Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

Archive for the ‘Kehidupan’ Category

Sepanjang 1431 Hijriah

Posted by ainolazhar on December 9, 2010

Asm,

Bismillah. Sedar tak sedar kita telah memasuki tahun baru 1432H, Well if not because of the maal hijrah holiday, probably many of us would not  realised that we are entering the new Hijrah year. We are used to gregorian calender, and all our activities, holidays etc are in a way being determined by the gregorian calender. Our end year mean Dec 2010, not end of Zulhijjah.

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.  Teman  tidak akan menulisnya satu persatu, tapi cukuplah dengan gambar2 yg disertakan peristiwa2 “menarik” dipenghujung 1431 Hijriah

SHAMIR ARABIA

Memenuhi jemputan seorang sahabat yng membuka kedai makanan arab di Syeksen 18. See the plate - big one

See the small plate licin. Guess what happened?.. Itulah namanya rezeki

BORA OMBAK AMPANG – Perkahwinan Amirul Helmi.

Inilah salah satu peristiwa penting menutupi tirai 1431H. Teman bergerak dari Ipoh menuju destinasi Bora Ombak Ampang sekitar 7.45pg. Berhenti minum pagi di R&R Bertam – beehun keras, umi bfast mee keras. Kata Umi – mungkin lebihan semalam. Ini pun satu hal. Penjaja makanan nak untung lebih. Kualiti tidak dijaga. They just take for granted, travellers are hungry, therefore they will consume  whatever yang dihidangkan. Apa pun because bfast is important, and I need to fill my stomach before consuming my daily medication, telan jugak la.

We went straight to UIA to fetch Hazim. As usual have to wait for a while outside his ‘UIA Condo’. Ummi said : delipidated. Next : Bora Ompak- Ampang. After 2 rounds following the map direction as per invitation card, we still cant find the exact location. After getting help form B Dak finally we reached the destination around 11.30am. Well the parking are is quite spacious and we parked our car about 75 feet from the entrance.

Well, the majlis went as planned I supposed. To cut the story short around 1.30pm Hazim went back to the car to keep the camera and my phone ring:

Hazim : “Ayh ada bad news”

Teman : What?

Hazim : Cermin belakang kereta kita kena pecah.

terkezut

Dipendekkan cerita, kami terpaksa bergerak balik ke Ipoh sebab takut hujan lebat di pertengahan jalan. Hand bag umi, plus gelang plus hp and some money was stolen. Cermin berderai dlam kereta kami biarkan sehingga keesokkan harinya. On the way back to Ipoh, we wonder in silence….. Mungkin kafarah dan peringatan dari Allah buat kami, bahawa apa pun yg kita ada akan lenyap dlam sekelip mata dan semuanya adalah kepunyaan Illahi hatta nyawa kita sendiri. Inalillah. Apa pun lesson learned. Dont leave valuable thing in your car.

Tak disangka, dlm majlis kahwin, kawasan lapang dan terang  boleh terjadi. Patutlah masa gerak dari Ipoh tadi teman rasa kurang sedap hati, tapi memandangkan ianya satu tanggungjawab kami teruskan perjalanan kami.

Tiba di Ipoh dalam pukul 4.30ptg. Malamnya teman sembang dengan rakan2 di surau – rupa-rupanya banyak kes sebegini berlaku terutamanya di KL. Lebih kurang 2 bulan lalu – kereta Hj Rahmat dipecah bonetnya semasa menghadiri majlis perkahwinan anak sedaranya di KL jugak. Last 2 days rumah jiran Hj Tazardin di geledah orang. Mereka suami isteri menziarahi anak2 mereka di KL. Cerita-cerita macamni hari2 dapat dibaca dalm harian metro.

KORBAN

Survei lembu2 utk Ibadah Qurban SSMJ Ampang Ipoh. Ladang ternak di Guar.

the youngest peserta ternak lembu -65 years old. Counting our deposit.

bukan senang nak tumbangkan lembu Guar ni. Qurban di Surau SSMJ

EMAN LEFT TO EGYPT

selamat merantau dibumi anbiya'. moga beroleh ilmu dan hikmah kehidupan

MELAKA

menarik - Masjid Terapung Melaka

till then -11pm.

Advertisements

Posted in Kehidupan | 4 Comments »

Jaulah Felda Selancar 3.

Posted by ainolazhar on April 10, 2009

 

Walaupun jaulah ke FS 3 ni dah hampir 3 minggu berlalu, namum aku tetap ingin mengabadikan kenangan dalam blog ni.

 

Jaulah Felda Selancar 3 mengambil masa hampir 2 hari. Banyak pengalaman menarik dapat dikumpulkan. Mungkin ini kali pertama dan terakhir ke Felda Selancar 3. Ikutkan hati memang tak nak pergi. Maklumlah jauh. Tapi atas rasa tanggungjawab dan kasih pada saudara mara, maka kami kuatkan juga hati dan semangat ke Selancar. Doa perjalanan dibacakan, mudah-mudahan dilancarkan perjalanan oleh Allah swt.

 

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 10pagi. Hari itu cuti sekolah, jadi bolehlah ummi ikut sekali. Hari cerah dan kami merancang untuk singgah sebentar di Keramat untuk solat Jumaat, makan tengahari dan berehat.

 

Lepas solat dan makan tengahari ( beli nasi bungkus di tepi masjid je ), kami meneruskan perjalanan ke Gemas.

 

Singgah sebentar di bandar Tampin, membeli towel dan toiletaries. Kemudian meneruskan perjalanan ke Gemencheh. Ya, nama-nama tempat ini dulunya cukup mesra dan rapat di hati, tapi apa kan daya. Sudah hampir 4 tahun aku tidak menyusuri jalan-jalan ini.

 

Di Gemencheh singgah sebentar di rumah Pak Saudara ( Ocik- adik arwah apak ). Lanjut usianya dalam 74tahun. Masih mengenaliku.

 

“Lamo kau tak balik dah” itulah kata-katanya yang masih ku ingat dalam loghat nogori sembilan.

 

Pada hari yang sama, seorang anak saudaranya juga datang menziarahinya. Dia ni pun sudah lama menghilangkan diri. Kami bersembang hampir satu jam sebelum aku memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke Gemas. Sayang lupo nak ambik gambar kenangan. Waktu hampir gelap – maghrib.

 

Akhirnya kami tiba di Gemas. Dengan panduan melalui talipon ala-ala treasure hunt kami sampai juga di rumah Major Hamdan – sepupu Ummi. Malamnya kami bermalam di rumah Dan ( tak dapat tidur lena –maklumlah tukar katil kata orang ). Malamnya pulak dapat berita Fiza masuk wad hospital. Kak Ani dan Abg Tan dah lama sampai.

 

Esoknya pagi nya selepas sarapan kami berkumpul berhampiran Pekan Gemas menuju ke selancar…….. Selebihnya hanya photo ini sebagai ingatan.

 

 abadi1

 

 

perakanumiayh

 

 

 

bapa

Posted in Kehidupan | 4 Comments »

Tanah Runtuh, Qurban dan Jaulah Ke Sarawak

Posted by ainolazhar on December 10, 2008

Asm,

 

Dah lama  tak update blog ku ini. Mencari masa yang sesuai untuk datangnya mood menulis bukanlah mudah. Tambahan pula akhir tahun banyak yang perlu diselesaikan. Banyak pula peristiwa yang berlaku. Ini pun sempat menaip di bilik pejabat yang bakal ku tinggalkan. Aku dalam proses pindah ofis. Moga perpindahan yang tidak akan pindah lagi. Alhamdulillah Allah mempermurahkan rezeki beli bangunan sendiri jv dengan Ummi. TK umi kerana memberi kerjasama dan mengerti hidupku sebagai seorang usahawan.

 

Ni tengah tunggu kontraktor membuka aircon utk dipindahkan ke bangunan baru. Baru beli aje. Bangunan dah lama. Apa pun alhamdulillah.

 

Runtuhan Tanah B Antarabangsa.

 

Inilah akibat kerakusan manusia meneroka bukit yang menjadi pasak bumi. Akibatnya manusia kena tanggung sendiri. 4 maut, 3K orang terpaksa di pindahkan. Kawasan ini walaupun bertaraf international diistiharkan tidak selamat. Hujan terus turun. Diberitakan juga beberapa kawasan disekitar Lembah Kelang – Cheras mula mengalami kesan yang sama – keretakan rumah dan runtuhan tanah. Tuhan telah memberi amaran 12 tahun lalu melalui runtuhnya Highland Tower. Tapi manusia mudah lupa. Itulah manusia. Pembangunan terus berlalu dan berlaku tanpa batas dan kawalan.

 

Ramai juga kenalan yang menetap di bukat international ini – Akhi Zaid Q ( President JIM ), Azmi Khair ( sama-sama belajar di UK dulu ), Zahir Hassan ( senior di MRSM ), Sharom ( MD Pernec ), Hamidah ( sepupu teman ) dan lain-lain yang tidak sempat di tulis namanya di sini. Moga mereka semua selamat dan bersabar atas musibah yang menimpa.

Qurban

Alhamdulilah Qurban tahun ni aku buat di Indonesia ( melalalui K Long ) dan di Mindanoa. Aku merasakan mereka lebih memerlukan dari penduduk di Malaysia yang mati kerana kekenyangan, bukan mati kerana kebuluran spt di negara2 lain.

 

Aku spt biasa membantu penyelenggaraan kurban di surau. 6 ekor lembu selamat dikurbankan dan diagihkan bagi penduduk sekitar kg seri ampang ini. Yang sedihnya manusia tetap manusia. Walaupun tidak berebut daging tapi ciri-ciri tamak masih menguasai manusia. Bayangkan seperiuk besar sup tulang baru shj siap dimasak, iqamah pun dilaungkan. Aku terus naik ke surau untuk solat zuhur berjemaah. Selesai solat zuhur, takbir dan doa aku & ahli jemaah turun untuk merasa sup tulang. Apa yang tinggal ? Dalam sekelip masa – kuah sup hanya tinggal dalam 3-5 ” shj. Daging dan tulang – less than 10 ketul. MasyaAllah tengah kami solat jemaah boleh habis sup satu periuk besar. Siapa yang makan/ambil? Aku pun tak tahu dan tak pasti. Nasib baik cef ada tinggalkan dalam 2 bekas untuk ahli qariah yang solat zuhur.

 

Balik rumah, aku rebus tulang lembu yang aku dapat masa kurban tadi.

 

Hari raya kurban tahun ni sibuk dengan urusan menghantar mak lang ke hospital pantai putri. Operation. Kisah detailnya rujuk blog Iman.

 

 

Jaulah ke Sarawak.

 

Alhamdulllah kami bertiga sempat berjaulah selama 4hari 3 malam berjaulah di bumi kenyalang Sarawak.Ini kali ke dua aku ke Sarawak. Sepanjang kami di sana, Dedek kawan Ajim yang banyak membantu ( dlm kata lain – tourist guide )

 

Tibanya di lapangan terbang kucing, kami disambut oleh Dedek sekeluarga. Mak, Ayah dan abang dedek menjemput kami. Kami dbawa ke restaurant janggut untuk menikmati jamuan pagi – rojak special. Oleh kerana kami tidak familiar dengan hotel2 di Sarawak, maka mak Dedek bookan utk kami. Hotel yang dipunyai oleh orang Islam dan baru 4 bulan beroperasi. Hotel ini di kawasan orang Islam, dekat dengan masjid dan kawasan makan orang Islam. Dormani Hotel.

 

Dari segi pegangan agama Islam ummat di sini agak kurang jika dibandingkan dengan Semenanjung. Masih kurang yang bertudung. Masjid pun kurang dipenuhi dengan kuliah dan pengajaran.

 

Hotel tempat aku menetap berhampiran dengan masjid negeri yang lama. Jadi sempatlah aku mengerjakan solat berjemaah di masjid ini. Dari pemerhatian yang dibuat banyak lagi kerja-kerja dakwah yang perlu dilakukan disini.

 

Sempat juga kami merasa laksa sarawak, ayam penyet ( dah jadi favorite hazim pulak ). Sempat melawat Water Front, Cultural Village, Muzium Islam, Muzium Sarawak  dan tempat pemeliharaan bebas orang utan. Selebihnya kami berehat di hotel nonton CNN tentang pengeboman di Mumbai.

 

Semasa membeli belah di India Street, bertemu dengan seorang mamak muslim yang berkahwin dengan orang Melanau. Pak Cik ni menceritakan kisah pahit maungnya memulakan perniagaan fabriknya. Pak Cik ini lebih bersemangat menceritakan kisahnya apabila mengetahui aku kerja berniaga. Tergenang air matanya menceritakan saat2 susah hidupnya. Kain yang dijualnya memang murah berbanding dengan di Water Front. Sayang kami menemui kedai P Cik ni di hari akhir kami berada di Sarawak. Apapun sempat aku membeli kain songket untuk dibuat samping dengan harga RM110.00. Mana nak dapat yoep.

 

 

Pada hari ke 4 di bumi Sarawak, kami sekali lagi dihantar oleh Dedek sekeluarga ke Airport. Baik sungguh keluarga Dedek ni. Siap bagi hadiah pada Umi. Nasib baik kami dah belikan kain pelikat dan batik untuk Mak dan Ayah Dedek. Untuk Dedek aku titipkan sedikit sumbangan sebagai unofficial tourist guide. Minyak kereta  Dedek dah aku isikan.

 

Lain-lain kisah di Srwak boleh di gambarkan melalui foto-foto yang bakal di uploadkan.

Posted in Kehidupan | 3 Comments »

WFE 4080

Posted by ainolazhar on November 1, 2008

 

21 Oktober 2008 Selasa.

 

Aku dalam minit2 terakhir pengajian bahasa Arab. HP ku berbunyi. Terpapar nama Iman 2. Eventhough my hp in silence mode, I always look at the screen.

 

“ Ayah kat mana? tanya Iman

 

“ Dlm kelas bahasa Arab” jawab teman ringkas

 

“Kereta rosak”

 

“Kat mana” tanya teman

 

“Jln Kuala Kangsar, dekat AK Restaurant”  jawab Iman

 

‘Tunggu, nanti ayah dtg” jawab teman ringkas

 

Seusai kelas, aku bergegas ke jalan KK. Iman ada exam 12tgh. Jam sekarang 10.30.

 

Dalam perjalanan teman menalipon lagi. Iman menyerahkan kepada seorang Pak Cik yg datang membantu.

 

“Air dah kering bang. Abang nak saya tarik ke?.”

 

Sah, tow truck man.

 

“Tunggu saya datang.On the way”.

 

Setibanya di AK Restaurant, brother tow truck sedang mengisikan air dalam water cooler. Setelah bersalaman dengannya, aku pun melihat kereta WFE4080.

Air mengalir ke bawah. Bocor.

 

“Tak pa,saya ada foreman Hj Khalid kat bawah sana, sambil menuding ke arah kanan jalan. Dekat je”  Alhamdulillah dekat dengan bengkel ahli qariah surau ku. Senang berurusan.

 

“Abg talipon lah dia.” Pinta tow truck man tersebut.

 

Teman pun terus mendail Hj Khalid foreman kereta yang satu kariah.

 

“Saya kat bank, sat lagi sy datang” ujur Hj Khalid.

 

Sementara menunggu kehadiran Hj Khalid, aku mengajak tow truck man minum.

 

“Jom kita minum dulu. Kedai mamak sebelah je.”

 

Iman dan rakan2nya dah selamat bertolak dengan kereta lain.

 

Setelah memesan dua gelas tea o ais.Teman pun memulakan perbualan dengan tow truck man.

 

Dia menghulurkan kad businessnya : Mohd Nasir. Aku mengambilnya dan menyimpan dalam dompet ku. Manalah tahu lain kali mungkin aku memerlukan khidmatnya.

 

“Dah lama ke bawa tow truck” tanya ku.

 

“Dah 15thn bang.”

 

“Sendiri punya tow truck ke?” tanya ku lagi.

 

“Bayar bulan2 dengan towkey. Bila hantar kereta , akan tolak kos bulanan”.

 

“Banyak ke dapat kereta rosak.” Aku bertanya lagi.

 

“Adalah lah bang. Biasanya paling kurang sebuah sehari”.

 

Belum sempat Hj Khalid datang, hp Nasir berbunyi.

 

“ Kat mana?, okey aku datang” jawab Nasir.

 

“Bang, sy kena pergi dulu. Ada kereta kawan nak mintak tarik. Rosak. Nanti kalu abang perlu tarik kereta, call saya” pesan Nasir.

 

“Ok, no problem”. Jawab ku

 

Nasir terus meninggalkan teh o ais yang baru setengah di minumnya. Itulah rezekinya buat hari ini.

 

Nampaknya En Nasir ni dalam golongan yang agak baik jugak orangnya. Biasanya pandangan orang ramai pada mat2 tow truck ini, asalkan rosak nak tarik aje. Kalu ia ikhlas ingin membantu tentunya banyak pahala yang bakal diperolehi, tapi kalu ia mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa manusia maka Tuhan sahaja yang tahu balasannya. Terfikir di benak ku : ada juga orang yang mencari rezeki di atas “musibah” orang lain.

 

Teman terus menghabiskan baki teh o ais aku sambil menunggu kehadiran foreman hj Khalid.

 

Posted in Kehidupan | 2 Comments »

Bayan Lepas – Senai – Bayan Lepas

Posted by ainolazhar on October 22, 2008

aku duduk bersebelahan wing kapal terbang ini. sempat merakam

[ aku menulis blog ini di restoran deli n Meal cyber café. Senai International Airport kemudian berpindah ke Marry Brown pulak]

 

Monday : 20th Oct 2008. Sementera menunggu apoinment  dengan potential sales agent dari Singapore, aku membuka lap top. Appoinment yang seharusnya berlaku pada 2.30 ptg terpaksa di tangguhkan ke 4.30 ptg, kereta En Nasir rosak katanya. Aku akan mengambil flight balik ke Bayan Lepas Airport 20.15. Kehadiran aku ke Senai Airport adalah buat pertama kali dan semata-mata untuk bertemu dengan En Nasir. That’s business. Need a lot of sacrifize. Nothing is easy.

 

When I switch on the computer and scanning for free network, I got 3 signal. One of them belong to this deli and meal. But the line is not stable. Bak kata Iman : always tergedik-gedik.

 

I started my journey from home at 8.30am after having beehoon goreng for my bfast. I expected to arrive Bayan Lepas airport around 10,30am. Opick tetap setia menamani ku. Aku pandu dengan tenang. My flight to Senai 12.05pm. Should have ample time. The journey was smooth and as planned. Only when reaching Penang bridge, the jammed started. Road construction. It seemed that they are adding another lane to the existing road. Alhamdulillah I managed to reach the airport 10.35am. The airport was much bigger compared to Ipoh. I went straight to the check in counter. The que was already there.  I thought I was in Taiwan or Hong Kong. Only 5 Malay passengers. The rest was Chinese. Mostly family trip, not business, – judging from their attire and mixed.

 

This is the first time I travelled with Air Asia. It was punctual. The plane leave the airport tarmac on time and reached Senai Airport one hour latter.

 

The flight hampir penuh. Aku duduk  bersebelahan dengan wing kapal. Sebelah aku kosong.  Next chair was taken by a Chinese man. Bawa surat khabar mandarin, baca, letak dan tidur. Aku membuka buka : Pemuda yang dirindui Surga. Buku yang dihadiahkan kepada Hazim oleh K Long. Membaca 2 chapter, menutup dan mengikut jejak langkah Cina sebelah – melelapkan mata.

 

Setibanya di Senai, perut lapar. Mencari kedai makan melayu. Deli Café – pesan nasi goreng pattaya dan 500ml mineral water. Wau – mineral water rm3.50 and nasi goreng 6.50. The rice almost tasteless. Chef nya kena gi attend kursus memasak ni. Makan sekadar alas perut shjlah jawabnya.

 

Duduk dalam airport ni sejuk. Dah dua kali gi tandas. Dah hafal jln ke tandas. Tandas di Senai airport ada klas. Interior design macam 5 class hotel. Patutlah aku nak ke tandas je.

   – Senai airport – departure hall –

 

 

Since internet access available maka mudahlah aku melaksanakan tugas-tugas yang perlu dibereskan.

 

En Nasir arrived around 4.15pm. Have a discussion. Details no need to be revealed. By 6.30 I check in again going back to Bayan Lepas. Solat jamak magrib and isyak in the waiting hall. By 8.05 off again to Bayan Lepas.

 

Landed one hour latter. It was raining. Take my MyVi, stop at Juru for a quick dinner – bee hoon soup. Drive alone again with obedience Opick – arrived home 11.45pm.

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Opick Yang Setia

Posted by ainolazhar on October 16, 2008

OPICK YG SETIA

 

Dua hari aku ke KL, Selasa dan Khamis. Opick tetap setia menemani aku. Bait-baitnya sungguh menusuk kalbu. Tambahan bila driving sorang2 banyak yang difikirkan, direnung dan dirumuskan. Aku akan memasukan bait-bait Opick dalam penulisan yang mendatang, apatalah lagi mengenai Cinta. Cinta pada yang Esa.

Cinta abadi dan Cinta Suci.

 

Pertama kali aku mendengar Opick yang dibawa balik oleh K Long, aku tidak berapa mengerti. Iman yang memesannya. Tak tahu di mana tahunya wujudnya Opick. Bila bersendirian mendengar, Opick terserlah. Lain dari yang lain.

 

Bait-bait Opick begitu berbeza sekali. Unik. Meresap kalbu. Apa pun Opick tetap setia menemani ku. Jaulah aku sabtu ini akan ditemani oleh Opic lagi. Tetap setia.

 

Mendengar Opick 6, mengingatkan aku tentang lambaian kaabah. Yang ku rindui. Sedar tak sedar, sudah hampir 15 tahun aku tidak menziarahi rumah Allah ini. Terlalu rindu rasanya. Aku mengharapkan dipermudahkan rezeki untuk menziarahi Mu. Itulah doaku dan munajatku di malam-malam terakhir ramadhan yang lalu.

 

Hari ini dikesibukan tugas, aku sempat menziarahi Omh dan Uda. Aku puasa, jadi tak perlulah mereka menghidang apa-apa untuk ku. Omh kelihatan di makan usia. Sibuk membuat persiapan untuk akikah cucunya. Uda waiting for interview nak gi Jeddah lagi. Dah seronol kerja overseas. Good pay. Moga di permudahkan Allah hendaknya.

 

Arrived home 4.30pm.

 

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Deman Selsema,

Posted by ainolazhar on June 19, 2008

 19.06.2008

 

Hari ni, ku telan clyretene setelah clrynese yang ditelan  semalam belum menampakkan hasilnya. Aku diserang demam selsema.  Lama jugak dah tak demam ini. Bagus lak demam ni, tazkirah  dan kifarah dari Allah. Tandanya Allah masih menyayangiku.

 

Iman pun demam selsema gak. Dah 3 hari rasanya. Tunggu Umi pulak. Umi bila kena demam selsema memang teruk. Harapnya Umi demam lepas PTK. Kesian gak.

Paginya begitu semangat nak ke office, dan lepas tu nak ke Safire di Seri Iskandar pulak.

Alhmd all the paper work dapat diselesaikan : satu quotation utk customer baru yang telah ku janjikan akan fax quotation pada pagi ini. Dan satu lagi PO untuk projek deionesed water filter ke DSK Technology. Alhamd selesai the basic thing yang nak di buat. Rancangan nak ke Safire di tangguhkan dulu. Esoklah gamaknya

 

Setelah berada lebih kurang 2 jam di ofis, kepala mulai pening. Hidung tersumbat. Flamenya pekat. Rasanya elok balik rumah, berehat. Itu saja ubatnya.

 

Terima SMS dari K Long – minta doa utk oral exam pead, – ku balas : semuga dipermudahkan Allah segala urusan – amin. Katanya examiner yang K Long dapat killer. Biasalah. Semua examiner killer. Tapi yang ini real killer.

 

 

Sebelum merebahkan badan, sempat talipon elextrolux – tanya perkembangan stove cooker yang pecah seribu. Biasalah katanya akan call balik bila dapat maklumat. InysaAllah petang ini akan aku susuli lagi. Dah hampir 5 hari masak pakai stove besar di bawah. Sempat call Mr Jeff, tanya pasal quotation yang di faxkan pagi tadi. Moga Allah mempermudahkan rezeki ku. Quotation dalam RM8,000.00 to supply hose. I want a long term business with him.

 

Clarytene ni memang power. Rasa ngantuk dan khayal lepas makan. Lidah jadi tawar. Macam baru baik demam.  Tapi hairannya selera makan masih ada , alhmd.

 

Sedang nyenak tidur, dikejutkan bunyi deringan hp ku. Terpapar di skrin : Ummi calling. Umi Tanya pasal webpage kem kesihatan utk Asma’. UPU semua reject. Sekarang memang susah nak dapat tempat belajar di IPTA. Ramai orang with good result. Tak macam dulu. Ya dunia dah berubah. Aku doakan semuga anak sulung Pak Ngah dapat menyambung pelajarannya. Sekarang ni nak sambung pun kena pilih course. Nanti habis belajar, tak ada kerja satu hal pulak. Tapi nak pilih sangat2 pun susah, tempat tak ada pulak. Itulah dilemanya.

 

Ada kawan Iman, dah habis dip dlm engineering, ambik course dip farmasi. Apa boleh buat, kerja tak ada. Dah buang ‘masa’ selama 3 thn.  Itulah kehidupan…

 

Sat lagi azan zuhur, nak gi solat jemaah di surau Ampang pulak. 1.20pm. till jari2 ini mengetuk kekunci lap top ini…..

 

 Hujan turun lepas solat zuhur, membasahi bumi ini……

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Kenaikan Harga Petrol

Posted by ainolazhar on June 18, 2008

 

Di mana-mana isu kenaikan harga petrol ini hebuh diperkatakan. Semalam semasa menunggu masuknya waktu Isyak, di surau Ampang, – ianya terus dibincangkan. Kenapa? Ini adalah kerana ianya melibatkan semua orang. Kesan kenaikkan harga petrol in telah mula di rasai oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Harga barangan telah mulai naik. Apatah lagi kalu yang naik tu harga barangan asas dan keperluan seperti barangan makan. Dulu boleh beli nasi lemak dengan RM1.20 – tapi Isnin lepas beberapa hari selepas kenaikan harga petrol, nasi lemak sebungkus sudah mencecah RM1.50. Barangan basah di pasar telah mula meningkat harganya. Kadang-kadang tidak logik jugak. Mungkin ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga barangan dengan alasan harga petrol naik.

 

Kenapa harga petrol ini perlu dinaikkan? Ramai yg menyatakan ianya kesan langsung global – kenaikan harga petrol dunia. Tapi kan Malaysia negara pengeluar minyak. Sudah tentu Petronas menjual harga minyak menurut harga dunia. Dlm USD lagi. Kita tidak boleh membandingkan harga runcit petrol dengan negara jiran – Thailand dan Singapore – yg tidak mengeluarkan minyak. Persoalannya kemana perginya sumbangan wang petronas kepada kerajaan? Adakah ianya ditadbir dengan amanah dan jujur? Atau ianya untuk sekelompok kumpulan manusia?

 

Rakyat disuruh berjimat. Bagi saya rakyat marhain memang telah lama berjimat. Yang borosnya kerajaan dan mereka yang mempunyai kedudukan dlm masyarakat. Golongan ini tidak punya masalah mendapatkan wang. Penjimatan harus bermula dengan pemimpin negara dahalu.

 

Dianggarkan harga petrol akan naik lagi Ogos ini. Sudah tentulah dengan kenaikan ini akan membebankan rakyat dan akan menimbulkan banyak kesan sampingan dalam sosio budaya masyrakat di tanah air ini.

 

Penyelesaiannya?………………………….

 

Posted in Kehidupan | Leave a Comment »

Mastan Ghani

Posted by ainolazhar on May 25, 2008

 

Mastan Ghani, itulah destinasi terakhir kami seusai perjumpaan dengan aktivis JIM Hilir Perak. Restoran Mastan Ghani – yang punya 3 cawangan di sekitar Bandar Teluk Intan. Menu istemewanya : Mee Rebus. Mastan Ghani adalah a must place yang akan kami singgah setiap kali bertandang ke Teluk Intan.

 

Selain daripada Menara Condong yang unik ,Mastan Ghani juga menjadi tanda mercu bandar Teluk Intan bagi yang mengetahui.

 

“Abang ana setiap kali balik ke Teluk Intan dari KL akan singgah di Mastan Ghani “ kata Cikgu Rasyid.

 

Begitu juga dengan Akh Aziz Wok, never miss Mastan Ghani whenever been in Teluk Intan.

 

Begitulah hebatnya Mastan Ghani ini. Punya sejarah dan nostalgianya yang tersendiri. Dari segi jualannya ana rasa congak2 kasar 1 kedai RM2000 per day, 3 shops = 6K perday. As mamak shop  bukak 365 days a year. Satu bulan sales = RM180K. Wow….Imagine kalu estimate ana ni lari 50% = still got RM90K per month.

 

Mereka semua seramai 7 orang memesan mee rebus, Cuma aku sorang shj yang  memesan roti canai.Perut udah penuh.Baru tengahari tadi menjamu nasi ayam bersama ketiga-tiga sahabat yang sama-sama berjaulah ke Teluk Intan.

 

Di Mastan Ghani ini kami meneruskan perbualan.Mengeratkan ukhwah. Dalam jam 6.00 petang kami memohon diri untuk bertolak ke Ipoh. Di luar restoran sejak tadi lagi aku memerhatikan seorang anak muda melayu menjual roti kaya yang disusun kemas di dalam vannya. Sebelum menaiki kereta kami menuju kea rah anak melayu tersebut. Semuanya buatan sendiri –seri kaya, roti buku, roti panjang dan roti kelapa. Kena beratur nak beli. Sempat ana bekalkan kepada ke3 sahabat roti kaya untuk di bawa balik sebagai ole-ole makan malam untuk keluarga.Kata akh Yahanis : kalu buat ( jual ) di Ipoh ni tentu laku.

 

Kami berempat meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Kereta di pandu kemas oleh Akh Aziz Wok yang tak berhenti-henti bercerita. Mungkin untuk hilangkan mengantuk. Macam-macam cerita dan topic yang kami bincangkan.Jaulah sebegini adalah cara yang paling praktikal bagi meningkatkan ukwah dan merapatkan jurang-jurang peribadi yang ada.Kita akan lebih memahami sejarah hidup seseorang akh kita.Ini akan membantu kita memahami peribadi tingkah laku sahabat kita.Then we know how to position ourselves vis a vis a person.We can not threat everybody the same.

 

Masa perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan di rasakan begitu sekejap sekali. Lagipun ana yang duduk di belakang Camry ini memang selesa.

 

Jaulah kami berhenti di Kg Kepayang untuk menunaikan solat magrib sebelum meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Sungguh berbaloi walaupun sehari suntuk dipenuhi dengan program.

 

Posted in Dakwah & Tazkirah, Kehidupan, Uncategorized | Leave a Comment »