Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for June, 2009

CitiTel Hotel P Pinang

Posted by ainolazhar on June 26, 2009

22 June 2009 – Di bilik penanti servis kereta. Sementara menunggu AGF di servis.

21 June 2009:
Selepas makan tengahari, teman buat pengumuman : dapur ini closed/not in operation for 3 days. Only outside food will be served. Bfast will be provided. Why? Sebab kami berempat akan bertolak ke P Pinang. Pulau Mutiara. Menuju ke Cititel Hotel. Hantar Ummi sebab Ummi ada taklimat sekolah kluster selama 3 hari.

Nak cari Cititel ni bukanlah mudah. Jenuh gak lah tawaf dua tiga kali Komtar – salah satu mercu bandar George Town. Setelah menalipon kawan-kawan Umi dan Hazim, akhirnya Iman yang bagi clue – masuk jln Burmah. Walaupun ada peta yg teman print dari internet, tapi tak berapa jelas sangat.

Menyusuri Jln Burmah – Iman pun nampak bangunan Cititel. Walaupun spec retak sebelah, pandangan masih tajam. Setajam lidahnya. Akhirnya kami sampai ke Cititel. Umi cek in, lepa tu kami nak gi jalan-jalan lihat jeti di P P. Jam pukul 6 ptg. Sempat gak posing kat jeti dan plantar feri.

komtar1komtar 2

Sempat kami melihat deretan kereta menunggu giliran menaiki feri ke Butterworth. Walaupun jambatan P P ni dah 3 lanes, masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan feri. Mungkin nak lihat laut agaknya atau mungkin jugak menjimatkan.

jeti feri

Merenung jauh nampaknye

Merenung jauh nampaknye

[
6.30 – rush back to Cititel, sebab Umi nak tukar bilik. Asalnya Umi menginap dengan PK sebuah sekolah yang umi tak berapa seronok sangat. Akhirnya setelah berbincang dengan urusetia umi dapat bilik kongsi dengan kerani sekolahnya. Nampak lega dan seronok lah umi. Iman menjadi pengiring setia. Ada yang ingatkan Iman ni cik gu sekolah RCMP.

“ Kolej perubatan pun ada kluster” – tegur seorang guru.

“ tak, ini anak saya “ jelas Umi.

Setelah umi settle dlm bilik barunya, kami pun bertolak balik ke Ipoh. Iman sempat merakamkan sunset dari jambatan PP.

caption id=”attachment_424″ align=”aligncenter” width=”300″ caption=”\’reverse sunset dari Iman”]'reverse sunset' dari Iman[/caption]

Small Island yg terbentuk hasil timbunan pasir akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang. Itulah harga sebuah pembangnan

Small Island yg terbentuk hasil timbunan pasir akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang. Itulah harga sebuah pembangnan

Singgah di Juru makan malam dan solat jamak magrib isyak. Boleh tahan gak bee hun sop kat R&R ni. From juru to Ipoh – hazim took over the driver seat. Tapi takleh nak tidur, dia ajak sembang lak.

We arraived Ipoh around 10pm. Iman sibuk nak siapkan barang-barang utk ke Lumut – menyertai team volleyball RCMP esoknya. Semuga berjaya. Untuk Umi selamat bertaklimat.

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

HARI BAPA, AYAH,DADDY,

Posted by ainolazhar on June 26, 2009

Semalam 21 june adalah hari bapa. Bagi teman tak ada apa yg nak dicelebratekan. Apa pun bapa adalah satu figure yang tersangat penting dalam se sebuah keluarga. Bapa adalah faktor pengimbang sebuah keluarga. Keharmonian dan kebahagian sesebuah keluarga amat bergantung kepada stabiliti dan peranan yang dimainkan oleh seorang bapa.

Apa pun teman terharu pagi ni, teman membuka email apabila mendapati satu email yang dihantar; satu klip video yang dimuat turun dari u tube. Di sini teman paparkan untuk tatapan kita bersama. Moga ada manafaatnya:

Sat tadi, semasa driving sempat mendengar kisah seorang ayah 81 tahun umurnya yg ditinggalkan oleh anak2nya. Beliau terpaksa membanting tulang empat kerat meneruskan kehidupan. Segmen di IKIM ini diakhiri dengan:

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

UiTM

Posted by ainolazhar on June 26, 2009

20 June 2009
9pg Teman dan sahabat teman adalah dua orang yang pertama tiba di meja pendaftaran Uitm Seri Iskandar.

“En Ainol dan En Aziz ya” – tengor penyambut tetamu yang duduk di meja pendaftaran.

“Ya”

“ Macamana kenal kami “ teman bertanya

“Dari gambar borang permohonan” jawab lelaki tersebut yang akhirnya kami diperkenalkann sebagai Wan.

Hebat wan ni, boleh ingat rupa dan nama sekali.

Hari ini adalah hari pendaftaran postgraduate student untuk EMBA dan DBA.
Setelah borang pendaftaran dan borang ahli perpustakaan di isi, kami pun dijemput minum pagi.

Itu saja. You can go home. We will brief you on the first day of lecture. For EMBA student, they will go for 2 days team building kat Lumut.

Kuliah akan mula pada 4 june ini. Ini bermakna:
– Banyak adjustment yg perlu dibuat
– Dah lama tak attend formal studi ni – ada coursework, exam etc.
– Kenduri kendara mungkin semua tak leh nak gi – yg pastinya 4hb June ni –sepupu umi kahwin, hazim kena drive. Teman dah kena attend 1st lecture
– Bulan Dec semester holiday. Jadi mungkin boleh ke Makassar dan Umrah.
– Program weekend – KBM dsbnya kena miss untuk 2 tahun ni. Yang tak boleh nak elak tu kena apa nak buat. Kena korban salah satu

2 tahun ( 4 semester ) full weekend lecture. Sem5 & 6 – 1 year full research work. Begitulah lebih kurang perancangannya. 3 tahun tak lama. Lagi pun anak2 teman akan semuanya habis grad by next year, insyaAllah.

Tak tahulah dah lewat umur ni boleh pakai tak memory disk teman ni. At least give a try. Nothing to loose. After all ; teman bukan boleh naik pangkat ke atau naik gaji. Kalu tak dapat 4 flat pun, 3.5 pun ok dah. Umi sudah tentu akan menjadi ‘peniup semangat’ macam bila buat MBA dulu. Maklumlah cikgu. Cikgu Akademik tingkatan 6 pulak tu. Jadi aura cik gu tetap ada bila berdepan dengan isu-isu pembelajaran ini.

Teman berdoa moga dipermudahkan Allah akan urusan teman dan ana manafaatnya pada ummah ini. Cadangnya nanti research teman dalam bidang yang ada kaitan dengan Islam. Asalnya nak buat research dalam bidang keusahawan, tapi was not offered kat Uitm Ipoh. Kalu nak kena gi Shah Alam. Too far, travelling time etc. Bidang yang ditawarkan di Ipoh only on Corporate Management. Tengoklah nanti. Moga di permudahkan Allah hendaknya. Amin.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Chicken Ala Carte

Posted by ainolazhar on June 15, 2009

Salam,

Teman menerima email dari seorang sahabat yang menghantar link di bawah: Sama-samalah kita saksikan. Samal-samalah kita menginsafi dan mensyukuri kurniaan nikmat Allah kepada kita. Umi gunakan klip vedeo ni sebagai intro PPnya untuk st udent Form Six di SMK Raja Permaisuri Bainun. Just to break the monotonous. Moga ada manafaatnya.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Chiprobay

Posted by ainolazhar on June 13, 2009

caption]ciprobayJumaat (12.06.2009) Lunch hour. After solat Jumaat.
Menu : Ikan masak singgang tumis, goreng udang bersalut.sayur kobis.
Alhamduillah inilah kali pertama dalam masa hampir 12 hari Ummi makan bertambah. Sebelum ni umi hanya makan buah, nasi bubur dan roti sahaja. Ya ummi demam teruk. Lain dari yang biasa. Biasanya umi deman hanya 3-4 hari. Lepas tu kebahlah. Ni hampir 12 haru baru kebah. Mulanya hari Isnin yang lepas.

Isnin (01.06.2009) Umi mula rasa demam selepas menziarahi mak lang yang baru baik demam. So teman agakkan demam biasa – jadi seperti biasa gi Farmasi Ikhwan – beli ubat demam dan batuk. Neuforen.

Selasa (02.06.2009) Umi masih meneruskan dengan ubat farmasi. Not much changes. Malam umi tak leh tidur lena. Dua tiga kali gak bangun. Akhirnya umi tidur kat ruang tamu rumah. Umi sesak nafas. Hazim pun bangkit. Sembang dengan Umi pukul 3pagi. Lepas tu Iman pun join in sekali. Sempat makan mee adabi goreng.

Orang sakit, orang lain yang kenyang makan

Orang sakit, orang lain yang kenyang makan[/

Rabu ( 03.06.2009) Teman ke KL. Tak boleh nak batalkan sebab dah janji lama dengan kawan. Ada pameran SMEDEC.

3pm dapat sms drp umi : Salam, Umi dah panas balik. I am trying not to sleep, nanti malam x tido. Kalu esok tak hilang demam mngkn pi klinik ambk antibiotic pulak.
4.43pm dapat sms dari Iman pulak : Salam ayah blek pkl bp?
Ngapa. Tak pernah lak teman di tanya balik pukul berapa bila outstation. Ni mesti serius ni. SMS iman masuk bertalu2:
Iman: Umi x kebah lagi.Mkin panas.Umi nk tgu ayah t0k p klinik.eman nk bwk tapi umi xmau.
Teman : pujuklah umi.
Iman : Dah puj0k.tp umi kate its 0k.umi tguu ayah,tp dot wory umi kate.dia bleh tahanTeman: makanlah ubat dulu
Iman : Dah mkn ubt dh.2 y umi s0h tgu dl5.30pm: Iman : Salam.ayah kat ne?Ai ni dah lain macam punya sms bunyinya. Teman sedang memandu di hiway terus menalipon Iman. Berdebar gak hati ini. Teman mintak Iman terus bawa umi ke klinik. Ini dah kes teruk.

6.30ptg teman sampai di rumah. Alhmad Umi baru balik dari klinik. Demam panas 39++ C. Dr dah bagi antibiotic.
Malamnya umi tak leh tidur lagi.

Khamis (04.06.2009 ) – Still on the medication.Demam mula kebah. Tapi selera makan udah hilang. Makan bubur aje. Buah dan sedikit roti. Perut mula meragam.Macam orang mengandung. Abdominal pain. Nausea. Pening masih berterusan. Sesak nafas. Malam tak leh tidur malam.

Jumaat (05.06.2009 ) Pagi lagi teman dah bawak umi jumpa Dr Tarizah/Murshid. Dr Tarizah bercuti. Dr Murshid cek. Temp 38C. Paru-paru sempit.Umi tak ada lelah sebelum ni.Bawak semua ubat2 dari klinik sebelum ni.Umi ambik Nebulizer dan Dr bagi ubat sesak nafas ( lelah ) Neulin.
Alhmd baru lega nafas.

12tgh – sedang baring di ruang tamu , dapat call dari Pak Su Idin. On d way to Ipoh. Nak singgah solat jumaat. Maka teman dan iman pun masaklah dengan tunggus lumusnye. Alhamd lepas solat Jumaat bolehlah makan dengan Pak Su Idin sekeluarga. Pukul 3 ptg mak su nor dan family sampai. Ptgnya mereka ke Taiping. Sepupu kawin. Kami tak ikut. Umi masih demam lagi.

Sabtu dan Ahad – Umi masih not much improvement. Selera makan pun tak ada, perut sakit dan mula muntah2.Kepala pening. Ahad tu sempat gak balik kg sat, hantar barang pada Mak Su Nor. Ptnya call kak long tapi umi buat macam suara orang sihat je. Tak nak bagi kak long risau pulak. Semua jemputan kenduri kahwin – put aside.

Isnin 8.06.2009 – last day makan ubat antibiotic. Deman dah kebah, tapi abdominal pain, headache dan lost of taste still there. Malamnya pening kepala. Something wrong ni. If by tomorrow tak baik gak, kenalah bawak ke Pantai pulak. Umi pun tak larat, baring je atas katil. Habis surat kabar di bacanya.

3 malam berturut turut teman solat hajat. Mohan di beri kesihatan pada isteri teman ni.

Then teman mintak Iman cek advest effect antibiotic dan ubat ashma umi. Chiprobay dan Neulin : Kesan sampingannya panjang: Antara lain: Neusea, abdominal pain, rashes, headeach, perversion of taste dll….Teman jumpa pharmacist. Dia kata Chiprobay ni untuk orang ICU. Dah tu pulak 500mg

Alahai – apo pulak Dr bagi yang ni. Terus teman carikan air kelapa untuk hilangkan kesan Chiprobay ni. It takes 2 days, b4 kesannya benar2 hilang. Itu pun umi takut nak makan lagi sebab takut muntah.

Rabu – balik dari ambik iman training dari stadium, keluar dari kereta :umi muntah teruk. Memang teruk habis. Habis buah anggur dan roti keluar. Nasi memang dah lama umi tak makan.Chiprobay dan neulin pun mungkin keluar sekali.

Khamis – alhmad getting better. Walaupun most of the time baring atas katil.
Jumaat – spt di atas.

Pengajarannya:
Alhmd ada hikmah disebalik kejadian diatas. Kesihatan adalah anugerah Allah yang amat berguna. Alhmd jugaklah umi sakit masa cuti sekolah. Jadi boleh rehat dan recover sepenuhnya.

2. Kesan sampingan ubat ni boleh menyebabkan sakit yang tak di undang. Jadi elok gaklah mintak 2nd opinion sebelum consume. Esp antibiotik.

So be carefull with Ciprobay. Mungkin lepas ni tak makan dah Ciprobay ni. Ciprobay oh Ciprobay.

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Umi, Ibu, Mama…..

Posted by ainolazhar on June 3, 2009

Ibu_Madrasah_Pertamaku_-_Cover_Depan

Teman pernah dijemput untuk menulis mengenai “Ibu Madrasah Pertama Hidupku “. Satu coretan pendek untuk dimuatkan dalam kompilasi buku bernama di atas. Tapi dengan tabah teman terpaksa menolak permintaan tersebut. Ibu teman telah pergi semasa teman berumur 18 bulan. Teman dibesarkan oleh nenek saudara teman, dikelilingi oleh kakak-kakak dan abang-abang teman.

Jadi tiada coretan yang dapat teman isikan bagi memenuhi permintaan tersebut. Alhamdulillah teman pasrah atas ketetapan Illahi. Ibu pergi buat selama-lamanya dalam usia yang masih muda. Itulah ketentuan Allah. Hidup ini hanya sementara sahaja.

Ketiadaan ibu/mak dalam hidup teman, menjadikan teman lebih cekal dalam menghadapi hidup. Tidak dinafikan dengan kurangnya belaian dan kasih sayang menjadikan teman agak kasar dan kurang sensitive dalam banyak perkara. Cumanya dengan pengalaman dan pergaulan yang meluas teman cuba memperbaiki kelemahan diri. Kadang-kadang tanpa sedar kekasaran dan kurang sensitive tidak dapat dielakkan.

So, bagi anak-anak yang masih punya ibu, hargailah ibu kalian. Ianya merupakan intan yang paling berharga di dunia ini. We only have one mother. The only mother. Kalu kakak, abang, – mungkin kita ada dua atau tiga. Kalu suami/isteri hanya kekal bila tak bercerai, kalu dah bercerai status pun jatuh. Tapi ibu/mak – tak ada pemutusnya. Ambil lah masa untuk ziarahi mereka, carilah masa untuk menghubungi mereka walau sibuk mana sekali pun.

Pernah teman mendengar dari seorang penceramah motivasi kisah bagaimana seorang anak yang membeli dan menjaga ayahnya yang sakit kencing manis. Hari-hari dibawa dan didukung ayahnya ke hospital untuk membersihkan dan mencuci kaki ayahnya. Walaupun beliau hanya merupakan seorang kontraktor kecil asalnya. Berkat baktinya beliau kepada ayahnya, alhmd Allah telah menambahkan rezekinya dan akhirnya menjadi seorang kontraktor yang berjaya.

Janganlah kita menjadi seperti cerita yang dipaparkan dalam u tube ini.

4th Mei 2009
11pm

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »