Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for December, 2009

Tidur dan jaulah ke Indon

Posted by ainolazhar on December 31, 2009

Bismillah, Salam.

 Udah dua malam berturut-turut teman tidur lewat. Hampir 1 pagi baru tiduq. Pening masih dirasakan. Itulah kesan pada mereka yang mengidap darah tinggi. Lewat tidur – kesannya memang dirasakan. Nak recover dari ketidak cukupan tidur memerlukan masa yang agak lama. Sebab itu Allah jadikan malam itu untuk tidur dan siang itu untuk bekerja dan berusaha. Nilai tidur di waktu malam tak sama dengan nilaian tidur di waktu siang. Maksudnya kalu kita kurang 1 jam tidur di waktu malam, tak sama jika ganti 1 jam di siang hari. Biasanya kita memerlukan lebih jam bagi mengantikan jam yang kurang di malam hari.

 Kadang-kadang teman hairan tengok anak2 muda yang berjaga di malam hari dan tidur di siang hari. Dari segi kesihatannya memang tidak baik dan boleh menggangu kesihatan diri seseorang. Ianya bertentangan dengan fitrah kejadian alam dan manusia. Sekali lagi teman tegaskan : malam dijadikan Allah untuk rehat dan siang dijadikan untuk manusia bekerja dan berusaha.

Malam pertama tidur lewat sebab tunggu K Long balik dari KL, selepas landing dari Makassar. Malam kedua ada meeting macam biasa. Besok hari Jumaat tahun baru 2010. Cepatnya masa berlalu. Esok anak abang teman yang sulung akan melangsungkan perkahwinannya. InsyAllah teman akan berangkat ke KL bagi meraikan perkahwinan anak sulungnya. Kak Long demam dan batuk selepas balik dari Makassar , jadi esok mungkin lewat ke KL.InsyAllah lepas solat Jumaat.

JAULAH INDON.

Alhamduillah bila K Long balik baru dapat tumbdrive photo2 yg sempat dirakamkan masa jaulah Indon. Apapun alhamdulilah masing2 punya pengalaman dan konklusi tersendiri. Bak kata Hazim : It is an experience.full stop. For me it is a great experience. Yg paling menyeronokkan : dapat bersama keluarga dalam jangka masa yang panjang – exploring new adventure for the past six days – we stayed and travelled togather.

Kaklong has been a great tuan rumah. Try to ensure keselesaan bagi kami semua. Tapi kami pun faham, when you are travelling the routine change. So bila semua ini dilekatkan dalam benak pemikiran, masalah2 perjalanan dijadikan rempah ratus hidup, kalu tidak you will be stressed. Alhamdulillah semua memahami hakikat ini dan jaulah ini menjadi lebih seronok dan menenangkan. We spend a lot of our time together as a family member. It strenngten our bond and relationship. Sharing experiences and opinions, jokes and the wonder of life. Anak2 yang dah menjangkau umur 2o tahun ++, lebih mudah untuk berinteraksi dan berbincang dalam banyak hal dan perkara.

dah cek in di LCCT. Iman mana? Ayah - camareman

ruang menunggu LCCT

akhirnya 10.30pm arrived at Bandarudara Bandung - tired. Enroute to makassar. Waiting for supir.

b fast di Hotel Chihampelas 2 – hari2 makan nasi goreng

tangkuban parahu - tinggalan gunung berapi.aktif sekitar tahun 60an

 

warung2 tolak yg banyak di sepanjang jalan

 

institut teknologi bandung - farmasi dept

pantai inul jakarta - odw to makassar

flight delay - jakarta ->makasar. waiting lounge

 Akhirnya kami sampai juga di bumi Makassar – 12.ootgh malam. Bumi dimana Kak Long dah duduk selama 5 tahun. Next daynya Kak Long sibuk attend rehearselnya. Kami berehat shj di hotel. Badan memang dah letih. Malamnya hanya keluar makan seafood. Murah gak di Makkasar ni. Makan 6 orang cuma RP115,000.00, dalam Rm60. Mana nak dapat di Malaysia – makan 3 ekor ikan bakar, sotong goreng dan udang masak sambal dan sayur kangkung. Hujan lebat.

Esoknya, majlis angkat sumpah. So this is the day.

dewan majlis angkat sumpah. b4 majlis bermula

 

 Semasa nama Dr Kawtsar Ainul Azhar disebut oleh MC, teman melihat Umi menitiskan air mata. Air mata kesyukuran seorang ibu atas kejayaan anak sulungnya. Alahmdulillah tercapai cita-cita Umi. Umilah pendorong kuat atas kejayaan Kak Long merantau di bumi nusantara. Air mata kepuasan dan air mata keheningan. Sukar teman gambarkan perasaan di kala itu. Alhamdulillah.

my name never got the right spelling - Ainul?

famili photo dalam dewan

tahniah Kak Long for being top 5. Semuga kejayaan mu mendorong adik2 dan generasi mendatang. Tugas besar menantimu. Masyarakat memerlukan khidmatmu

kenangan bersama d bumi makassar

dipendekkan cerita, esoknya kami pun bertolak balik ke LCCT. Kak Long tinggal di Makassar until 28th Dec 2009

Akhirnya : Home sweet home dan tak dinafikan Malaysia still the best place to live.

Posted in Uncategorized | 6 Comments »

Tips Untuk Majlis Perkahwinan – Menyambut Rombongan Pengantin

Posted by ainolazhar on December 21, 2009

Bissmillah

Salam,                                                                                                    

Cuti ni memang banyak teman terima jemputan kahwin, samada menyertai rombongan pengantin ( orang N9 sebut – menyalang ) mahupun menunaikan jemputan majlis perkahwinan anak kawan-kawan dan rakan-rakan. Teman dan keluarga alhamduillah selamat sampai dari pemusafiran selama 6 hari di bumi Indonesia lewat jam 2pagi Sabtu 19hb Dec. Alhamdulillah home sweet home. InsyaAllah dikesempatan yang lain teman akan coretkan sedikit kisah di sebalik jaulah ke Makasar ini.

Selepas solat subuh, teman sambung sikit lagi tidur. Maklumlah orang darah tinggi ni tak leh tidur lewat. Peningnya dua tiga hari baru boleh recover. Jam delapan bangun dan breakfast. Lepas tu g ofis nak bereskan kerja2 yg dah tertunggak selama 6 hari.  Hari ni ada 3 jemputan kenduri kahwin. Maklumlah musim cuti sekolah.

Jam 11 pagi Umi talipon memberitahu untuk menyertai rombongan pengantin lelaki anak kawan teman. So nampak gayanya hanya dapat menghadiri satu majlis shj. Almost impossible to attend the other two majlis.

Apapun akhirnya kami rombongan lelaki pun sampailah dirumah pengantin perempuan. From my observation eloklah tip2 di bawah ni diguna pakai bagi pihak tuan rumah dalam menyambut rombongan pengantin samada lelaki atau perempuan:

1. Pastikan jumlah bilangan yang hadir. Ini akan memudahkan banyak masalah logistik spt parkir, door gift, dsbnya.     

2. Pastikan meja/kerusi makan di sediakan secukupnya untuk pihak rombongan – sebab itu bilangan yg akan hadir perlu diketahui terlebih dahulu.

3. Hantar wakil untuk menyambut rombongan secara rasmi. Jangan di biarkan mereka berdiri tak tentu hala.

4.Biasanya kalu ada majlis di dalam rumah, sudah tentu ruangan di dalam tidak mencukupi. So jemputlah mereka yang berdiri diluar pintu ke, luar rumah ke untuk duduk di kerusi makan. Beri mereka minuman.

5. Pastikan semua ahli rombongan dapat makan.

6. Layan mereka dan pastikan lauk cukup, nasi ditambah.

7.Tuan rumah sapa-sapalah ahli rombongan. Barulah boleh terjalin akrab kekeluargaan.

Waalhualam, mungkin banyak tip2 lain lagi. Tapi kalu dapat melaksanakan tip2 di atas, insyAllah ahli rombongan pengantin akan mengingati majlis tersebut .

Moga ada manafaatnya bagi mereka yang akan mengadakan majlis perkahwinan.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Noktah kehidupan

Posted by ainolazhar on December 11, 2009

Bismillah, Salam, Banyak perkara yang berlaku sepanjang 3minggu tak update blog ni. Tak sempat nak update. Ni pun curi-curi masa, kalu tak nanti berkarat.

CUTI SEMESTER 1.

Sebagai mahasiswa tua, kami pun ada cuti semester. Lecture will start again on the 9th January 2010. On the last class, we have our final exam. Case studies. Mula-mula tu slow sikit nak jawab soalan, almaklum CPU dah lama, but once you are on the track, the race seemed unstoppable. Seronok gak menulis dalam pressure.

On the last note, Dr Norlida sempat berpesan: “Don’t forget to come back again in January 2010. Orang kampong dah tahu, malu kita kalu tak sambung” This is the normal finishing touch by Dr Norlida. For me, formal learning at this age – meniti 50an, is quite interesting. Fullfilling. At least your CPU start working and cracking. Pesan Dr Norlida lagi – masa cuti tu cari-carilah bahan yang sesuai dan fikir2kanlah research area. Ni yang susah. Macam budak2 U yang lain, cuti memang cuti habis. Teman bukan relax habisan2, tapi terpaksa mengisi dengan banyak perkara yang tertangguh. One semester consist of 3 months lecture – all over the weekend. Alhmad with this semester break – than only you can appreciate the weekend. Itu pun dah penuh dengan macam2 aktivities – kenduri kahwin dsbnya.

PPN.

Alhamduillah PPN selamat berlangsung di KISDAR, Kuala Kangsar. Walaupun teman tak sesibuk kawan2 urusetia lain, tapi PPN ini banyak nostalgianya. PPN bakal meningalkan sejarahnya sendiri. Apapun syabas pada team Perak kerana menunjukkan komitment yang tinggi menjadi penganjur dan urusetia kepada satu perhimpunan penting para pendokong dakwah di jalan Allah. Last nite katamlah postmortem. Segala pengalaman dan pengajaran dikongsi bersama.

 Anacdotes PPN 1.

Seorang pembahas wanita Ustazah M mengatakan dia mahu berjiran dengan Hj F . isterinya Dr R dalam syurga nanti. Mudah-mudahan doanya dimakmulkan Allah. Ustazah M dalam keadaan 3rd stage cancer, nampak letih dan ucapannya tersekat-sekat.

Selesai PPN, Umi tanya “ kenapa Ustazah M mahukan Hj F dan isterinya Dr R sebagai jiran di syurga nanti?’

Teman jawab : “Mungkin mereka kawan rapat kot ”

Umi “ Itu satu kemungkinan, tapi mungkin ada sebab lain”

Teman “ Tak tahu lak kalu ada sebab lain”

Umi “ Ayh tahu tak Hj F tu dah kawin seorang lagi?

Teman “ Tahu” Umi “ ayah kenal ke Hj F “

Teman “ Kenal, tapi dia mungkin tak kenal ayah. Macam ayah kenal Pak Lah. Ayah kenal Pak Lah, tapi off course Pak Lah tak kenal ayah”

 Umi “ Ayh tahu ke Hj F tu kawin lain”

Teman “tahu’

Umi “ Kenapa tak bagi tahu umi”

Teman “ Well, for me it is not a news, biasalah perjalanan hidup orang lelaki.”

Ni dah keluar topic perbincangan.

Apa pun teman akhiri dialog dengan umi dengan mengatakan: “ Esok di syurga, teman mahukan umi menjadi ketua bidadari , di samping teman”  Moga dimakbulkan Allah.

Amin ya rab.

(nanti kalu ada kelapangan teman akan upload gambar PPN )

MAKASSAR.

Lepas habis PPN, teman bercadang nak ke Makassar. Majlis Konvo Kak Long. Alhamduillah, after 5 years of studies finally habis gak Kak Long belajar according to the schedule. Selamat memasuki alam pekerjaan. Alam yang tak sama dengan alam pembelajaran. That’s life. But for Kak Long – learning process should and will be continued from time to time. To be a good doc you need to learn, relearn and upgrade your knowledge. Don’t stop. Go to the next step – specialist – as young as possible. InsyaAllah umur panjang next topic will be ‘Jaulah ke Makkasar’

Posted in Uncategorized | 4 Comments »