Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Mood Menulis

Posted by ainolazhar on June 15, 2010

Bismillah,a

Blog ini dah sekian lama – hampir sebulan tidak di update. Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku. Maaf pada pengunjung setia tiada penulisan baru yg dapat teman kemukakan. Sebenarnya mood menulis amat berkurangan/menurun semenjak dua menjak ni. Apa kan daya kita semua manusia ada turun dan naiknya.

La ni teman semester break. Patutnya idea mencurah2 nak menulis, tapi mood padam atas banyak perkara yang berlaku. Peristiwa penahanan 48 jam rakan2 yg menyertai LL4Gaza – terus memukul mood untuk menulis. Tambahan dengan stress kerja HO kita, membantutkan juga idea penulisan. Teman cuma coretkan sikit2 dlm facebook teman sebagai catatan sejarah kehidupan.

2 minggu lepas teman dijemput bercoloteh pada pelatih2 PKLN – ada 3 tempat. Teman cerita pasal Cinta dan Remaja. Seronok gak bertemu dengan wira dan wirawati PLKN ni. Akhirnya ramai gak yang teresak2. Teman buat ala KBM. Mudah2an kesedaran melekat dihati mereka. Amin. Sesungguhnya remaja hari ini adalah bakal pemimpin dan mengisi kekosongan masyarakat di masa akan datang. Baik akhlaknya maka baik dan sejahteralah negara. Nanti kalu ada masa kelapangan dan mood baik teman cerita panjang lagi bab remaja dan cinta.

Cuti sekolah banyak kenduri kahwin. Setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang bertindan 2-3 kenduri sehari. Bila banyak jemputan kenduri kahwin ni teman teringat cerita dogengan melayu klasik : Lebai Malang. Nak tahu ceritanya carilah dalam buku-buku bahasa melayu lama, mungkin dlm internet pun ada.

Kenapa teman ingat cerita lebai malang ni?. Mesti ada sebabnya….

La ni banyak kenduri kahwin dibuat dlm dewan shj. Tuan rumah mudah, habis masa sewa dewan, maka habislah kenduri. Kendaranya kurang. Rumah bersih dan tak bersepah. Makanan disediakan oleh catering. Mudah. Biasanya by 2.45 caterer dah mula kemas. Al Maklumlah dewan mungkin akan digunakan utk majlis selanjutnya.

Orng dulu2 kenduri buat di rumah. Kendaranya lama dan panjang masa kemasnya. Macam baru pindah rumah.

nanti sambung. nak g solat asar kat surau……….

Advertisements

5 Responses to “Mood Menulis”

  1. eman ainol said

    ya ALLAh ayah nih…
    tgh semangat nak baca, terus terhenti…ish..ish…ish…
    hebatnyer ayah bleh buat bdk PLKN tu nangis…
    ayah bg talk apa?

    • ainolazhar said

      Salam,

      Kali ni menggunakan pendekatan KBM. Cinta dan Kasih Pada Allah dan Rasul, Cinta dan Kasih pada Ibu dan Ayah. Bila bab cinta dan kasih pada ibu ayah ni ramai yang tak tahan. Guna vidoe2 KBM dan yg dimuat turun dari u tube. Ramai yg try control macho. almaklum lelaki duduk sebelah pompuan. Ayh pun coloteh penuh semangat melebihi masa – hampir 2 jam. NAk berhenti dema kata teruskan. So lepas solat isyak tu – adalah wira yg datang mengucapkan banyak2 terima kasih. Apa pun mudah2an keinsafan yang berpanjangan.

      Nanti akan sambung penulisan mengenai cinta ni.

      Ayh
      10pm

      • eman ainol said

        nnt bila eman dh hbis kusus nih ayah still ada talk dekat PLKN lagi tak?
        nak ikottttttttttttttttttttttt….

  2. azza said

    salam… eloknye kalau tn hj dapat buat talk tu untuk anak2 kengkawan… budak2 ni, especially remaja kekadang tu tak berapa nak mendengar bila mak ayah cakap… bila dapat dari people like u, baru le anak2 ni terima…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: