Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for February, 2010

Take a break, strategic pause in life….

Posted by ainolazhar on February 25, 2010

Bismillah 

Dalam kesibukan kerja harian hidup ini, dan stress yg dihadapi kadang-kadang kita perlu take a break. Strategic pause in life. Untuk merenung dan berfikir dan memikirkan apa yang sedang kita lakukan. Kemana arah tujuannya. Untuk itu teman attachkan nasyid Maher Zain. Awaken. Mudah-mudahan ianya akan membangunkan kembali jiwa kita yang lama telah tidur dan terlelap. Take a break. dengar dan hayati maksudnya:

 T kasih kerana anda telah berjaya menjadi pendengar yang baik.  

Teman perturunkan kembali beberapa bait lyric untuk kita renung2kan.

Dear Brothers & Sisters, it is time to change inside

Open your eyes, don’t throw away what is right aside

Before the day comes

When there’s no where  to run and hide

Now ask yourself cause Allah is watching you

Is HE SATISFIED?

Is ALLAH SATISFIED?

Is ALLAH  SATISFIED?

 

Pause……

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Hidup lagi ke?

Posted by ainolazhar on February 15, 2010

Bismillah.

HIDUP LAGI KE?

Cuti laye cina 2 hari. Alhamdulillah. Take a break dari kesibukan dunia yang tak kunjung padam. Jadikanlah kesibukan dunia ini untuk bekalan di akhirat nanti. Amin

Khamis :

 Keluar dari sebuah bank, teman terlihat ada meja ; Wakaf untuk sekolah tahfis Darul Sallam. Teman pun menuju ke meja tersebut yg di uruskan oleh seorang pemuda dlm lingkungan usia 35thn. Wakaf  untuk pusat penjagaan anak yatim darul salam. Siap dengan name tag dan resit2 resmi yg disediakan.

 Teman menghulurkan sekeping nota RMXX.XX kepada beliau.

Pemuda tersebut bertanya : Atas nama siapa Teman : “Atas nama Hj Ainol Azhar b Jamil”

Pemuda tersebut sambil menulis di buku resitnya : “ Masih hidup ke”

Teman  jawab“ InysaAllah, sayalah orangnya” Masih hidup dan bernafas sehingga kini. Esok lusa wallahualam.

Oooo

Pemuda tersebut terus memegang tangan teman (salam) dan membacakan lafaz wakaf.

Malamnya teman menghadiri mensyuarat JIM Perak. Spt biasa kami bersalaman. Pak Harith sambil salam meletakan nota RMxx.xx dalam tangan teman. Jumlah yg sama yg teman dermakan pagi tadi.

‘Ini untuk apa ?’ teman bertanya

‘Duit ni dah lama dah ana nak bayar pada anta, anta pun dah lupa. Ambik je lah” jawab Pak Harith.

‘Kalu tiap2 kali mai meeting ada elaun macam ni ok gak’ tambah teman.

Itulah janji Allah. Setiap yg kita infaqkan pasti akan dibalas oleh Allah. Kadang2 rasa macam kebetulan aja.

RASUAH OH RASUAH

Semalam dalam The Sunday Star, muka depan, SU Politik seorang Menteri Kanan di tahan oleh SPRM bersama dengan RM2 Million di apartment Air Tawar. Teman dok cari gak dalam internet sapa menteri berkenaan. Satu masa nanti akan terjawab gak.

Dia juga dikatakan mempunyai 4 rumah banglow/apartment mewah dan 4 buah kereta mewah. He is living beyond his mean. Mai ai, RM2juta cash, bukan jumlah yg sedikit. Kita yang dah berpuluh tahun berniaga ni pun tak mampu nak sampai jumlah tersebut. Suku pun tak dapat lagi. Kalu SU Pol ada RM2 juta tunai, Pak Menterinya bagaimana ya?.

 Tahun 2010, peruntukan untuk hampir semua jabatan kerajaan menguncup sehingga 40%. Teman yang supply barang2 ke hospital, mereka mengatakan peruntukan tahun ni slash sehingga 60%. Stor kosong dan hospital dah mula beli ubat2 yg murah.  Dalam keadaan ekonomi merudum ni dia boleh ‘simpan’ tunai RM2juta. Dalam bank akaun tentu lebih banyak. Inilah 1Malaysia. Rakyat diutamakan.

Itu baru satu SETPOL, bagaimana dengan SETPOL dan SET2 yg lain.  Tak semua gitu, tapi apa sebab dia orang nak kuasa kalu bukan ada habuan dunia. Ini logik akal. Mudah je.

Sebenarnya negara kita ni kaya dan penuh dengan sumber asli. If manage properly and with honesty, it is enough for everbody. Tapi kalu dah ramai malaun2 terutamanya mereka yang ada kuasa, nak songklap, setinggi langit reserve pun akan habis. Apa akan jadi pada 2 -3 generasi akan datang.? Kita mungkin dah settle down, ada rumah, ada pekerjaan tetap dan pendapatan tetap, umur pun dah lanjut. Tapi bagi generasai anak kita, generasi cucu cicit kita?.

Hancur Negara kalu inilah perangai mereka yang ada kuasa. Lewat akhir tahun 2009, Laporan Audit bagi negeri Serawak mengatakan bahawa hanya 40% dari perbelanjaan yg dikeluarkan benar2 disalurkan untuk pembangunan negeri. The rest ???? Tapi rakyat masih senyap. Nothing happened. Kita masih ditakuk lama.

 Agaknya bila jadi macam Indonesia – no jobs, no place to stay, no food to eat – baru rakyat sedar, but by that time it is too late, too late already for a change. Nasi dah jadi bubuk, kata orang utara. Bubuk ni hanya orang2 sakit, kanak2 kecil aje yg lalu makan.

KES BUANG BAYI.

Segarang-garang beruang pun tetap sayangkan anaknya

 Seusai solat subuh di surau kami

sama-sama keluar dari surau. Pak Meor sambil duduk di atas motornya berkata:

 “ Ust, ( ditujukan kepada Ust Shoib ), semalam teman tak lalu nak beli surat khabar”

‘Ngapa?” ‘Muka depan utusan – kes buang bayi. Ngeri teman tengoknye” Ulas Pak Meor.

“ Itulah akibatnya bila manusia tak ikut syariat Allah” tegas uts Shuib.

“ Sebenarnya Ust, seramai 87 anak luar nikah lahir setiap hari di Malaysia ni” tambah teman. Selagi lagi apa nak jadi agaknya.

Dalam minggu lepas teman dengar radio IKIM, bayi diletakkan dihadapan pintu masjid.

Pak Meor menyambung lagi“ Takut Ust, Tuhan turun bala’. Turun bukan kat dema je, kita2 semua pun kena”.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Seminggu Berlalu

Posted by ainolazhar on February 2, 2010

Bismillah.

Seminggu dah berlalu. Hazim yg cuti semester break dah kembali ke UIA untuk menghabiskan tahun akhirnya. Hazim kata macam tak cuti je. Ya lah mancing pun baru dapat gi 2 kali, baru dapat sekor ikan. Tak cukup katanya. Hari Selasa  jadi driver part time ke KL –Ipoh – payment not bad, ambik Ra yg demam campak. Hari Khamis jadi driver semi part time – only on the way back. Ambik Kak Long di Bangi sesudah temuduga dengan SPA. Hari Jumaat gi Sberang Jaya – ambik Iman. Apa nak buat. Tugas anak lelaki.

Teman pun sibuk nak menyiapkan 3 assignments nak kena submit weekend ni. Masa di beri 2 minggu, tapi biasalah macam student2 yg lain, andralin tu keluar last2 minit. Mungkin inilah tabiat manusia belajar, tak kira tua atau muda. Buat macamana. Weekend penuh dengan kenduri kahwin dan meeting.

Last weekend  jiran teman kahwinkan anak sulungnya. Jiran depan rumah. Buat di dewan Carsem. Tapi macam tak kahwin je. Tak le sibuk. Orang-orang kampung pun tak semuanya  di jemput. Yg jadi spokeman nya temanlah, bila ahli qariah surau tanya. Temanlah terpaksa menjawabnya. Akad nikah di rumahnya saja. Saudara mara pun tak nampaklah yg bertandang. Macam tak kahwin je.

Seminggu lepas:

Isnin – 7.3oam dah bertolak ke KLIA. Hantar KLong ke Bangi, but first g hantar Husni dan Sarjen ke LCCT. Dema nak ke Serawak. Jejak kasih. Sarjen dah hampir 20 tahun lebih tidak bertemu dengan adik perempuannya. The only sister. Alhamdulillah Sarjen yg merantau ke Malaysia selepas kematian dua ibu bapanya telah memeluk agama Islam. Adiknya yng tinggal di pendalaman Serawak – Mukah – masih tidak punya apa2 agama dan pegangan. Kesian gak. Lepas hantar Husni kami terus ke Bangi. Lepas tu teman ke Jln Gurney lunch dengan En Rosli – bekas askar yg banyak buat marketing barangan hospital di hospital2 ATM. Baru mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

Balik ke Ipoh – alone. Maher Zain menjadi teman  setia. Menarik gak nasyid comtemporary Maher  Zain ni.Ikah dah upload dlm blognya dedikasi pada ke dua abang iparnya. Yg teman upload ni top favorite list bagi Mak Dak ( kira-kira dedikasi untuk Mak Dak lah )

 

Sampai Ipoh dalam 4.30ptg terus ke ofis.

Khamis – Ke KL again. Dengan Hazim. Ambik Kak Long dan kawannya Yana. Sempat singgah di HP sale di Dataran Jelatik. 100% lambakan HP murah 70% discount dari China. Inilah salah satu phenomena globalisasi dan ekonomi bebas dunia. Be carefull with Chinese product. Harganya memang murah, tapi quality nya?.

Kami tak beli apa pun. Selepas tu kami ke UIA – Lunch dan beli tudung Pyramid untuk Ummi. Lunch kat UIA ni ada istimewanya. Nak tahu, kena mai UIA lah. Mixed Arab and Malay cuisine. Silap2 ambik kena peria pahit.Nampak macam sedap je.

 On de way back – Hazim drive. Slow and steady. Alhamd tak kena speed trap, kalu teman bawak udah tentu kena saman di Gopeng. Dah petang2 pun ada speed trap.

Jumaat – Lepas Jumaat ke sebarang jaya. Apa lagi – ambik Iman le. Alhamd sempat sampai Ipoh untuk menghadiri majlis akad nikah depan rumah.

Sabtu – attended 2 kenduri kahwin

Ahad – full day meeting.

Di celah-celah masa yang ada cuba gak cari slot cari bahan nak present next lecture. Finally the andrelins start  coming. Student tue.

11.00mlm. Tuesday.2.2.2010

 

Posted in Uncategorized | 5 Comments »