Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Mood menulis II

Posted by ainolazhar on June 18, 2010

Bismillah.

Di tatkala mood menulis belum pulih sepenuhnya, teman kuatkan jugak jari jemari ini menyetuk lap top sementara menghampiri waktu asr. Kali ini kami ( teman dan Umi ) bercadang nak solat asar di masjid muhibudeen – masjid yg berhampiran dengan hospital r.p bainun – dulunya hospital besar ipoh-. Lepas solat nak ambik k long dan terus ke rumah opah. K Long just sms pagi tadi ( semalam on call ) suruh ambik pukul 5ptg. Kami nak bawak k long terus ke rumah opah, sebab kami bercadang nak ke bagan serai – kenduri kahwin adik pc husni. Kami dijangka tiba di rumah dlm pukul 11-12 mlam.  Esok lepas subuh ( sabtu -19/6/2101  – akan ke KL ). Nak ambik Hazim dulu lepas tu ambik Iman kat UKM Bangi. Moga di permudahkan perjalananan kami. Amin.

La ini tengah cuti semester break. Mula balik kuliah 10/7 ni. Sama macam student2 U yang lain. Sedar tak sedar dan setahun ( 2 sem ) teman jadi student part time. Lagi dua sem, lepas tu dah kena mula buat research proposal dsbnya. Weekend amat berharga dan bermakna. Kalu dah mula kuliah, weekend kira habislah. Inilah dalam bahasa ekonomi disebut sebagai opportunity cost. Diterjemahkan ke dalam bahasa melayu – kos melepas. Tak tahu apa yg di’lepaskan’.

Alhamdulillah, rabu lepas 16/6, teman sempat jadi supir kpd Dr Ir Selamat – peserta misi LL4G Kapal Mavi Marmara – menuju masjid Tapah. Pengkisahan penaklukan tentera2 zionis ke atas kapal MM bermula selepas solat maghrib dan berakhir sekitar jam 10 mlm selepas sesi soal jawab. Kami bertolak dari Ipoh jam 6.20ptg merintis lebuhraya, utara selatan – hujan turun rengai2 dan sekali sekala lebat.

Yang menariknya teman nak cerita di sini adalah tentang soal jawab dari ahli  jemaah masjid. Rata-rata mereka ni berumur 45 tahun ke atas. Maka bangkitlah seorang hamba Allah – umur dlm lingkungan 59 tahun. Rasanya dah pencen.

Soalannya berbunyi/bermaksud lebih kurang begini : “Mengapa misi ini tidak dirancang dengan teliti, jika berlaku serangan dari tentera Israel, maka seharusnya persiapan awal telah dibuat dengan memohon bantuan/memaklumkan kepada tentera dari USA dan tentera2 British ( agak teman p.cik ini bekas askar) untuk mengawal kapal bantuan ini” Dua tiga kali gak dia ulang tentera Amerika dan tentera British ni.

Apa pandangan pembaca sekelian????. Logik tak soalan ni? Daif ke ilmu pak cik ni??. Atau ini soalan provokasi???

Alhamdulillah Dr Ir Selamat menjawab dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Dalam perjalanan pulang,  Pak Megat yang turut serta bersama kami mengulas : ” soalan macam tu, budak darjah enam pun boleh jawab”.

Pembaca sekelian tentunya lebih tua, lebih berumur dan lebih pengalaman dari budak darjah enam, rasanya sudah tahu jawapannya.

Rupanya masih ramai rakyat negaraku belum kenal sapa america, sapa british….

Bagi teman, jika negara Mesir yg rakyatnya dan pemimpinya Islam membuka pintu rafah – satu2nya jalan darat memasuki  Gaza, maka tak perlulah kita susah-susah guna laut. Apatah lagi mengharap orang bukan Islam membantu. Apalah agaknya jawapan Husni Mubarak nanti di depan Rabbul Jalil.

Kami tiba di Ipoh sekitar jam 11.30 mlm. Perjalanan dari Ipoh-Tapah-Ipoh dirasakan begitu singkat sekali kerana sudah tentu banyak isu yang dibual dan dibincangkan. Bukan senang nak travel bertiga macam ni.

Sejurus turun dari kereta Pak Selamat berpesan : “Belajar rajin-rajin”. Bunyi macam pesanan ayah pada seorang anak yang masih belajar. Macam murid sekolah pulak. Yang pastinya bukan murid darjah 6 lagi.

sekadar tu dulu, nak siap2 g masjid muhibudeen solat asr.insyAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: