengahari ( beli nasi bungkus di tepi masjid je ), kami meneruskan perjalanan ke Gemas.

 

Singgah sebentar di bandar Tampin, membeli towel dan toiletaries. Kemudian meneruskan perjalanan ke Gemencheh. Ya, nama-nama tempat ini dulunya cukup mesra dan rapat di hati, tapi apa kan daya. Sudah hampir 4 tahun aku tidak menyusuri jalan-jalan ini.

 

Di Gemencheh singgah sebentar di rumah Pak Saudara ( Ocik- adik arwah apak ). Lanjut usianya dalam 74tahun. Masih mengenaliku.

 

“Lamo kau tak balik dah” itulah kata-katanya yang masih ku ingat dalam loghat nogori sembilan.

 

Pada hari yang sama, seorang anak saudaranya juga datang menziarahinya. Dia ni pun sudah lama menghilangkan diri. Kami bersembang hampir satu jam sebelum aku memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke Gemas. Sayang lupo nak ambik gambar kenangan. Waktu hampir gelap – maghrib.

 

Akhirnya kami tiba di Gemas. Dengan panduan melalui talipon ala-ala treasure hunt kami sampai juga di rumah Major Hamdan – sepupu Ummi. Malamnya kami bermalam di rumah Dan ( tak dapat tidur lena –maklumlah tukar katil kata orang ). Malamnya pulak dapat berita Fiza masuk wad hospital. Kak Ani dan Abg Tan dah lama sampai.

 

Esoknya pagi nya selepas sarapan kami berkumpul berhampiran Pekan Gemas menuju ke selancar…….. Selebihnya hanya photo ini sebagai ingatan.

 

 abadi1

 

 

perakanumiayh

 

 

 

bapa

Posted in Kehidupan | 4 Comments »