Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for January, 2010

ABOUT WIFE

Posted by ainolazhar on January 20, 2010

Bismillah,

Teman just received an email below from a friend. Interesting one, so why not share with you all. Cheers

Bagi yg dah lama mahupun baru menjadi wife, janganlah hendaknya termasuk dalam golongan di bawah.

When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.

 David Bissonette

 

After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can’t face each other, but still they stay together.

Sacha Guitry

 

By all means marry. If you get a good wife, you’ll be happy. If you get a bad one, you’ll become a philosopher.
Socrates

 

Woman inspires us to great things, and prevents us from achieving them.

Anonymous

 

 

The great question… which I have not been able to answer… is, ‘What does a woman want?

Dumas

 

 

I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me.

Sigmund Freud

 

‘Some people ask the secret of our long marriage. We take time to go to a restaurant two times a week. A little candlelight, dinner, soft music and dancing. She goes Tuesdays, I go Fridays.’

Anonymous

 

‘There’s a way of transferring funds that is even faster than electronic banking. It’s called marriage.’

Sam Kinison

 

‘I’ve had bad luck with both my wives. The first one left me, and the second one didn’t.’

James Holt McGavra

 

Two secrets to keep your marriage brimming
1. Whenever you’re wrong, admit it,
2. Whenever you’re right, shut up.

Patrick Murra

 

The most effective way to remember your wife’s birthday is to forget it once….

Nash

 

You know what I did before I married? Anything I wanted to.

Anonymous

 

My wife and I were happy for twenty years Then we met.

Henny Youngman

 

A good wife always forgives her husband when she’s wrong.

  

Rodney Dangerfield

 

A man inserted an ‘ad’ in the classifieds: ‘Wife wanted’. Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: ‘You can have mine’

Anonymous

 

First Guy (proudly): ‘My wife’s an angel!’
Second Guy: ‘You’re lucky, mine’s still alive.’

Anonymous

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Grammatical Error and Spelling Mistakes

Posted by ainolazhar on January 19, 2010

Bismillah,

Well, dlm blog memang begitulah adatnya. Biasanya orang yang menulis tak edit semula. Kalu edit balik pun tak perasan. Sebab itu adanya editor. Tugasnya mengedit.  Bila cikgu baca, memang banyaklah kesilapan ejaan dan grammernya. Oleh itu blog bukanlah tempat yang terbaik dan sesuai bagi para pelajar memperbaiki mutu bahasa mereka.

Teman yang dah lama tinggalkan dunia penulisan ni nak kena banyak belajor. Bila Umi komen pasai banyak spelling dan grammer mistakes dalam 2010, teman edit semula. Thanks umi for the comment. Mintak Umi cek balik dan perbetulkan mana yang silap. Kalu tidak kesilapan akan berterusan tanpa disedari. Itulah tugasnya sebagai seorang guru bahasa. Kadang2 rasa takut gak nak tulis dlm bahasa Inggeris sebab ada gak guru2 bahasa Inggeris yg sudi menjenguk blog teman ni. Apa pun learning is a continous process. Bak kata orang tue-tue – belajarlah hingga ke liang lahat.

Teman teringat akan cerita seorang ulamak ( nama dah lupe ) yg tak sempat nak makan sebab takut rugi masa mencari ilmu. Dia merasakan betapa ruginya masa berlalu kalu tidak di isi dengan ilmu agama. Beberapa saat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya sempat beliau memberi fatwa demi untuk menyelamatkan ummah ini dari api neraka. Kita bagaimana ya?

Apa pun bagi mengelakkan brain death teman akan terus menulis dan mengetuk kekunci lap top ni. Terutamanya di usia meniti 50an ni. Mak ai, dah lanjut umur teman. Blog yg teman bina hampir 3 tahun lepas akan menjadi kenangan dan ingatan bagi generasi teman, so that cucu cicit teman tahu akan asal usul mereka. Itulah asalnya tujuan penulisan blog ini. Sedar tak sedar dah lebih 50 penulisan yang telah teman muatkan dalam blog ini. Banyak yg ingin ditulis, tapi tak semua yg boleh di publish.

Let the andrelin flow. For me, writing is a form of releasing your tension and stress.

Cheers. Isnin 20/1/2010. 7.15am

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

2010

Posted by ainolazhar on January 19, 2010

Bismillah.

Sedar tak sedar dah hampir 19 hari kita di tahun 2010. Tahun 2009 telah kita tinggalkan. Cepatnya masa berlalu. Sekolah dah mula 2 minggu lepas, ni dah masuk minggu yang ketiga. Umi dah memulakan routinenya seperti biasa selepas hampir sebulan bercuti. Itulah kehidupan. Iman ( Eman) dah 2 minggu menyambung training modulenya di Hosp Seberang Jaya. Kak Long dah hampir 3 minggu bercuti sementara menunggu posting ( tapi blognya masih bersawang ). Ada masa tu bawak2 lah menulis. Kalu dalam masa 3 bulan sebelum posting boleh kumpul semua peristiwa dan kesah masa klinikal tu kan bagus. Nanti boleh publish. Hazim dah masuk final final sem balik di UIA.

Teman dah sambung kuliah. Masuk semester 2. Alhamdulillah all the 14 of us managed to come back. Survived. Subject : Organizational Design.Lecturer: PM Dr Roshidi – yg menghabiskan thesisnya Phd dalam masa 2 tahun. [British call it Thesis, American call it dissertation ] Mak oi terrornya. Dia pun anggap kami ni pun terror macam dia. 4 assignments nak kena buat sepanjang coursenya selama 1 ½ bulan ni. Ini yang sedang memeningkan teman.

So Doc what is the secret?.

He said : Simple. Just keep this 3 simple practices:

P : Planning. Plan your study. Divide your time – study, family and other chores. Plan your meeting with your supervisor, plan your study schedule.

 H : Hardworking. No doubt. What ever you want to do – must be hardwork. That’s the rule of the game. To be successful –kena kerja kuat. Gigih dan cekal. Biasanya orang jawa yang rajin. Tabik spring pada orang jawa. Dalam kelas teman ada 2 orang jawa – adik beradik. Seorang tinggal di Manjong dan seorang lagi di UiTM Kedah. Berulang setiap kali ada kuliah. Teman tak masuk dalam golongan orang Jawa. Keturunan teman ni mungkin, ya mungkin dari sebelah atas Siam, Champa hingga ke China. Besar kawasan jajahannya. Definitely not Jawas.

 D : Doa. The most important part. Bila dah usaha, kita doa dan serahkan pada Allah. Dialah penentu segala-galanya.

“What make you continue your study” asked Dr R semasa sesi berkenalan selepas teman memperkenalkan serba sedikit latarbelakang teman.

“Well, my children almost finishing their studies. They are in their final year” jawab teman secara bersahaja.

“ Oh, self actualization” commented the Doc.

“ Not actually, it is interesting to be in the academic world , what I mean to learn something formally   after so many years leaving the formal education”.. lebih kurang gitulah teman berdailog.

Diam tak diam, Hazim akan menghabiskan first degreenya InysAllah dalam bulan August, Iman dalam bulan May akan habislah practical trainingnya. Terlalu cepat masa berlalu. Probably for year 2010, the most significantt event that I am looking forward adalah hari graduasi anak2 teman dua orang ni, InysaAllah. Disamping rancangan teman jika di izinkan Allah untuk menunaikan umrah dalam bulan Mei ini, InsyaAllah.

After that both of you will be in the job market. Searching and applying for  work placement. Off course masa kerja tak sama masa belajar. What you learn during your U time is only 30-40% applicable, the rest is the soft skill that you need to acquire and develop in order to survive. Human relation, leadership skill, attitude, team work is what make you successful or not especially in the corporate and private sector.

Inilah yang teman tekankan semasa menjadi part time lecturer di UTP few years back. What you learn formally is a foundation towards a better future, but the rest depand on other soft skills.

After that teman kena tunaikan janji teman pada anak teman : A Hazim. Rasanya langkah bendoilah. Don’t worry. Janji tetap janji. Probably another significant event.

Lunch Break.Tuesday.19/01/2010

Posted in Uncategorized | 11 Comments »

Selamat Melayari Bahtera Kehidupan- Siti Fatehah dan Suami

Posted by ainolazhar on January 6, 2010

Salam,

Bismillah.

 Kami memulakan perjalanan ke KL selepas solat Jumaat 1/1/2010. Asalnya kami merancang untuk bertolak seawal pagi, tapi memandangkan K Long tak berapa sihat dan teman ada mesyuarat di pagi nya, maka niat bertolak seawal pagi bagi menyempatkan untuk hadir di majlis akada nikah terpaksa dibatalkan.

 Apa pun perjalanan dari Ipoh ke Saujana Impian Sungai Buluh terasa sengkat. Why? Kami ditemani Mak Su Nor, Khalidah dan 2 orang hero. Dah lama tak travelling dengan anak2 kecil yg telah sempurna tidurnya di siang hari. Apa lagi ruang kereta yang sempit menjadi tempat gurauan hero2 ni. Tanpa disedari kami dah sampai di Ulu Bernam Selepas menunaikan solat asar kami pun minum petang bagi mengurangkan stress 2 orang hero. Hebat penangan Hafizudin ni. Hanya mereka yg pernah mengalaminya akan memahami.

 Alhamdulillah kami sampai di SISB lewat enam petang. Selepas makan malam teman terus berehat di tingkat atas.

 Esoknya 2/1/2010 – seawal 9.15 pagi teman, umi dan kak long menuju UIA – mengambil Hazim utk bersama ke Cheras. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai di Majlis Perkahwinan anak saudara teman Siti Nurfatehah dan pasangannya Mohd Yazid. Kami sampai dalam pukul 10.45pagi. Kedapatan beberapa orang sanak saudara sebelah mak dak. Yang ada masa tu Mak Lang dan Pak Lang. Tuan rumah katanya masih bersiap.

apo nak di tulis pd bungkusan hadiah ni?

Tepat jam 11.30pg, majlis dimulakan dengan ucapan aluan master of ceremony, Munshi Tn Hj Zainal – Bang Lang, doa selamat dan ucapan serta harapan tuan rumah. Tuan rumah menjemput semua hadiran – orang pangka untuk majlis nyalang kerumah lelaki 9hb Jan ni. Alamak – teman mintak maaf  banyak2. Tak dapat hadir. Hari pertama kuliah. Tak kan nak ponteng kut. Harap tuan rumah faham.

ucapan aluan dn terima kasih tuan rumah

 Lepas tu kato orng N9, jamuan makan pangkal. Teman tak makan sebab bfast dah pekena nasi lemak. Perut masih kenyang. Inilah adat orang2 N9 memberi keutamaan pada saudara mara makan dulu sebelum tetamu jemputan makan.

khusyuk mendengar taklimat tuan rumah

Pada keseluruhannya majlis berjalan lancar dan licin spt yg dirancangkan. Syabas pada tuan rumah sekeluarga. Kehadiran tetamu tanpa hentinya. Malah ada yang dating lepas caterer kemas mejadan kerusi. Ramai sanak saudara, yg jauh dan dekat hadir. Malah ramai yg saudara mara dari N9 yg teman tak kenal. Maaf le, teman ni straight forward.

ramai warith den yg dtg

Dan rasanya secara sedar, pasangan pengantin melaksanakan apa yang teman tulis sebelum ini. Syabas dan tahniah.

 Lepas kena muhasabah dengan umi dan kak long , teman tukar dialog pulak. Sapa tanya kenal tak? – teman akan jawap – kenal. Ada yg teman tak jumpa hampir 25 tahun. Ada yang tak pernah jumpa langsung. Itulah kehidupan. Masing-masing dah berubah.

teman bersama kakak. Teman kabor pada anak2 teman - mak lang ni banyak persamaan dengan Opah Wan (mak teman)

 Inilah kelebihan kenduri kahwin – selain daripada memeriahkan pasangan yg berkahwin, ianya merupakan perjumpaan saudara mara dlm mengeratkan tali persaudaraan.

 Teman spend masa yg lama gak sembang dengan Fitri – anak kedua Mak Lang. Punya 3 orang anak, seorang usahawan dan mempunyai pandangan yang bernas dan matang. Selain daripada bincang pasal business dan networking, we discussed on the family genetic. Ini yang interesting. An observation and finding. Nanti insyAllah teman akan tulis isi kandungan perbincangan ini. Menarik untuk jadikan panduan bagi yang bergenetikkan susur galur jamil.

 Apa pun cadangan pembaikan telah teman sampaikan pada tuan rumah melalui perbualan talipon. Bukan komen. Cuma untuk majlis2 yang akan dating. Tuan rumah pun ada 4 orang lagi yg akan menyusuli Siti Nor Fatehah.

 Majlis berakhir dengan dlm pukul 5.45ptg yg sepatutnya diakhiri dengan teh ‘tarikh’. Memandangkan teh tariknya tak sampai2 maka kita makan kek pengantin dengan air mineral. Kami bertolak menghantar Hazim balik ke UIA, pusing2 gak sebelum sampai UIA. Almaklum dah lama tinggalkan KL. Singgah sebentar di Sungai Buluh, mandi dan solat magrib. 8 mlm bertolak balik Ipoh dan arrive home 11.00 mlm. Mungkin kami antara yg paling akhir sampai rumah. Home sweet home.

selamat melayari bahtera kehidupan

Akhir sekali Selamat Pengantin Baru pada pasangan Siti Norfatehah dan Mohd Yazid. Moga kalian terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekarang kalian dalam dunia nyata. Bukan lagi di alam fantasi. If you need any advise pls email me. Free advice from unqualified marriage councellor.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »