Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Jaulah Felda Selancar 3.

Posted by ainolazhar on April 10, 2009

 

Walaupun jaulah ke FS 3 ni dah hampir 3 minggu berlalu, namum aku tetap ingin mengabadikan kenangan dalam blog ni.

 

Jaulah Felda Selancar 3 mengambil masa hampir 2 hari. Banyak pengalaman menarik dapat dikumpulkan. Mungkin ini kali pertama dan terakhir ke Felda Selancar 3. Ikutkan hati memang tak nak pergi. Maklumlah jauh. Tapi atas rasa tanggungjawab dan kasih pada saudara mara, maka kami kuatkan juga hati dan semangat ke Selancar. Doa perjalanan dibacakan, mudah-mudahan dilancarkan perjalanan oleh Allah swt.

 

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 10pagi. Hari itu cuti sekolah, jadi bolehlah ummi ikut sekali. Hari cerah dan kami merancang untuk singgah sebentar di Keramat untuk solat Jumaat, makan tengahari dan berehat.

 

Lepas solat dan makan tengahari ( beli nasi bungkus di tepi masjid je ), kami meneruskan perjalanan ke Gemas.

 

Singgah sebentar di bandar Tampin, membeli towel dan toiletaries. Kemudian meneruskan perjalanan ke Gemencheh. Ya, nama-nama tempat ini dulunya cukup mesra dan rapat di hati, tapi apa kan daya. Sudah hampir 4 tahun aku tidak menyusuri jalan-jalan ini.

 

Di Gemencheh singgah sebentar di rumah Pak Saudara ( Ocik- adik arwah apak ). Lanjut usianya dalam 74tahun. Masih mengenaliku.

 

“Lamo kau tak balik dah” itulah kata-katanya yang masih ku ingat dalam loghat nogori sembilan.

 

Pada hari yang sama, seorang anak saudaranya juga datang menziarahinya. Dia ni pun sudah lama menghilangkan diri. Kami bersembang hampir satu jam sebelum aku memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke Gemas. Sayang lupo nak ambik gambar kenangan. Waktu hampir gelap – maghrib.

 

Akhirnya kami tiba di Gemas. Dengan panduan melalui talipon ala-ala treasure hunt kami sampai juga di rumah Major Hamdan – sepupu Ummi. Malamnya kami bermalam di rumah Dan ( tak dapat tidur lena –maklumlah tukar katil kata orang ). Malamnya pulak dapat berita Fiza masuk wad hospital. Kak Ani dan Abg Tan dah lama sampai.

 

Esoknya pagi nya selepas sarapan kami berkumpul berhampiran Pekan Gemas menuju ke selancar…….. Selebihnya hanya photo ini sebagai ingatan.

 

 abadi1

 

 

perakanumiayh

 

 

 

bapa

Advertisements

4 Responses to “Jaulah Felda Selancar 3.”

  1. ateeqa Y. said

    salam

    sebenarnya..masih terkilan sbb tak dapat join gi bertandang..huhu..

    along tunang nanti pun iqa balik lambat…

    malam 25 april baru gerak dari kuantan..huhu..asik jadi yang tertinggal jek :((

  2. kawtsar said

    assalamualaikum

    iqa,biar jadi yg tertinggal dari x berpeluang dtg langsung like me T_T

    ayah,nape baju x matching ngan ummi??baju ijau sepasang yg klong beli hari utk ummi n ayah hari tu dah buat ker??

  3. P Dak said

    Salamn,
    Kawstar,
    Baju umi dah tempah tapi tak sempat siap.

    Iqah,
    Jangan bila nak bertunang, nikah ke balik lewat.Hari tu tuan kadi yang kena kome semua.

    Pak Dak

  4. Rizal said

    I LOVE SELANCAR 3!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: