Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Hari-hari yang berlalu II

Posted by ainolazhar on July 17, 2010


UNEDITED VERSION

Bismillah,

Selamat bertemu kembali setelah hampir sebulan blog ini tidak diisi.

Alhamdulillah minggu ni ada break dari menghadiri kuliah yang telah bermula minggu lepas. Lepas ni full weekend – almaklum nak mengelakkan dari kuliah semasa bulan Ramadhan. Bulan ramadhan lebih baik di isi dengan amal2 khususiah setelah kita penat selama 11 bulan mencari dan mengejar dunia sementara yang tak habis-habis ini. Biarlah bulan ramadhan yang menghampiri kurang dari sebulan ini dipenuhi bagi mendekatkan diri dengan Allah swt dan membersihkan segala ‘kotoran’ dan kealpaan selama 11 bulan yang lalu. Ya tak dinafikan kerja itu ibadah, tapi kerja dan kerjaya kita selalu dinodai dan dikotori dengan maksiat tanpa kita sedari. Maaf kata – kalu yg wanita tu selalu mengumpat dan yang lelaki tu selalu mengurat. Mengumpat tu dosa nya besar, mengurat pun sama. Buka dan bacalah hadis2 nabi mengenainya. Dari Ibadah kerja dan jadi dosa. Kan rugi tu namanya.

Pepatah melayu baru ada mengatakan : orang pompuan ni kalu jumpa tak mengumpat tak sah. Ada je ceritanya pasal orang. Apalah salahnya kalu tak cerita pasal tepi kain orang. Ceritalah hal-hal lain yang masih banyak boleh disembang dan dibualkan.

Apalah salahnya bila jumpa tu tanya : “ How’s your iman today?” “Dah berapa hari puasa bulan rejab yang lalu”. Huh, nampak skema sikit. Tapi apalah salahnya tanya iman sesama kita.

Bukanlah nak kata teman ni baik, tapi alhmd, opis teman tak ada wanita – jadi selamatlah dari dua dosa ni. So sama-samalah kita jauhi pengakit hati ni – mengumpat dan mengorat. Kesian gak dengar cerita-cerita pasal mengorat di ofis dan tempat kerja ini. Mengorat ni bukan orang lelaki bujang atau pompuan bujang je – yang dah kahwin pun sama. Ini lah yang mengebabkan rosak perandanya rumah tangga dan institusi kekeluargaan yang di bina. Lelaki yang dah kawin kunonnya nak tambah tayar.

Mak ai, sebenar teman bukan nak cerita pasal mengumpat dan mengurat, tak de pun dalam minda teman ini. Alih2 bila ketuk je keyboard tetiba je keluar idea ni.

PASSION AND SUSTAINABLE.

Setelah bercuti dari mentelaah buku2 kuliah, sem 3 bermula minggu lepas. Subjek : Strategik Planning. Pensyarahnya Dr Normala. Phd graduate dari USM dalam bidang HR.

On the first day of lecture, she said : “I am not going to teach you. Ramai lecturer di sini.”
Slybus pun tak ada, scheme of work pun tak ada. Baguzz. Yang best lagi exam pun tak ada.

“All of you need to present your Research Proposal – 30%, Case study – 30%, Company Studies – 30% and class participation 10% – that how the mark is going to be distributed”.

Biasalah, belajar di M’sia ni first day lagi dah cerita how are you going to be marked. The British tradition continues. Apa pun sedar tak sedar dah setahun teman belajar. Begitu cepat masa berlalu.

“You must have passion for the area that you choose for your research” – Dr N member nasihat dan pandangan. “ And it must be sustainable until you finish your research, jangan tengah jalan tukar  area dan tajuk”.

I like  this 2 words : Passion and sustainable.

Teman pun tanyalah pada Doc ni :” So Doc, how to ensure that the topic or research area that we choose is going to be sustainable and we have passion for it?”

So the lecture continues…….

Bagi teman, apa sahaja yang ingin kita lakukan dan buat, we have to have passion for it. Masalahnya dalam kamus bahasa Melayu – teman rasa tiada perkataan yang tepat boleh digantikan dengan passion ni. Sebab tu orang Melayu ini ( maaf kata – teman pun orang Melayu. Melayu asli lagi tu – maksudnya teman bukan orang jawa, bukan orang mendeling atau banjar ) jarang yang ada passion atas apa yang dilakukan. Sebab tu hanya peribahasa orang Melayu yang ada  peribahasa : Hangat2 tahi ayam. Di terjemah dalam bahasa Inggeris : hot-hot chicken dung.( rosak bahasa Inggeris ni )

Kalu kita tengok orang Melayu buka kedai jahit ( ramai yang buka dan ramai yang ada pengalaman hantar baju pada kedai orang Melayu ) – Ada je masalahnya. Salah gunting, salah jahit, hilang kain yang dihantar,- unending list of complains. Akhirnya kedainya tutup. We have no choice – baju Melayu raya pun orang Cina yang jahit. Why????. Bangsa kita kurang passion. Sesetengah tu suka lompat2 bukak business. Sat jual goring pisang, sat jual taufufa……

Kalu ada passion, maka business kita akan sustainable. Kita akan develop skills and expertise dalam bidang yang kita pilih. Business ni kita kena bina over a period of time. Not an overnite punya venture.

SINGAPORE.

Teman baru balik dari melihat peluang-peluang niaga di Singapore. Melihat keadaan orang Melayu disana.  Mereka terpinggir. Mereka tersisih. Tanah-tanah dilokasi strategik kepunyaan mereka terpaksa di jual atas nama pembangunan.

Sedih, sehingga ada masjid diruntuh dan dibina mall yang besar2 di atasnya. Masjid2 yang ada dikelilingi oleh bangunan yang mencakar langit atau rumah2 banglow yang besar kepunyaan orang bukan melayu. Masjid is just a building tanpa tempat parkirnya. Kalu hari jumaat – mana mahu di parkir keretanya?. Silap parkir kena saman lagi. Samannya mahal – S$70.00.

Istana johor di Singapore diconvert kpd muzium – malay history muzium. Begitu juga tanah tempat lahirnya Tan Sri Samad Ismail.

Kebanyakkan orang Melayu terpaksa tinggal di flat. Mana mampu utk membeli rumah yang harganya mencecah jutaan ringgit.  Singapore is only for the rich people.

Malaysia yang ada tanah milik KTM – at a very strategic location akhirnya akur pada desakan Singapore. Dah dilepaskan tanah tersebut pada Singapore. What’s the deal? We don’t know. It is up to you to speculate. Begitu mudah kita menggadaikannya.

Nanti kalu ada kesempatan teman upload gambar yang sempat teman ambik semasa 3 days di sana.

CERAMAH PLKN – Expectation and reality.

Teman memulakan jelajah ceramah motivasi PLKN di PLKN Teluk Rubiah.

Iman ikut serta sebagai supir dan pembantu teknik.

Memandangkan kami sampai awal dari masa, kami singgah di warung sebelah PLKN Teluk Rubiah.

‘Nampak scary je “ kata iman.

Biasalah warung tomyam. Orang Kelantan.

Iman order kew tiou kungfuw, teman order mee tom yam.

Ada 3 orang pelangan lain sedang menunggu pesanan mereka.

Warungnya menarik dari segi lampu2 hiasan. So kita expect makanan pun sedap macam hiasannya. Dipendekkan cerita – makanan sampai, kami pun makan. Nak kata sodap sangat pun tak , bolehlah makan. So kita expect better tapi realitnya ……

That’s explain kenapa pelanggan tak ramai. The food is mediocre, tak le rasa teringin nak datang kembali. I always said – if you want to cook, belajar le sikit. I wonder how long it can sustain.

Teman dah prepare hampir 40 slide. I need at least 2 hours to fully complete the tajuk : Remaja dan Kecemelangan Hidup – that’s my expectation.

Bila di brief oleh ustaz ‘ Anta ada until 10.30 the max, sebab 10.30 para pelatih minum malam’. We suppose to start by 9.00. But dung dang dung dang – around 9.20 baru mula. So mana mampu nak habiskan semua yang telah teman sediakan.

So does in life : what we expect tak semuanya akan berlaku dalam realitynya. Contoh : sebelum kahwin kita expect bakal isteri kita with certain expectation. Bila dah kahwin, realitynya mungkin berbeza. That why kita kena be realistic. Jangan letakkan expectation yang terlalu tinggi, kerana kalu jatuh, patah dan retaknya lebih lagi.  Letakkan expectation kita pada skala sederhana.

Contoh : Kalu bakal isteri kita bekerja, kita tak boleh expect sama macam mak kita yang tak bekerja. Teman tengok , mak mertua teman, masa hidup arwah ayah mertua teman – layanannya memang first class. Nasi mesti baru masak dan panas dihidangkan pada suaminya. Minuman petang disediakan dsbnya. Mak metua teman full time house wife. Isteri teman kerja, tadi teman tak bolehlah expect sama dengan mak mertua teman. Begitulah seterusnya…. Dan adanya….. as long as we are happy. Hidup ni pun bukan lama. Bak kata Prof M Kamil dalam blognya : Hidup yang sementara tapi singnifikan. Ya singnifikan kerana hidup ini akan menentukan hidup kita yang kekal abadi nanti

TOBAT.

Semasa keluar dari kereta, teman terdengar ‘lagu ini’ di pasang oleh jiran di depan rumah teman. Lagu yang di pasang dari keretanya – maklumlah anak muda suka repair kereta di hujung minggu. Teman pun mintak Iman carikan.

Bait2nya menarik sekali, walaupun muziknya agak rock. Sesuai untuk anak2 muda. Untuk itu eloklah teman perturunkan disini, untuk renungan dan tatapan bersama. Apatalah lagi sebagai persediaan bulan ramadhan yang mendatang. Marilah kita sentiasa bertobat kepada Allah swt. Amin


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: