Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for October, 2009

Memohon Maaf dan Memberi Maaf

Posted by ainolazhar on October 28, 2009

Salam,

Semalam teman menerima satu sms mohon diberikan doa agar tidak membenci seseorang. Pelik gak permohonan ini. Teman jawab : Solat hajat dan doa banyak2. Specific doa kena cari dulu kalu ada. Kalu pengunjung blog ni ada doa yg khusus boleh lah berikan.

Apa pun dalam kehidupan ini kita bertemu dan akan bertemu dengan ramai orang, pelbagai perangai, ragam dan kelakuan. Ada yang mungkin cocok dengan kita, ada yang mungkin setengah cocok dan ada yang mungkin tidak cocok langsung. Sebab tu ada kawan, rakan, sahabat, teman – semuanya ada kategri masing-masing. Ada rakan sekadar gurauan dan masa ketawa shj, tak ramai rakan/sahabat yg boleh ketawa dan menangis bersama. Apa pun ianya bergantung pada tahap ukhwah antara kita. Bagi teman kayu ukurnya mudah. Kalu kita ingin mohon pertolongan ( besar atau kecil ) atau dalam kecemasan siapa agaknya yang akan kita talipon mohon bantuan? Terus terlintas dikepala kita siapakah orang itu. Itulah sebenarnya sahabat kita.

Bagi yang kurang atau tidak cocok dengan kita, kita jauhi dari mereka. Berkawan sekadar dan seperlunya aja. Jangan berlebihan. Kita mohon maaf dan kita berikan maaf pada mereka. Itulah kehidupan dunia. Hidup yang sementara. Tidak mungkin semua orang akan cocok dengan kita.

Teringat teman masa menyampaikan kuliah rumahtangga sakinah, rahmah dan mawaddah yang menjadi cita-cita dan keinginan semua yg telah dan akan mendirikan rumah tangga. Memohon maaf pada pasangan kita jika ada kesilapan dan kesalahan kita dan sebaliknya juga memberi maaf pada pasangan kita jika ada kesilapannya, samada di sengaja atau tidak sengaja. Tidak jatuh/hilang kejantanan kita kalu kita yang memberikan maaf. Malah hati akan rasa tenang kalu kita selalu memaafkan orang.

Pada pengirim sms, teman dedikasikan satu klip dari youtube yang teman temui semasa mencari bahan untuk tajuk rumah tangga bahagia. Perhatikan dan hayati bait2 yg tertulis. Sori dalam bahasa Inggeris. Nak buek camano, orang melayu maleh upload dlm utube. Teman paparkan 2 video clip yg hampir serupa. Relax ……….

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Cinta Sejati- KASIH PAK SUYATNO

Posted by ainolazhar on October 25, 2009

Asm,

Dalam teman menyediakan bahan untuk Daurah Keluarga Sakinah , Rahmah dan Mawaddah, teman bertemu akan satu kisah benar hidup manusia – Cinta Sejati  seorang suami buat isteri. Teman perturunkan di bawah ini semuga ada manafaatnya untuk yang telah dan akan mendirikan rumah tangga. Moga kalian mengambil pengajaran dari kisah ini.

KASIH PAK  SUYATNO

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.      
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun  melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…

Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit …  Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

 Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kenduri rumah P Long Bangi

Posted by ainolazhar on October 19, 2009

Alhamdulillah Pak Long Bangi – my eldest brother – dengan Mak Long akhirnya dipilih sebagai tetamu Allah pada tahun ini. So akhirnya kenduri membaca yasin dan doa selamat di adakan pada Sabtu lepas 17.11.2009. Teman pun tiada kelas. Jadi early in the morning – 7.15 kami pun bertolak ke Chemor dulu ambil Ra. Ra pun nak ikut sama sebab K Iman ade. Wrong timing. Iman has to follow us to KL. Baru balik cuti rehat hujung minggu dari Seberang Jaya.

Pak Long jemput adik beradik dan jiran2 sekitar rumahnya.Alhamd kami sampai Bangi dalam pukul 10.45pg. Majlis bermula lewat sikit. Jangkanya 11.00 pagi, tetapi memandangkan caterer lewat sampai, jadi mula lewat sikit. Apa pun alhamd semua berjalan lancar.

 

siap dengan boka sebelum balik. T Kasih tuan rumah

siap dengan boka sebelum balik. T Kasih tuan rumah

Hjh Mak Lang and her clan

Hjh Mak Lang and her clan

 

Rosli & Ida

Rosli & Iman & Ra

 

 

Pak Long - semuga mendapat hj mabrur

Pak Long - semuga mendapat hj mabrur

 

1.30 kenduri pun selesai. Kami mohon diri untuk beredar. Teman ada appointment dengan En Rohaimi – from Singapore. So kami pun cek in di Motel Lanai Bangi. Yang syoknya hotel ni bersebelahan dengan masjid. Jadi dapatlah teman solat berjemaah Subuh dan sempat dengar kuliah subuh.

 

Bagai langai Hotel ( Motel kot)

Bangi Lanai Hotel ( Motel kot)

 

 

Malamnya kami mengahadiri Malam Amal Nusantara, anjuran JIM bagi mengutip dana bagi membantu kesengsaraan rakyat di sekitar Nusantara.

 

Malam Amal Nusantar

Malam Amal Nusantara

 

 

Anak Nusantara - Vietnam, Aceh dan Selatan Thai

Anak2 Nusantara - Vietnam, Aceh dan Selatan Thai

 

Ahad – check out awal – Ziarah Mak Lang di Cheras. Breakfast – beehoon goreng d rumah Mak Lang. Lepas tu gi rumah Pak Dak di Pandan sebelum bertolak balik Ipoh, direct to Chemor hantar Ra. Arrived home around 4pm. Malamnya hantar Iman balik ke Medan Gopeng – to Seberang Jaya. Lepas tu kami pekena chapati le.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

SELAMAT BERANGKAT MENASIK HAJI SAHABAT2 KU

Posted by ainolazhar on October 19, 2009

Khamis malam jumaat lepas kami bersama-sama berbuka puasa sunat meraikan permusafiran seramai 7 pasangan yang akan menasik haji di Mekkah dan ziarah Madinah. Alhamd hampir kesemua yang diraikan hadir dalam majlis tersebut. Selepas solat magrib sempat kami bersolat hajat memohon dilindungi permusafiran sahabat2 ini dan keselamatan bagi ahli keluarga, anak-anak yang ditinggalkan.

masjid haram

Teman diminta untuk menyampaikan sedikit perkongsian pengalaman menasik haji beberapa tahun lalu. Terasa kerinduan di hati untuk kembali ke Mekkah dan menziarahi maqam Nabi Muhammad saw dan para syuhada’ di Baqiq. Itulah kekuatan dan tarikan kedua-dua tempat istemewa dan penuh bersejarah dan berkah ini. Termakbullah doa Nabi Ibrahim tatkala mendirikan rumah Allah ini.

Sempat teman pesan pada mereka agar mendoakan sahabat2 yang lain agar dilain tahun menjadi tetamu Allah pula insyaAllah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Keluarga Sakinah wa Rahmah 1

Posted by ainolazhar on October 12, 2009

Talipon teman berdering. Terpapar nama Ust Zul Ahmad

 “ Asalamualaikum, ust “ teman memulakan bicara.

“Waalaikumusalam, tengah sembahyang ke” jawab Ust.

“ Baru lepas” ( kalu tengah sembahyang macamna nak jawab pulak call ni )

 “ Sheikh, nak mintak anta tolong sampaikan kuliah keluarga bahagia, untuk cikgu sekolah”

“ Ust, manalah ana tahu nak bagi ceramah ni, carilah orang lain” jawab teman.

“ Alah, anta boleh, lagi pun anta…………..”

“ Kalu gitu, inysaAllah ana cubalah ust” jawab teman akhirnya bersetuju dengan permintaan beliau.

So dalam mencari bahan2 untuk kuliah di atas yang dijangkakan pada 19/10 ni, teman menemui beberapa bahan menarik untuk di kongsi bersama. Di sini diperturunkan sebahagian daripadanya. InsyaAllah bila dah siap kesemua bahan akan teman kongsi bersama di blog ini insyaAllah.

kad kahwin

Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…

Satu permulaan kepada halatuju yang utama. Memetik petikan buku Ruqayya Waris Maqsood yang membawa maksud yang sama:-

“But marriage is also a most demanding training ground of faith. By claiming it to be `half the religion’ the Blessed Prophet was not making an idle statement. When a human couple strive hard to get their marriage and family right in the eyes of God, they are indeed well on the road to Paradise.”

Ya, ia medan berjuang. Medan menguji iman. Medan bahagia dan mungkin derita. Iman, usaha, syukur dan penyerahan pada Allah kayu ukurnya. Sifirnya mudah, namun payah untuk melaksankannya. Pada suami ada tanggungjawab. Ada bebanan. Jika mereka cuai, mereka akan dihisab. Pada isteri, ada tuntutan syukur dan sabar. Ada tuntutan sifat qanaah. Kedua saling membutuhkan dan melengkapi. Saling menyempurnakan. Suami seorang manusia. Punya kekurangan. Kita apatah lagi. Kelemahan yang tidak terkira banyaknya.

“Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ (Lukman :12)

keluarga bahagiaDalam tulisan Imam Al-Ghazali  Kimmiyah As-Sa’adah atau The Alchemy of Happiness ada menyentuh tentang duduk letaknya perkahwinan adakah menyebabkan dekatnya atau jauhnya seseorang kepada Allah. Menariknya, dalam buku ini, Imam Al-Ghazali menyentuh sisi positif dan negatif tentang kesan perkahwinan dalam proses sesorang hamba mengenal Allah. Perkara yang sama selalu kami suami isteri bincangkan adalah di antara kesan perkahwinan itu tetap sahaja boleh membawa kelalaian ataupun menjadi punca ibadah bagi seseorang hamba. Seperti yang diperbahaskan oleh sekian ulama’ kita di antaranya Imam Ghazali dalam buku di atas.

Imam Ghazali menceritakan:-

“Melalui perkahwinan setiap pasangan akan berasa ketenangan dan ketenteraman. Duduk bersama dan memperlakukan isteri dengan baik merupakan perbuatan yang memberi kita rasa santai setelah melakukan tugas-tugas keagamaan. Dan, setelah itu kita bisa kembali beribadah dengan semangat baru.Itu yang dilakukan oleh Nabi saw ketika menerima beban wahyu yang berat, Baginda menyentuh Aisyah r.a dan bersabda:

” Bicaralah kepadaku wahai Aisyah, bicaralah!”.

Baginda saw sendiri menyedari bahawa sentuhan kemanusiaan akan memberi semangat dan kekuatan  untuk menerima wahyu-wahyu baru.

Begitu juga Abu Sulaiman berkata:

“Isteri yang baik tidak hanya menjadi Rahmat di dunia ini, tetapi juga di akhirat, kerana ia memberikan waktu lapang kepada suaminya untuk memikirkan akhirat.”

 Kita bagaimana ya????

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

quality time

Posted by ainolazhar on October 11, 2009

Asm,

12.10.2009

Lama tak update blog ni. Minggu lepas penuh dengan jamuan raya, doa selamat kenduri nak gi haji dan teman menduduki exam paper Economic Analysis. Alhamduillah sempat jugak sepanjang bulan raya melayu ni menziarahi rumah ahli-ahli qariah surau – samada yang menjemput secara resmi atau tidak.

 Alhamd tahun ni tercapai jugak hajat teman menjemput semua ahli qariah beraya di rumah. Penuh rumah. Hampir 40 orang mai. InsyaALlah kalu panjang umur akan teman jemput setiap syawal.

Kawan2? Kalu tak jemput tak mai. Sibuk agaknya. Amalan ziarah ni dah tak menjadi satu amalan lagi dah. Masing-masing dengan hal masing2. Di mana silapnya?.

 Semalam (11/1002009) telah berlalu PR Kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan – tempat lahir teman. Orang BP ini nampaknya masih pekat birunya, susah nak berubah dan di ubah. Isa Samad yang dah sabit kesalahan rasuahnya dan digantung keahlian umnonya telah menang dengan majority yang besar dan bertambah. Ini bermakna rakyat BP menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka. Mungkin mereka juga telah mendapat habuan masing-masing. Mungkinkah Isa Samad akan kembali semula membina empayar politiknya? Setidak-tidaknya di N9.

Umumnya bukan nak kata, tapi orang N9 ni kurang sikit agamanya – jangan marah. Ini pandangan peribadi teman yang dilahirkan dan dibesarkan di N9. Kurangnya – ( di baca tiadanya ) pondok2 pengajian agama begitu ketara di N9 jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Sebenarnya pondok2 pengajian ini penting demi menyerapkan kesedaran agama dan roh agama di kalangan penduduk setempat.

 Semalam Ahad- 11/10/2009

Seawal 8.45pg teman dah keluar menumpang kereta menuju ke UiTM Perak. Ada exam Economic Analysis.

 Setelah habis menulis, teman pun submitlah paper exam –  at 2.00pm. Arrive home 2.30 – lunch dengan Umi dan Hazim. Hazim balik sat rumah tumpang Saipol. Arrive petang Sabtu. Teman tak sempat jumpa Hazim semalam sebab teman sampai rumah dlm pukul 7.00 mlm ( last class economic analysis ).

Malamnya teman menghadiri jamuan raya surau seri ampang b. Tak sempat jumpa  hazim sebab dia dah g rumah saipol –jamuan raya. So hari ni sempatlah sembang2 sat dengan hazim sebelum beliau balik ke UIA dalam 3.30ptg. Hanya 1 hour je sempat jumpa. Harap2nya quality time.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Hakikat Kehidupan.

Posted by ainolazhar on October 2, 2009

Asm,

Dalam minggu ini dalam mailinglist yang teman subscribe, 2 berita kematian teman terima. Seorang isteri kepada kenalan teman yang menetap di Terangganu dan seorang lagi anak sahabat teman di KL. Anaknya yang baru berumur dalam 20an, sama-sama bermain bola di sekolah hidayah satu masa dahulu. Kedua-duanya mengidap kanser. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Di akhir Ramadhan yang lalu, seorang ahli qariah teman meninggal lepas solat subuh.  Semuanya ketentuan Illahi.

Semalam terima email dari Dr HMN menceritakan pengalaman beliau mengenai   rakan beliau yg sama-sama menghadiri sesi dialisis. Kematian yang akan dirasai oleh semua insan, makhluk yang bernyawa. Itulah hakikat kehidupan. Teman titipkan semula email dari Dr HMN semuga ada manafaatnya bagi pengunjung blog ini.

Assalamualaikum,

Hari rabu, semalam sebaik sampai dipusat haemodyalisis di Hospital serdang dan membuat persiapan untuk cuci darah, salah seorang staff nurse memanggil saya beritahu En Khalil (yang sama dialysis) telah meninggal hari isnin lepas. En Khalil yang sudah lama menjalani haemodyalisis nampak begitu uzur dan baru sahaja keluar ward. Badannya susut. Hari isnin hari tu sempat saya jumpa beliau dan bersalaman Hari Raya. Nurse mengatakan bahawa selepas cuci darah hari isnin lepas dia pulang dengan keadaan senyum. Lebih kurang pukul 6 keluarga menalipon dari rumah yang En Khalil telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Ini adalah kematian yang ke 4 (kalau tak silap) pesakit haemodyalisis yang saing dengan saya.

our final destination

our final destination

hakikat kehidupan

hakikat kehidupan

Sejak akhir ini ramai dari kita yang mengalami kematian ahli keluarga (antaranya akh Muhammad Tunggul, ukth Kamariah Tomiran, akh KZ, akhi Khairuddin dll). Semua ini adalah satu isyarat jelas bahawa kematian adalah suatu yang sangat dekat dengan kita. Semuga kita meneruskan hidup kita dengan sentiasa mengingati hakikat kematian yang boleh datang pada bila-bila masa.

Kebetulan, ana sedang menulis tentang Masyarakat Sulu dan jihad melawan Sepanyol. Di bawah ana kongsikan pandangan hidup masyarakat Sulu (Tausug) tentang kematian sehingga menjadikan mereka umat pemberani. “Berdasarkan kepada sumber-sumber lisan ini, seseorang boleh membentuk kefahaman terhadap pandangan hidup worldview masyarakat Tausug mengenai hidup dan mati. Falsafah hidup ini membentuk sifat-sifat berani pada masyarakat Tausug baik dalam soal bergelut mencari penghidupan mahupun ketika berdepan dengan musuh. Bagi masyarakat Tausug kematian hanyalah sebuah pintu untuk memasuki fasa kehidupan seterusnya (dari alam fana’ ke alam baqa’). Oleh kerana kematian pasti ditempuhi oleh setiap insan, maka ia tidak wajar ditakuti, meskipun seseorang itu berusaha untuk mengelaknya (berikhtiar mengubati penyakit sebagai contoh – pen.) demi untuk memenuhi matlamat hidup di atas muka bumi.

 Walaubagaimanapun, apabila tiba saat kematian, ia perlu diterima dengan pasrah dan sebaiknya seseorang itu mati pada jalan sabilillah. Natijahnya bagaimana seorang itu mati yang menjadi perhitungan, bukan kematian itu sendiri. Kematian di atas jalan yang mulia ini akan memberi manfaat kepada si mati di alam akhirat, bahkan kaum-kerabat yang ditinggalkan di pandang mulia oleh masyarakat Tausug. Oleh itu orang Tausug tidak menghitungkan sangat nyawa musuh bahkan nyawa sendiri di dalam perang sabil dan ini menjelaskan mengapa konflik bersenjata dengan penjajah Sepanyol berpanjangan, sengit dan memakan korban yang besar. Dari tradisi lisan ini juga seseorang dapat memahami bahawa kaum Tausug tidak mengukur kemenangan dengan kejayaan seseorang membunuh musuhnya di medan perang, tetapi bagaimana ia mempamerkan ketangkasannya.

Seseorang yang melarikan diri dari medan perang adalah dibenci, meskipun dia bersalah atau berada di pihak musuh. Peribahasa Tausug, ‘marayaw pa mutih in bukug, ayaw mutih in tikud-tikud’ yang bermaksud adalah lebih baik melihat putihnya tulang dari melihat tumit bertukar puteh bermakna adalah lebih baik seseorang itu tercedera atau terbunuh dari melarikan diri dari medan perang. Kerana itulah pahlawan-pahlawan Tausug dengan penuh keberanian melawan musuh mereka meskipun hanya bersenjatakan keris dan kampilan bergantung kepada ketangkasan diri dalam bertarung, tanpa menghitung soal strategi dan taktik. Natijahnya ribuan pahlawan Tausug menemui syahid pada zaman penjajahan Sepanyol dan pendudukan Amerika Syarikat.” Semuga bermanfaat sebagai ubat hati mengelak ‘hati menjadi mati’

Hafidzi MN

Posted in Uncategorized | 1 Comment »