Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for May, 2009

Pengail Ikan

Posted by ainolazhar on May 28, 2009

fishingSeusai perjumpaan kami di Teluk Intan, jam menunjukkan pukul 11mlm. Kami di jamu dengan beehoon goreng. Sedap gak bee hoon goreng ni, maklumlah antara makanan favorite teman. Tapi teman makan sikit je, sebab tadi setibanya di bandar TI ni kami dah perkena roti capati 1.5 each di restoran Gulam Rasul. Salah satu destinasi makan yang istemewa selain dari Mastan Ghani. Itulah hebatnya TI ni selain dari menara condongnya.

Perjalanan dari TI ke Ipoh biasanya mengambil masa 1.30jam. Teman yang memandu. Setelah bersalaman dengan sahabat2, kami pun meminta izin meneruskan perjalanan pulang ke Ipoh.

Keluar sahaja dari bandar TI kami melalui sebuah jambatan, kelihatan di atas jambatan 2 orang sedang mengail ikan. Hobi mungkin. Kalu dah hobi ni tak kira pukul berapa. Kalu kaki pancing ni sampai larut pagi pun sanggup sengkang mata. Ada yang sanggup redah hutan belantara, ada yang sanggup merempuh lautan, demi memenuhi gian memancing. Alhamd teman tak lah termasuk dalam golongan ni. Apa pun mereka sanggup menunggu di atas jambatan semata-samata nikmat gigitan ikan pada umpan pancing. Mungkin inilah pendorong utamanya

Kami meneruskan perjalanan lagi. Menghampiri Kg Chikus jalannya agak lurus. Di kedua-dua belah jalan di penuhi sawah padi. Jam 12 malam.

Sambil memandu, kami terus berbual menghilangkan mengantuk. Macam-macam isu yang dibincangkan.

‘Sheikh, nampak tak sebelah jalan ada orang sedang memancing d itepi sawah”.

Aku menoleh ke kanan, dan kelihatan seorang lelaki rasanya sedang memancing di tepi sawah. Bersebelahan dengannya ada sebuah motosikal kapcai.

‘Macam-macam manusia ni’ jawabku ringkas.

Keesokan harinya teman menceritakan kisah malam tadi pada isteri teman.

Biasalah komen umi, ‘Bukan orang kot”

“orang, sebab ada motosikal sekali” jawab teman dengan yakin.

‘Mungkin dia sedang mencari rezeki buat keluargannya” sambung isteri teman lagi.

Ya mungkin. Inilah kehidupan. Sedang orang lain nyenak tidur dan di ulit mimpi, ada hamba Allah sedang bergelumang dengan malam, terpaksa memberanikan diri untuk mencari rezeki membiayai kehidupan keluarga. Kita bagaimana ye?. Bersyukurlah dengan segala kurnia Ilahi pada kita.

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

OPAH DAN CUCU-cucunya.

Posted by ainolazhar on May 21, 2009

cucuTajuk ni dah lama aku nak tulis, tapi biasalah dengan kekangan yang ada. Hari ni cari gak masa mengetuk kekunci lap top setia ini.

Tak tahu nak mula mana dulu. Hubungan Opah dan cucu2nya memang merupakan satu hubungan yang istemewa dan berbeza hubungan anak dengan mak atau ayah. Apa taknya biasanya cucu2 ni kelazimannya akan mendapat perhatian, kasih sayang yang lebih dan setengahnya berlebihan daripada Opah dan Atuk. Itu adat. Kalu anak dibela oleh Opah dan Tuknya kadang2 spoilt jugak sebab kasih sayang yang berlebihan ni. Kalu Atuk/Opah bawak cucu gi kenduri, Atuk/Opah akan pastikan cucunya makan. Kalu anak sendiri belum tentu lagi.

Tapi ada jugak Atuk dan Opah yang kurang disenangi oleh cucu2nya. Mungkin Atuk dan Opah nak privasi dalam menghabiskan sisa-sisa umur mereka. Almakumlah bila semua cucu-cucunya berkumpul maka rumah Opah akan menjadi macam kapal karam, tanpa nakhoda. Ini mungkin menyebabkan ketenangan yang biasa diperolehi ‘terganggu’ dengan kembalinya cucu-cucu ke kampung, terutamanya bila ada cuti panjang dan musim perayaan.

Mungkin bagi cucu-cucu pula, balik kampung bersama Opah dan Atuk is the best time in life. Apa taknya, mereka merdeka dari ibu bapa, merdeka dari hidup kota yang ‘berserabut’, merdeka dari segala-galanya. Mungkin bagi kebanyakan kita inilah masa yang paling memorable sekali, seronok dan penuh nostalgia. Lebih menyeronokkan lagi bila ada sepupu sepapat yang balik cuti sekali. Apa taknya masa bercuti di kampung terasa berlalu begitu cepat. Sedar2 je dah nak kena balik rumah masing-masing.

Itulah serba sedikit gambaran umum hubungan Opah dan cucu2nya.

Berbalik kepada Opah ketior, concernnya Opah pada cucu2nya berterusan hinggalah cucunya mendirikan rumah tangga.

Pelajaran cucunya amat diutamakan. Terutamanya selepas SPM, mana cucunya nak gi sambung belajar. Salut gak bila Opah gi hantar Amin sambung belajar ke Kelantan. 2 hari lak tu. Ikutkan umur dan kesihatan memang agak mencabar gak gi Kelantan ni. Apa pun itulah pengorbanan yang dilakukan Opah bagi memastikan kejayaan cucu2nya. Harap-harapnya kehadiran Opah member semangat pada Amin.

Bila cucunya nak bertunang, selalu dipesan, minta lelaki bawak dulu RM1k sebagai hantaran pada hari pertunangan. Acap kali gak dia pesan pada P Dak bila Along dan Idah bertunang dulu. Itulah pandangan yang sentiasa P Dak dihormati. Adalah hikmahnya disebalik pesanan ini

Bila cucu2nya nak exam, ramai yang mula ingat Opah, talipon dan minta Opah doakan. Maklumlah Opah ni selalu solat malam ( hampir setiap malam ). Semua mohon berkat dan restu. Harapnya lepas berjaya dlm peperiksaan dan berjaya dalam karier masing-masing cucu2nya tak lupakan Opah. Sekurang-kurangnya uluklah sekeping dua note RM50 tu bila gaji pertama, buat kenduri kesyukuran di rumah Opah ke dsbnya. Opah bukanlah mengharap sangat benda-benda ni, tapi sebagai penghormatan dan tanda ingat cucu-cucunya pada Opah. Berkat hidup.

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

Diabetik

Posted by ainolazhar on May 6, 2009

DIABETIK

Hari ni dah hampir 2 minggu aku menelan pil diabetic. Gliclazide. Itulah hakikat dan takdir yang telah ditentukan Ilahi. Aku pasrah. Aku mula mengesan kandungan gula melebih paras normal dalam setahun yang lepas. Maknanya pancreas gagal mengeluarkan insulin yang mencukupi to get rid of the excess sugar ini the blood stream. Kalu ditanggung lebih lama boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.

Maka bermulalah pencarian ubatan alternatif. Memang dari awal lagi kalu boleh dielakkan mengambil pil diabetic ini lagi baik. Ubat ini kalu mula di makan perlu dimakan whole life. Mulanya aku mencuba bunga ratu. Aku order melalui internet. Setelah habis 2 bungkus di minum airnya, tiada kesan. Aku beralih pula pada gamat healin. Hampir 6 botol habis diminum, tiada kesan yang jelas. Reading masih dalam lingkungan 8-11 fasting. Di samping itu, aku memang dah lama tak ambil makanan manis. Cumanya excersice mungkin kurang. Maklumlah – selalu kesuntukan masa.

Akhir sekali aku mencuba susu lipid pulak, orang kata susu ni baik dan mujarab. Maka aku pun mencuba juga. Setelah hampir 2 tin habis, not much different.Tapi resdung bertambah baik alhmd. Sesekali dapat jugak makan sambal belacan yang dah lama aku tinggalkan.

Akhinya aku akur. Jumpa Dr Murshid. Apa dia kata? Diabatik ni jarang yg berkurangan bacaannya, normally ia akan menaik dan terus menaik. So mulai hari itu aku pun mula makan pil Gliclazide. Kesannya? Alhmd bacaan turun, tapi the body need time to adjust to the new glucose level. Badan rasa macam nak demam dan kalu lambat makan, perut mula menggigil dan akan menjadi letih. Semalam gi Tronoh, terpaksa take early lunch when the symptom start appearing. Kalu dah kena ‘serangannya” we tend to eat more. Mudah2an phasa ini dilalui dengan cepat. If not I need to bring biscuit and take a regular meal. Dr Murshid told me it may takes 2 months b4 the body can adjust.

Sembang dengan Ust Kamal, dia dah senior setahun makan ubat diabetic ni. I just joined the club.

Apa pun that’s life. Hidup ini hanya sementara dan pinjaman dari Allah. Segala nikmat pemberiaanNya bersifat sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Sedikit demi sedikit nikmat ini ditarik balik.

Hari ini aku berpuasa sunat.Alhmd setiap Khamis aku puasa sunat. Fasting is good in reconditioning your body system. Hari ni tak ambil Gliclazide. So most likely will be staying in the office.

Well malam tadi lepas solat magrib, sembang dengan Hj Rahman a diabetic patient, dah cucuk insulin 4 times a day. Ubat dah tak boleh jalan. He is trying a homopathic treatment. InysAllah kalu di izinkan Allah akan ke Kg Gajah to meet the homopatic practioner as recommended by Hj Rahman.

May Allah make this life easy for us and made us the hamba yang mensyukuri nikmatnya.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Ust Kamal

Posted by ainolazhar on May 6, 2009

Ahad – 4/5/2009

Sedang aku baru menghabiskan makan tengahari ( menu kali ni simple je : goreng ayam Ramly, wedges dan mee segera adabi goreng ).HP aku berbunyi.
Sapa pulak yang nak call hari Ahad ni.

Aku segera berkata” Kalu nama keluar kenal, akan di jawab, kalu tak kenal tak jawab” Sekarang ni macam-macam jenis orang yang talipon.

Tertera di skirn HP “ Kamal”

Ust Kamal rupanya. Biasanya ust Kamal selalu ceria. Maklumlah sebagai motivator kena selalu ceria dan bermotivasi.

Setelah member dan menjawab salam, ust Kamal berkata: Sheikh, ana ditimpa musibah. Kereta accident.

Dimana?

Kuala Kangsar. Sekarang ada di masjid belakang balai polis”.
Anta nak datang jauh ke?

Dalam 45 minit.

Ust tunggu ana datanglah.

Sepanjang hiway hujan rengai2. Jalan licin. Hazim yang menemani aku memandu dengan cermat.

Kami selamat tiba di masjid ridwaniah KK pukul 4 ptg. Alhmd ust selamat tiada luka-luka di badan. Cumanya keretanya rosak tak leh jalan, dok dibalai polis.

Kami menuju ke station bus KK, nak cari bus ke KL. Penuh. Tiada kekosongan.

“anta bermalan dirumah ana ajelah ustaz, esok je ust balik.”

Alhamdulillah Iman tidur di hostel. Jadi adalah bilik untuk ditempat sahabat lama aku ini.

Ust ni dalam perjalanan ke Taiping Amanah Iktiar Malaysia. Sebelah malamnya sepatutnya akan menyampaikan Ihya ESQ. Nak tahu detail layari blongnya:
kamal-azhari.blogspot.com.

Malamnya kami ke station keretapi, melihat jadual perjalanan. Tiket habis untuk perjalanan esok ke Rawang. Yang ada hanya pukul 1tgh.

Kami pun ke station bus di Medan Gopeng. Alhdm esok ada bus ke Tanjung Malim 8.45am. Lepas tu ust kena ambik bus lain ke Rawang.

Alhmdulillah esoknya awal-awal pagi lagi 8.15 kami dah bertolak ke Medan Gopeng. 9pg bus pun sampai.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Masa terus berlalu

Posted by ainolazhar on May 5, 2009

Dah lama gak tak update blog aku ni. Rasanya belum bersarang sangat. Apa pun blog ni masih bernyawa lagi. Hairan blog Kak Long Kawtsar dah tak boleh bukak agak lama jugak. Jangan dibiarkan begitu terlalu lama. Tukar tapak blognya.

Apa pun sepanjang beberapa minggu terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan berlalu. Tak sempat di senaraikan semuanya di sini.

Majlis Tunang dan Kahwinblue

Along – alhmdulillah selamat bertunang. Aku lebih confident mengendalikan majlis kerana ini kali kedua. Semuanya beres dan berjalan dengan baik. Kalu nak detail dan gambar sila rujuk weblog Iqa.

Sebelum majlis bermula, aku sempat update dengan tuan rumah, lattest development perbincangan yang berlaku. Al Maklumlah along dan bakal mertuanya satu sekolah. Hari-hari berjumpa. Tentu telah ada yg dibincangan terus. Di sekolah ini jugaklah bakal mertua along berkenan dengan along dan nak dijodohkan dengan anak sulungnya. Hai macam-macam cara orang dapat jodoh. Apa pun dah jodoh. Benarlah kata pepatah melayu “ Ikan di laut, asam di di darat, bertemu jua di dalam kuali”. Kalu menurut Kalam Sigh Walia pepatah ini mungkin berbunyi “ Paste tomyan di darat, udang di laut, bertemu jua di restaurant sea food”.

Mulanya agak terperanjat gak bila aku diberitahu tarikh kahwinnya pada 21/11. Tapi bersyukur kerana dipercepatkan. Asalnya mungkin tahun 2010. Hai tahun ini sampai 2 kali menerima menantu. Eloklah disegerakan, jangan ditangguhkan. Mudah anak-anak saudara yang kemudian.

Uda – Anak Pak Su pun selamat bertunang. Ha yang ni kahwin tahun depan 2010. Mungkin bulan March.

Lepas tu 6/6/2009 ni anak Pak Su Lan pulak kawin. Berkampung lagilah jawabnya di Taiping.

Malam tadi P Dak KL talipon Siti kahwin 1/1/2010.
Kena booked lah siap-siap tarikh ni.

Tahun depan – pakat-pakat sebuk semua dapat cucu, cicit dsbnyalah.

Latihan Industri A Hazimblue

Hazim masuk minggu kedua menjalankan latihan industry di R & R Tooling and Machining. Hari pertama gi report duty siap dengan jacket UIA. Hari kedua dah tanggal jacket tinggal T shirt colar. Hari ketiga dah pakai T Shirt aje.

Hazim tumpang tuah dedek, budak serawak yang buat LI ditempat yang sama. Sebab dedek bawak kereta. Jadi Hazim jadi driver dia gi LI.

Asalnya susah gak nak dapat tempat utk LI ni. Sebagai ayah terpaksa jugaklah cari kawan-kawan mana yang ada nak tempatkan Hazim yang hampir tak berjaya mendapatkan tempat. Lepas diusahakan alhmd dapat 2 tempat. Satu di Nichicon Bangi, satu di Ipoh. Memandangkan Dedek ada masalah LI di Bangi maka Hazim pun terpaksa berkorban LI di Ipoh bersama Dedek. Setia kawanlah katakan.

Apa pun Hazim akan menghabiskan LI pada awal bulan July nanti. Puaslah gak makan free di rumah. Tapi makan free masa bila ya??. Makan di hujung minggu je. Lunch di kilang, makan malam dengan Dedek, Sipul dan kadang2 dengan Abang Bob.

IMAN – Terus sibuk dng examnya.

Iman tak sempat menghadiri kesemua majlis tunang di atas. Study. Kalu paper susah Iman tumpang studi di hostel bersama dengan geng2nya. Hari ni paper akhir sebelum present project Jumaat ni. Tak leh lah nak teman ayah hantar opah medical check up.

Lepas ni katanya short sem pulak.Lepas tu terus sambung praktikal di Hospital Seberang Jaya, Penang. Jadi orang Utara pulak lepas ni, makan nasik kandar cek.Moga di makbulkan hajat untuk berkhidmat dengan masyarakat. Amin.

Posted in Uncategorized | 7 Comments »