Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Lagi – Berbakti kepada ibu bapa kita

Posted by ainolazhar on May 13, 2010

Salam,

Minggu ni teman saratkan blog teman berkenaan tajuk ibu bapa ini, bukan apa, semakin dewasa seseorang tu semakin lupa akan asal usulnya dan apatah lagi lupa pada kedua ibu mereka. Kalu mereka tak lupa, tentunya rumah bahagia orang tua tak kan dipenuhi dengan penghuni warga emas yang menunggu masanya shj. Kesian melihat keadaan mereka.

sekadar hiasan

sekadar hiasan - tiada kene mengena dengan penulisan ini

Mereka bukan tak punya anak. Tapi mana anak2 mereka.????????

Tepatlah peribahasa Karam Walia ” Seorang ibu bisa menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu mereka” Renung-renungkanlah.

Di bawah ini teman sisipkan satu kisah benar untuk tatapan semua di pagi Jumaat yg mulia ini.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabatpengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa
minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, “BERILAH SAYA
SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU”. Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati
masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,”Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru.” Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah
yg sama “Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir”. Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se”alim” sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana “AKHLAK”nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A’lam.
Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab… Bahagia dunia akhirat…

Untuk pengunjung blog ini teman hadiahkan you tube ini, hayatilah bait2nya……….

‘Tuhan yg Esa, Ampuni dosa ibu, tempatkan mereka diantara kekasih kekasih mu.

O ibu kau kasih sejati. Ku taburkan doa,

Untuk mu ibu, Ampunilah dosaku

Sejak ku dilahirkan hingga akhir hayat ku.

Jumaat 14/05/2010

Seri Ampang

Advertisements

2 Responses to “Lagi – Berbakti kepada ibu bapa kita”

  1. UMMI said

    Salam, sedih plak baca kisah Dr harun Din menguruskan kematian ibunya. Doa mana-mana ibu pun menginginkan anak-anaknya berjaya dunia akhirat. Kalau ummi pergi esok kawtsar, hazim dan iman akan uruskan ke macam adik beradik Harun Din ?

  2. azza said

    ehmmm… the discussion is pretty serious, so kena ambik mood serious le plak!!Well, all parents want the best for their children, tapi ada kalanya anak2 rasa terbeban… may be because they fail to foresee future events, due to immaturity and often times lack of experience! But whatever it is, anak2 yang dapat berbakti kepada ibu ayah hingga jasad mereka bersemadi di dalam liang lahad adalah anak-anak yang memang merupakan anugerah Allah yang paling hebat untuk kedua orang tua… Bagi anak-anak tu plak, mereka adalah golongan yang paling bertuah dan mendapat keberkatan Allah kerana berpeluang untuk meneruskan khidmat bakti kepada kedua orang tua mereka hinggalah ke nafas terakhir mereka. Untuk anak-anak semua, waktu yang tinggal untuk bersama kedua orang tua dan berbakti kepada mereka sebenarnya hanya sekelumit.. hargailah setiap saat yang masih ada tika mereka masih bersama kita! Unless le macam teman, “yatim kematu”!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: