Rintis Kehidupan

– dalam mencari keredhaan Ilahi –

NOTA SEORANG LELAKI

Posted by ainolazhar on May 12, 2010

Bismillah,

Salam,

Untuk meneruskan nyawa blog ni, pagi ni teman sisirkan satu kisah benar buat anak ku dan anak-anak buahku yg telah mula memasuki dunia kerjaya dan anak-anak ku serta anak-anak buah ku yang akan memasuki dunia kerjaya dan telah merasai titik peluh usaha sendiri. Ambillah pengajaran dan pelajaran dari kisah ini yang teman terima dari yahoo group teman.

( tengah tunggu Umi siapkan kerja MUETnya sebelum gi break fast kat fovourite place umi – sebelah secawe kat Simpang Pulai ). Nasib baik secewa tak bukak utk bfast – kalu tak capatilah breakfast kami.

PETIKAN : ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya…
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….
” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
iseri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan tidak
banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek. “Takkan 5 ringgit?” Emak
mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu
menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit.
Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah
akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi
selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara
gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana  buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Advertisements

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Menuju jalan pulang

Posted by ainolazhar on May 5, 2010

Bismillah,

Ahad – 2 hb Mei 2010

Selesai menghadiri kenduri kahwin di Ampang Jaya, teman terus ke Cemor – rutin dan tanggungjawab mingguan. Umi dan K Long stay di rumah Opah. Teman bersama Ust Amin  menuju ke SJ (Seberang Jaya) untuk mengambil Iman dan barangannya. Sebelum bertolak terima sms – SOS – dengan relanya teman menuju ke ATM Kawan Ku utk urusan fund transfer.

Pertengahan jalan, mata teman terlalu mengantuk. Tak bisa meneruskan pemanduan. Amin mengambil alih. Pertukaran berlaku di dlm kereta shj. Tak sampai setengah minit, teman terus lena tanpa menghiraukan selaju mana Honda Citi teman di’belasah’ oleh Amin. Apa pun akhirnya teman tersedar – hujan lebat dilebuh raya.

“Min, bagi P Dak bawak pulak’ pelawa teman pada Amin.

Apa lagi Amin dengan rela menyerahkan pemanduan kpd teman. Hujan sungguh lebat hinggalah sampai di SJ.

Selanjutnya gambar-gambar ini sebagai ingatan – menuju jalan pulang.

 

Nak ponoh kete den

 

angkut jangan tak angkat

Maaf gambar2 lain akan di uploadkan jika masa mengizinkan.

 

Posted in Uncategorized | 10 Comments »

2 minggu berlalu

Posted by ainolazhar on April 26, 2010

Bismillah,

Sudah hampir 2 minggu teman tak update blog ini. Hari-hari yang berlalu befitu cepat dirasakan. Sibuk tetap macam biasa. Mood menulis pun belum pulih sepenuhnya. Tanpa di sedari :

  1. 17 April – telah berlalu.  Cepatnya umur teman habis. 47 tahun teman berkelana di bumi yg fanak ini rasanya macam semalam baru dilahirkan. Tak tahu berapa stok umur yang berbaki lagi. Hanya Allah shj yang mengetahui. Ini juga bermakna blog ini telah memasuki usianya yang ke 3 tahun. Bagaikan anak yg baru mengenali dunia dan cakap pun masih pelat2.

Terima kasih kepada isteri teman yang menghadiahkan sebuah beg galas. Beg yg teman perlukan untuk di bawa ke kuliah dan kerja. Tapi nak masuk computer tak muat. Alahai.

Pada K Long yg mengucapkan secara verbal, sedar tak sedar dah dua bulan anak sulung teman ni bekerja. Cepatnya masa berlalu. Mudah2an dipermudahkan Allah segala urusan mu dan dipercepatkan masa 2 tahun. Lepas tu rasa lega rasanya. Hanya yang mengalamai nya akan mengetahuinya. Doa kami sentiasa bersama mu.

Pada Z eman  yg membelikan teman sebiji kek yang dikongsi bersama-sama, dan akan menghabiskan praktikalnya seminggu lagi, dan pada A  Hazim yg menghantar sms tepat jam 12mlm. Mak oi. Kono den bangun nengok dan jawab sms tongah malam. Jang, tak tidor ko lagi. Harapnya tahun depan kalu umur panjang tak kan setakat sms je. Jzkk semua.

Itulah 4 orang kerabat teman yang rapat. Yg lain tu ada yang tulis ucapan di face book. Makasih.

2.Panggilan Illahi.

2.1  Teman di maklumkan oleh ahli qariah teman Fuad telah kembali ke pangguan Illahi. Innalillah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Arwah Fuad teman kenali hampir 8 tahun yg lalu. Teman sekadar mengenali beliau melalui perbualan semasa membeli daging. Teman spend 5-10 minit sembang dengan beliau. Beliau adalah  merupakan seorang peniaga daging di pasar gunung rapat. Di pasar ini ada 2 orang shj yang berniaga daging. Seorang berbangsa Tionghua dan seorang lagi adalah Arwah Fuad. Teman dimaklumkan oleh anaknya ayahnya dah hampir 25 tahun berniaga daging di pasar ni. Side story – yg menghaiarankan ramai orang Melayu ( yg berketayap, yg bertudung labuh ) membeli daging dari peniaga Tionghua ni.  Ini yg teman tak faham. Mana sensitivinya orang melayu?.Apasalh salahnya membeli dari peniaga Melayu/ Islam. Bab bantu bangsa Melayu ni panjang kalu nak ceti. Alahai….

Allayarham meninggal  disebabkan serangan penyakit jantung. Beliau adalah heavy smoker, diabetic dan akhirnya disahkan mengidap asma – 1 year ago. Beliau menghembuskan nafas akhirnya dalam perjalanan dari wad kecemasan ke di wad 5 Hospital R P Bainun Ipoh – itulah dimaklumkan oleh anaknya.

2.2.            Seusai solat magrib berjemaah, SU surau menjemput kerumah salah seorang ahli qariah untuk membaca Yassin, mak mertuanya sakit tenat.

Malam Ahad tak berapa ramai sangat jemaah, maklumlah masing-masing ada komitmen lain. Ada yang balik kampong dan sebagainya.

Setelah selesai membaca surah Yasin dan berdoa, kami kembali semula ke surau untuk mengerjakan solah Isyak. Masa berbaki hampir 10 minit sebelum isyak teman gunakan untuk bermuaisyah dengan ahli-ahli qariah yg lain.

Selesai azan Isyak, kami dimaklumkan, mak mertua ahli qariah tersebut telah meninggalkan dunia. Mudah perjalanannya. Umurnya 96 years.

Esok pagi nya sebelum ke kuliah, teman singgah sebentar di rumah ahli qariah tersebut – selang 4 buah rumah dari rumah teman. Penghormatan terakhir

2.3 Shorly just now, Umi called me. She told me, Pak Hassan Kampar baru meninggal. Dah sebulan di hospital Ipoh, tapi tak sapa yang  bagi tahu kami. Tak ada rezki nak ziarah. Pak Hassan ini kenalan lama arwah pak mertua teman. Setiap kali teman dan isteri balik dari luar negeri, Pak Hassanlah yg akan memandu van menjemput kami di Subang Airport. Almaklum, yg lain tu tak berapa reti jalan di KL. Ni tengah tunggu Umi balik sekolah nak gi ziarah keluarga arwah di Kampar.

The last time jumpa Pak Hassan rasanya abaout 1 year ago. Dah uzur dan kurus nampaknya Pak Hassan.

Itulah kehidupan. Kita semua bakal menjejaki langkah mereka. Bak kata Ungu:  Kapan? Sudahkah kita bersedia?

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Buah Pinggang

Posted by ainolazhar on April 6, 2010

Salam,

Walaupun mood menulis belum pulih sepenuhnya, sementara menunggu masuknya waktu zuhur, teman tekan juga kekunci lap top ni bagi memastikan blog ini terus segar dan tak berabuk.

Kenapa mood menulis tak pulih lagi ye?. Banyak peristiwa yg berlaku sepanjang sebulan yang lepas. Sekarang barulah teman mengerti. Bak kata Karam Walia: Berat mata memandang lagi berat badan yg memikul. Sometime when we our selve experience it, then only we know the real situation. Why people react, so bagi kawan-kawan semua jangan cepat melatah. Don’t easily judge people. Mungkin yg membaca para ini tak faham apa maksudnya. Tak apalah. Hanya yang faham akan faham dan hanya yang tahu akan tahu.

Dalam yahoo group yg teman sertai, minggu ni sarat dengan perbincangan mengenai penyakit buah pinggang. Statistiknya teman tak ada, tapi teman rasa ramai rakyat Malaysia yang dah pun melalui dialisis buah pinggang untuk meneruskan hidup. Buah pinggang ni amat penting sebagai sistem penapis utk membuang sisa-sisa toksin dalam badan. Bila dah dialisis maka buah pinggang kita tak akan berfungsi semula. Pesakit akan terpaksa melalui proses dialisis untuk sepanjang hidup atau dapatkan buah pinggang yang baru. Hai, bunyinya  macam beli telur ayam kat pasar je. One operation to ganti buah pinggang normally in China may cost u aroumd RM200K yoep. Not cheap. Itulah sebenarnya nilai one part of our body anugerah Illahi.

Kenapa buah pinggang kita rosak. Ada banyak sebabnya. Salah satu adalah sebab keturunan -gen dlam keluarga. Pesakit kencing manis dan darah tinggi mempunyai risiko  yang tinggi untuk mendapat ke.rosakan buah pinggang

Maka lahirlah macam-macam cadangan bagaimana nak menjaga buah pinggang kita ni agar tidak rosak. Apa pun salah satu yg penting minum banyak air kosong. Ubatan herba dan alternatif juga baik, tapi jangan berlebihan. Apa pun kena sederhana. Misai kuncing contohnya adalah amat baik (katanya). Tanam misai kucing mudah. Dalam pasu pun boleh. Jadi jangan lupa siram dan bagi air. Kucing pun kalu tak bagi makan pun boleh mati, ini kan misainya.

Our body is what we eat. So jagalah makanan anda. Puasa adalah salah satu terapi terbaik untuk badan dan kesihatan anda. Perut kita bagaikan enjin perlu rehat juga.

Dah azan zuhur, teman nak g solat kat surau.

Cheers

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kencing Tikus

Posted by ainolazhar on April 4, 2010

Salam,

Memang lama tak dapat nak update blog ni. Maaf pada rakan2 yg selalui mengunjungi. Alhmad teman baru habis exam Fin Management paper. Rasa leganya. Lagi pun banyak peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan yg lepas, mood menulis belum pulih sepenuhnya. InsyAllah bila pulih sepenuhnya teman akan cuba update blog ini dari masa ke semasa. Apa pun untuk manafaat bersama di sini teman perturunkan satu makalah yang penting untuk menjadi pedoman kita semua. Pedoman untuk kesihatan kita. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan .

Leptospirosis @ kencing tikus

Subject: WASH THEM FIRST Please Don’t Erase this message before forwarding on

This is Serious! This incident happened recently in North Texas .
A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat… On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.

Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.

A study at NYCU showed that the tops of all soda cans are more contaminated than public toilets (I.e.).. Full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

Please forward this message to all the people you care about.
I JUST DID!

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Genetic ( gen ) in the family

Posted by ainolazhar on March 15, 2010

Bismillah,

Penulisan ni dah lama teman simpan, tak sempat nak post. Seminggu berlalu, terlalu cepat dan banyak perubahan dalam rutin harian. Nanti kalu ada kesempatan akan teman rakaman perubahan rutin ini.

Apa pun, week end ni ada case study submission, coursework submission dan mid term exam. Mak oi.Financial Management subject. May Allah  give me strenght.

Umi akan ke Bandung ( pronounce it as Ban Dung ), trip wajib Sek Bainun, tapi bayor sendiri. Patutnya kalu wajib Jabatan pendidikan yg bayor. From Tuesday until Friday. Teman tinggal dengan HO yg hanya ada di rumah less than 6 hours. Kesian.

Ok, itu coretan pendek minggu lepas. Coretan panjangnya spt di bawah. Tak ada kena mengena dengan perjalanan minggu lepas.

___________++++++++++_______________

“It runs in the family , Pak Su.” Kata Pele berulang kali.

Anak buah teman, Pele nama gelarannya. Sejajar dengan ciri-ciri Gen Y. Enterprenuer. Risk Taker. Punya perniagaan sendiri. Matured in thinking dan punya pergaulan yang agak meluas. Thinking capnya pun sudah mula berkembang sejajar dengan umurnya awal 30an. Perbincangannya serius dan tidak merapu.

“It runs in the family , Pak Su.” Kata Pele berulang kali.

Ya, satu ungkapan dan konklusi menarik yang sempat kami bincangkan lewat majlis perkahwinan Siti Nor Fatehah di dewan Maktab Perguruan Cheras tempuh hari. Kalu ‘penyakit’ ini tidak diubati atau ditangani dengan baik, ianya boleh mambawa padah yang lebih buruk. Proven. Fullstop. Pele menguatkan hujahnya.

Dalam keadaan yang tidak terkawal  ( uncontrol ) dan separa sedar atau tidak sedar, penyakit ini datang dan mangsa akan menjadi kelam kabut, panic dan membuat tindakan yang tergesa-gesa. Akibatnya akan berlaku kesilapan. Kadang-kadang kesilapan demi kesilapan. Ketidak telitian boleh mengakibatkan banyak masalah.

Sebab itu  mereka yang mempunyai gen ini perlu ditenangkan, diberi masa yang cukup dan jangan di tambah tahap kegelabahan mereka.

Bercakap dengan nada yang laju adalah lumrah bagi orang N9. Sukar difahami oleh orang luar dan hanya difahami oleh orang N9. To slow it down, some time it doesn’t sound natural and nice. Pecakapan yg tak sejajar dng kelajuan pemikiran.

I think it got something to do with the gen. Genetic. Opps. Not genetic disorder, but genetic mis alignment or overdose with some hormone which quickly trigger the panic button quicker/faster than the normal people. Probably this sum up the explaination from medical and biological  point of view.

It may not directly influence the children, but the gen is there, whether active or dormant. Or sometime if the spouse gen is stronger, then the overdose dna may not appear at all.

You may understand or may not understand what have been written above. What more with all the glaring grammatical mistakes ( tak gitu cikgu Umi ). If you don’t understand , it is  better, since this short writing doesn’t intend to increase nor to decrease your knowledge with regard to gen or DNA. It sound complicated. But it will be much easier to understand   if you get ‘inviolved’ or ter ‘involved’ with this group of people.  That’s why appreciation and understanding is very much needed in dealing with this type of disorder.

Life is colorful and God created it in order for us to appreciate it as kebesaran Ilahi. Kalu dunia ini stereotype orangnya tentu akan membosonkan.

That’s all folk for the mean time, hope you start thinking now whether the gen run in your blood. If  it does, better take some precaution as prevention is better than cure, tak gitu Doc.

I rest my case.

Ofis. 12.30pm. 15/3/2010

Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Take a break, strategic pause in life….

Posted by ainolazhar on February 25, 2010

Bismillah 

Dalam kesibukan kerja harian hidup ini, dan stress yg dihadapi kadang-kadang kita perlu take a break. Strategic pause in life. Untuk merenung dan berfikir dan memikirkan apa yang sedang kita lakukan. Kemana arah tujuannya. Untuk itu teman attachkan nasyid Maher Zain. Awaken. Mudah-mudahan ianya akan membangunkan kembali jiwa kita yang lama telah tidur dan terlelap. Take a break. dengar dan hayati maksudnya:

 T kasih kerana anda telah berjaya menjadi pendengar yang baik.  

Teman perturunkan kembali beberapa bait lyric untuk kita renung2kan.

Dear Brothers & Sisters, it is time to change inside

Open your eyes, don’t throw away what is right aside

Before the day comes

When there’s no where  to run and hide

Now ask yourself cause Allah is watching you

Is HE SATISFIED?

Is ALLAH SATISFIED?

Is ALLAH  SATISFIED?

 

Pause……

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Hidup lagi ke?

Posted by ainolazhar on February 15, 2010

Bismillah.

HIDUP LAGI KE?

Cuti laye cina 2 hari. Alhamdulillah. Take a break dari kesibukan dunia yang tak kunjung padam. Jadikanlah kesibukan dunia ini untuk bekalan di akhirat nanti. Amin

Khamis :

 Keluar dari sebuah bank, teman terlihat ada meja ; Wakaf untuk sekolah tahfis Darul Sallam. Teman pun menuju ke meja tersebut yg di uruskan oleh seorang pemuda dlm lingkungan usia 35thn. Wakaf  untuk pusat penjagaan anak yatim darul salam. Siap dengan name tag dan resit2 resmi yg disediakan.

 Teman menghulurkan sekeping nota RMXX.XX kepada beliau.

Pemuda tersebut bertanya : Atas nama siapa Teman : “Atas nama Hj Ainol Azhar b Jamil”

Pemuda tersebut sambil menulis di buku resitnya : “ Masih hidup ke”

Teman  jawab“ InysaAllah, sayalah orangnya” Masih hidup dan bernafas sehingga kini. Esok lusa wallahualam.

Oooo

Pemuda tersebut terus memegang tangan teman (salam) dan membacakan lafaz wakaf.

Malamnya teman menghadiri mensyuarat JIM Perak. Spt biasa kami bersalaman. Pak Harith sambil salam meletakan nota RMxx.xx dalam tangan teman. Jumlah yg sama yg teman dermakan pagi tadi.

‘Ini untuk apa ?’ teman bertanya

‘Duit ni dah lama dah ana nak bayar pada anta, anta pun dah lupa. Ambik je lah” jawab Pak Harith.

‘Kalu tiap2 kali mai meeting ada elaun macam ni ok gak’ tambah teman.

Itulah janji Allah. Setiap yg kita infaqkan pasti akan dibalas oleh Allah. Kadang2 rasa macam kebetulan aja.

RASUAH OH RASUAH

Semalam dalam The Sunday Star, muka depan, SU Politik seorang Menteri Kanan di tahan oleh SPRM bersama dengan RM2 Million di apartment Air Tawar. Teman dok cari gak dalam internet sapa menteri berkenaan. Satu masa nanti akan terjawab gak.

Dia juga dikatakan mempunyai 4 rumah banglow/apartment mewah dan 4 buah kereta mewah. He is living beyond his mean. Mai ai, RM2juta cash, bukan jumlah yg sedikit. Kita yang dah berpuluh tahun berniaga ni pun tak mampu nak sampai jumlah tersebut. Suku pun tak dapat lagi. Kalu SU Pol ada RM2 juta tunai, Pak Menterinya bagaimana ya?.

 Tahun 2010, peruntukan untuk hampir semua jabatan kerajaan menguncup sehingga 40%. Teman yang supply barang2 ke hospital, mereka mengatakan peruntukan tahun ni slash sehingga 60%. Stor kosong dan hospital dah mula beli ubat2 yg murah.  Dalam keadaan ekonomi merudum ni dia boleh ‘simpan’ tunai RM2juta. Dalam bank akaun tentu lebih banyak. Inilah 1Malaysia. Rakyat diutamakan.

Itu baru satu SETPOL, bagaimana dengan SETPOL dan SET2 yg lain.  Tak semua gitu, tapi apa sebab dia orang nak kuasa kalu bukan ada habuan dunia. Ini logik akal. Mudah je.

Sebenarnya negara kita ni kaya dan penuh dengan sumber asli. If manage properly and with honesty, it is enough for everbody. Tapi kalu dah ramai malaun2 terutamanya mereka yang ada kuasa, nak songklap, setinggi langit reserve pun akan habis. Apa akan jadi pada 2 -3 generasi akan datang.? Kita mungkin dah settle down, ada rumah, ada pekerjaan tetap dan pendapatan tetap, umur pun dah lanjut. Tapi bagi generasai anak kita, generasi cucu cicit kita?.

Hancur Negara kalu inilah perangai mereka yang ada kuasa. Lewat akhir tahun 2009, Laporan Audit bagi negeri Serawak mengatakan bahawa hanya 40% dari perbelanjaan yg dikeluarkan benar2 disalurkan untuk pembangunan negeri. The rest ???? Tapi rakyat masih senyap. Nothing happened. Kita masih ditakuk lama.

 Agaknya bila jadi macam Indonesia – no jobs, no place to stay, no food to eat – baru rakyat sedar, but by that time it is too late, too late already for a change. Nasi dah jadi bubuk, kata orang utara. Bubuk ni hanya orang2 sakit, kanak2 kecil aje yg lalu makan.

KES BUANG BAYI.

Segarang-garang beruang pun tetap sayangkan anaknya

 Seusai solat subuh di surau kami

sama-sama keluar dari surau. Pak Meor sambil duduk di atas motornya berkata:

 “ Ust, ( ditujukan kepada Ust Shoib ), semalam teman tak lalu nak beli surat khabar”

‘Ngapa?” ‘Muka depan utusan – kes buang bayi. Ngeri teman tengoknye” Ulas Pak Meor.

“ Itulah akibatnya bila manusia tak ikut syariat Allah” tegas uts Shuib.

“ Sebenarnya Ust, seramai 87 anak luar nikah lahir setiap hari di Malaysia ni” tambah teman. Selagi lagi apa nak jadi agaknya.

Dalam minggu lepas teman dengar radio IKIM, bayi diletakkan dihadapan pintu masjid.

Pak Meor menyambung lagi“ Takut Ust, Tuhan turun bala’. Turun bukan kat dema je, kita2 semua pun kena”.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Seminggu Berlalu

Posted by ainolazhar on February 2, 2010

Bismillah.

Seminggu dah berlalu. Hazim yg cuti semester break dah kembali ke UIA untuk menghabiskan tahun akhirnya. Hazim kata macam tak cuti je. Ya lah mancing pun baru dapat gi 2 kali, baru dapat sekor ikan. Tak cukup katanya. Hari Selasa  jadi driver part time ke KL –Ipoh – payment not bad, ambik Ra yg demam campak. Hari Khamis jadi driver semi part time – only on the way back. Ambik Kak Long di Bangi sesudah temuduga dengan SPA. Hari Jumaat gi Sberang Jaya – ambik Iman. Apa nak buat. Tugas anak lelaki.

Teman pun sibuk nak menyiapkan 3 assignments nak kena submit weekend ni. Masa di beri 2 minggu, tapi biasalah macam student2 yg lain, andralin tu keluar last2 minit. Mungkin inilah tabiat manusia belajar, tak kira tua atau muda. Buat macamana. Weekend penuh dengan kenduri kahwin dan meeting.

Last weekend  jiran teman kahwinkan anak sulungnya. Jiran depan rumah. Buat di dewan Carsem. Tapi macam tak kahwin je. Tak le sibuk. Orang-orang kampung pun tak semuanya  di jemput. Yg jadi spokeman nya temanlah, bila ahli qariah surau tanya. Temanlah terpaksa menjawabnya. Akad nikah di rumahnya saja. Saudara mara pun tak nampaklah yg bertandang. Macam tak kahwin je.

Seminggu lepas:

Isnin – 7.3oam dah bertolak ke KLIA. Hantar KLong ke Bangi, but first g hantar Husni dan Sarjen ke LCCT. Dema nak ke Serawak. Jejak kasih. Sarjen dah hampir 20 tahun lebih tidak bertemu dengan adik perempuannya. The only sister. Alhamdulillah Sarjen yg merantau ke Malaysia selepas kematian dua ibu bapanya telah memeluk agama Islam. Adiknya yng tinggal di pendalaman Serawak – Mukah – masih tidak punya apa2 agama dan pegangan. Kesian gak. Lepas hantar Husni kami terus ke Bangi. Lepas tu teman ke Jln Gurney lunch dengan En Rosli – bekas askar yg banyak buat marketing barangan hospital di hospital2 ATM. Baru mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

Balik ke Ipoh – alone. Maher Zain menjadi teman  setia. Menarik gak nasyid comtemporary Maher  Zain ni.Ikah dah upload dlm blognya dedikasi pada ke dua abang iparnya. Yg teman upload ni top favorite list bagi Mak Dak ( kira-kira dedikasi untuk Mak Dak lah )

 

Sampai Ipoh dalam 4.30ptg terus ke ofis.

Khamis – Ke KL again. Dengan Hazim. Ambik Kak Long dan kawannya Yana. Sempat singgah di HP sale di Dataran Jelatik. 100% lambakan HP murah 70% discount dari China. Inilah salah satu phenomena globalisasi dan ekonomi bebas dunia. Be carefull with Chinese product. Harganya memang murah, tapi quality nya?.

Kami tak beli apa pun. Selepas tu kami ke UIA – Lunch dan beli tudung Pyramid untuk Ummi. Lunch kat UIA ni ada istimewanya. Nak tahu, kena mai UIA lah. Mixed Arab and Malay cuisine. Silap2 ambik kena peria pahit.Nampak macam sedap je.

 On de way back – Hazim drive. Slow and steady. Alhamd tak kena speed trap, kalu teman bawak udah tentu kena saman di Gopeng. Dah petang2 pun ada speed trap.

Jumaat – Lepas Jumaat ke sebarang jaya. Apa lagi – ambik Iman le. Alhamd sempat sampai Ipoh untuk menghadiri majlis akad nikah depan rumah.

Sabtu – attended 2 kenduri kahwin

Ahad – full day meeting.

Di celah-celah masa yang ada cuba gak cari slot cari bahan nak present next lecture. Finally the andrelins start  coming. Student tue.

11.00mlm. Tuesday.2.2.2010

 

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

ABOUT WIFE

Posted by ainolazhar on January 20, 2010

Bismillah,

Teman just received an email below from a friend. Interesting one, so why not share with you all. Cheers

Bagi yg dah lama mahupun baru menjadi wife, janganlah hendaknya termasuk dalam golongan di bawah.

When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.

 David Bissonette

 

After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can’t face each other, but still they stay together.

Sacha Guitry

 

By all means marry. If you get a good wife, you’ll be happy. If you get a bad one, you’ll become a philosopher.
Socrates

 

Woman inspires us to great things, and prevents us from achieving them.

Anonymous

 

 

The great question… which I have not been able to answer… is, ‘What does a woman want?

Dumas

 

 

I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me.

Sigmund Freud

 

‘Some people ask the secret of our long marriage. We take time to go to a restaurant two times a week. A little candlelight, dinner, soft music and dancing. She goes Tuesdays, I go Fridays.’

Anonymous

 

‘There’s a way of transferring funds that is even faster than electronic banking. It’s called marriage.’

Sam Kinison

 

‘I’ve had bad luck with both my wives. The first one left me, and the second one didn’t.’

James Holt McGavra

 

Two secrets to keep your marriage brimming
1. Whenever you’re wrong, admit it,
2. Whenever you’re right, shut up.

Patrick Murra

 

The most effective way to remember your wife’s birthday is to forget it once….

Nash

 

You know what I did before I married? Anything I wanted to.

Anonymous

 

My wife and I were happy for twenty years Then we met.

Henny Youngman

 

A good wife always forgives her husband when she’s wrong.

  

Rodney Dangerfield

 

A man inserted an ‘ad’ in the classifieds: ‘Wife wanted’. Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: ‘You can have mine’

Anonymous

 

First Guy (proudly): ‘My wife’s an angel!’
Second Guy: ‘You’re lucky, mine’s still alive.’

Anonymous

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »