Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for August, 2011

Kembali

Posted by ainolazhar on August 15, 2011

Asm . Bismillah

Hari ni 15 Ramadhan, bersamaan 15 hb Ogos. Dah setengah bulan ramadhan kita lalui. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Rasanya baru macam semalam ramadhan bermula. Masa yang terbaik untuk kita menilai sejauh mana kita telah memanafaatkan ramadhan ini untuk mempertingkatkan hubungan kita dengan Allah swt. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bulan terbaik buta kita semua untuk mensucikan diri dan roh kita. Ingat, bila kita kembali kepada Allah, apa yang kembali ? Ya , yang kembali adalah roh kita. Roh kita yang akan menghadap Allah. Roh inilah yang akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan sepanjang hidup yg sementara di muka bumi ini menuju kehidupan yang abadan.

Cukup untuk mukaddimah.

The last time this blog updated was in Jan 2011. Too long. Nak kata sibuk, memang semua orang sibuk. Istiqamah dalam apa yang kita lakukan bukanlah satu perkara yang mudah. Kalu tiadanya ‘passion’ dan ‘patient’ sudah tentu sukar untuk kita istiqamah. Ini satu muhasabah buat diri teman.

Sepanjang 7 bulan berlalu, banyak peristiwa telah menjadi hari ini dlm sejarah: Sekadar ingatan:

– perkahwinan Kak Long – anak sulong teman, telah selamat dilangsungkan pada bulan Febuari yang lalu. T kasih pada semua. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Kadang-kadang dipukul ribut ombak, kadang2 dilautan yang tenang, kadang2 di tengah dan kadang2 di tepian pantai – itulah ibaratnya hidup dlm rumah tangga. But we are here to support both of you. All the best.

-Anak kedua teman – alhamdh telah mula berkerjaya. Not easy cari duit sendiri. What more working with the Chinese company. They push you to the limit, until the limit became norms. Itulah kehidupan.

– Kebangkitan rakyat di Mesir – sehingga jatuhnya Mubaraq yang telah memerintah sekelian lama. ALhamdullah anak teman – selamat kembali di Malaysia pada masa tersebut. Kebangkitan rakyat terus merebak ke negara-negara Arab yang lain – Syria, Yemen, dll. Sehingga kini belum ada penghujungnya. For me : this dictators have been too long and take thing for granted. Macam tak ada orang lain yang boleh memerintah.

– Amerika dengan hutangnya berjumlah USD14trillion is going to bankrupcy. Itulah kuasa Allah. America the so call world police, terpaksa meningkatkan jumlah hutang demi utk menjelaskan all bills due. Kalu nak ulas memang panjang. The biggest budget spending is on military. Cost military di Afganistan, Iraq dan serata dunia – terlalu tinggi. Kesannya? Kemelesatan ekonomi ini akan menyebabkan ekonomi dunia juag akan lembab dan melesat. Di Malaysia telah dirasai – less govt contract available.

– bersambung

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »